T4-Bhg 4 – Pelarasan Akaun

Bahagian soal-jawab berkaitan dengan pelarasan akaun di akhir tempoh perakaunan

  • Peruntukan Susut Nilai Aset Bukan Semasa

  • Peruntukan Hutang Ragu dan Hutang Lapuk

  • Belanja Terakru dan Terdahulu

  • Hasil Terakru dan Terdahulu

  • Stok Awal dan Stok Akhir

22 responses

  1. salam..cg sy xbrape fhm la..pelarasan akaun ni bkn merupakan 1 soalan kan??btol x cg??mnurut pmahaman sy la kan,,pelarasan ni mmg ada dlm stiap soalan dan kta cuma perlu buat pelarasan.. mklumat utk kta buat plarasan ada di maklumat tmbahan,,cthnya, pelarasan peruntukan htg rgu ke ats pghutang…erm,,btol x cg??

  2. Ika,
    pelarasan sebenarnya penting dalam soalan 2, 3, 4, 5 dan 6, jika berkaitan. Maka kefahaman Ika adalah amat tepat.
    Harapan sifu anda mahir hal-hal yang sifu senaraikan di atas, maka tak akan ada masalah besar buat awak.

  3. sifu..
    saya x tau la mcm mna nk skor akaun nie…sy da brusaha nk phm bab demi bab,,tapi x bleh nk phm jgak..klu sifu x keberatan…sya nk blaja dgn sifu dgn mlalui mel…

  4. Haifa,
    belajar melalui emel? Bagaimana tu? haifa di mana?

  5. Sifu… Tolonglah saya… Apa maksud Soalan Perakaunan SPM 2009, Kertas 2, Soalan 2, Maklumat Tambahan (ii). Berkaitan dengan pelarasan.

    Maklumatnya:
    “Pada 20 Nov 2008, pulangan jualan RM250 telah diterima, tetapi Nota Kredit hanya dikeluarkan pada 1 Disember 2008. Pulangan ini belum direkodkan dalam mana-mana buku dan belum diambilkira dalam penilaian stok. Barang niaga ini telah dijual pada harga kos+100% tokokan.”

    Apa yg akan dpt kesan drpd maklumat ini? Stok? Jualan? Pulangan jualan? Berapa kesan dia?

    Untuk makluman, Pulangan jualan sedia ada RM2471, Stok Akhir RM23 000, dan Jualan sedia ada RM254 650.

    Ayat yg ni yg buat pening ni –>”Barang niaga ini telah dijual pada harga kos+100% tokokan. ”

    Tolong saya Sifu. Terima kasih. Assalamualaikum

  6. Tcr Ain,
    maaf kerana lambat respons. Sifu kena baca soalan dengan teliti dahulu sebelum menyediakan jawapan yang anda inginkan. Tetapi sifu baru terbaca perbincangan di blog cg narzuki dan berikut adalah pandangan cg narzuki:
    http://cgnarzuki.com/?p=266#comment-3727

    http://cgnarzuki.com/?p=266#comment-3755

    Apa-apapun, sifu akan cari masa untuk mencari jawapannya, kerana sifu juga bersedia untuk tahun hadapan.

  7. cg macam mane bentuk pelarasan imbagan duga dan imbagan duga terselaras…….

  8. sye nk sngt jd akauntan pd mse akn dtang….so sye nk sngt dpt skor…but how can i scor?????????????please tell me some tips sifu………..

  9. npe cg late sngt blz ni……cpt r……

  10. cikgu,,sy nk thu bgaimana nk kira peruntukan hutang ragu dan hutang lpuk?/

  11. bgaimnakah hndak mgempos imbgan dga ke lejar???

  12. MizaNmiza Hasmiza :
    bgaimnakah hndak mgempos imbgan dga ke lejar???

    Miza, tak wujud PENGEPOSAN dari Imbangan Duga ke Lejar. Memang tak ada.

  13. Adakah diambil kira jika selepas pelarasan berlaku pelajar hanya tersalah tulis jumlah yang betul. Seperti contohnya 450 tetapi ditulis 540. Harap soalan ini diberi perhatian

  14. Nur Adibah binti Jetrine

    assalamualaikum.cg, sy ingin brtnya boleh kh diskaun diterima diambil sbg hasil terakru?

  15. Sebaiknya jangan kerana diskaun tunai itu tidak melibatkan tunai secara langsung. Kalau awak nyatakan terakru sedangkan ia diterima kerana membayar kpd pemiutang secara langsung, bukankah tak logik tu. Bila bayar terus dapat diskaun tunai.

  16. Nur Adibah Binti jetrine

    Kalau faedah ats pinjaman pula mcmna? Dia hasil terakru jga?

  17. Dalam kes ini sifu menganggap bayaran pinjaman dlm soalan telah termasuk faedah pinjaman. Maka pelajar tak perlu kira faedah pinjaman lagi. Tetapi kalau awak nak andaikan bayaran pinjaman Rm1666 hanya bayaran pokok maka faedah pinjaman terakru boleh dicadangkan. Fleksibel utk pelajar. You decide.

  18. Nur Adibah binti Jetrine

    Ok. tpi klau dalam imbangan duga hasil terakru itu dia akn masuk dlm bhg debit atau kredit ?

  19. Nur Syuhada' Alya binti Zahaimi

    Sifu, saya dah 9 bulan belajar akaun. Tapi saya sangat susah untuk memahaminya. Saya tidak minat pada akaun. Tapi saya terpaksa belajar juga kerana itu flow saya. Bagaimana caranya untuk faham subjek akaun ini? Mohon sifu beri sedikit tips. Terima kasih.

  20. Agak sukar utk beri tips belajar krn masalah utama ialah matlamat sebenar diri awak.
    Utk apa gunanya belajar sst subjek hanya jika berdasarkan aliran (stream, bukannya flow). Maksud saya ialah jika Nur tak minat dan tak ada niat memujuk diri utk minat maka sia2. Tapi awak perlu memujuk diri dan memberi penghargaan kpd diri dan mereka/mencipta minat supaya menjadi sebati dalam diri yg sedia cemerlang.
    Selalunya pelajar yg mengikuti kelas yg ada PA ada dari golongan yg memperoleh keputusan dan prestasi PMR yg hebat. Hebatkah anda atau sebenarnya keputusan PMR itu hanyalah satu penipuan?
    Jika ia bukan penipuan maka anda sudah ada asas pembelajaran iaitu minda bernas dan bestari. Subjek-subjek SPM terutama elektif adalah subjek baru. Untunglah mana-manan pelajar yang kalau ada berusaha memahirkan diri sejak awal tahun lagi. Pelajar ke kelas PA biasanya pelajar yg menguasai logik dan rasional. Ia dilihat melalui keputusan Math dan Sains PMR.
    Nasihat saya ialah Nur mesti layan diri dan letakkan diri sbg pelajar sebegitu, yang bestari, yang berpotensi. Saya dulu pun tak terfikir ke bidang perakaunan. Saya aliran sains tetapi subjek fizik, biologi dan kimia benar2 mencabar. Apa penyelesaian? Pupuk minat walau apa cara. Bila masuk ke ijazah, realiti masuk. Perakaunan lebih mempunyai peluang kerjaya. Maka saya masuk ke ijazah perakaunan. Benda baru. Subjek baru. Bosan? Itu bukan alasan menggagalkan diri. Tidak minat, tidak ada orang lain yg rugi pun kecuali diri sendiri jika mengalah.
    Org lain yg mendapat kunci utama iaitu azam dapat menukar potensi diri dari tidak minat kpd minat. Contohnya, ada seorang kawan sekelas tak begitu minat. Kawan saya tu dah jadi pengurus awal 2 lagi selepas grads. See. Rezeki masing-masing kan. Potensi diri perlu digilap bukannya ditunggu. Benar, usaha menggilap itu tugas guru tapi ia kewajipan kamu. Jangan salah faham bahawa awak belajar kerana dipaksa. Sebenarnya anda diberi peluang.
    Jika ada alternatif lain, awak pindah kelas. Tapi saya pasti akan ada subjek lain pula yg awak tak akan minat. Jiwa awak yg menolak bukannya akal.
    Trick saya, utk memujuk jiwa sendiri ialah mencipta alasan utk minat. Kerana saya pun tahu tak guna berundur. Undur bermakna gagal juga, diamkan diri dan tak belajar pun gagal juga. So better pilih tingkatkan usaha belajar dan cipta emosi gembira belajar.

    Try it, and you can feel the positive energy.

  21. salam..cikgu,saya nak tanya kalau pemilik perniagaan tu bayar belanja perniagaan seperti bil air ke guna duit pemilik tu sendiri..bukan duit perniagaan..macam mana nk rekod cikgu?

  22. Bayar bil air rumah sendiri atau perniagaan? Kalau guna duit sendiri utk bayar bil air kedai, maka catatannya ialah debit bil air/kadar bayaran dan kreditkan modal. Berlaku penambahan modal. Kalau bayar bil air rumah, memang tak perlu catat dalam buku akaun kedai.

Tinggalkan komen