About Me

English : My real name is RITHUWAN NASIR, currently teaching an Accounting Principles for SPM in one of the goverment’s secondary school in Malaysia, i.e. S.M.K. Putatan. I am Sabahan, graduated from UPM in 1996. I hold a degree in accounting, with honours. Previous job including Accounting Officer, before switching job as Branch Officer  (Marketing Dept. & Operating Dept.) in one of the major Finance Company, MBf Finance (now known as AmBank after a merged exercise with Arab-Malaysian Bank Group and a few other financial company, in the year 2001) . Then, decided to become a teacher and apply for KPLI in 1999/2000 and become a teacher ever since. It’s been 13 years! As of July 2018, I’ve been a teacher for 18 years, and still strong.

Starting from July 2018, I am teaching in Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, Papar, Sabah.

I love technology, and wish to cooperate ICT into my teaching strategies. Blogging is one of it.

Bahasa Malaysia : Nama sebenar RITHUWAN NASIR, sehingga kini mengajar Prinsip Perakaunan SPM di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia, iaitu S.M.K. Putatan. Saya orang Sabah, graduan UPM tahun 1996. Saya pemegang Bacelor Perakaunan dengan kepujian. Pernah bertugas sebagai Pegawai Akaun, sebelum berpindah kerja sebagai Pegawai Cawangan (Jabatan Operasi dan Pemasaran) di sebuah syarikat kewangan terkemuka, MBf Finance (sekarang dikenali sebagai AmBank Group setelah bergabung dengan Arab-Malaysian Bank Group dan syarikat kewangan lain seawal tahun 2001). Kemudian, memutuskan untuk menjadi guru dan memohon KPLI sesi 1999/2000 dan sejak itu kekal sebagai guru. Kini memasuki tahun ke tiga belas bertugas. Julai 2018, maka genaplah saya menjadi guru selama 18 tahun, dan masih bertahan.

Mulai Julai 2018 juga, saya mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, Papar.

Saya meminati teknologi, dan berharap dapat memasukkan ICT dalam strategi pengajaran. Weblog adalah salah satu darinya.

Guru Perakaunan

 

Lain-lain

Pernah mendapat ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG tahun 2006. Terima kasih bos (Hjh. Wan Noriah Wan Musa) di atas cadangan dan sokongan anda.

Terkini, alhamdulillah, rezeki Allah, dah dapat kenaikan ke DG44 (time-based). Rezeki guru lain naik pangkat cara terpuji seperti Guru Cemerlang (GC) atau lantikan sebagai pentadbir. Apa yang saya diberikan inipun kira okaylah. Maklumlah jawatan GC pun amat terhad, begitu juga kuota lantikan pentadbir. Hidup mesti diteruskan dan tugas mendidik mesti diteruskan juga.

Alhamdulillah, tahun ini (2013) saya telah dicalonkan dalam senarai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Terima kasih kepada pihak pentadbiran yang mengiktiraf sumbangan saya dalam pelbagai aspek kerja dalam sekolah dan luar sekolah selama beberapa tahun ini sebelum dicalonkan sebagai penerima anugerah tersebut. Ramai yang pasti tahu, tugas guru tidak hanya mengajar subjek, tetapi juga menjalankan tugas-tugas lain yang kecil dan yang besar, yang mudah hinggalah yang mencabar.

126 responses

  1. Assalamualaikum..hope you are fine..i’m now studying at UPSI.major in accounting wit edu n minor in economy wit edu.i feel lucky found this web..thank 2 Allah.4 ur information this sem i take ppr kaedah mengajar perakaaunan.i’m nervous 4 microteaching..hmm..like teaching aids can i use soon..so hope u can teach me and give some advice or idea..

    thank u..

  2. Nor Asyikin, walaupun saya tak boleh janji, tapi melalui blog ini, insyaallah Asyikin akan menjumpai beberapa tips dsb melalui perbualan (berbalas-balas comments) di blog ini. Asyikin kena rajin aje baca pos-pos blog. Walaikumsalam.

  3. Assalamu’alaikum wbr

    Bos, irman dari smka inanam ni. tahniah dan terima kasih kerana blog begini dapat menambahkan sumber resos mpelajaran prinsip perakunan di internet ni. Izin a guna bahan kau? patut kau dapat anugerah ni pasal buat blog begini. Semoga Allah merahmati kawanku ini.. aamin.

  4. Aamin, terima kasih di atas doa tersebut.

  5. Assalamualaikum saudara Sifu2b.
    Tahniah kerana aktif menghidupkan blog ini.

    Saya selalu melawati blog ini, saya sangat tertarik dengan penerangan-penerangan yang diberikan oleh sifu2b. So, saya terfikir adalah sangat baik jika saya sebarkan pandangan2 yang baik itu kepada lebih ramai pelajar-pelajar ataupun guru-guru prinsip perakaunan demi memartabatkan lagi subjek PRINSIP PERAKAUNAN di negara kita.

    Di sini saya memohon maaf kerana saya telah “copy” dan “paste” beberapa perbincangan/pandangan cikgu ke dalam ruangan FORUM PRINSIP PERAKUNAN di laman web saya tanpa meminta kebenaran Sifu2b terlebih dahulu. Apa yang saya buat hanya menyebarkan ilmu yang berguna itu kepada tatapan umum tanpa sebarang perubahan.

    Laman MNY’s Online disediakan khas untuk pelajar dan juga guru prinsip perakunan. Dijemput Sifu2b melawatinya, terutamanya FORUM PRINSIP PERAKAUNAN. Sekiranya Sifu2b rasa tidak puas hati dan tidak mengizinkan apa yang telah saya buat saya mohon maaf dan saya akan DELETE semua maklumat-maklumat yang diambil dari blog Sifu2b.

    http://www.geocities.com/narzuki

  6. Okay MNY, tak ape selagi mny dan pengguna boleh bezakan log saya sbnr dgn log yang disalin. Cdngan sy, mny letak aje link ke sini, lagi selamat supaya pengguna tak terkecewa jika ada soalan yang minta respons dari saya di dlm blog MNY, sedangkan saya tak log in di situ. Umumnya, kita sama aje, untuk manfaat komuniti.

  7. cikguuu.. hari tu kita ada jumpa di karamunsing.. sy kakak mohd zahiruddin.. nk mint tlg ni.. blh tak cikgu masukkan gambar2 pelajar form 5 tahun 2000..

  8. saya tak ada gambar 2000. Kalau nazila ada, saya boleh tolong masukkan.

  9. Terima kasih Sifu2b kerana mengizinkan saya berbuat demikian. Nanti saya akan masukkan linkkan ke blog sifu2b di laman saya nanti. Masalah respons tu tak menjadi masalah kerana saya boleh bagi responnya, cuma saya nak perbanyakkan persoalan daripada pelajar dan pandangan daripada cikgu-cikgu lain. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

  10. Assalammualaikum…
    I just want tips from you to teach student…actually i’m not a teacher,i have working as audit associates n now as financial analyst…but early in this month my friend ask me for help to teach her son prinsip perakaunan form 4 because that student have taken the account class early this month and problem for them to catch up….do you have any tips because i’m worry if i teach him more than what they should know

  11. Nur Izyani, since you already a professional, I believe you know the inside-out of accounting principles. I suggest you buy and read buku teks prinsip perakaunan T4 first and Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM Prinsip Perakaunan to familiarize yourself with SPM level. Don’t buy buku rujukan (refence book) yet, as you need to follow the exact syllabus of KPM. As for the SPM exam paper, accounting principles for SPM comprises of 2 papers, Kertas 1 need the student to answer 40 multiple questions, and Kertas 2 requires the students to answer 4Q in Bahagian A and 1Q of 2 from Bahagian B. Usually, we will advise the student to sharpen their book keeping skills which is a must for soalan 1. It’s similar to my Modul 4 and 5 here. What Nur Izyani need to teach your friend’s son is how to record all transaction as of the source documents to First entry book/Buku Catatan Pertama including Cash Book (buku tunai). Then your ‘student’ need to post all the transaction to ledjar book. At first you don’t have to teach them Control Accounts, since it is Form 5 syllabus. Basically, JURNAL >> LEDJAR >> TRIAL BALANCE. Now come the difficult part, adjustment at the end of year. Take good care on accrual of revenues/expenditures as well as the prepaid transaction. later on, teach him how to calculate depreciation of non-current assets (don’t use the word “fixed assets”) and how to record the adjustment. The same goes to bad debt and provision of doubtful debts. The next step is to teach them how to remember financial report format, both ‘T’ and penyata. That is all about Form 4.

  12. ok,thank you so much….but it’s hard to find the text book….most book shop that i go told me that the publisher didn’t send the text book and i have to wait for next year….so i have to photocopy from my students’ book.

  13. Salam.. Ini kali pertama saya baca ruangan ini. Tahniah dan syabas atas usaha murni ini. Ianya begitu informatif dan memertabatkan subjek dan guru Prinsip Perakaunan sendiri. Anda boleh dicalonkan Guru Cemerlang…atau memang dah jadi guru cemerlang.

  14. Terima kasih. Bab tu, belum lagi…8)

  15. assalamualaikum cikgu rithuwan, ini pertama kali saya membaca blog ini & saya kira ini adalah sesuatu yg amat baik & berfaedah terutama kepada guru2 & pelajar2 PA. saya juga merupakan seorang guru PA di SMK Agama Johor Bahru since 2001. i’m also an accounting graduate from UUM 1999. well utk soalan MRSM trial 2007, saya ada dpt jwpn sebenar dr my friend yg ngajar kt mrsm kuah, sama dgn jwp yg cikgu sediakan…
    ok till then saya hope cikgu akan teruskan maklumat2 berinformasi lagi ye…. tq

  16. Salam…tahniah kepada cikgu rithuwan…saya baru je nak jadi guru…banyak tips yang berguna untuk saya,rakan-rakan dan pelajar dapat manfaatkan…semoga allah memberkati usaha anda!!!
    tahniah….

  17. Terima kasih Sya. Amin, doa anda memang diharapkan.

  18. kenapa sifu tak letak gambar sifu dlm blog ini? Sifu memberi sumbangan yg amat besar ni..Dgn itu, ramai org dpt mengenali sifu yang hebat ini…

  19. Jojo, tak pe, tiada gambar yang menariklah.

  20. assalamualaikum cikgu….

    alhamdullilah…rezeki terjumpa dgn dengan blog ni..
    i’m jessica anthony @ nur jessica abdullah, ur former student..from class of 4A/5A (2000/2001).. saya pernah study subjek economy n akaun dengan cikgu..

    i’m now furthering my studies at IIUM gombak , doing my master degree here..

    tahniah atas penghasilan web smk putatan…dan juga tahniah pada blog cikgu, moga ia beri manafaat pada sekalian pembaca..

    Salam buat cikgu.. moga terus cermelang membina ummah..

  21. Terima kasih nur jessica kerana beri encouragement. Wah, tahniah dah ambil Master. Cg tak tau bila dapat ambil MA pula. Doakan aje ye.

  22. Cikgu,
    Saya ada adik yang last minit tukar sekolah dan amik subjek akaundan ekonomi. Dia sempat belajar 2 bulan saja untuk 2 subjek itu next yeat masuk form 5. Mntk tolong cikgu boleh bagi nota atau tips supaya dia boleh faham tentang akaun & econs. Saya pernah amik both subjek tapi dalam bahasa Inggeris. Ada sedikit kesukaran pasal terms dlm bahasa dan inggeris mengelirukan. Mintak sangar jasa baik cikgu kalau ada nota-nota.
    Terima kasih.

  23. Habsah Mohd. Ibrahim

    Hello Sifu…

    I’m Habsah Ibrahim, one of PA teacher in one of the aided school in Kuching Swak.

    Thanks a lot for having this blog. At least we can discuss matters on Prinsip Perakaun. I really seek for help especially when answering questions for paper2. Must the students record the transactions in the 3 different ledgers or can they just record all in general ledgers. Is there any deduction of marks if they record in General ledger.

  24. Alyn. Agak sukar nak penuh permintaan itu. Alyn masih boleh mengajar adik kerana terma itu mudah ditranslate. Saya sendiri belajar course accounting sepenuhnya dalam Inggeris semasa di UPM. Masalah terma aje, selebihnya sama. Tolong adik awak ye…

    Pn Habsah, actually, for SPM exams, I was told by one of the examiner, “the student just need to provide general ledgers for all accounts. It’s not compulsory to provide special ledgers like sales ledger and purchase ledger. If they do, no extra marks given.” That is all to it.

    I myself, train my student to set up 3 ledgers and most of them (especially those with potential A’s) were used to it. So no problem. Those who still weak in ledger, ask them to provide just a GL.

  25. Habsah Mohd. Ibrahim

    Oh thank you so much for your immediate feedbacks. I really appreciate your hardwork, helping others besides your own students. What I’m worried are the weak ones.

    I would like to keep in touch with u often, just to master myself as what you did. I really like the way you teach your students. Very touching though. Hopefully more tips on how to tackle weak ones. My sschool only offer PA to arts student. So mostly average level.

    Is there any forum in this blog, easier to discuss anything on P&P PA.

  26. Pn Habsah, at the moment, I do not provide a forum. But you can join one of our colleagues’ forum at http://www.geocities.com/narzuki. I too will give a response at the forum frequently. But should the need rise, I may consider a special forum for this blog. Not too soon though.

  27. salam cikgu..

    nak minta no contact@email boleh…? dulu sy ada simpan no puan wan noriah tapi udah hilang sbb hp hilang..

    really hope that can keep in touch with all my teachers n friends…

    salam buat cikgu n keluarga.. moga sentiasa dalam redha Allah..
    nurjess@gmail.com

  28. Boleh. Cg email awk terus, okay.

  29. Habsah Mohd. Ibrahim

    Ok..Glad to hear that sifu. I’ve registered your collegues forum already. Thanks a lot for your help.

  30. Hi sifu!!!Sifu dari mana?? Sabah mana?Sifu tau Pekan Tamparuli ??

  31. Nokuro, tau bah. Pernah limpas masa pigi kundasang. Saya sekarang tinggal di Papar.

  32. akum cgu.tahniah atas usaha murni yg bterusan.banyak yang boleh dikongsi tentang p&p subjek ni.saya pun ajar PAK jugak, d smk inanam.nak kata lama, x la jgk, ada la dalam 6 thn.saya grad dr uum 1999..buat dip edu d um 2000..klu ada pblem kat sekolah esp tentang p&p subjek ni, susah sikit coz kat sekolah hanya ada 1 org guru ja ajar this subjek.dgn tjumpanya web ni, hopefully akan banyak membantu..anyway congrate..

    if ada kawan2 lama yg mengenali can e-mail me
    cikgunoor@yahoo.com

  33. Terima kasih di atas lawatan Cikgunoor. You can always drop by and gives input here too.

  34. saya nak tanya kt sifu sikit boleh tak?????emm…sya pelajar T4 tahun nie,cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang wartawan penyiaran..boleh ke nak jadi???sebab saya dapat aliran perdagangan,kesusasteraan melayu and tassawur islam boleh kee???

  35. Farah, boleh tiada masalah. Subjek elektif yang awak pilih sememangnya boleh membantu memasuki bidang kewartawanan. Tahniah. Nasihat sifu, jadikan subjek kesusteraan melayu itu subjek terkuat Farah, selain subjek matematik dan BM. Kenapa Matematik? Bukankah farah turut bersaing dgn pemohon lain? In fact nak peluang terbaik lagi, jadikan diri anda pelajar cemerlang dlm semua subjek, lagilah peluang itu bertambah cerah.

  36. sekom sifu.. saya plajar ting 5 tahun ni (2008)… 4 my pmr, i dpt strait a’s (7A’s)… but i transfered 2 account class from science class… due to my ambition in becoming an accountant or mayb a chartered acccountant… tp skg ni, i ambek 9 subjek je… i mintak IT, tp quota dh penuh…. kalo saya nk ambek 10 subjek, yg mana paling senang utk skor 1A? (tinggal 11 bln je lagi nk ulang kaji)… tlg vin sifu…
    -arvind kumar-

  37. minta maaf byk2 sifu… saya tertinggalkan komen di segmen yang salah…. ampun byk2…

  38. Ya Vin, awak tersalah masuk.

    Persoalan sebenar perlukah Vin ambil 10 subjek? Jika ya, kenapa?
    Ada ambil ekonomi asas atau perdagangan tak? Kombinasi Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas/Perdagangan membantu Vin mendapat tempat disamping kelayakan kecemerlangan dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Jika belum ambil subjek tersebut, dalam tempoh masa 9 bulan ini (ingat, Percubaan SPM), Perdagangan mungkin mudah awak tangani kerana lebih banyak membaca. Spt biasa awk mesti mahir menjawab soalan esei. Subjek lain… cuba Vin senaraikan, baru sifu boleh fikir apa yang sesuai.

    Vin tinggalkan aje komen di https://sifu2b.wordpress.com/2007/12/07/prinsip-perakaunan-spm-dan-matlamat-pembelajaran/
    atau https://sifu2b.wordpress.com/2007/12/13/tips-trick-kecemerlangan-prinsip-perakaunan-spm-2008/ . Itu lebih baik

  39. Salam sifu..
    sy bru je jmpe blog ni..
    it’s interesting blog n b’manfaat utk sy memndangkan sy plajar klas p.akaun…;)

    truskan usaha utk memajukan lgi blog ni..;)

  40. akum..
    saya baru jer menjadi guru..since last year..acctg student gak dulu..
    last yr cuma ajar pngjn pniagaan n pdgn jer.but this yr kena ajar akaun lak..
    saya diminta utk wat program utk stdnt2 acct..
    ada idea x?
    erm..sy ada gak guna modul cikgu tu..thnx for that..
    sy ngjr di lahad datu..dan kurang pengalaman..cam mana nak tarik minat pljr dan nak memudahkan pljr bljr yer???

  41. Syabiha, tahniah kerana berkesanggupan mengajar PAK. Ini bermakna peluang pelajar belajar ke bidang profesional semakin meluas.

    Apa kata Syabiha mulakan membaca komen-komen guru dan pelajar di thread ini, mungkin boeh dapatkan idea ataupun petua dari mana-mana komen (terpanjang dlm blog ini-300+ comments).

    Sorilah, blog ini konsep terbuka, tak macam forum, mudah dilawati dan dicari.

  42. Salam..
    sifu ade tau x mne2 website 4 subjek ekonomi asas..??

  43. Raihan, maaf tak tau pula sifu. Dulu adalah tapi dah tak de rasanya.

  44. sifu cam mane nak tgk skema jwpn PAK spm 2007 ?????
    tlg sy sifu sy nak tgk skema jwpn tu

  45. sifu pas g link pastu cmne nk cari kila x jmpe ar…hehe tlg ekk

  46. Cari aje link yang boleh click, habis cerita. eheheh.

  47. sifu….sifu ada ajar form 6 perakaunan tak?

  48. Abc, alamak tak pernah sampai habis. Dua cuba buka kelas tapi akhirnya terbatal krn student dah tak ada ambil perakaunan.

  49. Kalaulh I jpa blog mcm ni masa I study dulu,tentu I skrg more then accounts clerk…what ever,smg blog ni kekal selamanya utk rujukan yg lain..Nice blog sifu..

  50. Thanks Amy. Jika ada kesempatan, pasti Amy boleh mencuba belajar semula, diploma ke ijazah ke, LCCI ke.

  51. askum cikgu..best lah blog cikgu ni..saya pelajar cikgu 4A(2008)..nasib baik dapat buka blog cikgu..nanti..cikgu majuk lagi kan??wish me luck 4 exam commings..

  52. cikgu apa kuar exam..??

  53. Dhabitah,
    Terima kasih kerana melawat blog cikgu. Apa keluar exam? Ujian sajalah, 1 jam. Yang keluar, ialah persamaan perakaunan, buat jadual analisis dan penyediaan lejar sahaja.

  54. Assalammualaikum sifu..

    saya seorang lepasan pelajar matrikulasi yang sedang menunggu keputusan sem akhir keluar. Saya nak tanye sifu sbb saya confuse dan der masalah dalm bahagian memilih kos yg sesuai dengan saya di universiti nanti.Insyaallah.. SAya pada mulanya memilih bidang electrical&electronic engineering sbb saye der basic mase spm dulu. After final exam saya minta nasihat seorng guru dan mencadangkan saya mengmbil bidang sc aktuari dan maths setelah melihat pointer sem satu saya. tetapi saya tiada basic ekonomi untuk ambil bidang di U nanti.Setahu saya subjek ini agak sukar lagi2untuk saya yg lansung x tau pasal subjerk ni.
    Boleh sifu bantu saya agar saya x salah pilih jalan..

    thanks sifu..

  55. Sakura,
    Guru awak mencadangkan bidang itu kerana ia bidang baru di Malaysia dan dianggap dapat memberi peluang karier yang menjamin pendapatan yang tertinggi. Ia dalah bidang profesional. Anda boleh google perkataan ‘acturial science’ dan bacalah apakah maklumat yang ada, termasuk di wikipedia. Sifu dah pernah mensarankan perkara ini juga.
    Maybe it suits you. Yang penting ialah kekuatan matematik awak. Perkara lain seperti belajar ekonomi atau perakaunan (sedikit) akan boleh anda atasi seperti juga pelajar-pelajar lain. Trust yourself.

  56. Thank you very much sifu..
    kadang2 saya kurang keyakinan diri dan saya cuba untuk memperbaikinya. mungkin sifu ada sedikit cadangan.
    saya sangat bersyukur sebab jumpe blog ni.

  57. Sakura,
    Banyakkan baca buku motivasi. My favorite among others ialah Dr Fadhilah kamsah dan Dr. Shukri. Kalau teknik belajar pula, try baca tulisan Dr. Tengku Asmadi. Sifu suka membaca MAP ciptaan motivator ketiga itu. Selain itu, baca mana-mana buku berkaitan teknik belajar yang betul. Good Luck. Sakura sentiasa dipelawa mengunjungi blog ini, walaupun dah bukan pelajar sekolah. Tapi lagi best lain kali, sakura turut memberi nasihat atau respons balas di mana-mana tajuk pos di blog ini. Mungkin ada adik-adik lain bakal mengalami dilema yang serupa dengan Sakura dan pengunjung blog lain. Lihat sahaja pos “Bagaimana Melanjutkan pelajaran selepas SPM” tu, komen dan komen balas dah melepasi menjangka 538 komen.

  58. sifu,saya nak tanya sedikit.saya dapat jurusan sains dalam matrikulasi.tapi bagaimana saya nak tahu sama ada saya dapat sains hayat atau fizikal?harap sifu dapat membantu

  59. anyway..thanks a lott to sifu sebb bukak blog ni..byk informasi yang saya dapat..bukan setakat informasi malahan semangat jugak

  60. Nona,
    Sifu dah jawab di post yang satu lagi, dan terima kasih kerana sudi membaca blog sifu.

  61. Tahniah atas penghasilan laman ini

    Sangat hebat seorang guru akaun dengan penggunaan teknologi

    Banyak manafaat kepada pelajar dan juga guru

    Perjalanan menjadi guru cikgu lebih kurang saya jugak la

    Saya juga graduan 1996, kerja di sektor swasta sebelum sambung KPLI 1999/2000

    tapi usaha cikgu dalam memertabatkan subjek Prinsip Perakaunan memang tabik la …teruskan usaha tanpa kenal jemu

    kecemerlangan tiada titik noktahn

  62. CikguTaufik,
    Sokongan anda amat dihargai. Terima kasih. Ianya pasti membangkitkan semangat dan motivasi diri ini untuk melakukan apa yang terbaik untuk pelajar dan diri serta kerjaya ini.
    Jika sudi, cikgu juga boleh menyumbangkan apa-apa bahan pengajaran atau soalan untuk kegunaan anak-anak murid kita. Jika ada, saya boleh masukkannya ke dalam segmen “Soalan Rakan Sifu” seperti di atas.

  63. salam sifu~~sy dpt kos sains kuantitatif(diploma) di uitm
    sy nk tnyer sifu sal kos nie
    smue2 sal kos nie
    job prospect?
    hmm
    lagi satu
    selain ptptn,pe pnjaman len yg bleh sy apply tuk program dploma di uitm~~~
    tq

  64. setakat ini saya tidak berkesempatan menyediakan bahan-bahan P&P atau soalan.
    Jika ada nanti saya pasti nak kongsikan juga dengan warga sekolah semua.
    Terima kasih atas pelawaan sifu

  65. Daoh90
    Sorilah sifupun kurang arif tentang diploma ini. Lebih baik lagi jika Daoh hubungi terus UiTM dan bertanyakan perkara ini. Bagaimana dgn pinjaman atau biasiswa negeri, cuba cari maklumat tentang negeri awak.

  66. ASSALAMMUALAIKUM SIFU…

    Berapakah pointer minimum untuk ambil kursus sc aktuari? sebenarnya saya agak kecewa dengan keputusan PNGK saya(matrik). PNGS sem 2 jatuh teruk sifu. saya risau akan mendapat kursus lelong. adakah dengan PNGK 2.99 boleh melepasi kursus tersebut. saya sedih sangat …

  67. harap sifu boleh tolong saya. tq

  68. Sakura,
    Ianya sangat bergantung kepada persepsi pemohon sekarang. Adakah ramai pemohon Sc Aktuarial dan adakah bilangan pelajar PNGK 3.00 melebihi bilangan calon yang diambil. Ambil contoh, IPTA keseluruhan hanya tawarkan 200 tempat. Pemohon yang pointer 3.00 ke atas ialah 100 orang, ini bermakna awak berpotensi dapat mengisi 100 tempat yang kosong itu, tertakluk kepada pointer 2.99 pun tak melebih 100 orang.
    Ini kira macam barang lelong. Makin tinggi harga yang dibida semakin tinggi peluang pembida mendapatkan barang lelongan itu. Sekaligus pembida yang rendah akan terbatal. Kira macam tulah perebutan tempat ke IPTA dalam mana-mana bidang pengajian pun. Jika ia popular dikalangan calon cemerlang, tanpa diketahui, peluang pelajar sederhana yang memohon program yang sama akan tergugat atau mungkin tidak berpeluang langsung.
    Kenyataannya, Sakura dan pelajar matriks yang lain sedang bersaing dengan pelajar lepasan STPM 2007, lepasan diploma 2007/2008 dan program asasi IPTA/IPTS 2007/2008. Good luck.

  69. sifu,sy dpt dip bsness stud kt kptm bngi..ade yg kate cos 2 sush n sy gak dpt offer utk HnD di KPM perak(cos bsness n computing).sy xphm HnD n dlm mse yg sme nk amik bsness stud.tolong sye,sifuu..

  70. Bebeku,
    kedua-duanya adalah program susah, jika awak percaya ianya susah. Kalau susahpun, kenapa ada juga pelajar yag belajar, bakal belajar, sedang belajar, dan dah berjaya tamat belajar.
    nasihat sifu ialah jangan terlalu terpengaruh dgn dakyah orang lain yang mungkin sekadar nak mengabui kejayaan awak nanti.
    Apa-apapun terserah kpd awak nak ambil mana-mana, kerana kedua-duanya adalah susah tetapi menguntungkan awak di masa hadapan. Dgn tambahan intelek dan disiplin diri dalam diri awak, awak akan keluar sbg graduan berketrampilan dan mudah mendapat pekerjaan.

  71. sifu,time kasih utk nsihat sifu.sy hrap pas ni sy bleh lg brtnye sifu sbrg mslh mgnai plajrn..bleh ye,sifu??

  72. salam sifu,sy nk tnye berape merit untuk matrix 2 tahun

  73. antara pinjmn mara ngn ptptn.mana lebih bgus

  74. Pepe,
    tak tahu. Pinjaman MARA bagus. Utk pelajar IPTS pula pinjaman mara ada peluang dpt conversion jadi biasiswa. Sori IPTA tak ada dah.

  75. salam
    saya cume ingin tanya
    betul ke sijil spm akan expired dalam masa 5 tahun
    sebab one of ma friend spm 2003
    dan dia tak dapat apply uni lagi untu tahun ini
    katenye spm dah expired
    jika cikgu boleh tlg bagi info untuk saya..
    terima kasih

  76. Sha,
    Ada kebenaran kenyataan itu. Tapi istilah expired tu kira salah, kerana SPM tetap bernilai utk pencarian kerja. Cuma lagi, dlm permohonan ke IPTA lepasan SPM ada 4 kategori, Kategori A, B, C dan D. Pelajar SPM tahun-tahun sebelumnya masuk kategori C. Jika pernah mengulang akan masuk kategori D. Dari segi teknikal, ya SPM 2003 tak laku dah utk tahun ini walaupun sebenarnya masih layak memohon dlm kategori C (lepasan SPM 2004 atau sebelumnya). Tapi kira dah terlepas. Oleh itu cara terbaik ialah ikuti STPM pula supaya layak mohon belajar ke IPTA peringkat ijazah.

  77. sifu,pe mksud sifu ngn “Sori IPTA tak ada dah”.sy xphm la sifu.bleh x sifu trgkn lebih lnjut lg sbb sy nk taw..

  78. Bebeku,
    Maksud sifu ialah, kalau berniat mohon pinjaman mara dgn harapan nak dapatkan conversion selepas tamat pengajian, conversion tak diberi utk pelajar IPTA. Mengikut maklumat dari pencarian sifu dulu, conversion dah mansuh, kecuali utk program tertentu di IPTS tempatan. Conversion ni ialah pinjaman dipindah menjadi biasiswa bagi pelajar cemerlang, iaitu graduat dgn CGPA 3.8 ke atas. Tapi sifu nasihatkan bebeku cari juga maklumat rasmi dari MARA, jika perlu telefon mereka.

  79. Assalamualaikum Sifu.

    Saya merupakan lepasan SPM aliran perakaunan pada tahun 2007 . Alhamdulillah, saya telah mendapat A1 dalam subjek yang paling saya gemari iaitu Prinsip Perakaunan . Selain itu, saya juga mendapat A dalam subjek-subjek yang penting seperti BM, BI dan MM . Impian saya untuk memegang Bacelor Perakaunan boleh menjadi kenyataan . Namun impian saya itu terasa musnah apabila saya tidak ditawarkan aliran berkenaan di IPTA yang saya apply . Saya rasa sangat hampa dan sedih kerana saya sudah berusaha dengan begitu gigih demi mencapai cita-cita saya ini . Saya tiada pilihan lain , melainkan menerima tawaran itu . Oh ya, saya mendapat jurusan Pengajian Perniagaan . Namun begitu, ada seorang kenalan saya yang lebih tua dari saya memberitahu bahawa saya masih berpeluang untuk memohon rayuan bertukar jurusan . Saya bakal memasuki menara gading pada Julai 2008 ini . Persoalannya, apakah saya masih berpeluang mengejar cita-cita saya itu ? Adakah prosedur yang perlu saya lakukan ? Oh ya, apakah perbezaan course perakaunan dan pengajian perniagaan? Apakah kedua jurusan itu sangat berbeza dan mana mendapatkan hasil/kejayaan yang lebih cemerlang?

    Harap sifu dapat membantu saya. Terima kasih.

  80. Farha,
    Awak pernah ambil Mat tambahan ke? Jika ya, dapat A juga atau hanya gred rendah. Mungkin awak ni tergolong dalam pelajar berprestasi baik tetapi akibat persaingan yang sengit, maka anda kalah mendapat tempat yang diidamkan. Malangnya pengajian perniagaan JAUH BERBEZA dengan perakaunan. Umpama Johor Baru dengan Kuala Lumpur, kedua-duanya bandaraya tetapi lokasi berbeza. Pengajian Perniagaan tidak dapat digunakan untuk melayakkan anda menjadi akauntan atau pengurus perakaunan dan kewangan, kerana pengisian program amat menitikberatkan aspek pengurusan dan pentadbiran sahaja. Saya mencadangkan farha supaya merayu sekarang di IPTA yang bakal dimasuki, mengetahui kemungkinan mendapat perubahan tawaran ke bidang perakaunan. Awak pelajar SPM, bagaimana awak mendapat tempat ke ijazah? Apa-apapun, kalau awak benar-benar berminat ke bidang perakaunan dan ingin membina kerjaya dalah bidang itu, sebaiknya anda belajar perakaunan, sama ada di IPTA atau IPTS atau program profesional (rujuk disini perbincangan terdahulu).

  81. Salam Sifu,

    Ya, saya pernah mengambil subjek Math Tambahan dan alhamdulillah saya lulus dgn jayanya. Saya juga tidak menafikan bahawa saingan untuk mendapat course Perakaunan sgt sengit, tapi saya tak boleh cpt berputus asa. Saya harus cuba mendptkan course itu kerana Perakaunan adalah minat saya, malah sebelum saya masuk tingkatan 4 lagi saya sudah meminati akaun. Hancur berkecai impian saya sifu. Baiklah, saya akan cuba memohon rayuan itu tapi bagaimana sekiranya saya tidak berhasil? Ayah saya sering berkata, bahawa jurusan Perniagaan itu sgt sng dan terlalu banyak orang ambil ( tidak competitive) Selain itu job juga tidak meluas. Ayah saya berkata begitu kerana dia sendiri dahulu pernah mengambil Bisnes Study. Adakah benar apa yang ayah saya katakan itu sifu? Sekiranya saya tidak berjaya, apakah saya boleh mengambil course Perniagaan dan selepas itu menyambung degree dalam akaun?

    Ohh, terdapat kesilapan sedikit. Bachelor Accounting itu adalah impian saya, sebagaimana sifu telah berjaya memilikinya, saya juga turut mengimpikan kejayaan yang serupa seperti sifu.

  82. salam sifu2b
    saya seorang pelajar tingkatan 4 dan saya mengambil aliran sains tulen

    saya punya keputusan peperiksaan biasa-biasa saja. tapi dalam smeua 10 subjek yang saya ambik, subjek addmt yang saya paling teruk dan saya tak pernah dapat lebih daripada 20 markah.baru2 ni exam tgh tahun saya cuma dapat 12 markh sahaja
    masa ambil repot kad 2 minggu lepas, saya dan cikgu addmt berserta guru kelas dan mak saya berbincang dan saya rasa nak drop saja admt sebab masa tinggal 4 bulan untuk spm, kalau saya tumpukan lebih pada admt, sbjek lain iaitu fizik, kimia, bio akan tertinggal. untuk pengetahuan sifu, sy gagal dalam semua subjek sains yang saya sebutkan tadi.lepas kata nak drop tu saya rasa lega sgt macam 1 beban dah hilang.

    saya rasa mungkin saya dah tersalah ambil aliran. saya dpt 7a 1b dalam pmr, b for maths. saya minat sains, tapi selepas ni saya bercadang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa (language) teaching. that thing doesn’t need admt right?

    masalah saya, hari tu saya kata nak drop admt, lepas tu ramai org kata jgn drop admt,macam pressure gila2 lah. sebahagian diri saya kata just drop, sebahagian lagi kata cuba. saya dah pening, saya tak tau, mungkin saya tak tetap pendirian..ye mmg pun.

    saya nak tanya, adakah dengan drop admt say atakkan mendapat tawaran diploma atau biasiswA? adakah masa depan saya gelap selepas ini? kerana ada yg berkata jika say atidak mengambil admt, hidup saya bakal merana. tolonglah saya. sya benar2 kekeliruan..harap boleh berikan nasihat sifu..

    tapi kalau bagi saya, kalau bolehlah saya tak nak ambil admt sbb i’ve wasted a lot of my time crying and stressful. but u know.. help me.. please i greatly appreciated that.. thank you

  83. eh silap.. saya pelajar tingkatan 5… dalam bulan ogos mungkin ada trial..

  84. Farha,
    Okay, sifu ada cadangan, tetapi tak semestinya berjaya. Awak teruskan dalam diploma pentadbiran perniagaan itu, pastikan awak dapat CGPA 3.6 ke atas. Subjek-subjek perakaunan pengenalan, perakaunan pertengahan dan mana-mana subjek berkaitan perakaunan, pastikan dapat A dalam mana-mana semester. Kursus matematik, kalkulus dan algebra juga usahakan dapat A. Kertas pengurusan juga usahakan dapat A. Selain dari itu, tak apalah kalau dapat B. Tapi hati-hati sebab jika banyak subjek di bawah B, awak tak akan dapat 3.6 dengan mudah. Tamat 3 tahun di diploma, awak mohon ijazah perakaunan sebagai pilihan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam. Pilih di IPTA berlainan. Mungkin boleh pilih mengikut urutan ini UPM, UUM, UM, USM, UKM, UMS, UDM atau mana-mana urutan mengikut kesenangan Farha. UPM, UUM, sebenarnya ada syarat tambahan juga. Kalau terlepas juga tiga utama, peluang mungkin terbuka di UKM atau UMS atau UDM. Pilihan 7 dan 8, jangan bazirkan ke perakaunan. kalau empat teratas gagal dapat tempat maknanya peluang tu semakin berkurang. kalau UKM pun tak dapat, lagilah peluang makin tipis. So pilih bidang ijazah yang sesuai dgn diploma awak juga iaitu ijazah pengurusan/pentadbiran perniagaan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Farha harus ingat, keputusan SPM awak akan terus menghantui permohonan ke ijazah awak. Kalau sempat atau sanggup, walaupun semasa belajar dlm diploma, cuba baiki prestasi SPM awak dgn mengambil semula Mattamb (patching). Tapi tak wajib, kerana mungkin tak relevan lagi.
    Apa-apapun, semua tertulis diatas adalah pendapat peribadi, tak semestinya akan memastikan kejayaan farha. tambahan lagi kita meramal peluang Farha 3 tahun akan datang, selepas tamat diploma. Mungkin pada masa itu, peluang semakin cerah atau semakin sukar. Kita tak akan tahu kecuali merancang. harap farha dapat melegakan diri sendiri. Good luck.

  85. Archimede,
    Masalahnya ialah, jika awak ingin memasuki matrikulasi dalam jurusan perakaunan, pelajar mesti mengambil matematik tambahan dan sekurang-kurangnya gred 7 (kalau sifu tak silap). Kalau anda nak masuk foundation pun sama juga. So awak terikat dengan cita-cita awak. MatTambahan sebenarnya mudah, jika pelajar menyedari teknik yang betul. Tambahan lagi di zaman awak, tak perlu menghafal rumus. Sifu dahulu juga ambil matematik tambahan. Tetapi bezanya ialah kami mesti menghafal semua rumus, termasuklah bidang mekanikal. Rumus janjang geometri dan janjang aritmetik, rumus persamaan kuadratik tu kami mesti hafal. tapi masa awak ni, tak perlu lagi hafal hanya perlu faham bagaimana menggunakan rumus yang telah dicetak bersama soalan.
    Nasihat sifu, apabila ambil kelas tambahan, bimbingan guru secara persendirian, atau tuisyen, jangan hanya tunggu diajar, sebaliknya maklumkan masalah. Tapi dengan merujuk soalan yang akan dijawab, bukannya mengadu masalah semata-mata. Kemudian ikuti semua langkah step-by-step, jangan cuba shortcut. Itu tips yang sifu buat untuk tetap dapat kredit dalam SPM 1987. Disiplin dalam diri sangat penting dipupuk. dalam hal ini termasuklah mengakuri arahan, panduan, peraturan, undang-undang di dalam buku teks dan juga kebiasaan hidup sebagai pelajar di dalam sekolah. Sifu tak kenal archimede, tetapi sifu nak kongsi perkara ini.
    pelajar cemerlang selalunya dari golongan pelajar yang jenis akur kepada arahan guru, dan peraturan sekolah. Kekecualian ialah ada 5% pelajar cemerlang sememangnya pelajar bermasalah dalam hal disiplin sekolah sehingga kerap melanggar peraturan sekolah. 95% adalah dari golongan yang tidak melanggar peraturan sekolah, hadir ke sekolah setiap hari kecuali masalah kesihatan, hadir awal dan patuh kepada jadual waktu yang ditetapkan. buat kerjarumah yang diarahkan oleh guru. Suka membantu guru tanpa balasan. Tidak mempertikaikan kenapa rumus atau peraturan matematik mesti sebegitu, sebaliknya menerima ia sebagai ilmu dan kepandaian orang-orang terdahulu yang menghasilkan idea ilmu sebegitu (inilah ayat seorang guru, eheheh). KEsannya ialah dalam soal ulang kaji atau belajar untuk kecemerlangan diri sendiri, apa yang tidak disedari ialah, pelajar itu suka belajar, selesa mengulang kaji, gembira menyelesaikan kerja rumah yang diarahkan dan mematuhi arahan ibu bapa utk belajar tanpa bantahan. Kesannya ialah langkah-langkah matematik dapat diikuti kerana dalam diri pelajar berkenaan, selain ada kemahiran berfikir mengitlak, ialah kesediaan mematuhi arahan dan kaedah matematik secara keseluruhan.
    Ambil contoh, A = B + C, maka C = -B + A atau B = A – C. Perasan tak, rumus tu mudah, tetapi ada sesetengah pelajar masih tak faham hubung kait ABC secara jelas. Kenapa? Berdasarkan pengalaman sifu, ramai kata mereka tak pandai. Sifu pula lihat mereka sebenarnya sedia pandai, tetapi tidak suka melakukan latihan yang diarah guru. pelajar ini bukan sahaja tidak ada disiplin dgn guru, tetapi juga lupa mendisiplinkan diri sendiri untuk kesejahteraan diri sendiri. Kesannya lagi ialah mereka tak sensitif kepada hubungan ABC itu, dan apabila dikehendaki menjawab soalan berkaitan mereka gagal mengeluarkan ilmu yang telah dipelajari.
    Kesimpulannya ialah, Achimede sedia pandai, dan sebenarnya mempunyai daya intelek yang tinggi. Apa yang perlu Achimede lakukan ialah tukar gaya hidup dan idea tentang hidup. Pemikiran remaja hendaklah dimatangkan sedikit supaya jika wujud konflik antara ingin belajar dengan ingin mengecapi kehidupan sosial, pemikiran sedikit matang mampu mengajak Achimede memilih untuk belajar. Tetapi itu tak cukup, Achimede kena sediakan secepat mungkin perisai diri berbentuk motivasi (baca buku atau dengar CD motivasi), dan secara senyap-senyap atau terang-terangan dengan ibu bapa dan guru, hidupkan semangat diri dengan jujur. Sebenarnya banyak lagi yang boleh sifu nasihatkan tetapi semakin sifu taip semakin sifu rasa sifu terlalu terbuka menasihati Achimede. So cukup setakat itu dulu, selebihnya Achimede berbual-bual dengan ibu bapa dan kaunselor. Sifu tidak berniat menghukum Achimede sebagai pelajar bermasalah kerana sifu tak kenal awak secara peribadi. Achimede diharap tidak salah faham ayat sifu di sini ya. Percayalah kepada diri sendiri yang awak boleh menjadi pelajar cemerlang juga dengan mengubah apa yang menjadi masalah. sekian dulu, good luck.

  86. terima kasih atas nasihat sifu..sifu reply komen begitu cepat ya..sifu mmg seorang yang caring.

    saya mmg tgh berbelah bahagi sama ada nak drop admt atau x.

    sebab saya nak drop addmath
    1. spm tinggal 4 bulan lagi.. macam tak sempat nak cover semua topik addmath
    2. markah bio/fizik/kimia dalam lingkungan 30 ke atas, jadi saya fikir kalau saya drop i can concentrate more on
    those subjects
    3. saya nak ambik teaching/language, yang bukan course sains
    4. my mum said don’t push ur self, kalau tak mampu bawak
    5. addmath buat saya jadi stress..bila terfikir nak drop rasa lega sgt

    sebab saya terfikir balik samada nak sambung ambik addmath

    1. hampir kesemua org kata addmath penting (sangat penting) sampai ada yang kata kalau tak ambik addmath masa depan gelap
    2. takut kalau belajar diploma masa lama sangat (saya nak kerja cepat)

    3. tengok result spm org lain jarang-jarang yang fail addmath.. paling teruk pun 7c

    mmg saya betul2 tak tau nak buat yang mana. dah solat istikharah tapi setakat ni masih belum dapat petunjuk..
    saya rasa saya pelajar bermasalah kot. saya tak pernah miss class cikgu, tapi apa yang cikgu ajar mmg hampir keseluruhan tak masuk. masa saya darjah 1-6, saya tak pernah keluar dari top 3. masa f1 n f2 pun sama. lepas pmr, tingkatan 4 i’m doomed..:-(

  87. Achimede,
    Takziah di atas masalah yang dihadapi. Sifu yakin ia merupakan masalah besar kepada awak. Ginilah, mahu atau tidak awak teruskan AddMath, sasarkan gred 7, nak tau berapa markah dia? 30 boleh dapat tak? Cuba je. dapatkan dari mana-mana buku rujukan analisis bab-bab dan topik yang popular utk keluar. Achimede pakat dgn guru akan fokus kpd topik-topik itu aje mulai sekarang. Kebanyakannya adalah bab F4, rasanya masih banyak masa. Fokus kpd Kimia krn ia kunci utama utk masuk matriks. Kalau tak niat masuk pun tak apa kerana sekurang-kurangnya dgn adanya kredit dlm Kimia, awak menyediakan kualiti yg dikehendaki oleh pihak penilai. Fokus kpd Math Moden, kalau boleh dpt 2A lagi bagus.
    Oh ya, kalau awak nak menceburi bidang bahasa semata-mata, maknanya matriks dan foundation out of the question. Awak tak ada pilihan mungkin akan terpaksa mengikuti program diploma, mungkin. Check balik program asasi di IPTA, ada tak asasi untuk bahasa. Macam tak de aje. Penguasaan subjek sains mungkin boleh membantu cita-cita awak, kerana sekarang ini, subjek sains dan matematik juga boleh dijadikan sandaran sokongan utk menilai keupayaan dan penguasaan BI awak. BM jangan main-mainlah, dapatkan 2A paling rendah.
    Sekarang ini Achimede cuba atur strategi ke IPTA. Lakarkan cita-cita awak, dan selidiki peluang yang ada selepas SPM. Ke mana laluan yang boleh anda pilih utk menceburi bidang bahasa. Nak jadi guru? sekarang ni persaingan teramat, amat sangat, super amat, sengit. Even pelajar yg cemerlang 11 1A pun ada memohon. Dari 10000+ pemohon tempat hanyalah 1000+. kalau awak tak dapat nak tunjukkan keupayaan dan kecemerlangan KESELURUHAN, potensi awak dapat menyaingi pelajar lain amat tipis. seperti juga nasihat ibu awak, don’t push yourself. sifu tambah, be realistic. TESL bukan utk pelajar yg hanya tahu BI shj. Ini bukan zaman 70-90an di mana universiti dan maktab kerajaan tiada pilihan. Sekarang ni, IPTA dan maktab punya banyak pilihan.

    Kalau Achimede nak cemerlang, ingat tu, sasaran realistic. maybe awak terpaksa memikirkan bidang barulah yang kurang persaingan. Jika nak juga bersaing, maka awak kena desak diri awak mengatasi musuh awak sendiri iaitu perasaan putus asa dan ketidak yakinan diri itu. Makin lambat anda melawan diri awak sendiri, semakin pantas kegagalan datang dihadapan mata. semakin pantas anda berubah, semakin cepat peluang yang cerah didepan mata. Langit tidak selalu cerah, tetapi langit juga tidak selalu mendung. Fikir-fikirkanlah.

    GOOD LUCK.

  88. sy student diploma perakaunan UITM tp study kat Kolej,(IPTS)dalam sem 5.Mula2 saya rasa akaun ni senang tp da masuk diploma baru sy tau punyala susah akaun ni.sifu ada tak tips2 utk budak diploma akaun mcm sy?kalau cgpa 2.5 dpt smbg degree akaun ke?

  89. lg satu nak tanya,sifu ada tak soalan2 dan skema jwp utk subjek akaun(dip akaun)?sy tidak tau nak menjawab soalan.terima kasih.

  90. akum sifu, nak minta pendapat sifu ni..saya pernah ambil dip acct. lcci dulu tapi gagal 2 subjk (acct. & costing) so dapat cert single subject je(mngment acct. & statistics)..lama dah pas tu terus kerja ..skarang ni umur dah 34thn..mcm mana caranye kalau nak sambung belajar? lebih lagi ke ipta..
    thanks in advance sifu.

  91. Tongkatlangit,
    Apa kata awak cuba ambil LCCI semula ataupun, sila rujuk ACCA jika anda boleh mendapat pelepasan beberapa kertas utk mengambil kelayakan profesional secara langsung. Setakat yang sifu tahu, sesiapapun boleh mencuba memohon LCCI atau ACCA,apatah lagi anda yang mempunyai latar belakang perakaunan juga. Soal umur, setakat ini tidak menjadi halangan untuk mengambil LCCI/ACCA. Tetapi jika nak ke IPTA dalam jurusan perakaunan, sifu khuatir jika permohonan anda ditolak, al maklumlah IPTA terpaksa mengutamakan ‘fresh SPM student’. Kuota pelajar ‘berumur’ adalah amat kecil, oleh itu peluang amat tipis juga. Dalam kes ini, lebih baik anda belajar di IPTS. Tetapi utk itu, sifu harap Tongkatlangkit dapat hubungi secara langsung mana-mana IPTS yang menawarkan degree in accounting tentang kelayakan sebenar anda. Semoga berjaya.

  92. Salam Sifu,

    Saya sudah mendaftarkan diri dalam jurusan Pengajian Perniagaan sebagaimana yang saya telah beritahu kepada sifu. Ayah saya sudahpun membantu saya dengan menelefon pihak UITM tentang hal pertukaran jurusan dan mereka berkata saya masih mendapat peluang untuk bertukar jurusan hanya apabila saya belajar dahulu jurusan Perniagaan ini utk semester pertama dan ia bergantung juga kepada keputusan CGPA saya. Patutkah saya menerimanya? Tidakkah saya akan rugi apa-apa?

    Tentang cadangan Sifu tadi, saya juga turut memikirkan hal yang serupa. Namun apabila mendapat peluang sebegini, mana satu yang lebih baik? Harap Sifu dapat membantu saya. Terima kasih.

  93. farha,
    Jika itu sahaja tawaran yang ada, rasanya tidak rugi anda teruskan pengajian dalam bidang itu. lagipun ibu bapa suka, insyaallah redha Allah bersama anda. Ya, pastikan CGPA awak sebaik mungkin dalam semester 1 ini, kalau boleh 3.7 ke atas. Mana tau rezeki awak permohonan pindah program akan dimakbulkan Tuhan. Tak ada kerugian apa-apa, kerana selalunya semester 1, program dalam fakulti yang sama akan ambil subjek yang serupa, kalau ada beza pun mungkin 1-2 paper sahaja. So, peluang tetap ada, tetapi Farha mesti janji pada diri sendiri untuk bekerja lebih kuat. kegagalan mendapat tempat sebelum ini harus dijadikan sandaran/motivasi menentang kekecewaan kali seterusnya. Semoga berjaya.

  94. saya nak tanya cikgu sikit blh tak?saya pelajar spm tahun lps..alhamdulilah saya dapat 6A,2B..aliran sastera..saya bercita2 nak jadi penganalisis ekonomi..adakah jurusan pengajian perniagaan blh membantu saya mencapai cita2 saya?saya akan melanjutkan pelajaran di kolej bulan 10 ni..blh cikgu tolong?blh tak cikgu hantar melaluai e-mail saya atau cikgu add saya di ym supaya mudah untuk saya menghubungi cikgu..sbb banyak lagi soalan yang saya harap cikgu blh bantu..sekian terima kasih…

  95. Zorro2risk,
    Penganalisis Ekonomi? Sebaiknya awak belajar dalam bidang ekonomi terus. kalau awak belajar bidang pengajian perniagaan sahaja, subjek ekonomi tidak diajar dengan banyak. Hanya ijazah dalam bidang ekonomi (walau apapun nama ijazah tu), akan mendedahkan awak keapda banyak subjek dan bidang khusus ekonomi. barulah sesuai jadi penganalisis ekonomi.

    Sori, sifu tak pakai YM, dan tak suka pakai any messanger, sebab ia salah satu penyumbang kepada lubang worm/atau apa-apa virus yang guna scripting. Kira macam FOBIA VIRUS NI.

  96. diploma pengajian perniagaan blh ke nak smbg ijazah ekonomi?

  97. Zorro2risk,
    Boleh, tetapi tertakluk kepada syarat semasa program ijazah ekonomi dan IPTA yang menawarkannya.

  98. Hello Rithuwan,

    Boleh minta sebarkan maklumat tentang soalan ramalan BM SPM 2008 dalam laman http://www.bmxpres.com

    TQ

    Rgs,

    LS YEOW

  99. Assalamualaikum Sifu,

    Saya ingin bertanya,

    bagaimana saya boleh mengambil spm sekiranya saya tidak pernah berpeluang ke sekolah menengah kerana kemiskinan keluarga dahulu. Apakah cara untuk saya belajar dan mengambil spm ini? umur saya dalam lingkungan 30an. Di mana saya boleh dapatkan guru tution yang berkaliber?
    Utk makluman..saya masih bekerja dan tinggal di kawasan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

    Harap sifu dapat benar-benar membantu saya cara dan tunjuk ajar agar dapat saya mempunyai spm.

    Tq.

  100. Adawi,
    walaikumsalam. Setakat pengetahuan saya, anda hanya akan layak menduduki SPM 2009 nanti memandang SPM 2008 akan bermula tak lama lagi. Adawi hendaklah mendaftat diri sebagai calon SPM persendirian, selalunya dalam bulan Mac-April setiap tahun. Berkenaan dengan guru tuisyen, saya kurang arif tentang sekitaran Puchong, tetapi Adawi ada banyak masa mengkaji pasaran semasa dengan bertanya kepada rakan-rakan yang mempunyai anak yang mengikuti tuisyen luar.

    Jika adawi ingin mengambil Prinsip Perakaunan SPM kelak, sudah tentu blog ini serta blog-blog rakan guru perakaunan yang lain boleh dijadikan tempat bertanya dan mencari petunjuk.

  101. Tuan,

    Minta mail semua soalan percubaan yang tuan ada, saya akan mail soalan percubaan SPM 2008 SMKA/ SABK Sabah. (nda ingatba emailmu atu, kelupahan ku.. )

  102. Irman,
    akan diusahakan.

  103. cikgu, anda dipelawa untuk memberikan seminar. sila hubungi saya dengan segera. 0173401958

  104. sifu, boleh tak email saya balik? Saya ada banyak hal nak bertanya dan ruang ini tidak memadai. Terima kasih (:

  105. saya pun ada hal hendak bertanya. email saya ialah purplesmigs@gmail.com

  106. sifu, saya ingin tahu sama ada cg memilih soalan tertentu utk dijawab sbb saya ada hntr soalan kpd cg minggu lps tapi tidak dibalas dan saya tidak dpt cari soalan saya dlm senarai soalan yg dihntr. adakah sudah didelete?
    hrp dpt penjelasan cg.

  107. Jane dan Jamie,
    Sori ye, sifu tak dapat berhubung menggunakan emel dengan pelajar-pelajar.

    Azrie,
    Sifu offline beberapa hari, tak dapat masuk blog. Jawapan awak di sini, https://sifu2b.wordpress.com/2007/10/20/bersedia-untuk-peperiksaan-spm-dan-bersedia-meraih-cita-cita/#comment-3423

  108. hi sifu.

    saya banyak sangat benda nak kongsi dan nak tanyakan pada sifu. saya harap sifu boleh email saya.

    saya seorang akauntan bertauliah dan dalam masa yang sama, mengajar part-time utk pelajar2 SPM.

    Hope to hear from you.

  109. Nurnana,
    Sorilah, sifu tak amal emel-emel ni kecuali sifu dah tahu tujuan sebenar. Ada apa yang boleh saya bantu melalui laman ini?

  110. Assalamualaikum…
    kepada rakanku…Sifu2b
    hari dah berlalu..detik-detik penaman dah sampai ke penghujungnya…
    nak tanya tak dapat sebab hp di tutup…tak tau lagi ni saja caranya ..
    nak bertanya perkembangan semasa..bagaimana dengan kerja tu…saya nak tahu juga perkembangannya..
    diharap boleh berikan maklumat terkini…kerana masa dah nak tamat..
    kalau boleh hidupkan hp tu…

  111. hahah, hp aku rosaklah, jatuh. Selalu gak jatuh, kali ini, ngam punya kali.
    Tunggu gaji November nantilah baru dapat beli baru, kalau tak pun baiki hp tu.

    Oh, check emel, kay.

  112. check email…saya ada masalah……

  113. Assalamualaikum Wan…
    Bagaimana dengan projek tu…

  114. sifu…

    saya telah mendapat tawaran diploma pengajian perniagaan di Poly-Tech Mara.b4 ni banyak permohonan ipt dlm bidang yg sy nak telah sy apply tp rezeki xde so smpi skang x masuk U walaupun result SPM 2007 sy boleh dikategorikan baik. so sy nak tanye sifu pasal diploma pengajian perniagaan.
    1. apakah kursus berkaitan yang sy boleh ambil utk sambung ke ijazah sarjana muda selepas ambik diploma ini
    2. ayah saya soh sy ambik dip dalam bidang yang senang dapat keje di kemudian hari tetapi sy hanya dpt tawaran dip ini sahaja so apa pendapat sifu tentang diploma ini? adakah bidang ini menawarkan peluang pekerjaan yang cerah di kemudian hari n apakah bidang perniagaan ini?

    sy harap sifu dapat menerangkan dgn jelas kuz sy masih ragu2 utk ambil ataupun x diploma ini?

  115. pembetulan soalan no 2:
    2. ayah saya soh sy ambik dip dalam bidang yang senang dapat keje di kemudian hari tetapi sy hanya dpt tawaran dip ini sahaja so apa pendapat sifu tentang diploma ini? adakah bidang ini menawarkan peluang pekerjaan yang cerah di kemudian hari n apakah bidang perkejaan yang sy boleh ceburi selepas tamat pengajian dalam bidang ini di kemudian hari?

    tq

  116. Salam cikgu?

    Hehe.

    Saya pun org Sabah juga.

    Best pula baca entri cikgu tentang Matrikulasi / Asasi / Diploma tu.

    Saya ni Asasi Undang-Undang UiTM [PI005] 3 semester (1 1/2) tahun), tapi tempoh pengajian saya dipanjangkan ke 4 semester atas alasan tertentu.

  117. Jun,
    maaflah tak dapat jawab soalan awak lebih awal. Apa-apapun semoga berjaya dalam pelajaran dan kerjaya di masa hadapan.

    Azleah,
    terima kasih kerana datang. Bah kenapalah itu ah….

  118. salam sifu..

    i found this blog was very interesting..actually i am now doing my dpli (chemistry minor physics) ..and frankly speaking i find the subjects we have to learn here are really fact-oriented..pentadbiran m’sia, falsafah pendidikan m’sia, dasar2 negara………..warghhhhhhhh….cmne ni sifu…i want to excel with flying colours…

    dan kalo tak keberatan , boley tak sifu give me some ideas…one of the subjects need us to do survey for teen students..and we choose matriculation stage..but dont know yet what kind of question should be surveyed…this subject related to APLIKASI PSIKOLOGI DLM PENDIDIKAN…

    will update u more info if needed.tqvm sifu.

  119. sifu, ada x cadangan jwpn bg spm 2008…??thn lps bukan main cpt lg sifu buat..hehe

  120. Salam, tahniah atas segala usaha anda. terima kasih kerana byk panduan utk saya pelbagaikan sesi p&p. boleh tak tunjukkan gambar awak. saya juga accounting graduate dari upm thn 1997. dok KKCR. sbb instinct mengatakan saya kenal awk. anyway tahniah sekali lagi. teruskan usaha anda. hy ALLAH yang dpt membalasnya.

  121. Assalammualaikum. Syabas atas usaha Sifu. Saya ada perkara nak tanya. Saya adalah seorang pensyarah di sebuah IPT. Background saya adalah perakaunan. Saya sangat berminat untuk memberi tuisyen percuma kepada pelajar SPM di taman perumahan saya tinggal, cuma saya bimbang jika saya “terlebih” mengajar mereka, atau “mengajar terlampau laju – yang mana mungkin sesuai utk pelajar Universiti tapi tak sesuai untuk pelajar SPM”.

    Saya perlukan guideline yang jelas apa yang saya patut ajar dan apa yang saya tak perlu ajar. Saya tidak mengambil subjek prinsip perakaunan semasa saya di tingkatan 5, jadi saya tak berapa faham style mengajar di sekolah. Harap sangat Sifu boleh beri suggestion buku apa yang perlu saya beli untuk memudahkan P&P dengan pelajar SPM.

  122. En Khalis,
    Saya pasti buku yang paling sesuai adalah buku teks Prinsip Perakaunan T4 dan T5 itu sendiri boleh dijadikan panduan isi pengajaran yang sesuai. Namun begitu perlu diperjelaskan di sini bahawa buku teks prinsip perakaunan ada dua jenis mengikut zon negeri.

    Oleh itu, pastikan En. Khalis membeli buku teks yang dipakai oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah sekitaran anda.

    Tahniah dan terima kasih kerana sudi merancang dan bakal melaksanakan tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar. Selamat berjaya.

  123. im a final year student accounting in usm.recently i had an offer to teach prinsip akaun (form 4) in a tuition centre.so i dont know where to start. ive bought reference book (longman).any suggestion sifu???

  124. Dino, that is a good start.