Monthly Archives: September 2007

ULANG TAHUN PERTAMA BLOG Sifu2b

Tak sangka, dah setahun sifu mencatat blog ini.  Blog ini lahir pada 15 September 2006. Kini dah genap setahun. Diharap sokongan guru dan pelajar yang sentiasa melawat blog ini menjadi pemangkin kewujudan tahun kedua blog ini.

Laporan Prestasi bagi tempoh usia blog berakhir 14 September 2007

1.  Cadangan skema jawapan – dapat disediakan sebaik yang mungkin
2.  Cita-cita menyedia bahan prinsip perakaunan – dapat dicapai dan akan dipertingkatkan lagi.
3.  Nilai tambah blog – Pre-Exam Series (PES), soalan-soalan ramalan SPM, Siri Bestari Perakaunan SPM (SBPS), Koleksi Soalan Rakan Sifu (SRS), dan lain-lain. Ada banyak lagi akan datang.
4.  Perkara lain – berkenalan dengan rakan guru prinsip perakaunan dan kolaborasi profesional dapat dilaksanakan. Masih membayangkan harapan memulakan rangkaian kerjasama guru-guru secara kolektif dan rasmi seperti persatuan atau perkumpulan kerja (work group)
5.  Motivasi kendiri – Bertambah, terima kasih diatas sokongan pengunjung-pengunjung blog ini.

Sekian laporan tahun pertama ini.

Kita tunggu dan lihat pula laporan akhir tahun kedua nanti.

HOWTO GET READY FOR SPM IN 7 WEEKS!

Most of SPMers (spammers!?!) will seat their first examination paper on 12th November 2007, monday. Get ready for Bahasa Melayu.

As of the next week, ie. 1st October, 2007, my countdown will begin. As you may have noticed, it will only leave us (student and teachers alike) a sweet number of 7 weeks as a ‘windows’ to make any improvement or adjustment to your revision strategies. I open this page for your feedback as of how will you or have you been doing about planning your EXCELLENT grades in accounting principles and other subjects. Please don’t hesitate to share your plan with us.

Here, how to study dot com, may give you some ideas.

SKEMA JAWAPAN LENGKAP PERCUBAAN SPM MRSM 2007 DAH KELUAR!

Ini dia cadangan jawapan sumbangan sifu2b.wordpress.com (bukan skema rasmi MRSM):

Cadangan Jawapan Percubaan SPM MRSM 2007 – Prinsip Perakaunan
Kertas 1 & Kertas 2 (lengkap), muat turun fail ini [mirror link  di easy-share.com]:.
Updated on 6th. Oktober, 2007
Kertas 2 (s2-6 shj)muatturun yang di atas sahaja, kecuali anda hanya inginkan soalan 2 hingga 6 sahaja.

Pengumuman : Soalan Rakan Sifu telah ditambah soalan percubaan sekolah lain.
Sifu juga menyajikan analisis trend Percubaan SPM.

Makluman awal: Sifu akan bina skema jawapan HANYA untuk Prinsip Perakaunan MRSM 2007. Tetapi hanya akan disiarkan diblog ini (DAN SEPATUTNYA HANYA DI SINI), seawal 1 minggu dari hari ini-26 Sept 2007. Ini supaya pelajar-pelajar yang rajin dah buat dulu soalan itu bersendirian dan dah berbincang sesama rakan atau guru anda. Kemudian bolehlah bandingkan jawapan anda dgn cadangan jawapan sifu di sini nanti.

PERHATIAN KEPADA bloggers dan student’s forum or participant lain dan favorite sifu, malaysia-student.com.
Sifu harap anda HANYA LETAKKAN LINK (PAUTAN) terus ke mukasurat ini, https://sifu2b.wordpress.com/2007/09/26/skema-jawapan-lengkap-percubaan-spm-mrsm-2007-dah-keluar/ , bukannya ke fail PDF (jika dah diedarkan). Macam tahun lepas, sifu terpaksa update skema kerana pembetulan atau kemaskini, maka uploading fail baru akan menggunakan NAMAFAIL BARU. Ini sudah tentu bakal mengecewakan pelawat-pelawat anda kerana link terputus. So lebih selamat jika pautan diblog anda disambung terus ke mukasurat ini shj. Kerjasama anda amat dihargai. Walau apapun, sifu tetap menghargai usaha anda untuk berkongsi ilmu sesama pelajar.
Besides, all of us (bloggers) were surely benefited emotionally and motivated from what we did all this while (for years!!!). Don’t you think so?

SOALAN PERCUBAAN SPM MRSM 2007 DAH KELUAR

Good news, MRSM SPM Trial Paper 2007 is available for download today! Grab it now. As for Accounting Principlies (ONLY) schemes (Q’s direct link – Paper1 and Paper2) , I’ll try to shed some lights on it as soon as possible.

Any takers?

PERCUBAAN SPM MRSM 2007 – CADANGAN SKEMA JAWAPAN

Kalau soalan dah keluar di lamanweb MARA, dan tiada skema sebenar diuar-uarkan, maka sifu2b di sini akan bina cadangan jawapan tak rasmi untuk pelajar-pelajar sifu dan pengunjung sifu2b.wordpress.com.

PERHATIAN KEPADA bloggers dan forum participant lain dan favorite sifu, malaysia-student.com. Sifu harap anda HANYA LETAKKAN LINK (PAUTAN) terus ke mukasurat ditetapkan, https://sifu2b.wordpress.com/2007/09/26/skema-jawapan-lengkap-percubaan-spm-mrsm-2007-dah-keluar/, bukannya ke fail PDF (jika dah diedarkan). Macam tahun lepas, sifu terpaksa update skema kerana pembetulan atau kemaskini, maka uploading fail baru akan menggunakan NAMAFAIL BARU. Ini sudah tentu bakal mengecewakan pelawat-pelawat anda kerana link terputus. So lebih selamat jika pautan diblog anda disambung terus ke mukasurat ini shj. Kerjasama anda amat dihargai. Sifu tetap menghargai usaha anda untuk berkongsi ilmu sesama pelajar.
Besides, all of us (bloggers) were surely benefited emotionally and motivated from what we did all this while (for years!!!). Don’t you think so?

PETUA BELAJAR DAN ULANG-KAJI PADA BULAN PUASA

BUlan puasa bakal menjelang. Kehidupan seharian selama ini sudah tentunya akan menjadi luarbiasa. Jika dulu guru dan pelajar bangun pagi awal hampir-hampir azan subuh, di bulan puasa, kita akan bangun lebih awal untuk mencari keberkatan sahur. Kesan dari itu, guru dan pelajar tidak seharusnya berjaga malam utk belajar sehingga 12 tghmlm atau 2 pagi kerana sudah tentu menjejaskan kesihatan dan kewarasan ketika belajar di sebelah siang.

Nasihat sifu ialah, korbankan sedikit kebiasaan itu. Atur jadual waktu yang baru khas untk ramadhan. Kepada calon peperiksaan tahun ini, banyakkan amalan sunat dan doa untuk kecemerlangan diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga lain ( adik dan abang-kakak, dan pakcik makcik) dan guru yang membimbing anda. Lebih baik lagi jika anda juga mendoakan kejayaan jiran-jiran sekampung/setaman perumahan (spt. nasihat Datuk Hj. Fadhillah Kamsah).

Sifu nasihatkan supaya pembelajaran di sebelah malam diawalkan, seawal selepas tarawih barangkali. Baca beberapa mukasurat al-quran untuk pahala disamping mendapat berkat untuk ulangkaji malam itu. Ulangkajilah pembelajaran dgn syukur ke atas ilmu. Hormati kedua ibubapa sentiasa di rumah dan di luar rumah, serta guru. Di sekolah, jangan pula berbuat perkara yang menyebabkan guru menjadi hilang sabar. Guru pun berpuasa, oleh itu,bantulah diri anda dan guru anda untuk memenuhi puasa dengan sempurna. Komunikasi dengan guru mestilah penuh hikmah, dan mohon doa mereka sekerap mungkin. DOA ORANG YANG BERPUASA LEBIH CEPAT DITERIMA ALLAH. APATALAH LAGI JIKA DOA ITU DIBERI OLEH GURU (PENYIAR ILMU). DOA ORANG YANG BERPUASA DAN BERDAKWAH ADALAH MUSTAJAB, INSYAALLAH. Tetapi ingat, Doa akan dikabulkan Allah setakat usaha individu itu juga. Jangan pula pelajar dan guru tersalah tafsir. Doa dan usaha mesti selari. Nak faham pasal ni, kenalah soal-jawab dengan ustaz/ustazah atau imam atau ulama yang berilmu. Sifu hanya menyampaikan setakat sekelumit ilmu di dada. Wallahualam.

Pesanan akhir, belajar bersungguh-sungguh di bulan puasa ini, walaupun di siang hari.