Sifu dah membuat analisis 14 tahun soalan Prinsip Perakaunan SPM sebenar serta mengemaskini trend semasa soalan-soalan Kertas 2 dalam peperiksaan percubaan 2007 yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Pelajar dan guru bolehlah memuatturun dan membacanya di sini (edisi2-24/10/2007). Kemas kini termasuk JPN Kelantan dan JPN Terengganu, terima kasih Cikgu Narzuki.
Edisi 3 (1 Nov. 2007-pembetulan). Kalau nak fail PDF, edisi 3pdf di sini.
Diharap, analisis ini dapat membantu pelajar bimbingan sifu dan anda semua.
Jika boleh, sifu juga berharap mana-mana guru atau pelajar dari negeri-negeri selain yang telah disenaraikan supaya dapat meninggalkan komen tentang agihan soalan kertas 1 dan kertas 2 bagi negeri masing-masing supaya dapat dimasukkan ke dalam jadual trend.
[…] JADUAL ANALISIS SPM DAN PERCUBAAN SPM […]
Wa caya lah lu, Rithuwan!
I was looking for answer schemes but I found something better… I found an old friend!
roslyn, thanks for visiting my blog.
Assalamu’alaikum wbr
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana Rithuwan telah memenangi tempat ke 3 pertandingan courseware terbaik dalam pertandingan laman web dan courseware terbaik negeri Sabah baru-baru ini,
Untuk percubaan SPM, SMKA negeri Sabah telah mengeluarkan soalan kertas 2 seperti berikut:
1. Dokumen perniagaan
2. Lembaran Kerja
3. Rekod tak lengkap kaedah analisis
4. Akaun pengasingan untung rugi
5. Belanjawan tunai
6. Penyata kos pengeluaran
Sekian untuk dikongsi bersama
Wassalamu’alaikum wbr
Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Terima kasih di atas sokongan rakan-rakan.
saya dh jumpa analisis soalan prcubaan..terima kasih sifu!!
Glad to help you
Sifu, rasa-rasanya soalan apa akan keluar? Ak.pengeluaran kemungkinan keluar kah?
Dahlia, Sifu pun tak tau. Bukankah lebih baik jika Dahlia ulang kaji aje bab tu, kan lebih selamat. Tak lama lagi kita semua akna tau apa yang keluar, khamis ni dah dekat pun.
Sifu, tu pengawas yang jaga kami baguslah, 10 minit sebelum exam dia bagi kami tengok soalan,kami sempat lagi tengok buku..Harap-harap nanti hari khamis pun begitu juga..Hehe..
Amy, ye ke? Tak sepatutnya… No komen… eeerrr…
Sifu, tu pengawas suruh kami tanya kawan masa exam,tapi untuk kelas aliran sains saja..tapi esok cuma saya dengan seorang kawan lagi yang ambil akaun..jadi mungkin join dengan kelas yang ada ambil akaun..Tidak dapat meniru dah….
Amy, tak baik meniru, walaupun diberi peluang. Mesti ada prinsip jujur kepada diri sendiri, pandai nilai keperibadian sendiri. Lagipun tak adil kepada calon SPM yang lain di seluruh Malaysia.
Pengawas tu sebenarnya niat baik tapi bila buat begitu, sifu khuatir beliau sudah pecah amanah tanpa disedari. SUSAH tu!
Amy, all the best ye. I pray for all of you, including my own students.
sifu, boleh terangkan berkenaan projek “pilot” antara LPM dan LCCI. Bagaimana pelajar dapat 2 sijil.
Zz,
Penerangan lanjut tak dapat sifu berikan memandangkan sekolah sifu bertugas belum terpilih untuk program 2 sijil ini. Tetapi secara umumnya, pelajar-pelajar di sekolah ‘projek perintis’ yang mengambil subjek PAK dalam SPM berpeluang diberikan sijil tambahan tambahan yang dikendalikan oleh pihak LCCI atau ACCA. Tahun lepas, ada sesetengah pelajar terpilih menduduki ujian LCCI. Kertas soalan disediakan dalam BI dan mesti jawab dalam BI.
Tapi itulah saja maklumat yang sifu ada. Hanya selepas ia dikembangkan ke semua sekolah pada tahun ini atau tahun 2009, barulah sifu boleh ketahui maklumt rasmi tawaran sebegini.
Baca sini untuk petikan berita, http://pmr.penerangan.gov.my/?action=2akaun.htm