Soalan Percubaan SPM Rakan sifu

Alhamdulillah, rakan sifu, cikgu hamidon telah sudi menyumbangkan soalan percubaan sekolah beliau. Cari di sini.

Kepada rakan guru lain, sudilah kiranya untuk berkongsi soalan anda. Bagaimana bentuk pun tak apa, sifu akan pakej semula dalam fail PDF supaya mudah dibaca dan dicetak oleh pelajar.

Advertisements

21 responses

  1. salam..

    saya nak hantar soalan negeri perak kepada sifu tapi saya tak berapa pandai sangat nak hantar melalui komputer nie. boleh saya pos biasa tapi saya tak tahu sifu mengajar sekolah mana?

    thanks

  2. adakah hanim pernah guna scanner? jika ada scanner, hanim boleh scan setiap mukasurat menjadi imej JPG. Selalunya scanner seperti canon, setting default dah memadai, tetapi untuk imej lebih jelas, tuka dpi ke 300dpi. lepas tu hanim bolehlah ZIpkan imej-imej itu dan emel kpd sifu. Kalau hanim tak ada scanner, tak apa. Nanti sifu akan hubungi hanim melalui emel. Adakah emel hanim (emel dlm post di atas) boleh digunakan untuk berhubung?

  3. ya.. emel saya boleh digunakan untuk berhubung.

    thanks sifu

  4. Salam, buat sifu, rakan-rakan guru dan pelajar yang melawati laman web ini. Ada sedikit informasi nak kongsi. Untuk soalan 2 tahun ini, pastikan pelajar selain menguasai penyata pendapatan dan lembaran kerja, pelajar juga kena kuasai rekod tak lengkap kaedah analisis. Dengan kaedah ini pelajar dikehendaki menyediakan akaun penamat. Konsep yang sama dengan soalan 2 hanya kaedah penyoalan yang berbeza. Bentuk soalan akan saya usahakan hantar pada sifu

  5. Terima kasih di atas info tersebut.

  6. sy nk soalan trial
    ada tk?
    or ramalan
    kalau ada mail kt puterabanggol at yahoo dot com
    kita blh tukar soalan

  7. Sms, this blog is exclusively for accounting subjects. You can browse for SPM forecast questions of ‘Prinsip Perakaunan’ 2007 here.

  8. saya nak soalan trial spm 2007 untuk semua subjek bagi semua negeri kecuali kedah.saya dah ada.TQ

  9. ade tak soalan Trial for seluruh Msia?sains tulen pnyer?

  10. Kalau kat sini tak ade lah, sebab blog ini spesifik untuk Prinsip Perakaunan. Tapi carilah kat malaysia-student dot com, mungkin boleh membantu.

  11. askum…mcmaner saya nak uruskan masa saya sebelum nak spm????

  12. Anip, ini dah dekat SPM, so strategi dah lain sikit.
    1. Perkara terpenting ialah kesihatan badan terutamanya otak/minda Anip. Tidur mesti mencukupi sepanjang peperiksaan SPM. Ada sesetengah pelajar akan tidur lewat 1:00 pagi utk ulang kaji dan bangun pukul 6:00 pagi. Hanya 5 jam sehari utk remaja! Tak cukup untuk rehatkan otak cemerlang!
    Anip akan tau yg otak ANip dah kurang rehat/sihat apabila kualiti pembelajaran anip berkurangan. Lambat faham, cthnya adlh salah satu simptom otak kurang cerdas. sedangkan sebelum ini Anip cepat faham.

    2. Jadual waktu ulangkaji biar fleksibel. Lihat jadual waktu SPM dan perhatikan semula subjek yang bakal diduduki, ambil kira julat masa yang dimiliki. Apa subjek yang anip sedia cemerlang atau kuat atau yakin, maka anip bolehlah kurangkan masa belajar separuh, dan gunakan separuh lagi untuk ulang kaji subjek yang anip perlukan lebih masa itu untuk cemerlang.

    3. Jika sukar buat keputusan, utamakan subjek kritikal krn subjek-subjek ini yang akan membantu awk mendapat tempat dlm Matrikulasi atau program diploma.

    4. Ulang kaji biar dlm bentuk latih tubi, bukan lagi baca nota 100%. 30% nota, 70% latih tubi. T ada buku lain, tak apa, gunakan semula buku latihan yang dah dibuat. Ulang semula soalan yang anip kerap lakukan kesilapan.

    5. doa, tawakal dan solat hajat main peranan juga.

  13. askum sifu…..
    sy rasa takut bila nk dkt spm nie.
    apa yg perlu sy buat?

  14. Ct, takut untuk exam perkara lumrah sbg pelajar. Ct pastikan aje perasaan itu tidak melunturkan semangat dan usaha untuk mengulangkaji dgn lebih baik lagi.

    Ada banyak nasihat yang boleh dan mungkn pernah Ct baca atau dengar. So sifu hanya beri beberapa aja nasihat yang dirasakan perlu diberi perhatian.

    a. Baca nasihat sifu kpd anip di atas.
    b. Berehat dari menonton TV. Korban sedikit keseronokan dan digantikan dgn usaha belajar yang lebih kerap.
    c. Makan vitamin, mgkn multi-vitamin boleh membantu, dan kalau tiada masalah, minum susu di waktu pagi dan malam ketika belajar.
    d. Ulang kaji dalam bntuk latih tubi aje, dan semak sendiri jawapan berdasarkan skema diberi. Kalau dlm AKaun, buat dan semak adl kaedah belajar yang lumrah dan berkesan.
    e. Ikut nasihat guru dan ibu bapa.
    f. Solat taubat, soalat hajat dan slps doa, niatkan awk akn ambil exam 3 minggu krn Allah dan berniat jika berjaya akan gunakan kebolehan itu utk belajar lebih lanjut dan mencari kerja yang halal.
    g. Jika masih resah, solat istikarah, doa mohon panduan apa nak dipelajari hari itu. Insyaallah boleh membantu Ct.

    Ah itu aje yang sifu ingatkan. Kpd pembaca/pengunjung bukan muslim pun boleh ikut nasihat ini, mana yang relevan dgn anda.

  15. akum…siFU.
    ALHMDULILLAH saya dh abis wt SPM.-SBPI KUBANG PASU

  16. tahniah AnA, tinggal satu lagi iaitu solat hajat, minta pada Allah, stlh semua usaha dibuat spjg minggu2 SPM, dpt redha Allah dan pohon kecemerlangan dariNya.

  17. tolong hebahkan blog saya ini kepada pelajar sifu. tq

  18. Insyaallah, Cik Din akan saya maklumkan. Terima kasih kerana melawat blog ini.

  19. assalamualaikum..
    boleh tak nk mintak soalan trial spm 2009 dengan skema
    jawapan dia yang mrsm kubang
    pasu kedah punya?
    tima kasih..

  20. Elly,
    Saya belum ada pun soalan tersebut. Selalunya saya hanya akan berjaya mendapatkan soalan percubaan MRSM melalui lamanweb rasmi MARA. Kemudian saya akan tulis skema jawapan cadangan sendiri tanpa pernah melihat skema rasmi MRSM. Begitulah yang saya dah buat sejak 2005.
    Jika Elly, dah ada soalan itu, saya sudi membuat jawapannya demi manfaat semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: