T5-Bhg 4 – Perkongsian

Sebarang soalan berkaitan Perkongsian hendaklah ditaip di bahagian ini. Sifu akan lakukan apa yang termampu untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Tetapi sila baca dahulu soalan dan respons sifu sebelum menyoal, kerana kemungkinan besar soalan anda telah pun dijawab oleh sifu atau guru lain.

Topik ini merupakan topik ‘Anchor Item’ yang akan disoal dalam soalan 2 atau soalan 3 (selain dalam mana-mana nombor soalan). Pelajar hendaklah juga mahirkan diri dengan perkongsian 3-4 orang pekongsi.

19 responses

  1. hi,sifu saya ingin tahu jika saya wajib mengasingkan kedua-dua akaun semasa.Cth a/k semasa ali dan a/k semasa ahmad atau saya boleh menggunakan column atau kedua-dua pekongsi dalam satu t format akaun dalam SPM.

  2. Sifu boleh respon cepat skit tak?Pada hari Isnin PAkaun trial k2 saya akan bermula

  3. Lim,
    Sekarang ini pelajar dikehendaki menyediakan akaun semasa dan akaun modal pekongsi dalam format gabungan. So tak ada masalah untuk awak.

  4. ok terima kasih

  5. Cikgu,

    Kalau pinjaman dibuat oleh pekongsi sendiri, di manakah patut kita letakkan di kunci kira-kira?
    Di bahagian liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa?

  6. cikgu, please reply asap yeah?
    my exam’s next week!
    thanks.

  7. cikguuu,helppp!

  8. Liyana, bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh masa pembayaran. Jika ada pernyataan bahawa pinjaman pekongsi itu dibayar bagi tempoh melebihi 1 tahun, maka ia akan dilapor dalam LIABILITI BUKAN SEMASA. Sebaliknya, jika tidak dinyatakan tempoh pembayran atau dinyatakan dalam tempoh 1 tahun atau kurang, maka pelajar diminta menulis dalam LIABILITI SEMASA. Butiran yang digunakan ialah PINJAMAN PEKONGSI ______ (tulis nama perkongsi yang menyediakan pinjaman tadi).

  9. okay terima kasih cikgu 🙂

  10. but if soalan tak nyatakan tempoh dan jumlah, so saya tulis di bahagian liabiti semasa?

  11. Ya Liyana, hanya tulis di bhgn Liabiliti Semasa

  12. apa kriteria utk kita mengatakan bhw sesuatu liabiliti itu adalah bersifat semasa atau bukan semasa? Bukankah jangkamasa 1 thn terlalu pendek utk kita kategorikan ia sebagai liabiliti bukan semasa?

  13. Insan biasa :
    apa kriteria utk kita mengatakan bhw sesuatu liabiliti itu adalah bersifat semasa atau bukan semasa? Bukankah jangkamasa 1 thn terlalu pendek utk kita kategorikan ia sebagai liabiliti bukan semasa?

    Umumnya dlm SPM, kami disuruh memaklumkan pelajar jika tempoh pinjaman itu 1 tahun atau kurang, maka letaklah ia dalam LIABILITI SEMASA, tetapi jika tempoh itu melebihi 1 tahun, maka ia jatuh sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA.

    Jika pinjaman bank itu tidak dinyatakan tempoh, maka memang akan timbul kekeliruan di kalangan pelajar. Apa yang saya dimaklumkan ialah, bagi tujuan peperiksaan SPM, PINJAMAN BANK YANG TIDAK DINYATAKAN TEMPOH PINJAMAN, maka letak sahaja dalam LIABILITI BUKAN SEMASA walaupun jumlah pinjaman itu kecil.

    Kenapa? Saya pun tak dapat nak jelaskan. Tetapi ikut ajelah nasihat itu demi keselamatan pelajar dalam peperiksaan SPM sebenar.

  14. salam..sifu,ada tak nota bab perkongsian yang terkini?

  15. cikgu, boleh minta email tak? saya ada masalah dengan kunci kira-kira saya untuk perkongsian. saya dah try banyak kali tapi masih tak dapat imbang. pleaseee help mee…saya nak send cikgu kunci kira-kira saya supaya cikgu boleh tgk..

  16. Awak salah thread. Di thread yg betul afa sifu paparkan emel. Hehehe. Bagi awak kerja sikit.

  17. hi sifu 🙂 berapakah jualan kredit bagi bulan mac? because i need to do the nisbah kecekapan (tempoh kutipan hutang)

  18. Periksa akaun kawalan penghutang

  19. Salam sifu

    Tahun nh sifu ada buat analisis soalan/bab apa yg mungkin keluar kertas 2

Tinggalkan komen