Monthly Archives: Mac 2011

Kata-kata Perangsang Kendiri untuk Diri

Ayat Refleksi diri sebagai Guru

“Kita susahkan diri kerana kita nak senangkan bangsa. Kita dulu dapat manfaat dari dasar pendidikan negara masa lampau, Jika tidak masakan kita menjadi cendikiawan sekarang, walaupun hanya berjawatan guru sekolah. Usahakan supaya generasi baru sekarang dapat manfaat yang sama atau serupa, atau lebih, untuk masa depan mereka pula.”

Oleh Cikgu Rithuwan Nasir.

Tarikh Pengumuman Menerima Slip Keputusan SPM 2010

Dengan kuasa yang tiada pada saya, turut mengumumkan bahawa tarikh menerima slip keputusan SPM 2010 jatuh pada 23 haribulan Mac 2010 bersamaan dengan hari Rabu.

Sekian terima kasih.

Syarat Masuk ke Ijazah Perakaunan di IPTA negara

UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

Tempoh Pengajian : 8 semester

SYARAT KEMASUKAN

KELAYAKAN STPM

Syarat Am :

1. Lulus SPM / Setaraf dengan baik;

2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / Setaraf;

3. Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:

i. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

ii. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain;

4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).
Keperluan Khas Program

1. Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam LIMA mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mana-mana kombinasi daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM:

a. Matematik / Matematik Tambahan

b. Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Sains

2. Lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM

3. Lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM;

4. Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan di peringkat STPM.

 

KELAYAKAN MATRIKULASI

Syarat Am :

1. Lulus SPM / Setaraf dengan baik;

2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf;

3. Lulus Matrikulasi KPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan

4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang

kurangnya Tahap 1 (Band 1).

 

Keperluan Khas Program

1. Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam LIMA mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mana-mana kombinasi daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM:

a. Matematik / Matematik Tambahan

b. Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Sains

2. Lulus dalam Bahasa Inggeris diperingkat SPM

ipta lain akan datang – dlaam proses pencarian

 

Lepasan Diploma Layak ke Pangkat Sarjan PDRM

Petikan akhbar – Sumber Utusan Online

Lulusan diploma ditawar Sarjan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

ISMAIL Omar diiringi Dr. Aziz Deraman memeriksa perbarisan kawalan hormat di UMT, Kuala Terengganu, semalam.


 

KUALA TERENGGANU 12 Mac – Golongan siswazah yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma berpeluang untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat Sarjan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, skim ditawarkan tersebut merupakan satu usaha dalam menarik minat golongan itu menyertai PDRM.

Katanya, mereka juga berpeluang menikmati skim kenaikan pangkat dalam tempoh lima tahun berbanding 10 hingga 15 tahun sebelum ini.

“Kita berharap melalui skim baru itu, dapat menarik minat golongan muda menyertai polis,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Pada majlis tersebut lima kakitangan UMT telah menerima pangkat masing-masing iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Yahaya Ibrahim; Pendaftar UMT, Zakarian Ibrahim; Ketua Pusat Sukan UMT, Rafee Jusoh; Ketua Pusat Ko-Kurikulum UMT, Awang Koding Che Tom dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Siti Zainab Mat Zin.

Penubuhan Kor Suksis UMT yang secara rasmi ditubuhkan pada 24 Julai 2006 telah mempunyai keanggotaan 282 pelajar dan daripada jumlah tersebut seramai 70 orang telah ditauliahkan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, skim tersebut yang merupakan salah satu penambahbaikan bidang kepolisan, selaras dengan hasrat PDRM untuk menambah keanggotaan pasukan berkenaan kepada seramai 150,000 orang menjelang 2015.

Katanya, dalam usaha itu, beliau mahu tenaga muda dan berkelayakan untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang siasatan.

Tambah beliau, PDRM turut mengambil kira penambahan bilangan rakyat di negara ini serta cabaran yang semakin tinggi.

“Kita memerlukan para pegawai yang bertenaga serta berpengetahuan tinggi dalam penyiasatan agar kualiti sesuatu kes disiasat, lebih baik,” katanya.

 

Calon SPM Sekolah Seni Dalam Dilema

Petikan akhbar Berita Harian online

Nasib murid sekolah seni diragui
Oleh Azida Shaharuddin 

2011/03/07

SEKOLAH Seni Johor Bahru Jalan Abdul  Samad. 

SEKOLAH Seni Johor Bahru Jalan Abdul Samad.

Sistem penggredan didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi

JOHOR BAHRU: Lebih 100 pelajar perintis dua sekolah seni kendalian Kementerian Pelajaran yang kini berada dalam Tingkatan Lima, dijangka berdepan masalah memohon kemasukan institusi pengajian tinggi (IPT) kelak berikutan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian mereka didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi.

Status itu dikatakan mencetus kebimbangan pelbagai pihak, khususnya ibu bapa dan guru, terhadap nasib serta hala tuju pelajar dua sekolah seni yang ditubuhkan sejak Januari 2007, iaitu Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) dan Sekolah Seni Kuching (SSK).

Menurut sumber rapat dengan pengurusan sekolah seni itu, sistem penilaian dan penaksiran subjek kesenian yang diambil pelajar terbabit adalah dalam bentuk Band merangkumi Band I hingga VI, berbeza dengan sistem untuk mata pelajaran akademik.

Beliau mendakwa, sistem Band seumpama turut digunakan dalam penilaian Malaysian University English Test (MUET) yang diiktiraf kerajaan tetapi dalam konteks mata pelajaran kesenian di sekolah seni, ia belum diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi.

“Modul, sukatan pelajaran dan keputusan peperiksaan menggunakan sistem penggredan Band di sekolah seni dilaksanakan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran.

“Bagaimanapun, masalah kini timbul apabila Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyarankan pelajar ini mendaftar untuk menduduki peperiksaan subjek kesenian sekolah harian biasa bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan November depan.

“Kumpulan perintis sekolah seni ini meluangkan hampir 12 jam seminggu untuk mempelajari subjek kesenian mereka dan menerusi sukatan serta modul khas yang diikuti, pendidikan mereka boleh dianggap setaraf pengajian pelajar tahun pertama peringkat diploma.
“Jadi persoalan kini, berbaloikah usaha semua pelajar sekolah seni ini jika mendaftar mengambil peperiksaan sekolah harian biasa semata-mata untuk memastikan gred mata pelajaran kesenian mereka diiktiraf?” katanya.

Sumber itu berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian segera kerana pelajar sekolah seni terbabit bakal mendaftar mata pelajaran yang akan diambil dalam peperiksaan SPM pada akhir bulan ini.

“Masalah ini dikatakan sudah dikenal pasti sejak lebih setahun lalu dan dibincangkan dalam mesyuarat Kementerian Pelajaran dari semasa ke semasa.

“Namun sehingga kini difahamkan tiada sebarang penyelesaian diperoleh, sebaliknya memerlukan transformasi pada peringkat pelajar sendiri. Di manakah martabat sekolah seni jika keadaan sebegini berlaku?” katanya yang meminta BPK Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius masalah itu dan mengatasinya segera.

Beliau mendakwa sekiranya perkara itu berterusan dan mengundang masalah pada masa depan, tidak mustahil ibu bapa pelajar di sekolah itu memberhentikan anak kerana menganggap lebih baik mereka mengikuti pembelajaran di sekolah harian biasa.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSeJB, Selamat Omar, mendakwa perkara berkenaan sering dibangkitkan pada mesyuarat PIBG sejak tahun lalu, namun sehingga kini pihak sekolah dan ibu bapa masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelajaran mahu pun Pengajian Tinggi mengenainya.

“Mungkin bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dari segi akademik tidak bermasalah untuk memasuki IPT tempatan.

“Namun bagaimana pula dengan pelajar yang sederhana pencapaiannya, iaitu keputusan akademik dan kesenian masing-masing hanya 50-50, tentu peluang sukar untuk mereka memasuki IPT,” katanya.

Selain itu, Selamat berkata, ramai ibu bapa juga pernah mempersoalkan mengapa pelajar sekolah seni perlu memilih aliran sains atau sastera ketika memasuki Tingkatan Empat selepas mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Kami terkejut dengan keadaan ini. Dari awal lagi kami sudah bertanya ketika bermesyuarat, mengapa sekolah seni perlu mengikut format sekolah harian biasa? Apa yang kami risaukan sebelum ini kini sudah dapat dilihat sekarang,” katanya ketika dihubungi semalam.

SSeJB dan SSK diwujudkan kerajaan sebagai saluran kepada pelajar berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian untuk mendalami bidang yang mereka minati itu.

Sekolah berkenaan menawarkan pendidikan kesenian teater, muzik, pendidikan seni visual dan tarian, selain subjek wajib lain seperti Matematik, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.