Monthly Archives: April 2017

Muatturun Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2017 untuk Tingkatan Lima

Download Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan untuk calon SPM 2017 dari LPM (Tingkatan Lima)

3756/3 : Prinsip Perakaunan 3 SPM 2017

Kerja Kursus SPM 2017
Kod 3756/3
Mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 3
April – Mei 2017
Muat Turun 3756_3 Projek Prinsip Perakaunan-Tg5-SPM2017

3756_3 Panduan Pelaksanaan-Tg5-SPM2017

 

Bahan tambahan / sokongan untuk kegunaan murid:

1 – Fail EXCEL (.XLSX) sebagai templat pengiraan gaji, caruman KWSP dan caruman PERKESO yang telah berformula. Disediakan oleh Sifu2b.

Lamp B – Jadual Pengiraan Gaji Pekerja_untuk semua

Bengkel Pelarasan Kewangan Dengan Penyata Kewangan JTV SMK Tambulion

Pada tanggal 17hb. hingga 20hb. Mac, 2017, seramai lima orang anak didik saya telah mengikuti program yang bermanfaat iaitu “Prinsip Perakaunan SPM : Bengkel Pelarasan Kewangan Dengan Penyata Kewangan” anjuran Jabatan Teknik dan Vokasional SMK Tambulion dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud.

Memandangkan pihak penganjur telah menghadkan jumlah penyertaan sekolah-sekolah dari luar Kota Belud, maka pihak kami sepakat bahawa peserta dari SMK Putatan ialah,

  1. Ahmad Munawir Bassi Bin Alfredo Bassi (ketua rombongan),
  2. Adirah Binti Amsah
  3. Ahmad Ismi Arif Fikri Bin Ishak
  4. Nurul Qamarina Binti Sarif
  5. Nur Asyikin Binti Sabir

index

Alhamdulillah, dengan hubungan yang amat baik dengan ibu bapa murid-murid ini, masalah pengangkutan mudah sekali. Memandangkan restu ibu bapa telah diberi maka tiada apa lagi yang menghalang murid-murid untuk menimba ilmu dari sifu veteran dan cemerlang negeri Sabah iaitu Cikgu Zamri dan rakan-rakan. Jarak ditempuhi antara 85 – 90 Km, bergantung kepada laluan yang diambil.

roadtosmktambulionV2

Pendaftaran bermula seawal 2 petang, pada hari Jumaat. Berdasarkan maklumat dari penganjur sendiri, ada 13 buah sekolah yang menghantar peserta ke bengkel tersebut. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

  1. SMK Tenghilan Tuaran
  2. SMK (A) Mohamad Ali Ranau
  3. SMK Tambunan
  4. SMK Jakarullah Semporna
  5. SMK Kabogan Semporna
  6. SMK Sanzac Kota Kinabalu
  7. SMK Putatan, Putatan
  8. SMK Gunsanad Keningau
  9. SMK Tamparuli Tuaran
  10. SMK Usukan Kota Belud
  11. SMK Arshad Kota Belud
  12. SMK Narinang Kota Belud
  13. SMK Tambulion Kota Belud

Keseluruhan penyertaan ialah seramai 100 orang murid. Sememangnya membanggakan. Saya difahamkan yang penyertaan teramai (dari luar daerah Kota Belud) ialah dari SMK Tambunan (lebih dari lima orang) dan yang paling jauh ialah sekolah-sekolah dari daerah Semporna.

Penginapan peserta disediakan oleh penganjur. Peserta hanya perlu mendaftar masuk dan mengikut arahan bilik asrama mana mereka ditempatkan. Bengkel dijalankan di dalam dewan sekolah yang besar. Memanglah besar kerana berbanding dengan sekolah kami yang tiada dewan. Peserta-peserta bengkel disediakan nota dan mereka diajar lirik lagu untuk menghafal rumus (rumusan hafalan mungkin lebih tepat lagi) format laporan serta asas lainnya. Berdasarkan pemerhatian saya semasa berada di sana, murid-murid saya berjaya menyesuaikan diri dengan suasana dan pendekatan yang diperkenalkan oleh penceramah.

Sejak anak-anak didik pulang dari SMK Tambulion, saya dapati, kelima-lima murid saya bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh untuk SPM 2017. Malah, mereka telah membantu rakan-rakan yang tak dapat hadir bengkel. Contohnya, mereka membantu saya dalam menerangkan konsep-konsep tertentu dalam bab Perkongsian, di hadapan kelas tanpa perlu saya memanggil mereka. Dengan kata lain sikap berani dan yakin telah diserlahkan. Kelas PA21 sudah berlakukah? Oh ya, Ahmad Munawir telah terpilih sebagai peserta terbaik. Tahniah.

Terima kasih kepada Cikgu Zamri dan pentadbiran SMK Tambulion selaku sekolah penganjur yang menjemput dan memberi peluang kepada kami. Terima kasih juga kepada Cikgu Leejaiti dari SMK Tamparuli dan Cikgu Jimmy dari SMK Tambunan yang menjadi tenaga penceramah/pembimbing juga. Jutaan terima kasih di atas khidmat cemerlang anda semua.

Gambar kenangan peserta bengkel.

Maklumat tentang bengkel yang diedarkan melalui whatsapp Guru-Guru Akaun Sabah.