SMK Baru Miri Sarawak

Terima kasih Cikgu Hamidon.

1. Percubaan SPM 2006 (Kertas 2 sahaja)

2. Bahan Bengkel Prinsip Perakaunan Miri (versi asal) tahun 2007. [versi ‘bersih‘ – tanpa latar belakang-09/10/2007]

3. Percubaan SPM 1 2008 – Kertas 2 sahaja [11/05/2008] – terkini Kertas 1 dan 2 [17/06/2008-sori lambat]

Advertisement

26 responses

  1. saya nak soalan percubaan negeri sarawak

  2. Negeri Sarawak tiada soalan percubaan bersama. Soalan yang ada hanya ikut sekolah. Cuma kalau tak silap saya Sibu dan Kuching ada soalan bersama peringkat bahagian sahaja

  3. sy nak nota prinsip akaun…bab pengenalan akun dengan catatan beregu

  4. Ikhwan, sorilah sifu tak sediakan nota khusus. Tapi cuba tengok lamanweb rakan online sifu, MNY’s Online. Klik di Blogroll di kiri skrin. Ikhwan juga boleh mencuba lamanweb ini, http://www.sabah.edu.my/csm07003 untuk nota ringkas lain.

  5. saye nk tanyer..bagaimane nk kuasai subjek akaun ni dgn baik..??dan sediakanlah nota ringkas dan soalan lazim..

  6. Ifa, dah diperkatakan berulang-ulang dalam blog ini. Nota? Susahlah nak tunaikan. Tambah lagi sifu sendiri lebih tekankan kepada kemahiran ‘luar biasa’, BUKANNYA menghafal sahaja. Soalan lazim? Hmm, ada tak Ifa tinjau-tinjau blog ini semuanya? Pasti akan terjumpa.

    Ifa, blog ini ada lain sikit strukturnya. Fail dan diskusi sifu dengan pelawat berterabur. So, maaflah jika sukar Ifa cari. ANyway, Ifa boleh gunakan butang CARI/Search kat atas kiri untuk melompat ke mana-mana post yang berkaitan. Begitu juga gunakan kategori. Pilih kategori paling sesuai utk Ifa mencari lebih lanjut.

    Terima kasih di atas lawatan ini.

  7. […] Sifu, Cg Hamidon dari SMK Baru Miri, Sarawak telah sudi menyumbangkan soalan percubaan SPM 1 mereka di sini. Sesiapa yang berminat, pastikan anda muatturun soalan tersebut secepat […]

  8. Askum..Sifu..Ada soalan tuk form 4 kew???Plz…I ned it!!Tanx…

  9. jawapan utk trial spm miri 2008 ade x ?

  10. Yana,
    Sifu tidak ada soalan itu. harap Cg hamidon boleh berikan kepada anda semua.

  11. saya ingin bertanya adakah soalan lembaran kerja masih relevan lagi?guru saya juga meramalkan lembaran kerja kerana sudah dua tahun berturut2 keluar penyata dan pengasingan untung rugi untuk soalan 2.

  12. Shafiq,
    Sifu dan rakan-rakan lain berat kepada perkataan “MUNGKIN TIDAK”. Lembaran kerja relevan dalam konteks ilmu. Mana-mana individu yang terlibat dalam perakaunan MESTI mahir menyediakan lembaran kerja maka ia TETAP RELEVAN dalam pembelajaran dan pembelajaran.

    Walau bagaimanapun, mengikut perkembangan semasa, potensi LK dikeluarkan sebagai soalan nombor 2 (seperti biasa diramalkan) hampir mustahil kerana guru-guru telah dimaklumkan mulai tahun 2008 ini, soalan 2 dan soalan 3 akan disediakan berdasarkan bab-bab yang dipanggil ‘ANCHOR ITEM’ seperti yang sifu pernah sebut dan senaraikan di dalam pos yang lepas. Sila baca pos tersebut supaya Shafiq mengetahui apakah bab-bab yang akan dijadikan ‘Anchor Item’ sepertimana dipersetujui oleh pihak KPM dan LCCI dan ACCA.

  13. Shafiq,
    Sifu dan rakan-rakan lain berat kepada perkataan “MUNGKIN TIDAK”. Lembaran kerja relevan dalam konteks ilmu. Mana-mana individu yang terlibat dalam perakaunan MESTI mahir menyediakan lembaran kerja maka ia TETAP RELEVAN dalam pembelajaran dan pembelajaran.

    Walau bagaimanapun, mengikut perkembangan semasa, potensi LK dikeluarkan sebagai soalan nombor 2 (seperti biasa diramalkan) hampir mustahil kerana guru-guru telah dimaklumkan mulai tahun 2008 ini, soalan 2 dan soalan 3 akan disediakan berdasarkan bab-bab yang dipanggil ‘ANCHOR ITEM’ seperti yang sifu pernah sebut dan senaraikan di dalam pos yang lepas. Sila baca pos tersebut supaya Shafiq mengetahui apakah bab-bab yang akan dijadikan ‘Anchor Item’ sepertimana dipersetujui oleh pihak KPM dan LCCI dan ACCA.

    Oleh itu suka sifu sarankan supaya Shafiq tetap memahirkan diri tentang lembaran kerja, dan pada masa yang sama fokuskan kepada kemahiran penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira-kira dengan format dan jawapan yang tepat.

  14. terima kasih kerana memberi maklumat tentang LK. saya memang membuat latihan ulangkaji tentang LK kerana guru saya minta bersedia dengan format-format yang berlainan utk jwb soalan no. 2. pagi tadi di sekolah saya ada pameran kerjaya. ada sebuah kolej yang menawarkan kursus LCCI memberitahu ,mulai tahun ini, pelajar yang dapat A dalam pak akan diberi sijil LCCI yang membolehkan mereka terus ambil level 3 LCCI. adakah maklumat ini betul? t.kasih.

  15. Shafiq,
    Ya, sudah pasti betul. Anda akan amat bertuah jika memperoleh gred A dalam subjek PAK ini.

    Oleh itu pastikan anda bersedia sepenuhnya. Fokus juga kepada Soalan 2 dan Soalan 3 kerana penilaian (khas) utk kelayakan LCCI itu akan turut menumpukan kepada kemahiran calon dalam menjawab soalan-soalan Anchor Item tersebut.

  16. sifu, saya ingin bertanya adakah mungkin soalan 2 akan keluar PP sbb berdasarkan 5 tajuk ancor item kesemuanya boleh digunakan untuk mencari untung/ rugi bersih. walau bagaimanapun saya tidak tahu bagaimana akaun kawalan boleh digunakan untuk mencari untung/ rugi bersih. mengikut apa yang digunakan dalam dunia perniagaan sebenarnya, PP digunakan secara meluas sebagai satu cara membentangkan laporan kewangan perniagaan/ syarikat. oleh itu saya membuat kesimpulan soalan PP patut ditanya dalam SPM sebagai satu cara membiasakan pelajar menyediakan PP apabila mereka bekerja dalam bidang perakaunan atau percukaian. soalan 2 spm 2006 dan 2007 secara praktikalnya memang ada digunakan untuk perniagaan perkongsian sebenarnya. jadi mengapa sediakan soalan yang tiada kaitan dengan alam perkerjaan sebenarnya?hrp mendapat penjelasan sifu. t. kasih

  17. Shafiq,
    Sifu berpandangan potensi ia akan keluar adalah tinggi, mungkin kebarangkalian 7/10. Sememangnya kemahiran menyediakan laporan amat penting kepada pengamal perakaunan, maka dengan itu ia mesti diajar di dalam kelas dan pelajar mesti mahir menyediakannya. Tetapi dalam hal penyediaan soalan peperiksaan, tidak semestinya ia wajib dilakukan. Ia amat bergantung kepada matlamat penilaian peperiksaan itu sendiri. Sepertimana yang sifu sebutkan sebelum ini, pelajar mesti mahir dalam penyediaan PP. Oleh itu pengukuran pelajar mahir atau tidak masih boleh dilakukan dalam peperiksaan, ujian atau sebarang bentuk penilaian di dalam sekolah sahaja. Peperiksaan SPM tidak wajib. Walau bagaimanapun, sukacita sifu maklumkan bahawa sudah menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun ini bahawa satu soalan penyediaan laporan kewangan ditanya dalam SPM, sepanjang tempoh 3 tahun kebelakangan, ia tertumpu kepada laporan kewangan perniagaan perkongsian. Tetapi tahun-tahun sebelumnya, penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira-kira juga ditanya untuk perniagaan milikan tunggal.

    Adalah perlu Shafiq menyedari bahawa Penyata Pendapatan yang dimaksudkan dalam ‘Anchor Item’ itu boleh sahaja dari perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian. Dari segi prinsip dan format laporan adalah serupa kecuali bahagian-bahagian tertentu yang khusus untuk perkongsian.

    Berkenaan akaun kawalan, sememangnya ia diamalkan dalam dunia perniagaan. Shafiq tentu ingat dalam T4 ada dipelajari tentang Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Lejar Penghutang/Jualan dan Lejar Pemiutang/Belian. Akaun Kawalan Penghutang akan meringkaskan semua penghutang yang terdapat dalam Lejar penghutang atau Lejar Jualan tersebut. Sebaliknya pula Akaun Kawalan Pemiutang adalah ringkasan semua pemiutang yang terdapat dalam Lejar Pemiutang atau Lejar Belian tersebut. Akaun Kawalan adalah kemahiran yang hanya diajar dalam T5.

    Apabila sesebuah perniagaan didapati tidak mengamalkan perakaunan yang sempurna, maka akan ada rekod-rekod perniagaan yang tak lengkap. Untuk mempercepatkan proses penyediaan laporan kewangan untuk perniagaan yang tidak ada rekod perakaunan sempurna, maka salah satu cara yang boleh digunapakai ialah analisis belian dan analisis jualan. Dalam hal itu, kemahiran juruteknik akaun (kerani akaun) seperti menyediakan akaun kawalan belian dan akaun kawalan jualan boleh digunakan untuk mencari angka-angka yang sepatutnya dilaporkan sebagai jualan dan belian. Kerap kali dalam perniagaan runcit, peniaga menyimpan rekod belian dari pembekal tetapi jualan tunai tidak dicatatkan kerana peniaga berpandangan kutipan tunai sudah cukup membayangkan jumlah jualan setahun yang sepatutnya dilaporkan. Ini menyebabkan jualan tunai dan jualan kredit mungkin tersilap lapor, sekaligus menyebabkan peniaga melaporkan keuntungan kasar yang kecil atau terlalu besar berbanding jumlah jualan sebenar. Pendek kata, kemahiran penyediaan akaun kawalan boleh dijadikan sebagai alat menganalisis urusniaga perniagaan.

    Sebab itu bab Akaun Kawalan dan Rekod Tak Lengkap di ajar dalam SPM kerana ia relevan dalam dunia pekerjaan.

    Soalan-soalan lain juga masih berkaitan malah amat penting jika pelajar SPM bercita-cita ingin meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan ke peringkat lebih tinggi. Perlulah Shafiq ketahui bahawa kerjaya dalam perakaunan amat luas, antara nama jawatan yang popular (perkerjaan secara langsung berkaitan perakaunan) bagi pemegang kelayakan profeional peringkat ijazah atau pemegang kelayakan profesional ACCA ia seperti:-
    pengurus kewangan, pegawai akaun, pegawai eksekutif kewangan, akauntan (jika telah diiktiraf oleh MIA), pengurus projek, konsultan kewangan, auditor, juruanalisis kewangan, konsultan percukaian, pegawai cukai LHDN, dan banyak lagi.

    Untuk memperoleh ijazah pelajar harus belajar semua bahagian perakaunan seperti perakaunan pengurusan, perakaunan kos, perakaunan kewangan dan kemahiran tambahan lain seperti percukaian serta lain-lain. Hanya melalui latihan dan proses pendidikan seperti ini (ijazah atau kursus profesional LCCI dan ACCA) barulah seseorang itu mampu menjadi pengamal perakaunan yang cekap, serba boleh dan mahir.

    Harap Syafiq memahami perkara ini.

  18. sifu, terima kasih atas penerangan yang sangat panjang. sekarang saya rasa lega menghadapi peperiksaan spm tahun ini kerana maklumat yang diberi terutama tentang tajuk-tajuk kertas 2. saya akan memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk yang berkenaan dengan membanyakkan latihan. saya akan meminta bantuan guru di sekolah di samping mengadakan perbincangan dalam kumpulan bersama-sama kawan-kawan lain. terima kasih.

  19. siti noor safizah

    thank c.hamidon.atas berkat kesabaran ckgu dulu saya lulus juga akhirnya dlm perakauan thn 2006.dpt b3 pun sudah memadai bg saya.thank alot..jasa ckgu pasti akan saya kenang.

  20. Haloo sifu..sye ni dah Form5 Tapi Prinsip Akaun ni x Paham2 Lagi La..So plzz Bagi la tau camne nak paham dengan cepat sebab SPM pon dah dekat

  21. salam…
    sifu…
    sy nk tnya tntg pemarkahan…
    klu xtulis tarikh n no dokumen dikira salah ker??

  22. AikimAris,
    Umumnya, tarikh mesti dicatat di semua BCP. Tanpanya, jawapan dianggap salah. Ini kerana tarikh juga adalah maklumat utama urus niaga.
    Manakala di bahagian Lejar – markah tetap diberi jika tarikh salah atau tak ditulis.

    TETAPI, PENCAPAIAN GRED LCCI ANDA AKAN TERJEJAS akibat kealpaan di bahagian lejar. Mungkin anda boleh layak LULUS sahaja (Gred 3 atau Gred 6 (BM)). Sebagai tambahan, kebolehan pelajar menutup akaun lejar dengan betul, iaitu menutup sehingga ke baki h/b dan baki b/b di akhir bulan turut mempengaruhi gred LCCI pelajar. Itu apa yang sifu faham tentang pemarkahan S1, sepertimana yang telah dimaklumkan dalam taklimat LPM baru-baru ini.

    Perlulah pelajar ketahui bahawa, walaupun kaedah pemarkahan LCCI hanya di S2 dan S3, penentuan Gred Lulus, Lulus kepujian dan Lulus Cemerlang juga dipengaruhi oleh semua jawapan, dari S1 hinggalah S6. Keupayaan pelajar menunjukkan jawapan yang betul, lengkap dan mematuhi amalan (praktis) perakaunan yang diperakui amat dititik beratkan oleh pihak LCCI dalam pentauliahan Sijil LCCI Tahap 2 (yang mana amat bernilai).

    Kesimpulan, BCP – hilang markah, Lejar – markah diberi, LCCI – terjejas jika tak bagi tarikh dan tak tutup akaun lejar dengan baki h/b, baki b/b.

  23. owh…
    thx…
    hurm…
    sifu…
    soalan lembaran kerja berkemungkinan x msuk thn nie??
    ckgu sy xpenah ajar soalan lembaran kerja…
    sy xtau mcm mne nk wat…

  24. owh…
    thank..hurm…
    sifu…
    soalan lembaran kerja berkemungkinan masuk x tahun nie???
    cikgu saya xpernah ajar soalan nie…
    saya xtau macam mana nk buat…

  25. Aikim,
    Kami hampir pasti, 90% yakin, bahawa Lembaran kerja tak lagi diuji dalam kertas 2 secara khusus kerana arasnya yang terlalu asas/mudah, pada kaca mata pihak LCCI.

  26. saya nak kertas peperiksaan spm akaun 2011 bulan March 2011 semua negeri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: