Category Archives: I-Think Map

Contoh Peta Pelbagai Alir iThink dalam Prinsip Perakaunan

Peta Pelbagai alir adalah satu lagi Peta Pemikiran iThink. Ia digunakan untuk membantu pelajar menterjemahkan kefahaman mereka terhadap hubungan kesan dan akibat. Apabila sesuatu perkara dilakukan atau berlaku, ia mempunyai penyebab/punca dan akan ada keputusan/kesannya.

Di bawah adalah contoh bagaimana peta pelbagi alir (multi flow map) boleh digunakan untuk mengajar Dokumen Invois dan kaitannya dengan Jurnal Jualan dan Jurnal Am.

Example of Multi flow map in accounting principles subject

Example of Multi flow map in accounting principles subject

Contoh Peta Alir iThink Untuk Prinsip Perakaunan Bab Perkongsian

Salah satu peta pemikiran IThink iala Flow Map. Ia digunakan untuk menerangkan langkah-langkah, proses, aturan dan aliran sesuatu objek. Di bawah adalah contoh peta alir yang menerangkan langkah-langkah menyediakan Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi soalan 2 (soalan tidak disediakan).
Image

Peta Pemikiran iTHINK

Program iTHINK telah diperkenalkan sejak tahun 2012 di beberapa buah sekolah perintis. Pada tahun 2013, beberapa buah sekolah lagi telah dipilih sebagai sekolah perintis dan SMK Putatan adalah salah sebuah sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk membawa iTHINK ke dalam PdP.

Sebenarnya bahan di bawah ini adalah bahan tahun lepas yang saya kongsi sekarang.

  1. Helaian Edaran contoh-contoh lapan peta pemikiran iTHINK yang saya sediakan untuk rujukan guru-guru yang melatih pelajar-pelajar ketika sesi kursus dan bengkel ithink peringkat pelajar . Muatturun contoh Cikgu Rithuwan – 8 peta pemikiran ithink  fail PDF di sini.
  2. Lagu Tema Rasmi Pelancaran Program iTHINK SMK Putatan. Liriknya dicipta bersama oleh saya, En. Rithuwan  dan Pn. Norsiah. Lagu dan melodi oleh saya juga di samping bantuan muzik Pn. Veronica. Nak dengar lagu serta membaca liriknya? Sila klik sini.
  3. Modul Contoh Peta Pemikiran iTHINK untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Bab 1 ] [ Bab 2 ] – lembaran edaran
  4. Modul Contoh Peta Pemikiran Berjawapan / Hasilan untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Satu sahaja ]

Contoh lapan peta pemikiran, thinking map, yang dijadikan rujukan seperti berikut:

peta i-think 1 - peta bulat -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 2 - peta buih -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 3 - peta buih berganda -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 4 - peta pokok -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 5 - peta dakap -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 5 - peta dakap vs peta pokok - contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 6 - peta alir 1-contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 6 - peta alir 2-contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 7 - peta pelbagai alir -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 8 - peta titi -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir