Isi kandungan Tugasan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 2013
Isi kandungan wajib disediakan calon SPM 2014
1 Perakuan Calon
2 Penghargaan
3 Pengenalan perniagaan
4 Profil perniagaan
5 Perancangan urusniaga
6 Dokumen perniagaan
7 Buku Catatan Pertama
8 Lejar
9 Imbangan Duga
10 Penilaian Stok Akhir
11 Penyata Pendapatan
12 Kunci Kira-kira
13 Rumusan
Jawapan Kertas kerja Projek 2 Prinsip Perakaunan Kertas 3
Projek Prinsip Perakaunan telah disediakan oleh LPM
Ia perlu dilaksanakan 1 April hingga 31 Mei 2013 oleh pelajar tingkatan 5 2013.
SOALAN kerja kursus Tingkatan 5 2013 Sila klik Soalan KKursus T5 2013
PANDUAN kerja kursus Tingkatan 5 2013 Sila klik Panduan KK T5 2013
Salam.
Tawaran ini telah ditutup. Terima kasih di atas sokongan anda.
Saya beranggapan saya perlu menawarkan contoh jawapan guru untuk Kertas 3 projek 2 kepada guru-guru yang lain. Tetapi terus terang saya katakan, yang ianya dikenakan bayaran dan bukti bahawa anda adalah seorang guru yang sedang bertugas di sekolah-sekolah tertentu.
Kepada sesiapa guru Prinsip Perakaunan yang berminat, bolehlah menghubungi saya melalui emel untuk maklumat lanjut. Untuk memastikan ekslusiviti, saya hanya menawarkan kepada kepada 10-20 orang guru pertama. Dengan itu yang mengurangkan risiko (di pihak berkenaan) daripada kerugian kerana sampel jawapan lengkap guru yang saya sediakan terdedah kepada umum di internet terlalu awal. Untuk makluman, ia digunakan khas untuk saya menilai hasilan projek pelajar yang masih lagi dalam proses (nampaknya).
Alamat emel : telah dipadam
Nyatakan nama penuh, tempat bertugas sekarang, negeri asal, bilangan kelas dan pelajar PAK, nombor telefon pintar.
Saya akan berikan arahan lanjut. Pertanyaan juga boleh dilayan jika relevan, dan jika inginkan kepastian tentang tawaran saya ini.
Sekian.
TAWARAN UNTUK GURU-GURU INI HANYA SAH HINGGA 25HB. JUN, 2013, dan tulisan ini akan dibuang selepas tarikh itu.
Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2011
Seperti mana semua guru Prinsip Perakaunan SPM dah sedia maklum, pelajar-pelajar T4 2010 yang mengikuti kelas Prinsip Perakaunan diwajibkan untuk menduduki 3 kertas peperiksaan SPM 2011.
Kertas 3 adalah format pentaksiran terbaru yang diperkenalkan oleh LPM, selaras dengan objektif KPM untuk memperluaskan penilaian dan pentaksiran akademik murid berasaskan sekolah.
Semua pelajar PAK akan mula menjalankan tugasan 1 (T4) mulai 1 Ogos 2010 dan akan disiapkan dalam tempoh 8 minggu persekolahan. Dengan kata lain, ia tidak termasuk cuti gantian bersempena Hari Raya dan cuti pertengahan semester 2.
Berikut adalah petikan Link dari Laman sesawang Rasmi KPM:
3756/3 : Prinsip Perakaunan | ![]() |
|
|||||||||||||||
Last Updated ( Friday, 30 July 2010 ) |
Penerangan lanjut, sila hubungi guru-guru PAK yang berdekatan dengan anda.
Anda boleh juga membaca post terbaru saya mengenai kertas 3 dan klik di atas menu KERTAS 3 untuk maklumat lain.
TAMBAHAN : Item Contoh Kertas 3 boleh diperoleh dari blog Cg Narzuki di sini.
16/03/2011 – Saya sedang berusaha menulis sebuah buku lengkap termasuk penggunaan perisian komputer untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Baca mengenainya dipautan ini.