AGIHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN DALAM PERCUBAAN SPM 2007

Sifu dah membuat analisis trend semasa soalan-soalan Kertas 2 yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Pelajar dan guru bolehlah melihat dan membacanya di sini. Edisi kedua di sini.
Diharap, analisis ini dapat membantu pelajar bimbingan sifu dan anda semua.

Jika boleh, sifu juga berharap mana-mana guru atau pelajar dari negeri-negeri selain yang telah disenaraikan (MRSM, KISAS, JPWP, JPN9) supaya dapat meninggalkan komen tentang agihan soalan kertas 1 dan kertas 2. Terima kasih.

Advertisements

15 responses

  1. Akum Sifu,
    Terima kasih atas analisis tersebut. Sangat berguna.
    Sedikit tambahan dari saya, guru dan pelajar kena bersedia juga kemungkinan soalan 2 akan keluar dari tajuk Rekod Tak Lengkap kaedah analisis. Soalan ini biasanya minta penyediaan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira. Tak lari dari konsep soalan 2 SPM.
    Tajuk ni memang tak pernah keluar, tapi tak mustahil akan ditanya.

  2. Terima kasih kembali. Saya sedang merangka strategi ke arah itu juga. Tapi pelajar saya masih duduki Percubaan SPM mereka. Anyway, terima kasih di atas tip itu.

  3. Sifu, bentuk soalan tu ada saya hantar pada sifu. Bawah tajuk Rekod Tak Lengkap

  4. Okay. Saya akan upload secepat mungkin.

    Edited : telah dimuatnaik di sini.

  5. sy hrap lman web ini ble bntu sy jwb soalan spm yg bkal tba….sy hrp sifu ble tlng sy….thanks for the helping.

  6. Sat2104, mana yang termampu kita akan tolong demi kejayaan awak.

  7. Siapa boleh ajar saya prinsip akaun?

  8. XiaoYu,
    Awak ada masalah? Awak pelajar mana?

  9. norsiah binti omar

    saya baru sahaja mengikuti laman web ini. ia banyak membantu. masalah berkaitan dengan skima pemarkahan yang baru bagi pak 2008. adalah tidak adil jika spm tahun ini guna skima baru jika tidak semua guru mengetahuinya. jika ada kursus pada bulan oktober ini, mungkin tidak sempat untuk pelajar concentrate.

  10. saya mempunyai seorang anak saudara yang akan menduduki peperiksaan spm tahun ini yang mengambil subjek pak. apakah cara yang betul untuk beliau membuat persiapan untuk kertas 1 kerana beliau sangat lemah dlm menjawab soalan objektif. selalunya beliau akan tembak sahaja terutama soaln yang susah walaupun kertas 2 sangat baik.

  11. Norsiah …. skema baru ke lama ke sama saja …. kalu pelajar dapat jawab, maka akan dapat markah. Tetapi kalu dah tak dapat jawab … skema lama pun saja aje. Pelajar semua tak payah dok pikir2 sangat pasal skema tu. …. pastikan boleh jawab soalannya ITU AJE.

  12. Ciknon,
    Soalan dlam Kertas 1 memerlukan pelajar telah membaca dan memahami isi kandungan Prinsip Perakaunan T4 dan T5. Pelajar yang hanya mahir menyediakan buku-buku dlm soalan simpan kira (Sln 1 kertas 2) dan Penyediaan penyata pendapatan (Sln 2 kertas 2) dan mana-mana soalan pengiraan utk topik-topik T5 tidak bermakna ia mahir tentang perakaunan dalam erti kata sebenar. bagaimana dgn pengetahuannya tentang prinsip dan konsep perakaunan? Soalan sebegini dan soalan teori lain akan hanya boleh disolan dalam kertas 1. Maklumkan perkara ini kpd anak saudara Ciknon. Ia juga amat membantu jika ingin memperoleh gred A kerana K1 diperuntukkan 40 markah.

    Sekali lagi saya nak nasihatkan anak saudara Ciknon supaya MEST membuat pembacaan, sekurang-kurangnya 3 kali, utk membolehkan dia dapat menjawab 60% soalan dlm K1. Selebihnya ialah melibatkan pengiraan juga, atau catatan jurnal atau pengetahuan tentang pelarasan dan sebagainya.

  13. Acapan,
    terima kasih di atas kenyataan itu. Memang benar. Pelajar tak perlu risau ttg skema. Kerana agihan markah tetap adil. Apa yang penting dalam PAK ialah TEPAT, BETUL, CEPAT. Jawapan mestilah tepat mengikuti semua amalan perakaunan yang telah ditetapkan dan diperakukan oleh badan piawaian antarabangsa, betul menurut kehendak soalan peperiksaan dan cepat dalam tempoh diperuntukkan.

    Jika pelajar dapat jawap 100% tepat, maka akan dapat markah penuh. Jika pelajar silap sebahagian maka markah juga diberi mengikut skema yang tetap mengambil kira faktor kefahaman dan kemahiran pelajar. Setelah meneliti dan mengikuti perkembangan tentang skema baru PAK ini, sifu terpaksa akui bahawa skema baru ini benar-benar dapat membezakan pelajar yang MAHIR, tahu dan tak tahu tentang PAK. Selayaknya lah pelajar mahir diiktiraf dengan sijil profesional yang dijanjikan oleh KPM dengan kerjasama LCCI dan ACCA disamping Sijil SPM mereka. Pelajar yang sekadar tahu atau mahir sikit tu, tetap dapat sijil SPM sepertimana subjek-subjek SPM lain.

  14. t. kasih atas jawapan tentang kepentingan menjawab k1. walau baaimanapun saya masih merasakan pelajar-pelajar yang bukan kategori ‘A’ biasanya tidak serius menjawab k1 kerana kebayakannya tidak dapat menjawab dengan baik. bagi mereka k1 sangat susah berbanding dengan k2 karana k1 memerlukan pelajar memahami sepenuhnya pak.agak mengecewakan pelajar yang mahir menjawab soalan k2 tetapi tidak bersungguh2 menjawab k1 walaupun kertas tersebut meembantu mereka mendapat gred A.harap pelajar yang mengikuti ruangan ini dapat mengambil perhatian atas nasihat sifu tentang meluangkan masa 3 jam sehari pembacaan. di samping itu teknik menjawab soalan k1 juga perlu diketahui. boleh bertanya guru pak jika tidak tahu cara. jika tahu cara, k1 sangat senang untuk lulus!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: