Monthly Archives: Oktober 2007

JADUAL ANALISIS SPM DAN PERCUBAAN SPM

 

Sifu dah membuat analisis 14 tahun soalan Prinsip Perakaunan SPM sebenar serta mengemaskini trend semasa soalan-soalan Kertas 2 dalam peperiksaan percubaan 2007 yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Pelajar dan guru bolehlah memuatturun dan membacanya di sini (edisi2-24/10/2007). Kemas kini termasuk JPN Kelantan dan JPN Terengganu, terima kasih Cikgu Narzuki.

Edisi 3 Analisis Percubaan SPM 2007 (1 Nov. 2007-pembetulan). Kalau nak fail PDF, edisi 3pdf di sini.

Diharap, analisis ini dapat membantu pelajar bimbingan sifu dan anda semua.

Jika boleh, sifu juga berharap mana-mana guru atau pelajar dari negeri-negeri selain yang telah disenaraikan supaya dapat meninggalkan komen tentang agihan soalan kertas 1 dan kertas 2 bagi negeri masing-masing supaya dapat dimasukkan ke dalam jadual trend.

Bersedia untuk Peperiksaan SPM dan bersedia meraih cita-cita

Adakah anda dah bersedia untuk SPM (2007)? Bagaimana dengan prestasi anda dalam Percubaan SPM baru-baru ini? Kepada pelajar-pelajar Muslim, amacam dah selesai berhari raya? Sifu cuma nak ingatkan bahawa SPM dah dekat. Kalau nak lulus saja, tak ada masalahlah, ulangkaji ala kadar boleh mencapai lulus SPM. Syarat lulus SPM ialah lulus BM, tu aje. Tapi tak dapat sijil penuh. Kalau pelajar nak ‘jual’ SPM nanti supaya dapat masuk tingkatan 6, pun tak susah sangat. Setakat dapat jumlah kredit sbyk 12 dari 5 mata pelajaran dah layak masuk T6. So pelajar mungkin bolehlah belajar 5 subjek aja. Kalau pelajar nak ‘cipta peluang’ masuk matrikulasi atau diploma di IPTA, kena ulangkaji lebih sikit. Kena ingat yang kemasukan ke IPTA dipengaruhi oleh kelayakan SPM yang bakal diperoleh dan gred subjek yang diutamakan bagi setiap program. Ramai orang boleh masuk U tapi tak semua akan dapat program yang utama/kritikal. COntohnya nak jadi jurutera awam, dah tentu subjek fizik, mat. tambahan jadi keutamaan. Panel pemilih terpaksi membandingkan keputusan SPM pelajar-pelajar yang terbaik untuk diberi tempat dalam program ijazah kejuruteraan itu. Itupun mesti kelayakan matrikulasi, diploma atau STPM. Jadi pelajar yang berminat ijazah kejuruteraan mesti merancang nak masuk mana satu, matrikulasi sains, diploma kejuruteraan terus atau tingkatan 6 aliran sains tulen. Bagi pelajar bukan aliran sains dlm T4 dan T5, janganlah pula angan-angan nak ambil kejuruteraan pula. Dah sah tak dapat sebab awak tak ambil fizik dan mat. tambahan sebagai subjek elektif.

Bagi pelajar yang berminat memasuki ijazah perakaunan, dah tentu cemerlang dlm subjek Prinsip Perakaunan membantu. Ramai pelajar yang ambil PAK juga, so nak masuk matrikulasi perakaunan juga ada saingan yang sengit. Nak masuk matrikulasi, syaratnya agak mudah, setakat Mtamb gred 7 dah layak memohon, asalkan Mat gred 5 dan PAK gred 5 juga. Itu syarat memohon, jangan salah faham. Nak dapatkan tempat dah tentu pelajar terbaik akan dipilih. Bayangkan ada 2 org pelajar yang sama kebolehan, kriteria dan keputusan SPM, kecuali gred bagi Prinsip Perakaunan dan M.Tamb. Pelajar 1 dapat PAK Gred 1A dan MT gred 5C. Pelajar 2 dapat PAK 5C dan MT gred 7E. Logiknya pelajar 1 akan terpilih walaupun pelajar 2 juga memenuhi syarat. Ini kerana dalam panel pemilih menilai, the best possible is a must. Malaysia nak mencapai tahap pendidikan tertiari bertaraf dunia, maka sudah tentu bakal mahasiswa mesti sebaik yang boleh, kualiti dari peringkat awal boleh memudahkan proses penciptaan kualiti graduan seterusnya.

Apa yang sifu nak katakan ialah, pelajar-pelajar mesti peka bahawa pengorbanan awak diperingkat SPM ini, spt kurang beraya, banyakkan belajar, latihtubi berulang-ulang dan sbg, memang tak fun, tapi ingat sekali awk buat keputusan untuk lebih rela enjoy hari raya atau enjoy sbb cukup lulus, ia akan menjejaskan peluang awk seterusnya, krn keputusan SPM sentiasa jadi taruhan walaupun awk dah ada sijil lebih tinggi.

Fikirkanlah. JIka ada pertanyaan sifu sudi menjawab berkaitan perkara ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung dan pembaca blog saya ini, terutamanya rakan guru dan pelajar prinsip perakaunan seluruh Malaysia.

Raikanlah hari lebaran dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Kepada pelajar-pelajar yang meraihkan perayaan aidil fitri, ingat-ingat keselamatan diri, kesihatan diri dan elakkan diri dari melakukan apa jua aktiviti yang mungkin boleh memudaratkan.

Ikhlas dari,

Rithuwan ‘Sifu2b’ Nasir

Pre-Exam Series – Modul 6 Edisi Khas Soalan Laporan Kewangan

Memberi respons cadangan Cikgu Hamidon, saya menyediakan modul 6 ini di sini untuk kemudahan guru dan pelajar menguji diri dengan soalan-soalan yang sering dan mungkin di tanya sebagai soalan no.2 dalam Kertas 2. Untuk makluman pelajar, soalan 2 adalah soalan yang menjanjikan perolehan markah kedua tertinggi di dalam kertas 2. Selain dari lembaran kerja, soalan 2 juga mungkin dalam bentuk laporan kewangan iaitu penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Sila muatturun modul 6 (prebiu) seberapa segera.

BENGKEL PRINSIP PERAKAUNAN MIRI

Sifu telah menerima beberapa bahan dari rakan sifu, Cikgu Hamidon untuk dikongsi dengan guru-guru lain serta pelajar-pelajar yang melawati blog ini. Ia merupakan nota dan latihan yang sangat bermanfaat. Sila klik di sini untuk mula muatturun fail itu.

AGIHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN DALAM PERCUBAAN SPM 2007

Sifu dah membuat analisis trend semasa soalan-soalan Kertas 2 yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Pelajar dan guru bolehlah melihat dan membacanya di sini. Edisi kedua di sini.
Diharap, analisis ini dapat membantu pelajar bimbingan sifu dan anda semua.

Jika boleh, sifu juga berharap mana-mana guru atau pelajar dari negeri-negeri selain yang telah disenaraikan (MRSM, KISAS, JPWP, JPN9) supaya dapat meninggalkan komen tentang agihan soalan kertas 1 dan kertas 2. Terima kasih.