Category Archives: Pre-Exam Series Q&A

SORRY FOR NOT ANSWERING YOUR COMMENT

To all visitors,

It’s been quite sometimes since my last post and comments. I don’t really know what happen or why it happen. It’s just that I lost the creativity and reasons to answer all the comments which are pending.

So, the only thing that i can do is to say I’m sorry for not attentive and not able to response to any of the comments or queries in my blog.

I may continue writing, but….

BUKU KOLEKSI SOALAN SPM SEBENAR – SATU DILEMA

Setelah sekian lama menunggu, hanya pada 25 Mei 2009, sifu berjaya mendapatkan senaskah buku penting bertajuk ‘KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN SEBENAR SPM – PRINSIP PERAKAUNANterbitan CERDIK. Agak sukar juga mendapatkan buku sedemikian di bumi SABAH bertuah ini.

Kebetulannya minggu ini masih lagi minggu peperiksaan. Oleh itu sifu gunakan kesempatan ini untuk meneliti soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas dan jawapan cadangan yang disediakan. Di sini sifu nak maklumkan kepada anda semua yang berniat nak beli buku ini demi mendapatkan jawapan semata-mata,  LUPAKANLAH, TANGGUH DULU PEMBELIAN.

Kalau nak beli untuk koleksi Soalan sebenar semata-mata, maka dipersilakan. Jika nak beli kerana nak jawapan semata-mata sedangkan anda telahpun memiliki set soalan SPM sebenar dari kakak, kawan atau individu lain, maka anda mungkin akan alami kerugian kerana hasil semakan dan penelitian sifu, ada beberapa jawapan (tak semuanya) yang disediakan adalah TIDAK SESUAI, KURANG TEPAT MAHUPUN SALAH.*

Tapi perlu sifu tegaskan di sini, sifu tak boleh salahkan Nur Adni atau mana-mana penyedia jawapan seratus peratus. Mungkin beliau telah sediakan jawapan yang betul, tetapi semasa proses penerbitan (typesetting contohnya), mungkin pihak terbabit telah tersalah salin mengakibatkan format dan jawapan yang disediakan dalam cetakan terbaru ini TIDAK BETUL.

Adalah agak mendukacitakan, penerbit besar seperti Cerdik Publications tidak bersungguh-sungguh menjaga kualiti produk mereka. Sebenarnya kesilapan seperti ini telah berlaku sejak dahulu lagi, tetapi tidak dipernah dibetulkan. Sepatutnya ada juga individu yang berkebolehan dilantik menjadi ‘proof-reader’ dari A ke Z supaya kualiti terbitan Cerdik akan benar-benar membantu melahirkan pelajar CERDIK juga, bukan sebaliknya.

Dari aspek tanggungjawab sosial, sepatutnya pihak penerbit mengakui kesilapan cetakan atau ralat tersebut dan membuat pembetulan sepantas boleh, contohnya melalui lamanweb dan turut mengepilkan pembetulan tersebut dalam naskah yang dijual di kedai-kedai buku.

Sesiapa jua yang pernah dan masih memiliki koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM prinsip perakaunan tahun-tahun lepas, pasti mengakui bahawa kebanyakan jawapan yang disediakan adalah SALAH SAMA SEKALI, salah sebahagian, atau kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.

Dalam bulan JULAI 2007, saya penulis menulis satu pesanan atau nasihat di dalam tajuk Koleksi Soalan SPM sebenar dan Klon. Sebenarnya sifu turut merujuk kepada terbitan Cerdik Publication juga tetapi tidak menyatakannya secara terang-terangan. Sifu mengharapkan akan ada pihak bertanggungjawab dari kalangan penerbit dan/atau penulis jawapan itu sendiri untuk melawat tulisan tersebut dan bertindak secara sukarela membuat pembetulan walaupun kesilapan itu adalah amat kecil. Jelas sekali tiada siapa yang peduli, hehehe.

Adalah menjenuhkan setiap tahun saya terpaksa membetulkan jawapan pelajar yang teknik jawapannya ditiru (diikuti) dari jawapan cadangan yang disediakan penerbit.

Sifu khuatir jika ada pelajar yang belajar sendirian tanpa bimbingan guru (calon persendirian atau pelajar pendiam) dan YAKIN dengan buku-buku terbitan syarikat berkenaan. Bayangkan jika faktor kegagalan pelajar adalah akibat ‘tersalah ajaran’ yang berpunca dari kenaifan pelajar tersebut mengakui jawapan cadangan adalah rujukan 100% TEPAT DAN SELAMAT diikuti memandangkan logo ‘DENGAN IZIN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA’ turut dicetak di bahagian ‘cover’ terbitan tersebut. Mana-mana pelajar mahupun ibu bapa yang kurang arif dengan matlamat pemasaran produk buku seperti ini akan berpendapat bahawa jawpan ini mesti skema SPM sebenar dan ia LEBIH TEPAT, walaupun ada guru seperti kami yang mendedahkan bahawa ia ada kesilapan.

Oleh itu, adalah amat diharapkan pihak Cerdik Publication dapat meneliti produk mereka dan tidak mengulang cetak semua atau sebahagian terbitan tahun-tahun lepas TANPA saringan semula atau penelitian (proof-reading). Saya percaya majoriti guru akan gembira jika kami dan pelajar kami dapat menggunakan buku yang berkualiti, betul dan diyakini ketepatannya.

Baiklah, demi memudahkan anda mengetahui manakah bahagian jawapan cadangan yang ada kesilapan, saya senaraikannya seperti di bawah ini:

ms 129 – Jawapan Soalan 2 (b) – Sepatutnya Tolak Faedah Atas Modal (jawapan RM4230 adalah betul)

ms 133 – Jawapan Soalan 1 (Jurnal Am) – sepatutnya perkataan MODAL dijarakkan ke dalam (kesilapan minimum)

ms 134 – Jawapan Soalan 1 (lejar) – rujuk Kilang Kek Unik – item diskaun sepatutnya ditulis lengkap – DISKAUN DITERIMA. Sudah jelas diskaun ada dua – diskaun diberi dan diskaun diterima, maka perlu dibezakan.

ms 136 – Jawapan Soalan 2 (b) – sepatutnya ada petunjuk – Jualan tolak kos jualan; dengan ada perkataan TOLAK, akan membantu pelajar sederhana memahami jawapan itu- terutama jika disediakan dengan format lebih kemas.

ms 136 – Jawapan Soalan 2 (c) & 2(d) – masalah seperti di atas.

ms 137 – Jawapan Soalan 2 (e) – masalah seperti di atas. TOLAK : LIABILITI SEMASA

ms 137 – Jawapan Soalan 3 (a) – format disediakan tidak sesuai (baca : TIDAK BETUL) – sepatutnya format mesti berdasarkan urutan ini : Untung bersih + Faedah atas Ambilan – (Faedah atas modal+ gaji pekongsi) = KONGSI UNTUNG.

DISCLAIMER : Bukanlah niat saya menulis pos ini untuk memburukkan penerbit Cerdik, sebaliknya menzahirkan keprihatinan saya dan mencadangkan penyelesaiannya. Tidak mustahil ramai juga guru-guru prinsip perakaunan yang mengomel tentang hal ini tetapi tidak tahu bagaimana nak menzahirkannya. Sebagai guru prihatin, sudah tentulah saya menginginkan mana-mana buku YANG SAYA CADANGKAN UNTUK DIBELI oleh ibu bapa atau pelajar benar-benar berkualiti. Cadangan kami selalunya diikuti oleh pelajar-pelajar kami, maka saya amat berharap CERDIK dan penerbit buku lain tidak mengecewakan kami.

AKHIR KATA, JIKA ANAK MURID SAYA NAK BELI BUKU INI, BELILAH DI KEDAI BUKU BERDEKATAN. SIFU AKAN BIMBING ANDA DAN BETULKAN BAHAGIAN MANA YANG ADA KESILAPAN. TETAPI HARUS DIINGAT BAHAWA MANA-MANA BAHAGIAN JAWAPAN YANG SIFU TEGUR SEBAGAI SALAH HENDAKLAH DITERIMA SECARA SERIUS KERANA SIFU BARU SAHAJA DEDAHKAN BAHAGIAN MANA YANG TIDAK SESUAI DIJADIKAN SUMBER JAWAPAN RUJUKAN. TETAPI SUKACITA SIFU NYATAKAN JUGA 80-90% JAWAPAN YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN BELAKANG NASKAH TERSEBUT ADALAH SESUAI UNTUK DIRUJUK DAN DIJADIKAN PANDUAN PELAJAR CALON SPM 2009.

————–

* Sebenarnya masalah yang sama pernah timbul dalam cetakan terdahulu yang mengandungi soalan SPM 2003 dan ke bawah, tetapi memandangkan ia tidak lagi dicetak kembali oleh Cerdik maka tidak perlulah dinyatakan di sini dengan terperinci.

SKEMA JAWAPAN LENGKAP PERCUBAAN SPM MRSM 2008 DAH KELUAR!

Hanya jawapan untuk Prinsip Perakaunan SPM MRSM 2008. Subjek lain sifu tak sediakan. So, tak perlulah tanya, memang tak ada pun.

Ini dia jawapan cadangan (suggested answers) yang ditulis oleh sifu sendiri untuk semua pelajar SPM 2008. Usaha ini sebenarnya dah memasuki tahun ketiga. Dulu didorong oleh perasaan kecewa kerana susah nak dapat jawapan sebenar, maka sifu sediakan jawapan ini untuk anak-anak murid sifu dengan sistematik pada tahun 2006, untuk percubaan MRSM 2005 dan 2006. Itupun selepas mengetahui bahawa MRSM mengedarkan soalan mereka di internet. Syukur ada sumber langsung dari MARA!

Memandangkan MRSM sememangnya tidak menyebarkan secara rasmi jawapan dan skema markah peperiksaan mereke di internet, maka timbul minat sifu untuk berkongsi jawapan tersebut dengan guru-guru lain serta pelajar-pelajar sekolah lain. Walaupun perasaan malu dan segan menebal, tetapi sifu gagahkan juga mendedahkannya ke internet, dan disitulah bermulanya blog ini, Sifu Anda Menulis. Sedar tak sedar, rupa-rupanya blog ini dah memasuki tahun ketiga.

Cadangan Jawapan Percubaan SPM MRSM 2008 – Prinsip Perakaunan
Kertas 1 & Kertas 2 (lengkap), muat turun fail ini

Sekali lagi diingatkan kepada pelajar yang baru di sini. Jawapan ini jawapan TAK RASMI, dibuat sendiri oleh saya sendiri. Oleh itu, pengguna sekalian, ketahuilah ini bukan skema rasmi MRSM mahupun salinan terus darinya. Jika ada kesilapan, pembetulan akan dibuat seberapa segera yang boleh. Kerjasama anda amat dihargai. Walau apapun, sifu tetap menghargai usaha anda untuk berkongsi ilmu sesama pelajar.

JIKA BUKAN ANDA YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG, SIAPA LAGI!?

Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2008(2)

Sesiapa yang berminat dengan soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2008 peringkat sekolah anda dipelawa memuatturun soalan ini.

SMK Putatan, Sabah (Percubaan SPM 2008):

  • Kertas 1 [ Soalan | Jawapan ] (akan datang)
  • Kertas 2 [ Soalan (Ed.2) (muatnaik 15 Sept. 2008-Edisi terkini) | Jawapan Cadangan (muatnaik 21 Sept. 2008)]

SMK Baru Miri, Sarawak (Percubaan SPM 1 2008)

  • Kertas 2 [Soalan sahaja] – sejak 16 Jun 2008 – Terima kasih Cg Hamidon.

SMK Baru Miri, Sarawak (Percubaan SPM 3 2008)

  • Kertas 1 dan 2 [Soalan sahaja] – sejak 18 Oktober 2008 – Terima kasih Cg Hamidon.

MRSM (Percubaan SPM 2008) – directlink mulai 6 Okt. 2008 – BARU

MAKLUMAN :
Fail di bawah ini merupakan salinan alternatif untuk KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM Cg Narzuki. Link di bawah disediakan dengan kebenaran khusus dari Cg Narzuki sebagai Mirrorlink. Soalan-soalan di bawah disediakan dalam bentuk fail padat (compressed files) dalam format 7-zip.
Sebelum memuatturun semua soalan di bawah, pastikan anda mendapatkan perisian percuma 7-zip dari http://www.7-zip.org/ (Direct link for files : 7z457.exe)

1. KELANTAN (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

2. KEDAH (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

3. SBP-SAS Putrajaya. (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

4. TERENGGANU (Kertas1 dan 2).7z

5. PERAK (Kertas 1 dan 2).7z

6. NEGERI 9 (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

7. JOHOR (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

8. PAHANG (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

9. SELANGOR – SMKDamansara Utama (Kertas 1 dan 2).7z

10. PERLIS (Kertas 1 dan 2, Skema).7z

JADUAL ANALISIS SOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008 (terkini 2/10/2008)

Sementara menunggu soalan percubaan spm yang lain, sifu dapat mengumpul maklumat agihan soalan dari beberapa buah negeri dan sekolah. Untuk itu sifu sediakan analisis percubaan spm 2008 seperti yang pernah dilakukan tahun lepas.

Jadual di atas telah dikemas kini dengan maklumat dari Cg Narzuki. Harap anda dapat melihat ‘corak’ atau kecenderungan RAMALAN pihak-pihak terlibat. Ingatlah wahai pelajar bahawa soalan percubaan SPM itu boleh dianggap sebagai soalan ramalan.

Cadangan Jawapan Modul Latihan Kendiri Intensif

Sifu nak memaklumkan yang sifu dah muatnaik set jawapan lengkap Modul Latihan Kendiri Intensif Set Blog/1/2008. Anda boleh muatturun jawapan tersebut di segmen berkaitan. Panduan penyediaan soalan juga disediakan untuk rujukan pihak guru (terutama guru baru) dan pelajar-pelajar.

Terima kasih kerana menggunakan set soalan ini.

PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

NOTIS : Tulisan ini dipetik dari sini, tulisan Cg Narzuki. Sila lawati blog beliau juga utk maklumat lanjut tentang isu ini.

Diharapkan pelajar semua lebih bersedia untuk menjawab soalan prinsip perakaunan pada tahun ini. Ini kerana soalan pada tahun ini terdapat sedikit perubahan ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI.

Dalam usaha menaiktaraf kelulusan Prinsip Perakaunan SPM ke peringkat lebih profesional, maka beberapa perubahan akan dibuat terhadap soalan pada tahun ini. Di mana GAYA PENYOALAN yang digunakan berlainan sedikit berbanding dengan soalan tahun-tahun lepas. Penilaian dan PEMBERIAN MARKAH juga turut berubah mengikut cara pemarkahan LCCI, di mana penekanan diberikan kepada KEMAHIRAN PERAKAUNAN, seperti kemahiran catatan pelarasan dan pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam kertas jawapan.

Semoga usaha menaiktaraf ini, menjadikan Sijil Perakaunan SPM setanding dengan Sijil Profesional Perakaunan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Makluman :
Petikan ini dibuat tanpa mengubah mana-mana perkataan untuk mengekalkan integriti penulisnya. Terima kasih Cg Narzuki.

Tarikh Baru Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU dan STAM (2)

Beberapa bulan dahulu LPM ada mengumumkan tarikh baru bagi kesemua peperiksaan awam di bawah kendaliannya. Sifu ada memetik laporan Utusan di sini.

Tetapi pada 1 April 2008 yang lepas, KPM sekali lagi membuat pengumuman tarikh baru. Sifu ringkas saja seperti di bawah:

UPSR – tarikh baru 9, 10, dan 11 September 2008;
PMR – tarikh baru 13, 14, 15, 16 hinga 17 Oktober (tarikh terdahulu iaitu 4 dan5 November 2008 dibatalkan);
SPM – tarikh baru 12 November hingga 6 Disember 2008;
SPMU
– 24 dan 25 Jun 2008 (SPM Ulangan)
STAM – tarikh baru 20, 21, dan 22, kemudian disambung pada 28 dan 29 Oktober 2008

Maklumat ini dipetik dari berita terkini Utusan Online.

Takwim Peperiksaan oleh KPM di sini.

Pandangan sifu, ia adalah situasi menang-menang. Namun begitu, sifu berharap tidak akan ada lagi pengumuman kali ketiga.

SPM 2007 BERMULA

12 November, 2007, maka bermulalah perjuangan barisan terhadapan perjuangan anda. Jerih payah usaha anda menyediakan diri sendiri menghadapi SPM akan diuji mulai esok. Nasihat sifu, serius menghadapi semua kertas. Tumpukan perhatian dan minda anda untuk menjawab soalan yang ditanya dan berikan jawaapan sebaik semungkin. Selepas setiap kertas diduduki, lupakan seketika kertas itu, jangan berbincang mengenainya. Nasi dah jadi bubur, jika betul maka betullah, jika salah maka salahlah, tak perlu disesalkan lagi. Sebaliknya tumpukan fokus kepada kertas seterusnya, dan begitulah perancangan harian anda selagi menduduki SPM.

Kepada calon SPM 2007, selamat berjaya.

Kepada pelajar Tingkatan Empat, buka mata dan ambil iktibar apa yang akan berlaku dan jangan lupa dapatkan soalan-soalan SPM 2007 dari calon SPM hari ini. Mudah-mudahan ia boleh membuka semangat anda untuk bersedia lebih awal.

Pre-Exam Series – Modul 6 Edisi Khas Soalan Laporan Kewangan

Memberi respons cadangan Cikgu Hamidon, saya menyediakan modul 6 ini di sini untuk kemudahan guru dan pelajar menguji diri dengan soalan-soalan yang sering dan mungkin di tanya sebagai soalan no.2 dalam Kertas 2. Untuk makluman pelajar, soalan 2 adalah soalan yang menjanjikan perolehan markah kedua tertinggi di dalam kertas 2. Selain dari lembaran kerja, soalan 2 juga mungkin dalam bentuk laporan kewangan iaitu penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Sila muatturun modul 6 (prebiu) seberapa segera.

ULANG TAHUN PERTAMA BLOG Sifu2b

Tak sangka, dah setahun sifu mencatat blog ini.  Blog ini lahir pada 15 September 2006. Kini dah genap setahun. Diharap sokongan guru dan pelajar yang sentiasa melawat blog ini menjadi pemangkin kewujudan tahun kedua blog ini.

Laporan Prestasi bagi tempoh usia blog berakhir 14 September 2007

1.  Cadangan skema jawapan – dapat disediakan sebaik yang mungkin
2.  Cita-cita menyedia bahan prinsip perakaunan – dapat dicapai dan akan dipertingkatkan lagi.
3.  Nilai tambah blog – Pre-Exam Series (PES), soalan-soalan ramalan SPM, Siri Bestari Perakaunan SPM (SBPS), Koleksi Soalan Rakan Sifu (SRS), dan lain-lain. Ada banyak lagi akan datang.
4.  Perkara lain – berkenalan dengan rakan guru prinsip perakaunan dan kolaborasi profesional dapat dilaksanakan. Masih membayangkan harapan memulakan rangkaian kerjasama guru-guru secara kolektif dan rasmi seperti persatuan atau perkumpulan kerja (work group)
5.  Motivasi kendiri – Bertambah, terima kasih diatas sokongan pengunjung-pengunjung blog ini.

Sekian laporan tahun pertama ini.

Kita tunggu dan lihat pula laporan akhir tahun kedua nanti.