Tag Archives: spm sebenar

Skema Jawapan Cadangan Tak Rasmi Prinsip Perakaunan SPM 2008

PERINGATAN : TELAH SIAP SIRI LENGKAP SKEMA DISEDIAKAN AKAN DATANG

Sifu telah pun membuat draf jawapan untuk soalan 2, kertas 2 Prinsip Perakaunan SPM 2008. Jika tiada aral melintang, akan diedarkan melalui blog ini untuk perkongsian bestari dengan guru-guru dan pelajar-pelajar SPM2009. Sebenarnya sifu baru sahaja mendapatkan soalan itu dari pelajar T5 sekarang ini. Itu pun selepas teringat mengenainya apabila ditanya oleh seorang pelajar yang melawat blog ini bulan lepas.

Sifu memandang serius terhadap tahap kesukaran soalan 2 dalam kertas 2 tersebut. Sifu pernah dimaklumkan oleh rakan guru, Cg Hamidon dan Cg Narzuki tentang potensi soalan sebegini diuji sejak 2007 lagi. Perbincangan dan kursus-kursus telah dijalankan di beberapa buah negeri berkenaan perubahan struktur soalan sejak tahun tersebut dan berterusan ke tahun 2008. Malangnya sifu tak pernah menghadiri mana-mana kursus LPM atau jabatan, apatah lagi membaca surat jemputan. Oleh itu sifu terpaksalah bergantung sepenuhnya kepada perkongsian maklumat yang diperoleh dari kedua-dua rakan itu. Seperti kata pepatah, “tak ada rotan, akar pun berguna juga”. Walaupun tak dapat mendengar secara ‘live’ ayat-ayat pegawai LPM, ayat-ayat emel dari rakan guru seperti Cg Hamidon dan Cg Narzuki pun sudah memadai untuk sifu membuat beberapa andaian dan kesimpulan.

Dan akhirnya semua persoalan dah terjawab. Tanpa diduga oleh orang seperti saya, soalan 2 telah diuji dan ia menjelaskan apakah format atau tahap kesukaran yang diharapkan oleh pihak LCCI/ACCA yang perlu dimasukkan ke dalam soalan Prinsip Perakaunan SPM. Kini bukan rahsia lagi, maka perlulah tindakan susulan dari guru seperti saya untuk menyediakan anak didik SPM 2009. Menyediakan jawapan SPM 2009 adalah salah satu cara yang mungkin boleh membantu mereka.

Sesiapa dikalangan guru yang sebenarnya telah mendahului saya, yang telah menyediakan jawapan lengkap kertas Prinsip Perakaunan SPM 2008, alangkah seronoknya jika anda turut berkongsi dengan kami, dan saya tak perlulah menyediakan skrip jawapan cadangan dengan sepenuhnya. Oleh itu sebarang sokongan dari pihak guru-guru lain atau pelajar amatlah dialu-alukan. hantarkan jawapan anda ke emel sifu, blogsifu2b at yahoo.com. Sudah tentulah penghargaaan adalah kepada diri anda.

PS : Jika dah siap, Link untuk jawpan itu akan diperoleh di dalam pos ini kelak.

TAMBAHAN : 11 MEI 2009

Nampak gayanya belum ada sesiapapun yang menyediakan jawapan cadangan SPM 2008 dan paparkan di interet. Maka sifu teruskan hajat untuk menyebarkannya di blog ini.

Sila muatturun fail ZIP dari link ini (muatnaik 3/9/09)sifu2b-akaun-suggestedanswers-spm2008v1_2.zip (>5.6 mb).
Makluman ringkas : Salinan di atas adalah untuk link terbaru yang telah dibuat pembetulan dalam jawapan bagi soalan 3, Akaun Semasa perkongsian (jawapan cadangan atas kertas kajang). Jawapan atas kertas Buku Tunai adalah betul.

Untuk makluman semua terutama yang telah berjaya memuatturun set jawapan sifu terebut, ini adalah kali pertama sifu menyediakan jawapan dalam bentuk tulisan tangan sepenuhnya. Sudah menjadi kebiasaan sifu untuk mengajar dan menasihatkan (atau mengarahkan) pelajar untuk menyediakan jawapan yang mudah dibaca dan disusun kemas. Malahan sifu juga tetapkan bagaimana nak menyediakan set jawapan untuk jurnal dan lejar. Sejak 3 tahun lepas, sifu telahpun memilih beberapa sampel soalan format KERTAS 2 -SOALAN 1,  dan turut menyediakan SAMPEL JAWAPAN bertulis tangan yang tersimpan dalam satu fail khas untuk pelajar pinjam pada bila-bila masa. Namun, setiap kali menyediakan skema jawapan penuh untuk soalan percubaan sekolah, MRSM mahupun kertas peperiksaan lain, sudah menjadi kebiasaan kepada sifu untuk menyediakannya dalam format spreadsheet, kerana sifu sememangnya mahir dengan MSExcel sejak dahulu lagi.

Memikirkan bagaimana membantu menyediakan pelajar untuk SPM 2009 November ini, maka sifu terfikir apakah bahan-bahan tambahan yang perlu disediakan. Merancang menyediakan jawapan SPM 2008 adalah sebahagian darinya. Sebab itu sifu sudahpun menyediakan jawapan S2 dan S3 untuk mempelajari kaedah pemarkahan ala-LCCI. Sifu abaikan soalan 1 dan soalan 6 kerana masa yang kurang sesuai. Apabila nak release di blog ini, sifu teragak-agak untuk mengeluarkan bahan yang hanya separuh jalan. Lebih baik lagi jika pelajar beli buku Koleksi Soalan SPM Sebenar. Tetapi setelah membelinya dan meninjau jawapan yang disediakan, sifu agak kecewa. Justeru itu, sifu mula merancang untuk menghabiskan jawapan sepenuhnya dalam cuti sekolah ini tetapi dengan nilai tambah. Sifu merancang menyediakan jawapan dalam bentuk  bertulis tangan sepenuhnya dengan gaya persembahan skrip jawapan yang sebaik-baiknya dan yang pada pandangan sifu akan disukai oleh pemeriksa kertas. Ini termasuklah bagaimana helaian jawapan tambahan berupa gerak kerja sepatutnya disediakan. Sudah tentulah gerak kerja TIDAK WAJIB disediakan kerana arahan tidak diberikan. Maka sudah menjadi rutin, coretan-coretan kasar selalu dibuat oleh pelajar di kertas lain dan dibuang atau ditinggalkan di bawah meja selepas peperiksaan. Tetapi jika disediakan dengan kemas, pelajar seharusnya mengetahui sekarang bahawa ia boleh dihantar bersama-sama dengan kertas jawapan dan ia akan memudahkan pemeriksa memberi markah ‘ANGKA SENDIRI atau Own Figure (OF)’.

Sifu selalu menjual slogan ini JAWAPAN MINIMUM UNTUK MARKAH MAKSIMUM. Maksud perkataan itu tergambar dalam jawapan Soalan 1 terutama di bahagian lejar, di samping soalan lain juga.

Sifu sediakan jawapan sedemikian rupa, sebenarnya untuk anak didik di sekolah sebagai salah satu strategi membantu memantapkan kualiti jawapan mereka, tetapi sebarkan awal melalui internet demi manfaat bersama.

Sebarang kesilapan, jika ada, maka sifu mohon maaf banyak-banyak. Maklumkan di dalam komen di bawah dan sifu akan usahakan untuk membuat pindaan seberapa segera yang boleh.

SELAMAT BERJAYA.

Oh ya, bagi sesiapa yang tertanya-tanya bagaimana sifu sediakan jawapan tersebut, sebenarnya sifu memiliki laptop tablet PC HP Pavilion tx2032au. Sebenarnya sifu masih menulis menggunakan komputer. Bukannya menyombong atau membangga diri, sebaliknya sekadar memaklumkan manfaat teknologi kepada guru seperti saya.

Advertisements

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2008

Berdasarkan jadual rasmi SPM 2008 yang telah diterbitkan di lamanweb Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kem. Pelajaran Malaysia, didapati kertas 3756 dijadualkan dalam hari yang sama.

Berikut adalah petikan jadual SPM 2008 (setakat pembacaan sifu pada 22 Ogos 2008)

Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 2 – Isnin, 1 Disember 2008 – 8:00 hingga 10:30 pagi (2 jam 30 minit)

Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 1 – Isnin, 1 Disember 2008 – 11:10 hingga 12:25 tengah hari (1 jam 15 minit)

Kepada sifu, jadual ini kira munasabah juga. Bagi pelajar khusus dalam kelas perakaunan, mereka mungkin memperoleh 4-5 hari tanpa peperiksaan yang digunakan utk mengulang kaji kali terakhir, atau sifu kerap panggil latihan “pemanasan badan dan minda.” Kepada calon kelas aliran Sains yg juga mengambil EST maka julat masa itu dalam 3 hari selepas EST.

Anda boleh muat turun jadual SPM 2008 di alamat dengan mengklik dan save link ini.

SEMOGA BERJAYA

JADUAL ANALISIS SPM DAN PERCUBAAN SPM

 

Sifu dah membuat analisis 14 tahun soalan Prinsip Perakaunan SPM sebenar serta mengemaskini trend semasa soalan-soalan Kertas 2 dalam peperiksaan percubaan 2007 yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Pelajar dan guru bolehlah memuatturun dan membacanya di sini (edisi2-24/10/2007). Kemas kini termasuk JPN Kelantan dan JPN Terengganu, terima kasih Cikgu Narzuki.

Edisi 3 Analisis Percubaan SPM 2007 (1 Nov. 2007-pembetulan). Kalau nak fail PDF, edisi 3pdf di sini.

Diharap, analisis ini dapat membantu pelajar bimbingan sifu dan anda semua.

Jika boleh, sifu juga berharap mana-mana guru atau pelajar dari negeri-negeri selain yang telah disenaraikan supaya dapat meninggalkan komen tentang agihan soalan kertas 1 dan kertas 2 bagi negeri masing-masing supaya dapat dimasukkan ke dalam jadual trend.