Monthly Archives: November 2007

Cadangan Jawapan Tak Rasmi PAK2007

Nak jawapan prinsip perakaunan SPM 2007 yang baru lepas. Jika nak download, sila klik di sini untuk versi 3 (ubah agihan mkh shj, jawapan tiada perubahan). Terima kasih Cg Lama di atas komen ttg pemarkahan. Pastikan script aktif.

Diandaikan setelah memuatturun fail, anda semua mengakuri syarat dalam BACADULU-penafian.txt.

Bila dah semak, bolehlah komen atau beri pandangan, atau post-mortem di ruangan komen disini. Mana tau komen anda boleh dijadikan panduan dan ikhtibar kepada pelajar calon PAK tahun depan pula.

Jawapan Prinsip Perakaunan 2007

Korang nak tak jawapan? Kalau nak sifu buat sekarang. Kalau tak nak, sifu buat tahun depan je.

It’s Just around the corner

Dah dekat dah! Lusa, hari khamis, 29 November, dah dekat dah! Jangan panik. Itu perkara biasa. Peperiksaan perkara biasa. Yang terpenting ialah anda pelajar sentiasa bersedia. Jika anda turut mengambil subjek Perdagangan, pastikan agihan masa ulang kaji bagi kedua-dua subjek mencukupi. Perancangan mesti rapi. Sifu sendiri sebagai guru turut berdebar-debar. Apakah mungkin bab atau topik yang dibincangkan bersama anak murid akan keluar atau tersasar. Sifu sebagai gurupun tak tahu apa yang bakal disoal. Rahsia. Jadi tak hairan, kami pun turut resah bersama anda. Apa-apapun, kita dah berusaha, ya tak, maka apa yang perlu dirisaukan. Berkat kesungguhan anda semua mengulangkaji dan jujur kepada diri sendiri, insyaallah, kejayaan akan datang jua.

Last Minutes Revision Is Possible

Nampaknya pelajar saya tahun ini bertuah kerana majoriti dari mereka masih sempat membuat latih tubi dan ulang kaji dalam minggu ini untuk subjek Prinsip Perakaunan. Pelajar aliran sastera ikhtisas akan ada 8 hari selang sebelum menjelang 29hb November, manakala pelajar aliran sains tulen terpaksa berhadapan kertas sains tulen mereka sepanjang minggu ini dan Isnin minggu hadapan. Apa-apa pun, Sifu berharap mereka ini akan dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan peluang yang ada dihadapan mata. Dari segi psikologi, pelajar-pelajar sebegini (umum) akan lebih mudah fokus kepada pencapaian matlamat kerana beban belajar bagi subjek lain dah lepas.

Sifu sendiri mulai khamis ini akan sengaja hadirkan diri ke sekolah, mudah-mudahan pelajar-pelajar di asrama dapat mengambil peluang berjumpa sifu dan mendapatkan bimbingan lanjutan. Alhamdulillah, sifu juga dah sediakan soalan tambahan, dah cetak pun, in case mereka nakkan soalan lain untuk diuji. Usaha kami bersama, insyaallah akan membawa kejayaan pelajar itu sendiri. Amin. Kepada pembaca blog ini, doakan kejayaan anak murid saya okay.

SPM 2007 BERMULA

12 November, 2007, maka bermulalah perjuangan barisan terhadapan perjuangan anda. Jerih payah usaha anda menyediakan diri sendiri menghadapi SPM akan diuji mulai esok. Nasihat sifu, serius menghadapi semua kertas. Tumpukan perhatian dan minda anda untuk menjawab soalan yang ditanya dan berikan jawaapan sebaik semungkin. Selepas setiap kertas diduduki, lupakan seketika kertas itu, jangan berbincang mengenainya. Nasi dah jadi bubur, jika betul maka betullah, jika salah maka salahlah, tak perlu disesalkan lagi. Sebaliknya tumpukan fokus kepada kertas seterusnya, dan begitulah perancangan harian anda selagi menduduki SPM.

Kepada calon SPM 2007, selamat berjaya.

Kepada pelajar Tingkatan Empat, buka mata dan ambil iktibar apa yang akan berlaku dan jangan lupa dapatkan soalan-soalan SPM 2007 dari calon SPM hari ini. Mudah-mudahan ia boleh membuka semangat anda untuk bersedia lebih awal.