Tag Archives: lcci

Peluang sambung belajar dalam bidang perakaunan selepas SPM

Pelajar saya bertanyakan soalan yang relevan dengan tajuk pos ini. Bagaimana nak sambung belajar dalam bidang perakaunan selepas tamat SPM 2013. Saya pernah menulis tentang perkara ini beberapa tahun lepas tetapi saya dah buang pos asal. Di kesempatan ini, suka saya berkongsi pandangan saya berkenaannya.

Pelajar lepasan SPM masa kini digalakkan menceburi bidang profesional di peringkat awal lagi. Tak lama lagi keputusan SPM 2013 akan diumumkan. Selalunya dalam bulan Mac. Pasti akan ada yang bergembira dengan keputusan keseluruhan SPM yang cemerlang, tak kurang juga yang akan mengalami pencapaian kurang memberangsangkan. Dalam hal pos ini, saya membayangkan wajah gembira yang teramat sangat kerana keputusan SPM bagi subjek Prinsip Perakaunan mendapat gred A+. Tetapi gred A- atau A, mahupun gred B dan B+ tetap dianggap cemerlang.

Ada beberapa laluan utama yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan atau yang berkaitan dengan perakaunan.

  1. Sambung terus ke tingkatan 6 – keutamaan kelas yang ada menawarkan subjek Perakaunan STPM dan/atau Ekonomi STPM
  2. sambung terus ke Matrikulasi KPM aliran Perakaunan
  3. Sambung terus ke program asasi (foundation) perakaunan di IPTA atau IPTS
  4. Mengikuti program Diploma Perakaunan di IPTA atau IPTS – selalunya bagi tempoh 3 tahun.
  5. Terus ke program profesional Perakaunan ACCA di IPTA/IPTS tertentu – contohnya PolyTech MARA ada menawarkan program profesional ACCA, selain dari program diploma perakaunan.
  6. terus belajar peringkat LCCI sahaja sambil bekerja – selalunya ada pusat latihan dan peperiksaan LCCI boleh didapati di bandar-bandar utama di Malaysia. Untuk lokasi terperinci, rujuk sesawang LCCI Asia-Malaysia.

Kelebihan laluan no.5 di atas, ia setanding dengan pemegang ijazah perakaunan, malahan lebih baik lagi. Tetapi ianya tertakluk kepada kesinambungan anda menjadi ahli pertubuhan perakaunan itu dan dianugerahkan lesen perakaunan menurut Akta Akauntan 1967. Jika anda terlucut kelayakan keahlian, maka status akauntan ACCA anda turut terjejas. Dalam hal ini, maka memperoleh ijazah perakaunan lebih selamat dan menjamin kekekalan status sebagai profesional accountant.

Dalam hal Public Accountant, tidak menghairankan ada yang bermula dengan belajar di peringkat Ijazah perakaunan sebelum turut mendapatkan kelayakan ACCA untuk tahap lebih tinggi dan untuk pengiktirafan tertinggi.

Laluan no.1 hingga no.4 bolehlah dianggap laluan transit, kerana secara teknikal anda belum lagi memegang ijazah perakaunan. Selepas tamat pengajian STPM, matrikulasi, asasi atau diploma, barulah anda boleh memohon sambung belajar ke peringkat sarjana muda perakaunan/ijazah perakaunan/bacelor perakaunan (nama-nama degree itu mengikut IPTA masing-masing).

Apa yang perlu diperingkatkan ialah kepada pelajar yang mengikuti program tingkatan 6. Awak sebaiknya belajar subjek EKONOMI dan Perakaunan dan mendapat gred STPM minimum B+. Lagi tinggi lagi baik. Ianya menjadi jaminan anda ditawarkan ke ijazah perakaunan. Subjek-subjek aliran sastera tidak dapat menggantikan kedua-dua subjek tersebut atau mempunyai nilai kukuh menggantikannya. Sebagai contoh, ada IPTA boleh menerima subjek Geografi STPM sebagai syarat kelayakan gantian untuk subjek  Ekonomi atau Perakaunan asalkan mempunyai gred B ke atas. Tetapi dari segi persaingan, janganlah hairan jika lebih ramai pelajar lepasan STPM yang sambung belajar ke bidang perakaunan adalah yang mengambil subjek ekonomi dan perakaunan. Dalam kebanyakan kes, subjek seperti geografi diguna sebagai syarat kelayakan mengganti perakaunan tetapi subjek ekonomi mesti diambil oleh pelajar STPM tersebut. Permohonan hanya akan dilayan jika syarat dipenuhi.

Begitulah sedikit sebanyak, pandangan, maklumat dan cadangan saya sebagai panduan pelajar lepasan SPM untuk memutuskan apakah hala tuju mereka seterusnya. Semoga berjaya.

Prinsip Perakaunan Sasaran SPM 2008 dan Penarafan Antarabangsa

Sifu baru sahaja melawat blog rakan guru dari SMK Baru Miri, Cikgu Awang.

Sifu sarankan agar semua pengunjung membaca pos beliau, penting juga untuk diketahui oleh semua orang yang berkepentingan, calon SPM 2008 dan guru sendiri. Untuk makluman, Cikgu Awang dan Cikgu Hamidon telah mengikuti kursus penataran sejak tahun 2007 lagi, oleh itu mereka lebih didedahkan kepada perubahan ini berbanding sifu di Sabah ini. Mungkin turn kami (guru Sabah) bulan September/Oktober ini.

Okay, ini alamat pos Cikgu Awang bertajuk Sasaran SPM 2008 dan Penarafan Antarabangsa. Didalamnya mengandungi beberapa dokumen yang perlu dibaca untuk memahami kenapakah perubahan kertas Prinsip Perakaunan perlu dibuat dan apakah perubahan yang dimaksudkan.

Sebagai menghormati penulis dan penyedia bahan asal (etika ni), sifu hanya akan ringkaskan sahaja dokumen yang mesti dimuatturun dari blog beliau,

a. projek-penandaaras-antarabangsa-pak.doc

b. kursus-penataraan-zon-sarawak.pdf

c. spesimen-soalan-lcci.pdf

Harapan sifu, bantuan dari Cikgu Awang akan mempercepatkan persediaan anda semua. Sifu ni kebetulannya tahun 2008 ini tidak mengajar tingkatan lima so sifu umpama pemerhati luar sahaja. Sifu bertindak melakukan perubahan pengajaran untuk pelajar SPM 2009, yang mana diuar-uarkan lagilah ada perubahan.

Terima kasih Cikgu Awang.