Monthly Archives: Februari 2014

Contoh Peta Alir iThink Untuk Prinsip Perakaunan Bab Perkongsian

Salah satu peta pemikiran IThink iala Flow Map. Ia digunakan untuk menerangkan langkah-langkah, proses, aturan dan aliran sesuatu objek. Di bawah adalah contoh peta alir yang menerangkan langkah-langkah menyediakan Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi soalan 2 (soalan tidak disediakan).
Image

Advertisement

Peta minda Akta Perkongsian 1961

Cg Rithuwan sifu2b - mindmap - Akta Perkongsian 1961

Akta Perkongsian 1961 on MindMup

Saya mencuba Mindmaping online percuma. MindMup

Secara ringkasnya, ia adalah peralatan membuat nota yang baik untuk guru dan pelajar. Cuma lagi bentuknya terbatas.

Lepasan SPM memasuki program asasi perakaunan di ipta Malaysia

Lisha bertanya, “Sifu, boleh bgtau ke snarai IPTA yg menawarkan asasi perakaunan??” (Februari 25, 2014 at 1:44 pm)
Memang tak mudah mencari senarai IPTA yang menawarkan program asasi perakaunan hanya dengan sekali carian.
Selalunya pelajar yang ingin belajar dalam program praijazah perakaunan seperti asasi, matrikulasi pastinya berkehendak melanjutkan pelajaran ke ijazah perakaunan selepas itu. Oleh itu sifu tolong carikan maklumat yang relevan sebagai rujukan Lisha dan pelajar lepasan SPM lain.
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan – laluan ke Sarjana Muda Perakaunan (kepujian) selain program Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan. Maklumat lanjut sini.
  2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM_ – Tamhidi Perakaunan dan Muamalat – laluan ke Sarjana Muda Perakaunan (kepujian). Tetapi mempunyai beberapa syarat khas. Maklumat lanjut sini. (Nota : Tamhidi setaraf dengan program asasi)

Lepasan program asasi sains dan asasi lain dari mana-mana IPTA juga sebenarnya boleh memohon masuk ke program sarjana muda perakaunan (kepujian) asal sahaja memenuhi syarat CGPA dan keputusan SPM lalu yang semestinya ada subjek Prinsip Perakaunan dengan gred terbaik anda.

Sebagai tambahan, sifu juga syorkan pelajar lepasan spm turut mempertimbangkan peluang belajar di IPTS walaupun mungkin kos pengajiannya agak berbeza berbanding IPTA. Antara IPTS yang menawarkan program asasi perakaunan ialah:

  1. Universiti Tenaga (UNITEN) – Program Asas Perakaunan di kampus Muadzam Shah – Maklumat lanjut sini.
  2. Swinburne University of Technology Sarawak Campus – Swinburne Foundation Studies (Business) – Maklumat lanjut sini
  3. KDU University College – 2 program – Foundation in Accounting (CAT) dan CIE GCE A-Level in Accounting. Maklumat lanjut sini.

Dan banyak lagi. Jika anda dapati pengajian di IPTS agak tinggi kosnya, maka usahakan jadi pelajar cemerlang SPM supaya dapat tajaan biasiswa walaupun belajar di IPTS. Jika risau tak dapat, maka antara pilihan terbaik ialah memohon masuk ke Matrikulasi Perakaunan.

Itu sahaja maklumat yang boleh sifu kongsi setakat ini.