Monthly Archives: Januari 2007

TANGGUNG JAWAB BLOGGER

Semalam Pak Lah keluarkan kenyataan kepada media bahawa Malaysia tidak akan menapis blog di internet. Namun beliau menegaskan bahawa semua BLOGGER mesti berani bertanggungjawab dengan semua artikel atau isi kandungan di dalam blog masing-masing.

Saya setuju kenyataan itu. Seperti juga mana-mana penulisan, penulis mesti bertanggungjawab dari segi etika, sosial mahupun perundangan. Namun saya terfikirkan apakah peruntukan undang-undang telah sedia ada dan adakah ia boleh dipakai kepada blogger terbabit sedangkan ia diterbitkan dan disiarkan di dalam blog seperti ini yang fizikal komputer server itu berada di luar Malaysia. Kemudian apakah jenis tindakan atau denda yang boleh dikenakan?