Monthly Archives: Disember 2006

Happy New Year! 2007 will be a great year!

Hampir setiap tahun, tahun baru disambut biasa-biasa aje. Tetapi tahun ini tahun keramat, kita menutup tahun 2006 dengan sambutan Aidil Adha. Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua pengunjung blog ini dan rakan-rakan yang mengenali saya.

Kepada pelajar-pelajar sekolah, tahun 2007 sepatutnya menjadi tahun kejayaan anda. kepada calon SPM dan STPM 2007, harus awal-awal lagi mengorak langkah kearah kecemerlangan. Jika dulu ada alasan beban kewangan, tahun 2007 adalah tahun PERCUMA! Janganlah pula anda hidup secara percuma juga.