Monthly Archives: Ogos 2007

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-50

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50. Semoga kemerdekaan ini akan memberi kita peluang untuk berjuang mencipta kejayaan untuk manfaat bersama demi agama, bangsa dan negara.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Soalan Percubaan SPM Rakan sifu

Alhamdulillah, rakan sifu, cikgu hamidon telah sudi menyumbangkan soalan percubaan sekolah beliau. Cari di sini.

Kepada rakan guru lain, sudilah kiranya untuk berkongsi soalan anda. Bagaimana bentuk pun tak apa, sifu akan pakej semula dalam fail PDF supaya mudah dibaca dan dicetak oleh pelajar.

GANGGUAN PADA BLOG…

MAAF, semua link pdf telah terputus/hilang. Sifu sedang cuba mengenalpasti punca masalah. Walaubagaimanapun, jika gagal, sifu akan cuba upload semula semua fail soalan yang masih ada.

TAMBAHAN : wordpress.com telah mengumumkan bahawa memang ada gangguan perkhidmatan sejak 24 jam lalu. Mereka telah mengenalpasti punca masalah dan telah melakukan pembaikan secepatnya. Setakat ini, okay. Sifu telah upload/muatnaik semula semua pdf fail. 6:00 pm okay sudah kot.

Pelancaran Siri Bestari Perakaunan SPM

Making sense of accounting. Hari ini sifu mula melancarkan satu lagi siri baru. Ia akan meliputi artikel atau penulisan sifu berkenaan dengan sesuatu kemahiran akaun. Ia juga boleh meliputi nota-nota ringkas/cepat, perbincangan dan penerangan lebih lanjut, dan boleh juga meliputi sebarang topik selagi selari dengan dasar blog ini, iaitu membincangkan hal ehwal perakaunan terutama untuk pelajar SPM. Walaupun percuma, tetapi semuanya kekal hakcipta saya sebagai penulis.

Don’t judge the book by it’s cover. Begitu juga dengan siri ini. Sila baca dulu, barulah fikirkan adakah perlu membacanya semula atau buang sahaja dari harddisk anda. Sifu yakin ia akan membantu ramai pelajar ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu bab dalam pembelajaran prinsip perakaunan.

Sila lompat ke sini untuk mula membaca ebuku pertama. Alfred, artikel ini juga ditujukan kepada anda…

Makluman : cadangan jawapan soalan ramalan 2 telah dimuatnaik di sini.