SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 MRSM TELAH KELUAR

Sejak beberapa minggu sifu sentiasa menjenguk lamanweb MARA dengan harapan soalan percubaan MRSM bagi tahun 2008 akan dikeluarkan, tetapi selalunya kehampaan.Hinggalah percubaan sifu malam ini, lebih tepat lagi pukul 10:15pm, barulah sifu dapati mukasurat itu telah dikemaskini.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, baru hari ini soalan MRSM ditawarkan di lamanweb rasmi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA. Jika tahun-tahun terdahulu, pelajar dan guru boleh memuatturun soalan percubaan mrsm bagi tahun semasa sekitar minggu ketiga bulan September. Mungkin disebabkan bulan puasa dan sambutan Aidil Fitri, maka tahun ini ia lewat dari kebiasaan. Tapi sifu (dan pelajar dan guru lain tentunya) tetap berterima kasih kepada BPL(M) kerana sudi menawarkan soalan percubaan SPM 2008 MRSM kepada kita semua. Lebih baik lewat daripada tak ada langsung.

Berikut adalah link mukasurat bagi SPM 2008 di sini. Jika anda mencari soalan SPM MRSM tahun-tahun sebelumnya, anda juga boleh muat turun di lamanweb berkenaan melalui MENU dari pautan ini.

Link langsung untuk kertas Prinsip Perakaunan pula di sini: Kertas 1 , Kertas 2.

Sepertimana anda mungkin sudah maklum, berikut adalah kenyataan dari pihak BPL(M).

“BPL(M) tidak menyediakan jawapan bagi soalan-soalan yang dipamerkan. Sebarang pertanyaan memohon jawapan tidak akan dilayan.”

Untuk itu, sifu akan meneruskan usaha atau ‘tradisi’ blog ini dengan menawarkan set jawapan cadangan tak rasmi yang akan disediakan oleh sifu sendiri. Sememangnya ia usaha peribadi dan tertakluk kepada kekangan masa yang sedia ada. Tetapi sifu berazam untuk menyediakannya secepat mungkin untuk dikongsi dengan rakan guru dan pelajar T5 tahun ini.

Apa-apapun, sila muatturun soalan MRSM tersebut secepat mungkin dan jadikan ia dasar untuk ulang kaji anda sepertimana soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

TAMBAHAN (25 Oktober 2008):
Set Jawapan Tak Rasmi oleh Sifu2b boleh dimuatturun sekarang. Sila klik sini.

Soalan Percubaan SPM 2008 dari negeri dan sekolah lain klik di sini.

40 responses

  1. assalamualaikum & selamat hari raya…
    Dalam peperiksaan spm sebenar, adakah pelajar dibenarkan menjawab kertas 2 p.perakaunan menggunakan pensel keseluRuhannya. jika tak boleh, adakah berlaku penolakan markah @ tidak diperiksa langsung.

    tq

  2. Ri,
    Sebenarnya awak dikehendaki (baca:MESTI) menjawab menggunakan pen. Pelajar hanya boleh menggunakan pensil ketika menjawab soalan objektif, melukis rajah (ekonomi asas, geografi, sejarah, dll) dan lukisan teknikal. Selain dari itu, semua jawapan bertulis (esei, pengiraan dan sebagainya) hendaklah menggunakan pen.

    persoalan di sini adalah, jika pelajar jawab gunakan pensil juga, walaupun telah mengetahui mesti menulis jawapan menggunakan pen, adakah jawapan anda diterima atau diperiksa. Jawapannya ialah… MUNGKIN TIDAK DITERIMA, dan mungkin juga diterima tertakluk kepada budi bicara KETUA PEMERIKSA.

    Dari segi kredibiliti pemeriksaan Skrip Jawapan Pelajar, hanya jawapan yang ditulis dengan PEN sukar ditukar oleh pihak lain (calon lain atau pihak tidak bertanggungjawab yang lain) kerana sebarang ‘unauthorized changes’ akan diketahui kerana pasti akan meninggalkan bekas. Ia menjadi asas kebolehpercayaan jawapan dan pemeriksaan jawapan calon.

    Berbanding dengan pen, tulisan dengan pensil amat mudah ditukar tanpa meninggalkan bekas yang mencurigakan. Bayangkan jika jawapan anda pasti tepat, tetapi ada individu yang tidak bertanggungjawab, tanpa pengetahuan atau dibelakang anda, ia sempat memadam jawapan anda dalam mana-mana mukasurat dengan sekelip mata. Walaupun risiko berlakunya jenayah tersebut amat tipis kerana prosedur yang ketat dalam pengurusan peperiksaan SPM dan STPM, tetapi adalah lebih baik semua pihak, termasuk calon yang bakal dinilai memastikan POTENSI itu dapat dibendung ke tahap terendah. Dengan itu, patuhilah kehendak LPM, gunakan pen ketika menulis jawapan pengiraan dan esei.

    Nah, sebab itulah semua calon peperiksaan, baik SPM mahupun STPM, tidak dibenarkan menggunakan cecair pemadam. Malahan di IPTA pun tidak membenarkan penggunaan cecair pemadam. Sebarang kesilapan hendaklah dibatalkan dengan menggaris (memotong) jawapan yang salah.

    DISCLAIMER : sifu bukanlah pemeriksa bertauliah, oleh itu ikuti nasihat sifu seadanya.

  3. saya jaslinda dari smjk dindings lumut,perak..saya ingin menanya bila skema jawapan percubaan spm mrsm 2008 bahasa inggeris hendak dikeluarkan..

  4. Jaslinda,
    Pihak MRSM diketahui tidak akan mendedahkan skema jawapan soalan percubaan SPM untuk edaran di internet.
    “BPL(M) tidak menyediakan jawapan bagi soalan-soalan yang dipamerkan. Sebarang pertanyaan memohon jawapan tidak akan dilayan.” Ini adalah kenyataan pihak BPLM yang menyediakan semua soalan peperiksaan percubaan MRSM dan sifu maklum bahawa guru-guru yang sedang mengajar di MRSM juga tidak akan mengedarkannya kepada pihak umum di internet. Jaslinda mungkin boleh mencuba menghubungi kolej MRSM terdekat dan mohon jasa baik mereka.

    Sifu pula melalui blog ini telah menyumbangkan jawapan cadangan untuk soalan Prinsip Perakaunan sahaja, sejak tahun 2006. Ia adalah atas usaha sukarela. Untuk pengetahuan pembaca yang lain, jawapan cadangan tak rasmi sifu hampir siap. Kertas 1 dah siap, soalan 1,2, dan 3 dah siap, hanya mencari ruang dan peluang menyelesaikan soalan 4-6.

  5. bolehkah saya dapat jawapan untuk kertas mara?

  6. Pelajar,
    Tak lama lagi, selepas sifu dapat selesaikan jawapan 4 hingga 6 dan setelah rakan guru bantu semak.

  7. ok terima kasih. bolehkah cikgu tolong email jawapan untuk apa-apa subjek bagi kertas mara ke email saya?=)

  8. mohd ariff haziq

    cikgu saya sgt lemah dalam biologi,,
    saya nk buat ape??

  9. Mohd Ariff,
    Biologi? Subjek tu sememangnya mencabar. Sifu faham. Malangnya sifu ini guru perakaunan. So minta maaflah, sifu tak dapat nak memberi cadangan.

  10. sifu bila boleh dapat jawapan mara?=)

  11. Pelajar,
    Sudah ada. Cari kat halaman utama.

  12. dimana saya boleh dapat semua koleksi soalan matematik percubaan spm di setiap negeri?????

  13. Cuba lawati edu.joshuatly.com

  14. hai semua.sbnarya spm tu tak susah.just snang je,itupun bg org yg bljar dan usaha.(julaimanman@yahoo.com.my)0138589028.

  15. jgn lupa call i and send email kat i…good luck?

  16. sifu…kalau kte buat soalan dokumen mesti tak dapat jawapan yang seimbang,adakah markah yang kte dapat 2 rendah sifu?penyata pendapatan sye sgt lemah dalam maklumat tambahan sifu.cthnye:penambahan hutang ragu,baki bkurangan..tak faham…

  17. markah lulus 4 additional mth bp?

  18. hamizahjunaini,
    pastikan awak dapat jawab buku tunai, jurnal dan lejar dengan kemas, pengeposan yang betul. kalau pun tak imbang, tak apa, mungkin awak masih boleh dapat markah dalam lingkungan 15/29. Okay apa kalau gitu. Markah 15 tu boleh diperoleh hanya dengan menjawab BT, jurnal am, jurnal khas dan lejar dengan kesalahan kecil. Cuba tengok soalan MRSM 2008 atau percubaan yang sifu sediakan, hayati agihana markah. mesti awak suspen, BCP dan Lejar dah lebih separuh. Kira okay lah tu.

    Berkenaan PP dan KKK, sifu ada cadangan. Buat sahaja TANPA PELARASAN. Biar salah nilai terakhir tetapi sebahagian format awak betul. SETELAH awak ingat semuanya, barulah awak berlatih memasukkan nilai-nilai pelarasan yang diperoleh dari maklumat tambahan. mana tahu kaedah belajar sebegitu akan membantu anda. DALAM SPM 2008, malangnya sistem markah untuk Soalan 2 (selalunya PP & KKK), telah berubah, item-item plugin (salin langsung dari soalan) tak dapat markah, oleh itu untuk dapat markah yang terbaik, 19 markah itu, anda mesti dapat jawab dgn betul.

    Cikgu bagi hint di sini. tambah hutang ragu umpama baldi, katalah 10 liter maksimum. Jika air di baldi tadi setakat 6 liter, maka berapa yang patut ditambah supaya menjadi 10L? tambah 4L, samalah dengan PHR, kalau kiraan baru lebih besar dari nilai asal, maka umpama baldi dengan air 6L, maka tambah setakat 4L. kalalah PHR lama dlam ID ialah RM160. Hasil kiraan baru, awak dapat RM230. maka PHR adalah Rm230 tetapi BELANJA HUTANG RAGU atau boleh juga BELANJA PERUNTUKAN HUTANG RAGU (tertulis dalam buku teks edisi sabah-sarawak) ialah, cuba teka, RM70. Senang ye tak.

    Tentang S/N baki berkurangan. Gunakan perumpamaan ini, KURANG DULU, BARU KIRA. Kurangkan nilai aset dengan PSN yang ada dlm ID, baru lepas tu kira Belanja Susut nilai terkini. Senang je. lepas tu ingatlah PSN adalah seumpama ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit.’ Ia pasti bertambah setiap tahun.

    harap awak dapat ingat dengan kaedah ini.

  19. Farah,
    Ia rahsia rasmi sulit LPM. Sifu tak tahu, tapi anggap jelah 40 markah. Ia markah lulus universal.

  20. sifu andai kata kita x tulis no ic n angka giliran apakah yang mungkin terjadi?
    adakah pemeriksa x menanda kertas itu?
    harap bole jawab secepat mungkin penting bg sye..

  21. hye sifu..blh sy dptkan skema jwpn trial spm 2008 tak?kalau blh secepat yg mgkn ye..

  22. pelajar confuse

    cmna nak cari soalan2 yang ckgu bagi???
    sy tak tahu cmna nak download..

  23. cmna nk improve kn add math sya???

  24. saya,ambil spm 2008. untuk kertas 2 biology,chemistry,physic dan math 2 saya tulis dengan pensil dengan terang.lagi pun dalam kertas soaln tidak mengata menggunakan sebarang alat tulis seperti pen atau pensil, lagi pun cikgu kami kata bi boleh tulis dengan pensil atau pen.

  25. saya….x minta dengn subjek sejarah…
    tetapi…saya cuba dengan sebaik mungkin untuk meminatinya…
    bagaimanakah cara…untuk meminati dan menyukai subjek itu??

  26. saya dari sekolah SMK KONVEN ST CECILIA SANDAKAN SABAH…
    form 5 tahun ini…

  27. assalamulaikum,

    saya Adila Arifah dari SMK Puteri Wilayah. saya hendak tanya cikgu,sekolah saya mempunyai 6 kelas.saya berada di kelas aliran sains agama. malangnya kelas saya tidak menyediakan subjek Prinsip perakaunan tetapi saya memang berminat untuk mengambilnya.cikgu saya berkata saya boleh mengambilnya secara persendirian.adakah subjek tersebut terlalu sukar?pada pendapat cikgu,adakah subjek ini sangat penting?apakah peluang pekerjaan yang terjamin yang ada sekiranya saya mengambil subjek ini???harap cikgu dapat memberi nasihat.terima kasih, cikgu.

  28. Adila Arifah,
    Hmm, terima kasih dan tahniah kerana berminat dengan subjek Prinsip Perakaunan.
    Subjek PAK, mengikut pengalaman dan pandangan peribadi sifu, ia dianggap subjek teknikal. Ini kerana ia subjek yang sudah ada peraturan dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh badan profesional di malaysia dan peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika kami mengajar awak A, maka ia sememangnya A kerana begitulah garispanduan antarabangsa yang tidak boleh diubah-ubah. Ada sebab-sebab lain kenapa ia mesti begitu tetapi lain kali ceritalah.

    Kepada sebilangan pelajar, ia dianggap subjek susah walaupun sebenarnya tidak sama sekali. Ingatlah ia subjek teknikal, seperti juga bidang sains. Contoh bidang sains. Apa-apa objek yang diangkat ke satu ketinggian tertentu, apabila dilepaskan pasti akan jatuh ke bumi. Semakin berat objek tersebut (JISIM objek), maka semakin pantas ia akan jatuh ke permukaan bumi. Ia adalah hukum Newton. Tetapi objek yang berlainan jisim, apabila bergerak dari atas ke bawah dalam satu bekas hampagas, maka ia akan bergerak pada kelajuan yang sama. Itu adalah prinsip yang dipakai dalam semua bidang sains.
    Begitu juga, perakaunan. Prinsip debit dan kredit telah ditetapkan, dan peraturan-peraturan telah digariskan sejajar dengan prinsip asas itu, disamping beberapa prinsip berkaitan yang selaras dengan kehendak komuniti perniagaan. Oleh itu, tugas guru dan pelajar hanyalah mengikutinya tanpa perlu meneroka dasar (hukum akaun-jika anda lebih faham jika dikaitkan dengan hukum sains) yang baru. Teknikalnya adalah sama di seluruh dunia dan apa-apa juga buku akaun dalam pelbagai aras pendidikan.
    Peluang pekerjaan? Sukar nak kata mesti ada. Ini kerana dalam zaman masa kini, majikan bukan hanya mencari graduan, tetapi juga graduan berkualiti, serba boleh dan produktif.
    Jika dulu orang mencari gradauan akaun utk sediakan akaun secara manual. Sekarang ini, kerani akaun pun mesti mahir dengan komputer dan sistem perakaunan berkomputer. tapi pandai komputer sahaja tak cukup, graduan perakaunan akan menjadi pegawai atau pegawai eksekutif dalam organisasi tempat ia bekerja. Oleh itu, kepimpinan, kreativiti, bijak, empati, kebolehan berkomukinasi amat dipentingkan oleh majikan masa kini. Malahan menjadi guru sekarang pun tak sama dengan guru-guru masa lalu.

    sifu contohnya, semasa interbiu utk belajar KPLI dlm tahun 1999, walaupun PPSMI belum wujud masa tu, dan guru tak wajib mengajar dalam BI, tapi tah kenapa utk temuduga/interbiu bakal guru perakaunan tu, sifu diuji kefahaman sifu tentang keadaan ekonomi dunia dan ekonomi malaysia. malahan diajak bersoal jawab dalam Bahasa Inggeris. Of course, sifu berjaya atasinya kerana semasa belajar di UPM pun kami terpaksa ikuti kuliah perakaunan dalam BI (tapi ada juga pensyarah yang masih ajar BM), jawab exam pun dalam BI kerana lama-lama terpaksa biasakan diri. Selain dari itu, sifu juga telah berusaha tingkatkan kemahiran berkomunikasi lisan semasa bekerja di sektor swasta. itulah kenyataannya dan itu tahun 1999. Melompat ke masa awak, sifu tak hairan jika demand kepada graduan berpotensi dan produktif adalah lebih tinggi. Ini kerana ramai dah graduan, Tidak perlu tangkap muat lagi. Apa yang perlu adalah memilih yang terbaik.

    Kesimpulannya, jika niat nak ambil ijazah satu hari nanti, ketahuilah prestasi SPM 2009 awak amat mempengaruhi kepeluang anda, dan juga akan menghantui atau membantu awak semasa memohon bekerja. Walaupun ada dah ijazah, tapi masa mohon kerja tu, terpaksa tulis keputusan SPM dalam borang mohon kerja. Tak ke sengal tu.

  29. assalamualaikum sifu,

    saya dah baca jawapan drp sifu. maaf dah lama baru saya balas.terima kasih atas nasihat sifu. wassalam.

  30. hai sya bdk bru blh tlg aq tak

  31. saya tak tau nak fokus apa ni?saya asyik buat soalan dokumen je,sebab saya belum betul2 mahir.cikgu kata mahirkan dokumen betul2.apabila lihat soalan2 sebenar saya jadi takut..camana ni?

  32. HAYAT,
    percaya atau tidak, soalan dokumen sebenarnya AMAT SENANG. Memang benar kata cikgu, mahirkan dokumen. bayangkan dapat markah penuh 28m. Ia akan membantu anda ke arah LULUS dalam SPM. dah baca tulisan sifu ini? RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM.
    sifu turut mensarankan agar awak jawab Soalan 1 sahaja dalam mana-mana soalan model, soalan SPM sebenar ataupun soalan percubaan SPM tahun-tahun lepas. Sifu percaya anda akan dapat tingkatkan prestasi awak. Jika perlu, dapatkan bimbingan personal dari guru anda.

    Sifu contohnya telah dan sedang melaksanakan program bimbingan berkelompok untuk Soalan 1 sahaja bagi pelajar-pelajar yang memperoleh markah S1 di bawah 15. Di samping itu, sifu sudah awal-awal lagi bekalkan mereka dengan senaskah koleksi Soalan 1 sahaja sebanyak 7 Set setiap seorang untuk mereka laksanakan dalam tempoh 2 minggu dan mesti memeriksa jawapan dengan SET SKEMA yang sifu sediakan secara lengkap (set jawapan ala-transkrip pelajar).
    Alhamdulillah, sukacita sifu nak nyatakan ada 2 pelajar daripada 17 pelajar kelompok pemulihan tersebut yang telah berjaya memperoleh markah 27/27 dalam sesi UJIAN KETERSEDIAAN CALON SPM 2009 Isnin lepas, walaupun kebiasaannya mereka selalu tak dapat markah penuh lejar dan imbangan duga (di bawah 10 sebenarnya). Itu satu petunjuk positif kepada diri individu pelajar berkenaan dan terus terang sifu bangga dengan prestasi mengejut mereka. 15 yang lain turut meningkat prestasi markah mereka dari hanya 5-10 menjadi 16-22 markah.

    Sifu sememangnya percaya melalui bimbingan personal. Sifu gunakan soalan SPM 1999 untuk aktiviti kelompok 4-5 pelajar dan soalan SPM 1993 untuk ujian tersebut.

    Oleh itu, sifu pasti, awak pun akan dapat meningkatkan prestasi S1 anda. Jika sudah berjaya, barulah fokus kepada soalan dari bab-bab utama lain. Selamat mencuba.

  33. sifu, sy seorg pelajar yg akn menduduki SPM penghujung oktober ni….
    Setelah membaca post yg sifu pernah tulis, saya rasa sgt lega, tapi…masih banyak lagi persoalan yg belum dijawab dan masih belum ada jawapan yg dapat meyakinkan saya…
    Saya harap soalan saya ini blh dijawab oleh sifu dgn jelas, sejelas2nya… bantu sy sifu..
    1) Saya keliru… masih ada ke program DIPLOMA skg ni?? kalau ada pun, kat mana ye?
    2) Apakah kelayakan bagi SPM holder untuk mengikuti program diploma?

    Untuk pengetahuan Sifu, saya dari kuching Sarawak..
    Harap soalan ini dibalas dgn segera..

    Terima Kasih..

  34. AsTaTi,
    Alhamdulillah, program diploma masih ada ditawarkan di UiTM, UDM, UPM dan beberapa IPTA lain walau tak menyeluruh.
    Juga ada pelbagai bidang diploma di IPTS-baik kolej universiti mahupun kolej semata-mata.

  35. saya nak soalan pecubaan spm
    sastera

  36. salam sifu..
    nk tnya nie ttg soalan ramalan ekonmi,biasanya apa yg kluar??
    blh sifu bg soaln rmalan eko..?sklh sy jarang bt soalan ramalan..bntulah sy sifu,sy tau sklh mrsm byk soalan rmalan..

  37. soalan saya bagaimana nak tumpukan perhatian dalam mata pelajaran sejarah selalu nya jika saya tengah belajar sejarah ianya akan menyebabkan saya mengantuk bagaimana cara saya mau tanggani masalah ini selain mengaktifkan diri dalam pelajaran sejarah ini?????

    thankyou!!!!!!!!!

  38. hanibaizuriati :
    soalan saya bagaimana nak tumpukan perhatian dalam mata pelajaran sejarah selalu nya jika saya tengah belajar sejarah ianya akan menyebabkan saya mengantuk bagaimana cara saya mau tanggani masalah ini selain mengaktifkan diri dalam pelajaran sejarah ini?????
    thankyou!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: