Ebook Panduan Menyiapkan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan
BUKU PANDUAN KERTAS 3 PRINSIP PERAKAUNAN 2014 (Versi Digital Sahaja)!!! NEW

Klik atas gambar untuk melihat sampel Isi kandungan ebook Cg Rithuwan
Sampel buku juga boleh dibaca di server SCRIBD atau DOCSTOC (hanya 82 muka surat – pelbagai petikan muka surat)
Ebook sebenar mengandungi 264 mukasurat, termasuk kulit buku depan dan belakang. (Apa itu ebook/ebuku?)
Sesiapa yang berminat untuk membeli ebuku yang disediakan, bolehlah menghantar mesej ke emel saya maklumat berikut :
- nama penuh,
- nama sekolah, status : guru atau pelajar,
- no. telefon dan
- emel yang sebenar digunakan (di Gmail.com) :
Hantarkan ke emel : bukurithuwannasir@gmail.com.
Buku Panduan Menyiapkan Kertas 3 Pinsip Perakaunan (edisi ebook 2014) bolehlah dibeli sekarang melalui kaedah pembayaran berikut:

Kaedah bayaran membeli ebook Panduan Menyiapkan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan, dengan soalan klon dan jawapan lengkap
Hak cipta dan penerbitan Rithuwan Nasir.
Pertanyaan lanjut, sila emel saya, bukurithuwannasir@gmail.com.
Harga terkini ialah RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh sahaja).

Gambar menunjukkan lembaran jawapan soalan kertas 3. Sebahagian daripada buku panduan menyiapkan projek kertas 3 prinsip perakaunan 2014.
Untuk melihat senarai isi kandungan ebook tulisan saya yang lengkap, sila klik di sini.
Pakej Ebuku termasuklah Ebook, templat menyediakan dokumen perniagaan dan juga menyediakan jurnal dan lejar menggunakan perisian EXCEL.
RITHUWAN BIN NASIR
bukurithuwannasir@gmail.com
17hb. Ogos, 2014
Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2015 Tingkatan Empat 2014
3756/3: Prinsip Perakaunan (Tingkatan 4 2014/2015)
Anda kini boleh memuatturun soalan projek Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 4 (Calon SPM 2015 dari link ini:
Soalan Kertas Projek Prinsip Perakaunan Kertas 3756/3 untuk Tingkatan 4 2014 (Ogos-September 2014)
Pelajar-pelajar TIngkatan 4 sepatutnya tidak risau. Sebaliknya bertekad untuk menyiapkan projek Kertas 3 ini dalam masa ditetapkan. Ingatlah, walaupun ini adalah kertas peperiksaan anda boleh mendapatkan bimbingan guru pada bila-bila masa. Sepatutnya guru anda akan dapat melayan sebarang pertanyaan dan menunjukajar anda.
Tetapi sudah pastilah, anda harus buat dahulu dan guru menyemak dan memberi maklumbalas sama ada betul atau salah.
REMEMBER, this paper gives you 20 marks for paper 3756 SPM 2015
Pautan langsung ke laman sesawang KPM:
Buku Digital panduan akan disiapkan seberapa segera, selagi tiada aral melintang. Baca pengumuman tentang ebuku saya di sini.
SEMOGA BERJAYA.
Bahan Kerja Kursus Projek Kertas 3 April 2014 Prinsip Perakaunan SPM #2
PERKARA : ANALISIS NISBAH
Sifu mencadangkan anda ringkaskan dahulu maklumat dari Kunci Kira-kira yang diberi serta maklumat baki di 3(a) (muka surat 3) untuk bulan Mac 2014.
Maklumat untuk bulan April 2014 pula boleh diperoleh setelah anda menyiapkan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
Berikut adalah contoh jadual ringkasan data untuk analisis nisbah:
PERKARA | MAC | APRIL |
ASET BUKAN SEMASA | ||
ASET SEMASA | ||
JUMLAH ASET | ||
LIABILITI BUKAN SEMASA | ||
LIABILITI SEMASA | ||
JUMLAH LIABILITI | ||
JUALAN BERSIH | ||
KOS JUALAN | ||
UNTUNG KASAR | JB- KJ | |
UNTUNG BERSIH | ||
EKUITI PEMILIK | ||
MODAL | ||
AKAUN SEMASA | ||
STOK AWAL | ?? – tiada | |
STOK AKHIR | ||
PENGHUTANG | ||
PEMIUTANG | ||
JUALAN KREDIT | ? – tiada | dari JJ |
BELIAN KREDIT | ? – tiada | dari JB |
Walau bagaimanapun, janganlah anda risau. LPM menetapkan pelajar hanya perlu menyediakan analisis nisbah satu sahaja bagi setiap jenis analisis. Ini bermakna pelajar hanya perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 gerak kerja analisis laporan kewangan. Tetapi lagi banyak lagi baik.
Berdasarkan pengiraan sifu, ianya memang mudah dan mampu disediakan oleh pelajar. Sila rujuk buku teks, topik 15.2 bermula di muka surat 526.
Sifu dapati semua pelajar akan memperoleh jawapan yang sama untuk bulan Mac. Untuk memudahkan anda, sifu dapati nisbah yang tidak boleh dihitung bagi bulan Mac 2014 ialah :
1. Tempoh kutipan purata, dan
2. Tempoh pembayaran purata.
Kedua-duanya adalah kiraan untuk analisis kecekapan.
Keempat-empat Analisis Keberuntungan dan ketiga-tiga Kecairan boleh dilakukan oleh murid tanpa masalah. Ingat, rujuk buku teks untuk formula yang berkaitan, jika sudah terlupa.
Bahan Kerja Kursus Projek Kertas 3 April 2014 Prinsip Perakaunan SPM
PANDUAN UMUM KERJA KURSUS ATAU PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 UNTUK SPM 2014 (3756/3)
Buat pertama kalinya soalan kertas 3 projek April 2014 adalah untuk perniagaan perkongsian.
Saya memahami kekurangan pengetahuan pelajar-pelajar tentang hal ini. Tetapi itulah untungnya dengan adanya kerja kursus sebegini, memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan ilmu termasuklah praktikal ilmu.Sebagai guru, saya cuba menyediakan bahan contoh sebagai panduan (tidak rasmi) agar pelajar dapat mempercepatkan proses menyiapkan kerja kursus / kertas projek ini.
Berikut adalah bahan contoh yang saya telah sediakan dan dikongsikan dengan anda, guru dan pelajar Malaysia:
2. PAK SPM K3 Tugasan Projek T5 Lejar Am dan lejar khas Cg Rithuwan v2 kosong
3. Contoh Rumusan & Keputusan Perniagaan 2014-Kertas Projek PAK T5 – Perkongsian Rith City Electric oleh Cg Rithuwan (muatnaik pada 11/05/2014) – wajib disediakan.
Jumlah sebelah debit dan kredit untuk Imbangan Duga Belum Terlaras pada 30 April 2014 ialah RM946 114.00
Kalau contoh di atas sesuai dengan arahan kehendak anda, jangan lupa tinggalkan mesej TQ di bawah.
Nota untuk ikatan perjanjian perkongsian :
1. Nisbah pembahagian untung dan rugi boleh ditukar dan diganti dgn perkataan “mengikut nisbah modal.”
2. Jika pelajar memilih untuk tidak mahu mengenakan faedah ambilan atau gaji pekongsi maka pelajar bolehlah membuang baris berkenaan.
3. Contoh yang sifu sediakan adalah mengikut senarai dalam buku teks.
Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2014 Muatturun
3756/3: Prinsip Perakaunan
Anda kini boleh memuatturun soalan projek Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 5 2014 dari link ini:
Soalan Projek 2 Kertas 3 PAK T5 2014 (April-Mei 2014)
Panduan Pelaksanaan Projek 2 Kertas 3 PAK T5 2014 (April-Mei 2014)
Download rasmi adalah dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia seperti di bawah:
Kerja Kursus SPM 2014 |
|
Kod | 3756/3 |
Mata pelajaran | Prinsip Perakaunan |
Kertas | 3 |
Masa | April – Mei 2014 |
Muat Turun | Kertas Soalan (QP) |
Panduan Pelaksanaan (PP) |
Kertas Projek K3 Tingkatan 4 – Isi Kandungan
Berikut adalah isi kandungan yang mesti disediakan oleh pelajar.
Muka surat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Isi kandungan Tugasan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 2013
Isi kandungan wajib disediakan calon SPM 2014
1 Perakuan Calon
2 Penghargaan
3 Pengenalan perniagaan
4 Profil perniagaan
5 Perancangan urusniaga
6 Dokumen perniagaan
7 Buku Catatan Pertama
8 Lejar
9 Imbangan Duga
10 Penilaian Stok Akhir
11 Penyata Pendapatan
12 Kunci Kira-kira
13 Rumusan
SOALAN TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3 TINGKATAN 4 2013
3756/3 : TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3
Kerja Kursus SPM 2013 | |
Kod | 3756/3 |
Mata pelajaran | PRINSIP PERAKAUNAN |
Kertas | 3 |
Ogos – September 2013 | |
Muat Turun | PROJEK |
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK |
Sumber pautan : laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
——
Perkara utama perlu diberi perhatian:
1. Mula perniagaan – milikan tunggal
2. Satu bulan dalam tahun semasa – tahun 2013. Pilih mana-mana bulan
3. Hanya boleh setkan senario perniagaan mengikut ketetapan,
Soalan Tugasan 2 Kerja Kursus Prinsip Perakaunan SPM 2011
Tugasan 2 bagi projek Prinsip Perakaunan SPM 2011 telah bermula hari ini. Bagi tempoh dua bulan iaitu dari 1 April 2011 hingga 31 Mei 2011, semua calon Prinsip Perakaunan wajib menyiapkan tugasan tersebut untuk melengkapkan Kertas 3 Prinsip Perakaunan.
Untuk memuatturun soalan dan panduan (dalam format PDF), silalah layari laman sesawang rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti ini.
Pelajar hanya perlu memuatturun PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK dan SOALAN PROJEK TUGASAN 2.
|
|||||||||||||||||
Last Updated ( Friday, 01 April 2011 ) |