Buku Teks Prinsip Perakaunan SPM
Sepertimana anda semua dah ketahui, buku teks Prinsip Perakaunan ada dua versi. Sila rujuk imej di bawah dan penerangan yang diberikan.
- Buku Teks Prinsip Perakaunan 1
- Buku Teks Prinsip Perakaunan 2
BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN SATU (warna kebiruan)
Penerbit : Edusystem Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Loh Lan
Negeri : Perlis, Kedah, Selangor, N.Sembilan, Pahang, P.Pinang, W.Persekutuan K.Lumpur & Labuan, Sabah, Sarawak
URL imej : https://sifu2b.files.wordpress.com/2008/08/btpak11.png
BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN DUA (warna kemerahan?)
Penerbit : Allwrite Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Ismail Ab. Wahab, Faridah Ahmad dan Azmi Abd Hamid
Negeri : P.Pinang, Perak, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan
URL imej : https://sifu2b.files.wordpress.com/2008/08/btpak2.png
Buku teks tingkatan lima juga mempunyai warna latar yang sama. maka buku teks edisi sabah, sarawak dan negeri lain berwarna kebiruan juga, manakala buku teks kelantan, terengganu dan lain-lain adalah kemerah-merahan.
Tujuan sifu paparkan tentang buku teks ini ialah:
a) Sifu sendiri perlu tahu negeri mana yang gunakan buku teks yang serupa dengan Sabah. Sifu dah tahu dah. Kami di Sabah gunakan buku teks prinsip perakaunan SATU.
b) memudahkan perbincangan kita semua (guru dan pelajar). Anda boleh utarakan kekeliruan atau ketidakfahaman tentang topik atau soalan dalam buku teks (Versi Satu-Sabah) berserta dengan nombor mukasurat yang berkenaan. Insyaallah sifu boleh beri respons yang lebih baik. TETAPI BUKAN BERI JAWAPAN. Itu tugas pelajar menjawab tugasan atau kerja rumah yang diberi.
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2008
Berdasarkan jadual rasmi SPM 2008 yang telah diterbitkan di lamanweb Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kem. Pelajaran Malaysia, didapati kertas 3756 dijadualkan dalam hari yang sama.
Berikut adalah petikan jadual SPM 2008 (setakat pembacaan sifu pada 22 Ogos 2008)
Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 2 – Isnin, 1 Disember 2008 – 8:00 hingga 10:30 pagi (2 jam 30 minit)
Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 1 – Isnin, 1 Disember 2008 – 11:10 hingga 12:25 tengah hari (1 jam 15 minit)
Kepada sifu, jadual ini kira munasabah juga. Bagi pelajar khusus dalam kelas perakaunan, mereka mungkin memperoleh 4-5 hari tanpa peperiksaan yang digunakan utk mengulang kaji kali terakhir, atau sifu kerap panggil latihan “pemanasan badan dan minda.” Kepada calon kelas aliran Sains yg juga mengambil EST maka julat masa itu dalam 3 hari selepas EST.
Anda boleh muat turun jadual SPM 2008 di alamat dengan mengklik dan save link ini.
SEMOGA BERJAYA