Monthly Archives: Jun 2008

Notebook baru sifu HP Pavilion tx2032au

Sepertimana anda semua dah tahu, laptop/notebook sifu yang terdahulu dah rosak, tak berfungsi sama sekali. Mahu tak mahu, sifu terpaksa mengusahakan perolehan laptop baru. Tetapi sifu bukanlah guru PPSMI, maka nak harapkan kerajaan memberikan laptop jauh sekali. Sekarang ini, tanpa notebook, sifu terasa seperti pincang tugas, tak produktif dan tak dapat lakukan apa yang sifu sudah terbiasa, (termasuklah kemaskini blog), tanpa perlu meminjam komputer atau laptop orang lain, mahupun laptop milik isteri sifu. Bagaimana? maaflah, sifu terpaksa membuat pinjaman peribadi BSN. Selepas seminggu, permohonan sifu diluluskan dan sifupun mendapatkan notebook yang baru. Alhamdulillah, hati sifu tergerak untuk mencuba teknologi yang tak terfikir untuk memilikinya dengan harga di bawah RM4000. Kalau dulu, 3 tahun terdahulu, tablet pc ni hanya boleh didapati dengan harga RM6000 ke atas. Mahalnya! Memang tak pernah terjamah dek tangan ni.

Sejak rabu minggu lepas, 11 Jun 2008, rasmilah sifu menjadi pemilik notebook bolehubah dipanggil, convertible Tablet PC model tx2032au. Semasa sifu membelinya dari MicronTM di Kompleks Karamunsing, harga yang dipaparkan ialah RM2,999. Sifu tak nak pisang berbuah dua kali, maka sifu tambah kos dengan membeli waranti tambahan, RM199 untuk perlindungan waranti bagi tempoh 3 tahun. Nak tengok bagaimana rupanya klik di sini. Model ini sebenarnya telah dikeluarkan sejak pertengahan tahun lepas, masa tu harganya RM3,999, kemudian turun RM3,599, dan lepas tu turun lagi. Sifu difahamkan ada juga model ini dijual dengan harga RM2,799 di Pulau Pinang. Tapi tak tahulah betul atau tidak.

Sifu gembira juga memilih model ini, buat pertama kali dapat mencuba teknologi tabletpc. Tapi berita buruk pula, model baru tx2500z baru saja diumumkan oleh pihak HP. Tak tahu lagi harga di Malaysia, tetapi mengikut maklumat dari lamanweb Hp.com, harganya ialah USD1,024. Kalau ditukar secara kasar, lebih kurang RM3,400. Kira boleh tahan tu. Mungkin kalau sifu tunggu 2-3 minggu lagi, sifu dah boleh beli model baru tu, itupun kalau betul kiraan sifu itulah.

Sifu dah terfikir betapa mudahnya sifu mengajar Prinsip Perakaunan menggunakan projektor tahun hadapan (kelas t4 tak ada projektor, dah tu projektor di makmal dah lama rosak- tak ada peruntuk utk pembaikan) Setakat ini, sememangnya sifu gunakan pendekatan markerpen-and-talk.

Apa-apapun, sifu terfikir nak bina blog baru khas utk berkongsi pengalaman sifu menggunakan teknologi tablet pc ini dari kaca mata seorang guru dan pengguna teknologi. Bila? Nantilah setelah sifu ada masa mengarang beberapa artikel pertama mengenainya. Jika dah siap, anda adalah orang pertama yang akan mengetahui mengenainya (sifu tujukan kepada penggemar teknologi yang juga seorang guru dan juga golongan pelajar matang).

Tambahan [23 June 2008]: sifu dah mulakan satu blog lagi khas untuk notebook tx2032au baru sifu ini. Jika berkaitan, anda dipelawa ke blog teknologi sifu.

BUKAN MENUNJUK-NUNJUK, SEBALIKNYA BERKONGSI PENGALAMAN.

PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

NOTIS : Tulisan ini dipetik dari sini, tulisan Cg Narzuki. Sila lawati blog beliau juga utk maklumat lanjut tentang isu ini.

Diharapkan pelajar semua lebih bersedia untuk menjawab soalan prinsip perakaunan pada tahun ini. Ini kerana soalan pada tahun ini terdapat sedikit perubahan ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI.

Dalam usaha menaiktaraf kelulusan Prinsip Perakaunan SPM ke peringkat lebih profesional, maka beberapa perubahan akan dibuat terhadap soalan pada tahun ini. Di mana GAYA PENYOALAN yang digunakan berlainan sedikit berbanding dengan soalan tahun-tahun lepas. Penilaian dan PEMBERIAN MARKAH juga turut berubah mengikut cara pemarkahan LCCI, di mana penekanan diberikan kepada KEMAHIRAN PERAKAUNAN, seperti kemahiran catatan pelarasan dan pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam kertas jawapan.

Semoga usaha menaiktaraf ini, menjadikan Sijil Perakaunan SPM setanding dengan Sijil Profesional Perakaunan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Makluman :
Petikan ini dibuat tanpa mengubah mana-mana perkataan untuk mengekalkan integriti penulisnya. Terima kasih Cg Narzuki.