Tag Archives: sifu2b

Cadangan Jawapan Prinsip Perakaunan SPM 2007

Skema Pemarkahan Tak Rasmi Prinsip Perakaunan SPM 2007 (Accounting Principles unofficial SPM marking schemes of 2007)

Mungkin ramai tak perasan kewujudan pos terdahulu. Lebih 1000 muatturun untuk cadangan jawapan soalan percubaan MRSM 2007, tetapi hanya kurang 100 muatturun cadangan jawapan SPM sebenar. Mungkin sebab ia dah jauh tertinggal. Oleh itu sifu ambil kesempatan menyebutkannya semula.

Jika anda mencari-cari jawapan ‘tak rasmi’ prinsip perakaunan SPM tahun 2007, sila MUATTURUN melalui pos ini. Ia dibuat sejak 30 November 2007 lagi. Siapa yang patut mendapatkannya? Mungkin pelajar tingkatan lima sekarang yang sudah membeli koleksi soalan SPM 2006 yang lepas. Daripada membeli set baru, lebih baik anda dapatkan soalan asli dari bekas pelajar 2007 dan muatturun cadangan jawapan sifu dari blog ini. Rakan guru pun sudah tentu boleh, tapi minta maaf banyak-banyak jika jawapan saya tidak mencapai ekpektasi rakan-rakan semua. Al-maklum, perkara ‘tak rasmi’ dah tentu tak akan menepati skema pemarkahan SPM sebenar. Jawapan yang disediakan saya yakin tepat, tetapi kaedah mengagih markah mungkin berbeza, saya tak tau.

Okay, diharap pos kedua ini lebih membantu pencarian anda semua

TIPS & TRICK KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

Lanjutan dari tahun 2007, di sini sifu membuka ruangan baru khas untuk SPM 2008.
Anggap saja, post ini adalah TIPS DAN TRICK’ EDISI KE-2.

Seperti juga tahun lepas, jika ada sesiapa nak menyumbang tips cemerlang atau sebagainya bolehlah menggunakan ‘post’ ini. Pertanyaan juga boleh diajukan kepada sifu dan akan dijawab jika bersesuaian. Pengunjung lain juga boleh membantu sifu menjawab sebarang pertanyaan yang ditimbulkan di ruangan ini, cuma pastikan ia juga relevan.

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2008.

Link tahun 2007: 

Jika anda masih ingin membaca dan mengambil tahu isi kandungan perbincangan sifu dengan pengunjung/pelajar bagi tahun 2007 yang lepas, anda digalakkan membaca pos lama itu di sini di mana terdapat 364 komen, soal jawab antara sifu dan pelajar-pelajar yang mengunjungi blog ini. Seperti anda sedia maklum, post tahun lepas itu kini secara rasminya  ditutup dan dihalang dari komen lanjutan. Semua komen baru bolehlah dihantar dan ditaip di ruangan ini.

Prinsip Perakaunan SPM dan matlamat pembelajaran

Subjek Prinsip Perakaunan SPM merupakan subjek elektif. Ianya dimasukkan sebagai salah satu subjek dalam kumpulan sastera ikhtisas. Subjek ini ditawarkan kepada semua pelajar tetapi sudah menjadi amalan majoriti sekolah di Malaysia menawarkannya sebagai salah satu subjek yang diambil oleh pelajar-pelajar dalam aliran sains tulen+ikhtisas dan aliran sastera+ikthisas atau aliran teknologi+ikhtisas. Kebanyakan pelajar yang mengambil subjek ini dianggap selalunya terdiri dari pelajar yang mempunyai kemahiran dalam subjek matematik, selalunya ditunjukkan dalam keputusan PMR mereka.

Kenapa pelajar sepatutnya mengambil subjek ini? Jika dilihat daripada dasar KPM dan objektif menawaran subjek ini, kita akan dapati bahawa matlamat tersurat adalah mendedahkan pelajar-pelajar kepada aspek-aspek pengurusan akaun dan kewangan yang diamalkan oleh organisasi perniagaan. Pengamalan perakaunan yang piawai adalah perlu dari peringkat perkeranian hinggalah ke peringkat kepegawaian dan pengurusan. Namun begitu, ada beberapa matlamat tersirat yang boleh dilihat dari penawaran subjek ini:

1. Membentuk nilai-nilai murni seperti kebertanggungjawaban, kebolehpercayaan dan disiplin diri. Ketiga-tiga ini sangat dititikberatkan di dalam kerjaya perakaunan. Kebolehpercayaan boleh disemai melalui amalan perakaunan yang standard, yang dipersetujui diperingkat antarabangsa. Kebertanggungjawaban boleh dibimbing melalui konsep ketepatan catatan urusniaga dan amalan dokumentasi yang diajar dalam subjek ini. Disiplin diri dibina melalui keakuran kepada sistem perakaunan itu sendiri. Semua orang akur kepada sistem catatan bergu dan pengklasifikasian akaun-akaun, tanpa menyeleweng dari sistem ini.

2. menyediakan sumber tenaga manusia berpotensi yang akan menceburi bidang perakaunan. Di Malaysia akauntan bertauliah masih kurang.

3. mengagihkan dan menyalurkan bakal pekerja kepada pelbagai bidang, tidak hanya tertumpu kepada bidang sains dan penyelidikan dan bidang kemanusiaan semata-mata.

4. Salah satu usaha menjayakan dasar ekonomi negara yang memberi peluang kpd semua masyarakat menceburi dunia perniagaan. Usaha penawaran subjek ini di peringkat sekolah menengah atas sekurang-kurangnya akan diharap dapat membantu mempercepatkan proses ini.

Now my head turns to SPM 2008

Dah selesai tugas untuk calon SPM 2007, sekarang perhatian sifu beralih kepada bakal calon SPM 2008. Yes, I am talking to you Form 4 students. Walaupun bercuti, tapi tak rugi belajarkan. Anggap aja hobi. Tak puas bercuti? Hari-hari pun cuti, so tak rugipun. Tapi jangan tertekan, relaks. Ini suggestion aja. Tak dapat belajar pun tak pa, asalkan semasa cuti ini tetap menanam azam dan motivasi kendiri yang positif. Bayangkan kejayaan pada masa akan datang. Fikirkan apakah perancangan atau strategi belajar bila buka sekolah nanti.

Sebenarnya apa yang sifu cadangkan ialah menyediakan diri dengan pemikiran positif dan membuat persediaan mental. Ia perlu supaya semangat baru akan timbul apabila buka sekolah nanti.