T5-Bhg 7 – Akaun Kelab dan Persatuan

Sebarang soalan berkaitan Prinsip Perakaunan SPM, bahagian Akaun Kelab dan Persatuan, hendaklah ditaip di bahagian ini. Sifu akan lakukan apa yang termampu untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Tetapi sila baca dahulu soalan dan respons sifu sebelum menyoal, kerana kemungkinan besar soalan anda telah pun dijawab oleh sifu atau guru lain.

KEMAHIRAN YANG PENTING DAN DIUJI DALAM SPM:

  1. Menyediakan Akaun Yuran
  2. Menyediakan Akaun Penerimaan dan Pembayaran
  3. Menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
  4. Menyediakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
  5. Menyediakan Kunci Kira-kira untuk Kelab dan Persatuan

TIPS PENDEK:

  1. Akaun Penerimaan dan Pembayaran dapat disediakan melalui maklumat Buku Tunai atau item-item berkaitan Buku Tunai – ingat buku tunai, maka ingatlah Akaun Penerimaan dan Pembayaran (ringkasan BT)
  2. Pendapatan dan Perbelanjaan seperti Akaun Untung Rugi (tanpa untung/rugi sebaliknya Lebihan/Kurangan) – Maka Pendapatan di catat di sebelah Kredit (akaun-akaun hasil) dan Perbelanjaan di catat di sebelah Debit (akaun-akaun Belanja)
  3. Yuran Masuk akan dianggap Pendapatan Modal (KKK sahaja) jika dinyatakan dalam maklumat tambahan. Jika tidak, maka ia dianggap Pendapatan Hasil (PP sahaja)
  4. Dalam Akaun Yuran – Baki b/b di sebelah debit ialah Yuran Tertunggak manakala Baki b/b di sebelah kredit ialah Yuran Terdahulu.
  5. Macam mana nak ingat? Contoh ini mungkin boleh membantu.
    Apa itu Yuran Terdahulu, Aset atau Liabiliti? Sebenarnya ia adalah Liabiliti. Liabiliti punya sifat? Kredit. Sebab itu Baki b/b di sebelah kredit ialah Yuran Terdahulu. INGAT.

7 responses

  1. Tips 1 – walaupun Akaun Yuran tidak diminta dalam soalan, pelajar selalunya wajib sediakan Akaun Yuran. Mungkin anda bolehlah anggap ia sebagai Jalan Kerja/Gerak Kerja 1.

    Tips 2 – Soalan AK&P pasti akan ada menyoal berkaitan dengan Belanja Susut nilai dan juga hasil/belanja terakru dan/atau hasil/belanja terdahulu. Pastikan anda berlatih ke arah itu.

    Tips 3 – Jika ada derma dan/atau Yuran Masuk, sila baca semula soalan dengan teliti untuk mengetahui status kedua-duanya. Jika Derma itu untuk bina bangunan atau untuk memperoleh aset bukan semasa maka ia adalah pendapatan modal dan hanya layak dilaporkan dalam Kunci Kira-kira, bukannya Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Perkara yang sama juga perlu diberi perhatian terhadap Akaun Yuran Masuk.

    bersambung…

  2. 1)saya ingin mengetahui adakah jika saya tidak membuat jalan kerja untuk mendapatkan jualan atau belian melalui jalan kerja akaun kawalan pemiutang atau akaun kawalan penghutang dan menunjukkan kan cara mendapatkannya tanpa menulis pada buku tersebut,adakah markah yang diperolehi akan terjejas..??wajibkah kita menunjukkan jalan kerja tersebut walaupun soalan tidak meminta utk membuat kedua-dua soalan tersebut? 2)Jika alatan kelab atau sebagainya mempunyai baki b/b dan h/b berdasarkan soalan yang diberi,perlukah kita menunjukkan jalan kira tersebut di buku atau jalan pengiraan??dan juga jika Aset bukan semasa separti bangunan dan lain2 dan disertai maklumat tambahan seperti susut nilai yang diminta oleh soalan,perlukah kita menunjukkan jalan pengiraan di buku sebagai bukti bahawa kita sudah perolehinya?

    harap sifu dapat memberi jawapan dan pandangan….

  3. saya harap sifu dapat memaafkan segala kesalahan bahasa dan penjelasan pertanyaan saya.
    tq

  4. sy ingin tahu bagaimana nk belajar prinsip perakaunan dalam tempoh masa yg singkat … tlg la sy ini yg baru sahaja sedar dalam di lema,,,..spm telah dekat… dan sy masih tidak tahu apa2… bagaimana hendak belajar dalam masa yg singkat…

  5. Zaiful,
    Berikut adalah nasihat pihak LPM yang disampaikan dalam kursus penataran subjek prinsip perakaunan SPM baru-baru ini:
    1. maklumkan kepada pelajar bahawa mesti tunjuk gerak kerja. Tanpa gerak kerja, walaupun boleh dapat markah jika betul, tetapi jika salah, maka terus dapat 0M (zero mark). Sebaliknya, dalam kes skema markah ialah 1OF (own-figure), walaupun nilai ditulis salah, tetapi apabila disemak gerak kerja dan didapati ia betul, maka calon tersebut layak dapat 1OF.
    Ringkasnya, walau salah, boleh dapat markah jika gerak kerja itu betul (walaupun tersalah kiraan/penghitungan).

    2. Calon mesti jawap 5 soalan untuk dapat peluang lebih baik memperoleh markah kerana S1, S4 dan S5/S6 masih ditaksir menggunakan kaedah sebelum ini. Nasihatkan pelajar untuk bijak bahagikan masa.
    Ringkasnya, jawab 5 soalan, walaupun kamu fikir kamu tak pasti betul semua, mana tau awak berjaya mengutip sedikit /separuh markah dari markah diperuntukkan dalam soalan selain S2 dan S3.

    Maka bagi menjawab soalan Zaiful,
    1. Sifu sarankan awak tunjukkan gerak kerja dalam kertas berlainan walaupun tak dinyatakan dalam soalan. Itu lebih baik daripada tidak ada langsung. Bagaimana? Muatturun skema tak rasmi jawapan SPM 2008 yang sifu sediakan dan begitulah saranan sifu (Gerak kerja dalam kertas berlainan).

    2. Ya, sebaiknya begitu. Perlulah Zaiful maklum bahawa gerak kerja tak semestinya dalam bentuk akaun ‘T’, tetapi pengiraan matematik mudah pun sudah memadai untuk memberi peluang kepada diri awak sendiri mendapat markah 1OF (iaitu markah diberi jika gerak kerja yang dicatat dalam skrip jawapan betul). Sekali lagi, dapatkan skema tak rasmi SPM 2008 yang sifu sediakan untuk melihat apa maksud sifu tentang skrip jawapan lengkap pelajar.

  6. A’kum sifu. salamat hari raya jika belum terlambat lagi.
    saya ingin nyatakan masalah saya,
    masalah saya adalah:
    saya dalam banyak-banyak topic akaun,saya paling pening atau kurang faham dengan akaun kelab dan persatuan kerana ianya agak susah bagi saya.
    saya agak keliru dengan format akaun kelab dan persatuan.kerana guru tuition saya bagi agak berlainan begitu jugak dengan guru sekolah bagi agak berlainan.jadi saya tidak tahu mana satu yang betul untuk diikuti.
    saya harap dengan prihatin dan belas kasihan Sifu, saya berharap sifu dapat memberikan format akaun kelab dan persatuan yang saya dapat ikuti dengan betul.

    terima kasih.
    maaf jika menyusahkan Sifu.
    a’kum.

  7. salam..nak tanya..ape maksud alatan sukan/aset lain dihapus kira?(dinyatakan dlm mklumat tmbahn..) kena masukkan gak ke dlm pyata pndptn n prblanjaan?
    harap bantu…

Tinggalkan komen