Soalan SPM 2020/21 Kekal Lockdown?
Kertas 1 dan 2 Prinsip Perakaunan SPM 2021 telahpun selesai pada 17hb. Mac 2022 yang lepas. Alhamdulillah, semua calon PAK hadir. Tiada yang terjangkit C19. Sihat semuanya.
Kita doakan murid-murid SMK Majakir dianugerahkan keputusan lulus cemerlang bagi semua mata pelajaran. Of course, khusus untuk subjek Prinsip Perakaunan, kita juga amat mengharapkan calon kita lulus cemerlang.
Diharapkan dalam waktu terdekat, pihak penerbit rasmi koleksi Soalan SPM sebenar mendapat kebenaran atau kelulusan dari LPM untuk menerbitkan soalan-soalan SPM 2020 dan 2021.
Buat masa ini, kita mengharapkan koleksi soalan-soalan percubaan negeri-negeri yang kita dapat dikumpul untuk dijadikan panduan dan latihtubi buat murid-murid kita.
InsyaAllah, we do our best
Youtube Channel Subjek Prinsip Perakaunan Terbaharu
Salam semua.
Hanya sekadar nak maklumkan yang saya dah mula semula menghasilkan bahan video dalam saluran digital Youtube.
Jika anda mencari-cari video prinsip perakaunan oleh sifu2b, silalah layari channel ini.
Cikgu Rithuwan ‘Sifu2b’ Prinsip Akaun
Channel ini adalah saluran baharu yang diwujudkan dalam tahun 2020 ini, lebih tepat lagi dalam bulan Julai 2020, setelah sekolah dibenar buka semula.
Banyak perkara yang dialami sepanjang PKP yang baru lalu, dan perlu direnungi oleh semua orang termasuklah saya.
Pendek cerita, saya pun gagahkan diri, turut serta memulakan inisiatif bersama-sama beribu orang guru yang baru mula (ada yang mula semula) menghasilkan bahan PDP digital di bawah platform Youtube, mengikut keupayaan masing-masing. Saya dan beribu orang guru telah mengikut inisiatif e-didik dan Akademi Youtuber Guru Malaysia bersama-sama belajar dan meningkatkan ilmu tentang
Jemputlah ke channel baru saya dan sudikanlah subscribe dan like mana-mana video yang saya sudah muatnaik. InsyaAllah, idea2 lain sedang diperhalusi untuk dijadikan bahan video.
Misalnya, video ini (sila klik), menyentuh secara ringkas dan cepat tentang perbezaan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar.
Atau video simulasi perniagaan ini, yang mengajak murid bermain permainan android untuk memahamkan murid proses catatan perniagaan. Tetapi video ini disiarkan semasa arahan PDPJJ (PKP-Jun 2020) di akaun youtube lama saya, tapi masih boleh diakses.
Sekian dulu kita jumpa lagi, insyaAllah.
Persekolahan Pasca PKP (PKPP)
Salam.
Sekolah akan mula dibuka pada 24hb Jun 2020. Kerajaan memutuskan untuk hanya membenarkan pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam (prau) sahaja yang hadir ke sekolah. Manakala semua guru meneruskan tugas mengajar di sekolah, dengan hadir mengikut arahan yang diberikan oleh pentadbiran sekolah.
Apa yang penting ialah pematuhan kepada SOP keselamatan dan kesihatan yang telah dicadangkan oleh KKM untuk kegunaan pihak sekolah.
Namun, apa yang merisaukan saya secara peribadi ialah apakah kaedah terbaik mengelak dari terkena atau mengenakan (dijangkiti atau menjangkiti) virus COVID-19 jika berlaku di sekolah.
Guru-guru dan pelajar, pastinya bukan ‘frontliner’ yang berpengalaman mengendalikan kes jangkitan dalam jumlah yang ramai.
Apa-apapun, kita semua tunggu dan lihat.
Tempoh penyediaan Kertas 3 dah selesai
Alhamdulillah, tempoh tiga bulan untuk menyiapkan kertas projek Prinsip Perakaunan, Kertas 3, secara rasminya telah tamat.
Kita bermula pada 1 Mac 2019 dan berakhir 31 Mei 2019.
Bergantunglah kini kepada guru untuk menambah masa atau tidak kepada calon SPM 2019 masing-masing.
Saya memilih hanya menambah 2 minggu berakhir minggu ini, untuk penyerahan akhir jawapan murid. Tak perlu lagi dilanjutkan masa penyemakan dan pembetulan bersama murid. Cukup2lah. Dengan bilangan murid yang ramai, memang agak sukar untuk melayan kesemua permintaan. Cuti sekolah, cuti hujung minggu dan masa senggang yang sempat, pun kita dah gunakan untuk K3. Apa-apa pun, insyaAllah, tetap akan ada hikmah disebaliknya.
Rasionalnya, saya ingin murid memfokus kepada percubaan SPM pula yang dijadualkan dalam bulan September. Tambahan lagi, kekangan masa untuk menghabiskan silibus sebelum percubaan.
Selamat maju jaya.
Prinsip Perakaunan KSSM Kertas 3 bagi SPM 2019
Salam.
Alhamdulillah, soalan k3 bagi kertas peperiksaan SPM 3756/3 telah dikeluarkan pada minggu lalu.
Tahun ini, soalan berfokuskan kepada perniagaan perkongsian yang memulakan perniagaan perkhidmatan dobi. Sangat bagus.
2019_3756_3_PRINSIP AKAUN_PP_V2 – Panduan
2019_3756_3_PRINSIP AKAUN_QP_V2 – Soalan
Bertugas di Sekolah Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, sejak buka sekolah Semester 2 ini, saya telah bertugas di sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, Papar.
Mudah-mudahan kehadiran di sekolah sekarang membawa manfaat kepada diri sendiri, dan masyarakat. InsyaAllah, tugas mendidik diteruskan sepertimana yang diarahkan oleh kepimpinan sekolah baru ini.
Doakan saya bertambah sihat dan bersemangat lagi menjalankan tugas di SMK Majakir.
Pemantauan Kertas 3 oleh Ketua Pentaksir Negeri memberi Manfaat kepada Calon SPM 2018
Alhamdulillah, pada 20hb. April 2018, Jumaat, lepas, KPtN Sabah, En. Sharif Abu Bakar, telah melawat sekolah kami. Kehadiran KPtN adalah sebahagian dari rangka kerja beliau selaku mendapatkan pengesahan status atau progres penyiapan kertas 3 oleh calon-calon SPM bagi subjek Prinsip Perakaunan.
Sepertimana ramai sudah sedia maklum, kerja kursus kali ini berfokuskan kepada Perniagaan yang mengeluarkan 3 jenis kasut. Kertas projek ini hanya disiapkan sekali dalam tingkatan 5 dan diberi tempoh panjang selama 3 bulan, mulai 1hb. Mac dan berakhir 31hb. Mei 2018. Lawatan ini jatuh pada minggu ke-6 dari tempoh diberikan dan sudah pastinya KPtN mengharapkan murid-murid telah menyiapkan kertas 3 masing-masing sehingga ke elemen pelarasan, termasuk catatan ke lejar. Ini sesuai dengan Carta Gantt yang telah disediakan.
KPtN telah berjumpa dengan PK1, Ketua Pentaksir Kawasan (Daerah Penampang) dan guru mengajar serta murid-murid PPA. KPtN turut memberi kata-kata semangat kepada murid-murid disamping memberikan beberapa tip kecemerlangan subjek Prinsip Perakaunan.
Sekali lagi, Alhamdulillah, kerana anak-anak didik saya, semuanya telah menyiapkan jawapan kertas 3 seperti diarahkan dan masih bersemangat untuk meraih markah K3 yang maksimum.
Kertas 3 bagi Prinsip Perakaunan 2018
Pelajar dikehendaki menyiapkan kertas 3 ini sebelum bulan Mei 2018 tamat.
Semoga sukses selalu.
Zulhijjah sudah datang dengan 10 hari terbaik
Tahukah anda bahawa hari ini, 23 Ogos, 2017M, adalah juga 1 Zulhijjah 1438H?
Alhamdulillah.
Saya mengajak semua pelawat blog ini yang beragama Islam untuk merebut janji Allah untuk hari-hari istimewa ini, iaitu berupa fadilat khusus, semua amalan soleh akan diangkat sebagai Amalan yang dicintai Allah.
“Amalan Soleh diangkat Dicintai Allah”
Dalilnya :
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.
Berikut adalah ringkasan, senarai amalan yang boleh dilakukan oleh orang yang beriman bersempena 10 hari awal bulan Zulhijjah :
- Haji dan Umrah
- Berpuasa selama hari-hari tersebut atau pada sebahagiannya, terutama pada hari Arafah
- Takbir dan dzikir pada hari-hari tersebut
- Taubat serta meninggalkan segala maksiat dan dosa, sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat Allah
- Banyak beramal shalih
- Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
- Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-Hari Tasyriq
- Melaksanakan shalat Idul Adha dan mendengarkan khutbahnya
- selain perkara yang telah disebutkan diatas,
setiap muslim dan muslimah hendaklah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat redha-Nya.
Ada banyak bahan rujukan seperti buku atau laman sesawang yang boleh dibaca untuk meningkatkan pengetahuan tentang amalan yang dituntut sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Saya suka mensarankan, ebuku berupa fail PDF ini.
Sila muatturun di sini, https://www.alsofwah.or.id/download/Dzulhijjah.pdf
SYARAT KEMASUKAN KE BACELOR PERAKAUNAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) – UPDATE
SYARAT KEMASUKAN KE BACELOR PERAKAUNAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
SYARAT AM UNIVERSITI
LEPASAN MATRIKULASI ATAU ASASI
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
DAN
Mempunyai Asasi Sains Pertanian UPM/Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.
LEPASAN STPM – ALIRAN SAINS ATAU SASTERA
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
DAN
Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.
SYARAT KHAS PROGRAM
ALIRAN SAINS DAN SASTERA – LEPASAN STPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
- Mathematics (M)/Mathematics (T);
- Ekonomi;
- Perakaunan;
- Geografi;
- Pengajian Perniagaan;
KOMEN SIFU: Pemohon hendaklah memastikan kombinasi pakej subjek PraU/STPM mempunyai sekurang-kurangnya 1 dari subjek tersenarai di atas. Cadangan saya, kuasai Ekonomi sebagai pengganti Perakaunan, kerana tak semua sekolah menawarkan Perakaunan STPM.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
- Mathematics;
atau
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Mathematics (M)/Mathematics (T);
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN MATRIKULASI/ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
- Mathematics;
- Ekonomi;
- Akaun;
- Pengurusan Perniagaan;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
- Mathematics;
atau
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Mathematics;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN DIPLOMA
Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
- Mathematics;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Semoga bermanfaat.
Sumber : http://www.esmp.upm.edu.my/promosi/