Category Archives: sifu

Ebook Panduan Menyiapkan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan

BUKU PANDUAN KERTAS 3 PRINSIP PERAKAUNAN 2014 (Versi Digital Sahaja)!!! NEW

Klik atas gambar untuk melihat sampel Isi kandungan ebook Cg Rithuwan

Klik atas gambar untuk melihat sampel Isi kandungan ebook Cg Rithuwan

Sampel buku juga boleh dibaca di server SCRIBD atau DOCSTOC (hanya 82 muka surat – pelbagai petikan muka surat)

Ebook sebenar mengandungi 264 mukasurat, termasuk kulit buku depan dan belakang. (Apa itu ebook/ebuku?)

Sesiapa yang berminat untuk membeli ebuku yang disediakan, bolehlah menghantar mesej ke emel saya maklumat berikut :

  1. nama penuh,
  2. nama sekolah, status : guru atau pelajar,
  3. no. telefon dan
  4. emel yang sebenar digunakan (di Gmail.com) :

Hantarkan ke emel : bukurithuwannasir@gmail.com.


Buku Panduan Menyiapkan Kertas 3 Pinsip Perakaunan (edisi ebook 2014) bolehlah dibeli sekarang melalui kaedah pembayaran berikut:

ebook cg rithuwan-kaedah bayaran ebook

Kaedah bayaran membeli ebook Panduan Menyiapkan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan, dengan soalan klon dan jawapan lengkap

Hak cipta dan penerbitan Rithuwan Nasir.


Pertanyaan lanjut, sila emel saya, bukurithuwannasir@gmail.com.

Harga terkini ialah RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh sahaja).

image

Gambar menunjukkan lembaran jawapan soalan kertas 3. Sebahagian daripada buku panduan menyiapkan projek kertas 3 prinsip perakaunan 2014.

Untuk melihat senarai isi kandungan ebook tulisan saya yang lengkap, sila klik di sini.

Pakej Ebuku termasuklah Ebook, templat menyediakan dokumen perniagaan dan juga menyediakan jurnal dan lejar menggunakan perisian EXCEL.

RITHUWAN BIN NASIR
bukurithuwannasir@gmail.com

17hb. Ogos, 2014

Buku Panduan dan Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Projek Prinsip Perakaunan Kertas 3 Tingkatan 4

BUKU PANDUAN KERTAS 3!!! HOT

Cadangan rekaletak cover buku panduan kertas 3 prinsip akaun tulisan asli Cikgu rithuwan nasir

Cadangan kulit depan Buku panduan Edisi Kedua 2014 telah siap dan bersedia untuk penyerahan secara atas talian . Harga pakej Ebuku Cg Rithuwan ialah RM30.00 termasuk aplikasi berasaskan MSExcel.

wpid-2014-08-10-13.27.08.jpg.jpeg

Buku Panduan Tugasan Projek Prinsip Perakaunan 3756/3 Edisi Pertama (Terhad).

Sesiapa yang berminat untuk menempah ebuku yang disediakan, bolehlah meninggalkan mesej ke emel saya untuk mendapatkan kaedah pembayaran dan penghantaran.

Sila hantar melalui emel maklumat berikut :

  1. nama penuh,
  2. nama sekolah, status : guru atau pelajar,
  3. no. telefon dan
  4. emel yang sebenar digunakan :

Hantarkan ke emel : bukurithuwannasir@gmail.com.

Edisi pertama telah disiapkan 2 tahun lepas, tetapi tidak diedarkan secara meluas. Ia adalah untuk mengoptimumkan masa murid mencari saya. Dengan contoh klon jawapan yang disediakan, pelajar mendapat idea bagaimana projek itu sepatutnya disediakan.

Tahun lepas pula, sebanyak dua naskah telah saya cetak sendiri dan diserahkan ke Pusat Sumber sekolah sebagai bahan rujukan terhad, ‘red spot’, untuk rujukan pelajar Prinsip Perakaunan tingkatan 4 di dalam PSS sahaja. (gambar di atas adalah edisi bercetak tersebut).

Maka tahun ini, 2014, saya berpendapat, sudah sampai masanya ia boleh diterbitkan dan ditawarkan kepada semua murid Prinsip Perakaunan yang sedang menyiapkan kertas 3. Buku yang ditawarkan sudah pastinya yang dikemas kini dan disesuaikan dengan keperluan tahun ini.

Edisi Kedua bolehlah ditempah sekarang melalui emel saya, bukurithuwannasir@gmail.com. Harga terkini ialah RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja). (harga RM20.00 sebelum ini hanya harga penempahan awal (early-bird price) ).

image

Sesiapa yang membeli akan mendapat download dan tip menggunakan templat menyediakan dokumen perniagaan dan juga menyediakan jurnal dan lejar menggunakan perisian EXCEL.

Semoga ia membantu pelajar menyiapkan kertas 3 dalam masa yang ditetapkan.

RITHUWAN BIN NASIR
bukurithuwannasir@gmail.com

Kata-kata Perangsang Kendiri untuk Diri

Ayat Refleksi diri sebagai Guru

“Kita susahkan diri kerana kita nak senangkan bangsa. Kita dulu dapat manfaat dari dasar pendidikan negara masa lampau, Jika tidak masakan kita menjadi cendikiawan sekarang, walaupun hanya berjawatan guru sekolah. Usahakan supaya generasi baru sekarang dapat manfaat yang sama atau serupa, atau lebih, untuk masa depan mereka pula.”

Oleh Cikgu Rithuwan Nasir.

Skema Jawapan Cadangan Tak Rasmi Prinsip Perakaunan SPM 2008

PERINGATAN : TELAH SIAP SIRI LENGKAP SKEMA DISEDIAKAN AKAN DATANG

Sifu telah pun membuat draf jawapan untuk soalan 2, kertas 2 Prinsip Perakaunan SPM 2008. Jika tiada aral melintang, akan diedarkan melalui blog ini untuk perkongsian bestari dengan guru-guru dan pelajar-pelajar SPM2009. Sebenarnya sifu baru sahaja mendapatkan soalan itu dari pelajar T5 sekarang ini. Itu pun selepas teringat mengenainya apabila ditanya oleh seorang pelajar yang melawat blog ini bulan lepas.

Sifu memandang serius terhadap tahap kesukaran soalan 2 dalam kertas 2 tersebut. Sifu pernah dimaklumkan oleh rakan guru, Cg Hamidon dan Cg Narzuki tentang potensi soalan sebegini diuji sejak 2007 lagi. Perbincangan dan kursus-kursus telah dijalankan di beberapa buah negeri berkenaan perubahan struktur soalan sejak tahun tersebut dan berterusan ke tahun 2008. Malangnya sifu tak pernah menghadiri mana-mana kursus LPM atau jabatan, apatah lagi membaca surat jemputan. Oleh itu sifu terpaksalah bergantung sepenuhnya kepada perkongsian maklumat yang diperoleh dari kedua-dua rakan itu. Seperti kata pepatah, “tak ada rotan, akar pun berguna juga”. Walaupun tak dapat mendengar secara ‘live’ ayat-ayat pegawai LPM, ayat-ayat emel dari rakan guru seperti Cg Hamidon dan Cg Narzuki pun sudah memadai untuk sifu membuat beberapa andaian dan kesimpulan.

Dan akhirnya semua persoalan dah terjawab. Tanpa diduga oleh orang seperti saya, soalan 2 telah diuji dan ia menjelaskan apakah format atau tahap kesukaran yang diharapkan oleh pihak LCCI/ACCA yang perlu dimasukkan ke dalam soalan Prinsip Perakaunan SPM. Kini bukan rahsia lagi, maka perlulah tindakan susulan dari guru seperti saya untuk menyediakan anak didik SPM 2009. Menyediakan jawapan SPM 2009 adalah salah satu cara yang mungkin boleh membantu mereka.

Sesiapa dikalangan guru yang sebenarnya telah mendahului saya, yang telah menyediakan jawapan lengkap kertas Prinsip Perakaunan SPM 2008, alangkah seronoknya jika anda turut berkongsi dengan kami, dan saya tak perlulah menyediakan skrip jawapan cadangan dengan sepenuhnya. Oleh itu sebarang sokongan dari pihak guru-guru lain atau pelajar amatlah dialu-alukan. hantarkan jawapan anda ke emel sifu, blogsifu2b at yahoo.com. Sudah tentulah penghargaaan adalah kepada diri anda.

PS : Jika dah siap, Link untuk jawpan itu akan diperoleh di dalam pos ini kelak.

TAMBAHAN : 11 MEI 2009

Nampak gayanya belum ada sesiapapun yang menyediakan jawapan cadangan SPM 2008 dan paparkan di interet. Maka sifu teruskan hajat untuk menyebarkannya di blog ini.

Sila muatturun fail ZIP dari link ini (muatnaik 3/9/09)sifu2b-akaun-suggestedanswers-spm2008v1_2.zip (>5.6 mb).
Makluman ringkas : Salinan di atas adalah untuk link terbaru yang telah dibuat pembetulan dalam jawapan bagi soalan 3, Akaun Semasa perkongsian (jawapan cadangan atas kertas kajang). Jawapan atas kertas Buku Tunai adalah betul.

Untuk makluman semua terutama yang telah berjaya memuatturun set jawapan sifu terebut, ini adalah kali pertama sifu menyediakan jawapan dalam bentuk tulisan tangan sepenuhnya. Sudah menjadi kebiasaan sifu untuk mengajar dan menasihatkan (atau mengarahkan) pelajar untuk menyediakan jawapan yang mudah dibaca dan disusun kemas. Malahan sifu juga tetapkan bagaimana nak menyediakan set jawapan untuk jurnal dan lejar. Sejak 3 tahun lepas, sifu telahpun memilih beberapa sampel soalan format KERTAS 2 -SOALAN 1,  dan turut menyediakan SAMPEL JAWAPAN bertulis tangan yang tersimpan dalam satu fail khas untuk pelajar pinjam pada bila-bila masa. Namun, setiap kali menyediakan skema jawapan penuh untuk soalan percubaan sekolah, MRSM mahupun kertas peperiksaan lain, sudah menjadi kebiasaan kepada sifu untuk menyediakannya dalam format spreadsheet, kerana sifu sememangnya mahir dengan MSExcel sejak dahulu lagi.

Memikirkan bagaimana membantu menyediakan pelajar untuk SPM 2009 November ini, maka sifu terfikir apakah bahan-bahan tambahan yang perlu disediakan. Merancang menyediakan jawapan SPM 2008 adalah sebahagian darinya. Sebab itu sifu sudahpun menyediakan jawapan S2 dan S3 untuk mempelajari kaedah pemarkahan ala-LCCI. Sifu abaikan soalan 1 dan soalan 6 kerana masa yang kurang sesuai. Apabila nak release di blog ini, sifu teragak-agak untuk mengeluarkan bahan yang hanya separuh jalan. Lebih baik lagi jika pelajar beli buku Koleksi Soalan SPM Sebenar. Tetapi setelah membelinya dan meninjau jawapan yang disediakan, sifu agak kecewa. Justeru itu, sifu mula merancang untuk menghabiskan jawapan sepenuhnya dalam cuti sekolah ini tetapi dengan nilai tambah. Sifu merancang menyediakan jawapan dalam bentuk  bertulis tangan sepenuhnya dengan gaya persembahan skrip jawapan yang sebaik-baiknya dan yang pada pandangan sifu akan disukai oleh pemeriksa kertas. Ini termasuklah bagaimana helaian jawapan tambahan berupa gerak kerja sepatutnya disediakan. Sudah tentulah gerak kerja TIDAK WAJIB disediakan kerana arahan tidak diberikan. Maka sudah menjadi rutin, coretan-coretan kasar selalu dibuat oleh pelajar di kertas lain dan dibuang atau ditinggalkan di bawah meja selepas peperiksaan. Tetapi jika disediakan dengan kemas, pelajar seharusnya mengetahui sekarang bahawa ia boleh dihantar bersama-sama dengan kertas jawapan dan ia akan memudahkan pemeriksa memberi markah ‘ANGKA SENDIRI atau Own Figure (OF)’.

Sifu selalu menjual slogan ini JAWAPAN MINIMUM UNTUK MARKAH MAKSIMUM. Maksud perkataan itu tergambar dalam jawapan Soalan 1 terutama di bahagian lejar, di samping soalan lain juga.

Sifu sediakan jawapan sedemikian rupa, sebenarnya untuk anak didik di sekolah sebagai salah satu strategi membantu memantapkan kualiti jawapan mereka, tetapi sebarkan awal melalui internet demi manfaat bersama.

Sebarang kesilapan, jika ada, maka sifu mohon maaf banyak-banyak. Maklumkan di dalam komen di bawah dan sifu akan usahakan untuk membuat pindaan seberapa segera yang boleh.

SELAMAT BERJAYA.

Oh ya, bagi sesiapa yang tertanya-tanya bagaimana sifu sediakan jawapan tersebut, sebenarnya sifu memiliki laptop tablet PC HP Pavilion tx2032au. Sebenarnya sifu masih menulis menggunakan komputer. Bukannya menyombong atau membangga diri, sebaliknya sekadar memaklumkan manfaat teknologi kepada guru seperti saya.

TAHUN 2009 TAHUN KEJAYAAN?

Ada orang kata ia mustahil. Ada orang kata dia masih tak pandai-pandai. Ada orang kata dia memang tak boleh lulus punya, apatah lagi mengenali huruf 1A.

Saya sebagai guru sedia membenarkan kata-kata mereka. Memang benar ia mustahil, tapi hanya jika mereka itu benar-benar tak belajar atau benar-benar tak berusaha bersungguh-sungguh. Memang benar ia mustahil jika kejayaan meraih 1A adalah melalui harapan sahaja. Ia memang mustahil jika mereka mengharapkan 1A datang sendiri tanpa perlu belajar.

Allah bagi akal, maka gunakan akal itu. Allah bagi peluang dan ruang, maka gunakan peluang dan ruang itu. Allah sediakan harapan, maka kita gunakan harapan itu.

Sebagai guru, tidak mustahil berjaya, tidak mustahil cemerlang, dan tidak mustahil anak-anak didik berjaya ‘memecah ruyung’, SELAGI mereka berusaha tanpa jemu, selagi mereka berani mengubah nasib mereka, selagi mereka mengamalkan kaedah belajar yang betul. Sebagai guru, kehadiran saya bukan hanya secara fizikal di hadapan kelas, tetapi juga dalam sanubari mereka dan juga minda mereka. So anak-anak didikku, percayalah kemampuan anda lebih dari yang anda bayangkan, dan ilmu perakaunan itu amat berguna kepada anda. Anda belajarlah, dan saya mengajar.

Jangan biarkan kegagalan anda yang baru sedikit menjadi alasan untuk ANDA MERANCANG KEGAGALAN YANG BERTERUSAN nanti. anda sebenarnya bijak, anda sebenarnya pandai, anda sebenarnya hebat.

NOTA = ‘MEREKA’ itu adalah anda semua, anak-anak murid yang sedang saya ajar di dalam kelas mahupun anda pelajar yang berada diluar sana yang kerap melawati blog ini. Anda adalah mereka.

Modul Latihan Kendiri Intensif

Sifu kini membuka segmen baru, Modul Latihan kendiri Intensif Prinsip Perakaunan SPM. Tujuannya untuk membolehkan pelajar mendapatkan beberapa modul latih tubi yang disediakan oleh sifu khas untuk anak-anak murid sifu di sekolah sifu bertugas. Ia satu penghormatan untuk berkongsi dengan anda.

Sila layari segmen ini dan muat turun sekarang.

Prestasi Prinsip Perakaunan SPM 2007 anak didik

Sifu tertanya-tanya keputusan SPM anak-anak didik. Bagaimana dengan prestasi mereka dalam semua subjek, khususnya Prinsip Perakaunan. Di sekolah sifu bertugas menyusun kerusi meja untuk memudahkan proses agihan slip keputusan pelajar-pelajar. Selepas itu sifu bebas bergaul dan berbual dengan pelajar.

Dari laporan analisis SPM yang sempat disalin ketika dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran 1, inilah prestasi anak didik sifu (2 kelas). Pendek kata, memberangsangkan!

Bilangan calon Prinsip Perakaunan SPM ialah 53 orang.

1A – 12 org, 2A – 5 org
3B – 4 org, 4B – 10 org
5C -6 org, 6C – 6 org
7D – 5 org, 8E – 4 org
9F – 1 org sahaja

Sungguh malang, hanya 1 orang yang gagal. Adakah sifu sudah gagal sebagai guru? Sifu sendiri kurang pasti, tetapi perasaan kesal tetap ada kerana adanya pelajar yang gagal subjek prinsip perakaunan ini. Sifu sayangkan kesemua 53 orang pelajar dan dalam sanubari sifu tidak sepatutnya ada yang tertinggal jauh di belakang.

Moto sifu ialah “NO ONE LEFT BEHIND” yang bermakna tiada sesiapa akan dibiarkan tertinggal, kecundang ataupun gagal. Kami, pelajar-pelajar dan sifu sendiri, telah sama-sama berganding bahu berusaha mencemerlangkan kumpulan pelajar tahun 2006/07 dan hasilnya adalah seperti yang anda boleh lihat di atas. Dua tahun sifu bersama mereka sebagai guru, mentor, jurulatih, motivator, strategis, perancang, dan sebagai bapa mereka.

Daripada 53 orang calon, 43 orang mencapai tahap kepujian dan ke atas. To be honest, they deserved it. They worked hard, follow all my adviced and my teaching, which is a blessing. Sifu sungguh bertuah mendapat kumpulan pelajar yang bermotivasi untuk mencemerlangkan diri masing-masing. Kegembiraan jelas terpapar di wajah mereka. Ada yang menangis kegembiraan kerana bukan sahaja mendapat 1A dalam subjek PAK, tetapi juga subjek lain. Sifu sendiri terharu dengan ucapan terima kasih mereka kepada sifu. Siapalah sifu ini, tanpa kesungguhan dan ketekunan mereka sebagai pelajar, mungkin sifu sendiri akan kehilangan motivasi mengajar. Hati sifu juga tersentuh apabila ada juga pelajar yang lebih kerap lulus dalam peperiksaan di sekolah, dengan usahanya yang gigih, telah mendapat tahap kepujian 6C, ada yang 5C dan ada yang lebih baik dari itu.

Sudah tentu semua ini adalah atas izin Allah swt jua yang membuka hati dan melapangkan dada anak-anak bimbingan sifu dan memudahkan sifu memahamkan mereka.

Kepada yang berjaya terimalah ucapan tahniah dari sifu, kepada yang kecundang atau gagal, maafkan sifu kerana telah gagal mengangkat prestasi dan membangkitkan motivasi anda. Tetapi sedarlah kegagalan kali ini tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kerap kali pengajaran sebegini lebih baik kepada individu yang berani mengakui kelemahan sendiri dan bangkit membuat perubahan diri.

JANGAN LUPA KEMAS KINI permohonan online anda, matrikulasi atau diploma. I love you all.

Sifu juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. Secara tak langsung kehadiran dan komen-komen anda membangkitkan motivasi sifu sebagai guru yang kemudiannya diterjemahkan di dalam kelas. Sifu sangat berharap motivasi diri ini akan berterusan, yang tentunya dengan bantuan dan sokongan anda semua, baik guru mahupun pelajar-pelajar sekolah lain. Kehadiran kita di dunia maya pastinya dengan matlamat yang sama iaitu memberi ruang dan peluang anak-anak murid kita berjaya dalam bidang perakaunan yang kita minati ini.

Sekian, terima kasih.

Mencipta Minat belajar Prinsip Perakaunan SPM

Adakah anda dipaksa belajar Prinsip Perakaunan (PAK)? Ada pelajar cemerlang dalam PMR? Jika kedua-dua jawapannya YA, maka anda rugi! Pelajar cemerlang PMR sudah tentu diberi peluang untuk menjadi lebih cemerlang. Seperti norma pendidikan sedia ada, pelajar cemerlang akan ditawarkan masuk ke kelas sains tulen, seterusnya ditawarkan masuk ke kelas sastera ikhtisas di mana PAK adalah salah satu subjek yang ditawarkan untuk SPM, dan begitulah seterusnya. Anda masih rasa dipaksa? Okaylah, memang dipaksa, sama seperti pelajar lain pun, contohnya pelajar aliran sains tulen. Mereka juga dipaksa belajar subjek yang susah. Lagipun ramai orang boleh cemerlang dalam SPM pun walaupun tak ambil subjek killer. Ini tidak, anda dibebankan dengan subjek sukar sehingga dirasakan ‘tak adil’ kerana anda terpaksa belajar lebih keras berbanding pelajar bukan aliran sains tulen dan sastera ikhtisas.

Ops, nanti dulu. Anda sebenarnya tidak rugi, tidak dibebankan, malah sebaliknya. Anda adalah golongan yang dirasakan bijak dan mampu menguasai subjek susah. Saya pasti anda tahu kemampuan anda itu. Ya anda sememangnya mempunyai kemahiran belajar, atau daya ingatan yang kuat, atau penumpuan yang tinggi, atau kesemuanya sekali. Sebab itu, anda berjaya mengharungi PMR dengan jujur dan meraih kejayaan yang terpuji. So, salahkah pihak sekolah mengiktiraf anda sebagai kumpulan bijak dan mampu menempuh subjek killer?

Malah, anda seharusnya berasa berbangga dengan pengiktirafan ini. Tinggal lagi sekarang bagaimana anda mengatasi ‘kekejutan budaya’ memasuki tingkatan empat. Jika dipaksapun, gunakan peluang ini kerana ia adalah antara peluang terbaik untuk anda. Gantikan perasaan dipaksa dengan perasaan ingin belajar benda baru.

Mana ada budak yang sejak lahir dah tahu bagaimana menunggang basikal. Semuanya melalui proses pembelajaran yang berterusan, tetapi bermula dengan keberanian dan kerelaan. Kebanyakan kanak-kanak yang kini mahir berbasikal dahulunya dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk mencuba. Ada yang berani ada yang penakut. Itu sudah lumrah alam. Percubaan pertama jatuh, tak dapat imbangkan diri. Nak quit? Tak boleh, ibu bapa yang prihatin akan merangsang anaknya untuk terus mencuba. Lama-kelamaan akan bertambah pandai. Kisah selanjutnya, anda dah boleh agak dah.

Sama seperti belajar PAK, sememangnya dipaksa diperingkat awal. Tapi jangan jadikan ia alasan tak nak belajar. Kami guru menawarkan kepada anda pengalaman yang berguna. Tak faham, nanti guru marah. Laa, memanglah tak faham, dah inilah pertama kali pelajar akan belajar PAK. Tak pernah kita ajar pelajar sedari Tingkatan Satu. Inilah pertama kali, so kalau tak faham tu perkara biasa. Jadi macam mana nak atasi perasaan dipaksa?

Cipta MINAT awak.

M=Main peranan I=Intelek N=Nasihat A=Akur T=Teknik

  1. Main peranan sebagai pelajar baik, jujur dan sopan santun. Belajar dan patuhi ajaran dan nasihat guru seperti juga anda belajar subjek lain. Lupakan perasaan dipaksa.
  2. Intelek awak adalah kunci kejayaan subjek ini, insyaallah. Gunakan kepandaian awak, bukannya perasaan amarah awak. Anggap saya intelek anda perlu dikembangkan dan dicabar dari semasa ke semasa.
  3. Nasihat dicari dari guru-guru pakar seperti guru kaunseling, guru mengajar dan ibu bapa sendiri, terutama kaitannya dengan kerjaya masa depan. Tahu tak, perakaunan adalah salah satu bidang profesional tertua di dunia?
  4. Akur kepada disiplin dalam perakaunan. Teknik mudah catatan bergu adalah disiplin. Catatan debit dan kredit adalah disiplin. Semuanya peraturan yang dipakai di seluruh dunia, lebih baik jangan dibantah. Ajar diri supaya akur kepada ketetapan ini, selebihnya menjadi lebih mudah dan menjadi logik.
  5. Teknik belajar yang betul hendaklah diteruskan, dan mungkin dengan sedikit pengubahsuaian yang perlu. Ingat cara dan tempoh masa belajar BM tak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar Matematik. Juga tidak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar bagi subjek Prinsip Perakaunan ini.

Last sekali, minat sebenar awak, rangsangkan dengan pelbagai cara yang boleh, sama ada melalui pergaulan sihat dengan guru mengajar dan rakan sebaya yang juga ‘enjoy’ belajar PAK. Sifu dah tau apa bezanya ‘seronok belajar’ dengan ‘minat belajar’. Anda pun akan tau kelak.

Kesimpulannya, cipta minat untuk belajar Prinsip Perakaunan. Awak takkan kerugian mempelajarinya. Minat adalah pemula kepada keseronokan belajar dan satu dari langkah mencipta kecemerlangan akademik buat diri anda sendiri. Minat umpama gula di dalam minuman. Tanpa gula, manalah manisnya sirap ros di atas meja anda itu. Jika anda tidak mahu rugi seperti sifu sebut sebelum ini, jangan biarkan anda ‘dipaksa’, jadikan anda pelajar ‘berminat’ dan cemerlang!

I know you can do it!