Monthly Archives: Januari 2008

Pelajar Tingkatan Empat dan Wawasan Kami

Minggu ini baru dapat masuk ke kelas tingkatan empat. Sekolah sifu bertugas menawarkan subjek Prinsip Perakaunan SPM untuk pelajar-pelajar kelas sains tulen dan kelas ikhtisas. Ini dah tahun ketiga, prinsip perakaunan ditawar kepada kelas aliran sains tulen juga. Baguslah. Tahun ini sifu beralih semula ke kelas tingkatan empat sepenuhnya. Bagus juga, sekurang-kurangnya saya dan pelajar-pelajar ‘baru’ ini boleh merancang wawasan kami. Halatuju yang sifu nak ‘anak buah’ ikuti ialah sasaran peribadi mereka dalam SPM 2009. Terlalu awal agaknya, tetapi sifu fikir lebih baik sifu nyatakan garis penamat mereka iaitu 2009. Garis mula mereka ialah minggu ini, 14 Januari 2008 (Bayangkan acara balapan/trek). Ini adalah acara larian 2 tahun. Lebih tepat lagi, ini ialah projek dua tahun. Kenapa sifu katakan projek? Sebab ia melibatkan pelan, perancangan, perlaksanaan, komitmen, pengujian, penambahbaikan, pembaikan, pelarasan, perancangan semula, penilaian berkala, objektif, dan pembinaan satu menara ‘gemilang’.

Umpamakan situasi itu seperti berikut. Sifu sebagai ‘jururunding/consultant’, Kementerian Pelajaran sebagai ‘arkitek’, sukatan pelajaran umpama ‘pelan bangunan’, pelajar sebagai ‘jurutera’ dan buku-pen-komputer sebagai ‘alatan dan teknologi’. Apa yang kami bina? Menara Wawasan Diri pelajar. Berapa ketinggian? Setinggi yang boleh, tapi had maksimum ‘cemerlang 1A’. Siapa bakal menggunakan menara itu? Dah tentu ‘jurutera itu sendiri serta ahli keluarga tersayang’. Kualiti binaan menara datang dari ‘keikhlasan, amanah dan kejujuran juruteranya’. Nilai pasaran bangunan itu berkait rapat juga dengan ‘kecemerlangan keseluruhan’. Keteguhan bangunan itu selaras dengan ‘daya pemikiran pelajar dan kemahiran berkekalan yang diperoleh’.

Itulah maksud dan perumpamaan sifu tentang ‘projek hidup’ itu. Sifu akan terus komited meneraju kedua-dua kelas ini ke puncak kejayaan seperti mana diimpikan mereka. Cemuhan orang ramai dalam media terhadap golongan guru sangat menyakitkan, tetapi usaha melahirkan golongan warga berwawasan, berfikiran kritis dan kreatif akan tetap diteruskan walaupun sifu adalah juga guru yang kini diperkotak-katikkan. Majoriti guru memilih berdiam diri. Selagi tiada pelajar di hadapan mata turut ‘terpengaruh’ dengan selaran media, menafikan jasa guru mahupun memperkecilkan usaha guru, maka selagi itu sifu akan sentiasa berfikiran waras dan positif terhadap kerjaya in. Sifu sentiasa yakin dengan kebolehan sebenar pelajar.

Learning Bookkeeping

Sifu baru pertama kali terjumpa website seperti ini. Secara umum, ia menawarkan tutorial berkaitan simpankira yang dipelajari pelajar-pelajar T4. So, apa lagi, lawatilah lamanweb berkenaan melalui link ini (English websites).

How about online quiz? Direct link is here. Juga dari website yang sama. I wonder if I can provide the same but in Bahasa, hhmm (thinking!)

Anyway, it’s recommended by sifu!