Tag Archives: Percubaan SPM

Ringkasan Analisis Agihan Soalan Percubaan SPM 2016 dan SPM Sebenar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, tanpa disedari, saya dah 10 tahun menulis di dalam blog ini, Sifu Anda Menulis. Itupun diperingkatkan oleh WordPress sendiri bahawa dah lama saya menapak di server mereka. Syukur.

Baik, musim percubaan SPM sudah berlalu dan saya percaya debaran menduduki SPM semakin meningkat di kalangan murid/calon SPM dan juga guru-guru.

Untuk membantu murid-murid menelaah pelajaran Prinsip Perakaunan yang akan diduduki November ini, maka saya sediakan analisis ringkas :

  1. Percubaan SPM subjek Prinsip Perakaunan tahun 2016 – Kertas 2 sahaja
  2. SPM Sebenar bagi tahun 2011 hingga 2015 – Kertas 1 dan Kertas 2.

Anda boleh memuatturun dari sini dalam bentuk fail PDF.KLIK SINI

sifu2b-analisis-trialspm-actualspm_2016_1

sifu2b-analisis-trialspm-actualspm_2016_2

sifu2b-analisis-trialspm-actualspm_2016_3

SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 MRSM TELAH KELUAR

Sejak beberapa minggu sifu sentiasa menjenguk lamanweb MARA dengan harapan soalan percubaan MRSM bagi tahun 2008 akan dikeluarkan, tetapi selalunya kehampaan.Hinggalah percubaan sifu malam ini, lebih tepat lagi pukul 10:15pm, barulah sifu dapati mukasurat itu telah dikemaskini.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, baru hari ini soalan MRSM ditawarkan di lamanweb rasmi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA. Jika tahun-tahun terdahulu, pelajar dan guru boleh memuatturun soalan percubaan mrsm bagi tahun semasa sekitar minggu ketiga bulan September. Mungkin disebabkan bulan puasa dan sambutan Aidil Fitri, maka tahun ini ia lewat dari kebiasaan. Tapi sifu (dan pelajar dan guru lain tentunya) tetap berterima kasih kepada BPL(M) kerana sudi menawarkan soalan percubaan SPM 2008 MRSM kepada kita semua. Lebih baik lewat daripada tak ada langsung.

Berikut adalah link mukasurat bagi SPM 2008 di sini. Jika anda mencari soalan SPM MRSM tahun-tahun sebelumnya, anda juga boleh muat turun di lamanweb berkenaan melalui MENU dari pautan ini.

Link langsung untuk kertas Prinsip Perakaunan pula di sini: Kertas 1 , Kertas 2.

Sepertimana anda mungkin sudah maklum, berikut adalah kenyataan dari pihak BPL(M).

“BPL(M) tidak menyediakan jawapan bagi soalan-soalan yang dipamerkan. Sebarang pertanyaan memohon jawapan tidak akan dilayan.”

Untuk itu, sifu akan meneruskan usaha atau ‘tradisi’ blog ini dengan menawarkan set jawapan cadangan tak rasmi yang akan disediakan oleh sifu sendiri. Sememangnya ia usaha peribadi dan tertakluk kepada kekangan masa yang sedia ada. Tetapi sifu berazam untuk menyediakannya secepat mungkin untuk dikongsi dengan rakan guru dan pelajar T5 tahun ini.

Apa-apapun, sila muatturun soalan MRSM tersebut secepat mungkin dan jadikan ia dasar untuk ulang kaji anda sepertimana soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

TAMBAHAN (25 Oktober 2008):
Set Jawapan Tak Rasmi oleh Sifu2b boleh dimuatturun sekarang. Sila klik sini.

Soalan Percubaan SPM 2008 dari negeri dan sekolah lain klik di sini.

Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2008(2)

Sesiapa yang berminat dengan soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2008 peringkat sekolah anda dipelawa memuatturun soalan ini.

SMK Putatan, Sabah (Percubaan SPM 2008):

  • Kertas 1 [ Soalan | Jawapan ] (akan datang)
  • Kertas 2 [ Soalan (Ed.2) (muatnaik 15 Sept. 2008-Edisi terkini) | Jawapan Cadangan (muatnaik 21 Sept. 2008)]

SMK Baru Miri, Sarawak (Percubaan SPM 1 2008)

  • Kertas 2 [Soalan sahaja] – sejak 16 Jun 2008 – Terima kasih Cg Hamidon.

SMK Baru Miri, Sarawak (Percubaan SPM 3 2008)

  • Kertas 1 dan 2 [Soalan sahaja] – sejak 18 Oktober 2008 – Terima kasih Cg Hamidon.

MRSM (Percubaan SPM 2008) – directlink mulai 6 Okt. 2008 – BARU

MAKLUMAN :
Fail di bawah ini merupakan salinan alternatif untuk KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM Cg Narzuki. Link di bawah disediakan dengan kebenaran khusus dari Cg Narzuki sebagai Mirrorlink. Soalan-soalan di bawah disediakan dalam bentuk fail padat (compressed files) dalam format 7-zip.
Sebelum memuatturun semua soalan di bawah, pastikan anda mendapatkan perisian percuma 7-zip dari http://www.7-zip.org/ (Direct link for files : 7z457.exe)

1. KELANTAN (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

2. KEDAH (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

3. SBP-SAS Putrajaya. (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

4. TERENGGANU (Kertas1 dan 2).7z

5. PERAK (Kertas 1 dan 2).7z

6. NEGERI 9 (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

7. JOHOR (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

8. PAHANG (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

9. SELANGOR – SMKDamansara Utama (Kertas 1 dan 2).7z

10. PERLIS (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

JADUAL ANALISIS SOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008 (terkini 2/10/2008)

Sementara menunggu soalan percubaan spm yang lain, sifu dapat mengumpul maklumat agihan soalan dari beberapa buah negeri dan sekolah. Untuk itu sifu sediakan analisis percubaan spm 2008 seperti yang pernah dilakukan tahun lepas.

Jadual di atas telah dikemas kini dengan maklumat dari Cg Narzuki. Harap anda dapat melihat ‘corak’ atau kecenderungan RAMALAN pihak-pihak terlibat. Ingatlah wahai pelajar bahawa soalan percubaan SPM itu boleh dianggap sebagai soalan ramalan.

JADUAL ANALISIS SPM DAN PERCUBAAN SPM

 

Sifu dah membuat analisis 14 tahun soalan Prinsip Perakaunan SPM sebenar serta mengemaskini trend semasa soalan-soalan Kertas 2 dalam peperiksaan percubaan 2007 yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Pelajar dan guru bolehlah memuatturun dan membacanya di sini (edisi2-24/10/2007). Kemas kini termasuk JPN Kelantan dan JPN Terengganu, terima kasih Cikgu Narzuki.

Edisi 3 Analisis Percubaan SPM 2007 (1 Nov. 2007-pembetulan). Kalau nak fail PDF, edisi 3pdf di sini.

Diharap, analisis ini dapat membantu pelajar bimbingan sifu dan anda semua.

Jika boleh, sifu juga berharap mana-mana guru atau pelajar dari negeri-negeri selain yang telah disenaraikan supaya dapat meninggalkan komen tentang agihan soalan kertas 1 dan kertas 2 bagi negeri masing-masing supaya dapat dimasukkan ke dalam jadual trend.

AGIHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN DALAM PERCUBAAN SPM 2007

Sifu dah membuat analisis trend semasa soalan-soalan Kertas 2 yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Pelajar dan guru bolehlah melihat dan membacanya di sini. Edisi kedua di sini.
Diharap, analisis ini dapat membantu pelajar bimbingan sifu dan anda semua.

Jika boleh, sifu juga berharap mana-mana guru atau pelajar dari negeri-negeri selain yang telah disenaraikan (MRSM, KISAS, JPWP, JPN9) supaya dapat meninggalkan komen tentang agihan soalan kertas 1 dan kertas 2. Terima kasih.

Soalan Percubaan SPM Rakan sifu

Alhamdulillah, rakan sifu, cikgu hamidon telah sudi menyumbangkan soalan percubaan sekolah beliau. Cari di sini.

Kepada rakan guru lain, sudilah kiranya untuk berkongsi soalan anda. Bagaimana bentuk pun tak apa, sifu akan pakej semula dalam fail PDF supaya mudah dibaca dan dicetak oleh pelajar.

SKEMA JAWAPAN LENGKAP PERCUBAAN SPM MRSM 2006 DAH KELUAR!

Okay, alhamdulillah, saya dah dapat siapkan cadangan jawapan lengkap Percubaan SPM MRSM 2006. Bukannya tak boleh lebih awal, cuma kurang masa. Inipun dapat motivasi siapkan ‘projek’ ni sebab nak bincangkan dengan pelajar-pelajar sendiri hari ini (rabu), so apa salahnya saya melangkau sempadan sekolah dengan menawarkannya kepada pelajar-pelajar lain pula. Sekali lagi ditegaskan ini merupakan cadangan jawapan TAK RASMI! The only way for us to know the exact answers and marking schemes is to get it from the original source of the said trial exams papers, i.e MRSM. If any of you have came across with MRSM official marking scheme please let me know by e-mailing me or just post the URI/URL here.
Okay, inilah jawapan lengkap yang saya dah
disediakan.

cadangan-jawapan-prinsip-perakaunan-spm-mrsm-2006-sumbangan-sifu2b.pdf (pembetulan Sln2. Thanks Uncle-15/11/06)