Monthly Archives: Julai 2007

Pre-Exam Series – Modul 5 Ramalan SPM set 2/2007

Modul 5 Pre-Exam Series telah diedarkan diblog ini. Saiz fail pdf ini kecil, bersaiz 690 kb, oleh itu jangan lupa memuatturun fail ini. Lawati muka surat ini, https://sifu2b.wordpress.com/pre-exam-series-of-qa/

Walau bagaimanapun, jawapan hanya akan dimuatnaik 2-3 minggu kemudian, bergantung kepada kesesuaian masa
[Kemaskini : jawapan telah dimuatnaik sejak 18 Ogos 2007]

Modul 4 PES pula telah dikemaskini. Terima kasih kepada pelawat Goldberg yang mengesan kesilapan kecil pada soalan 3. Sila muatturun modul 4 semula berserta jawapan. Soalan 3 dalam modul 4 telah tertinggal satu baris iaitu Hutang Lapuk. Cadangan jawapan juga telah dibetulkan. Saiz Modul 4 juga telah dikurangkan.

Koleksi Soalan SPM Sebenar dan Klon

Saya menasihatkan semua pelajar yang menggunakan buku-buku soalan, mahupun klon soalan spm supaya merujuk terus kepada guru masing-masing terlebih dahulu untuk mengesahkan cadangan jawapan yang disediakan penerbit. Acap kali, skema jawapan itu tidak menepati kehendak soalan, salah jawab dan jika betulpun kekadang tidak mengikut format sebenar sepertimana dalam buku teks Prinsip Perakaunan T4 dan T5.

Sifu mengambil contoh, soalan sebenar SPM 2006, didapati buku koleksi soalan sebenar spm itu menyediakan skema jawapan yang tidak tepat. Sifu khuatir akan ada pelajar yang akan terkeliru dan bertanggapan skema dan cara menjawab, contohnya S1 itu, adalah betul atau paling tepat, kerana ia skema soalan SPM sebenar, sedangkan sebenarnya ia adalah salah atau tidak tepat. Penyediaan skema jawapan yang tidak sempurna, kurang penelitian ketika proses pencetakan, walaupun hanya sebahagian, boleh menjejaskan prestasi pelajar yang menjadi pengguna buku-buku sepertinya.

Sifu sendiri telah memaklumkan pelajar-pelajar saya tentang kesilapan tersebut dan meminta mereka berjumpa saya dahulu. Tadi pun ada pelajar yang menunjukkan buku yang digunakannya dan sifu terpaksa memberi komen bahawa skema yang beliau rujuk tidak lengkap dan tidak tepat.

========

LINK MUATTURUN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM SEBENAR (sumber luar) :

Prinsip Perakaunan SPM 2008 Kertas 1 , Kertas 2 (sumber : Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Kementerian Penerangan Malaysia)

Prinsip Perakaunan SPM 2006Kertas 1 , Kertas 2 (sumber : Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Kementerian Penerangan Malaysia)

========

ARTIKEL LANJUTAN :

BUKU KOLEKSI SOALAN SPM SEBENAR – SATU DILEMA

Skema Jawapan Cadangan Tak Rasmi Prinsip Perakaunan SPM 2008

Cadangan Jawapan Prinsip Perakaunan SPM 2007