Monthly Archives: April 2018

Pemantauan Kertas 3 oleh Ketua Pentaksir Negeri memberi Manfaat kepada Calon SPM 2018

Alhamdulillah, pada 20hb. April 2018, Jumaat, lepas, KPtN Sabah, En. Sharif Abu Bakar, telah melawat sekolah kami. Kehadiran KPtN adalah sebahagian dari rangka kerja beliau selaku mendapatkan pengesahan status atau progres penyiapan kertas 3 oleh calon-calon SPM bagi subjek Prinsip Perakaunan.

Sepertimana ramai sudah sedia maklum, kerja kursus kali ini berfokuskan kepada Perniagaan yang mengeluarkan 3 jenis kasut. Kertas projek ini hanya disiapkan sekali dalam tingkatan 5 dan diberi tempoh panjang selama 3 bulan, mulai 1hb. Mac dan berakhir 31hb. Mei 2018. Lawatan ini jatuh pada minggu ke-6 dari tempoh diberikan dan sudah pastinya KPtN mengharapkan murid-murid telah menyiapkan kertas 3 masing-masing sehingga ke elemen pelarasan, termasuk catatan ke lejar. Ini sesuai dengan Carta Gantt yang telah disediakan.

KPtN telah berjumpa dengan PK1, Ketua Pentaksir Kawasan (Daerah Penampang) dan guru mengajar serta murid-murid PPA. KPtN turut memberi kata-kata semangat kepada murid-murid disamping memberikan beberapa tip kecemerlangan subjek Prinsip Perakaunan.

Sekali lagi, Alhamdulillah, kerana anak-anak didik saya, semuanya telah menyiapkan jawapan kertas 3 seperti diarahkan dan masih bersemangat untuk meraih markah K3 yang maksimum.

 

Kertas 3 bagi Prinsip Perakaunan 2018

Pelajar dikehendaki menyiapkan kertas 3 ini sebelum bulan Mei 2018 tamat.

Semoga sukses selalu.