ICT Skills

Saya merupakan guru Perakaunan dan berpendidikan dalam bidang perakaunan. Walau bagaimanapun, kemahiran ICT, kerana minat, diperdalamkan melalui pembacaan, dan mempelajari pemprograman melalui usaha sendiri secara berterusan.

Berkongsi kemahiran lain dalam bidang berkaitan ICT.

1. Perisian Data Kejohanan Olahraga Sekolah – SisDASKOS v2.2

Perisian Kejohanan Olahraga ini dibangunkan seawal tahun 2003. Kemudian tidak ada pembangunan selanjutnya sehinggalah tahun 2007 apabila saya dipelawa menyertai AJK Perangkaan MSSM Sabah di Kudat. Berbanding dengan perisian lain, saya sengaja memilih MSAccess sebagai asas pembangunan sepenuhnya.

Saya juga pernah membangunkan aplikasi Excel untuk pendaftaran pelajar-pelajar pada tahun 2005-2006. Dengan pemprograman VBA dalam Excel, sistem pendaftaran itu mampu menjana borang daftar dan resit tuntutan barangan koperasi. Dengan sistem rangkaian di dalam makmal, kami mampu merealisasikan kaunter berangkaian. Tapi itu dulu, sejak ketua kerani terdahulu (juga celik IT) telah naik pangkat, maka aplikasi itu dah terbengkalai. Tetapi arahan makro itu saya boleh guna di mana-mana tempat. Malah, kalaulah AssetBase masih belum dibekalkan ke sekolah, saya mungkin akan membangunkan aplikasi excel untuk sistem catatan bergu: jurnal dan lejar automatik untuk simulasi pelajar. Kalau!!!

13 responses

  1. salam..

    sifu..hebat software tue..bolehkah kalu sifu buat untuk perisian tuition

  2. Salam….

    Saya amat memerlukan perisian tersebut, bagaimana hendak memperolehinya?. Tolong….

    Nazir

  3. Nazir, hmmm, masih tak user-friendly, nanti timbul masalah pula.

  4. ~saya pelajar ict…
    ~cam na nak hafal tentang konsep pembelajar ict…
    ~cara cikgu kami mengajar pun susah nak fahamii
    ~lagi.. ict sememangnya tak ada ke buku teks…
    ~cam na cara untuk menghafal ict…
    ~plezzzz help me………..

  5. Liza,
    hmmmm. Tak terkata… Sebenarnya matlamat pembelajaran ICT ialah pelajar mahir dalam asas ICT, bukannya menghafal semata-mata. Dalam hal ini, sifu tak mengajar ICT, tetapi minat agak tinggi ke situ. Sifu sarankan agar Liza baca nota modul yang diberikan oleh guru anda. Setahu saya, pengajaran ICT ada disediakan modul sebagai pengganti buku teks.

  6. hurm…
    nk solan ramaln ict spm 2008??

  7. cikgu kalau format note book bnyk kali, da pa2 effect ka..??

  8. apakah anda faham mengenai perkakasan komputer

  9. Mier,
    Faham dan boleh pasang sendiri atau baiki komputer.

  10. sifu.sya bru beli laptop,cm na nk psang antivirus,apa yg nk d lakukan

  11. Summer Gurl,
    Firstly, kalau nak AV percuma, HANYA PERLU download AVG 8 free edition. Layari avg.com dan cari free version. Lepas tu install dengan double-click fail instalation.

    Second, kalau nak yang lengkap, sila beli Kaspersky Internet Security System (KISS), sekarang ni boleh beli LESEN DAN perisian di kedai-kedai komputer yang besar atau sederhana saiz. Minta pekedai tu tolong install dan register KISS menggunakan nama kamu atau nama ayah/ibu kamu. Ini penting untuk pastikan hanya kamu yang layak gunakan katakunci dan lesen setahun KISS itu. Lepas tu bila expire, boleh beli balik lesen KISS dari kedai yang sama. Good luck.

    Oh ya, sifu hanya cadangkan KISS atau Kaspersky anti-virus (KAV), dan AVG8. TOLONG JANGAN DOWNLOAD jenama ANTI_VIRUS sembarangan. Ada banyak AV fake yang sebenarnya install worm dan virus dan jadikan PC anda ‘hostage’. Jika nak beli AV secara online. Pastikan google dulu nama perisian AV tu untuk mengetahui sama ada orang pernah komplen atau tak, atau ada tak laporan kewujudan AV tiruan ini.

  12. SY NI AMIK SUBJEK ICT SY BANGGA BELAJAR SUBJEK INI SY BANGGA SEPERTI SY BANGGA JADI ANK MALAYSIA TP SY ANAK MANAFF SY SUKA GURU SY MNGAJAR SY BANGGA SKALI LG SY MMANG BANGGA SY PON X TAU NK CKP MCM MNE LG JADI SY INGIN MENGATAKAN SY MMANG BANGGA AKHIR SEKALI KATA KATA SY INI BLEH MANAIKKAN SEMANGAT ANDA IAITU SY MMANG BANGGA TERIMA KASIIIIIIIHHHHHHHHHHH BY DAVID ARIMUNGAM

  13. SIFU BOLEH X SIFU AJAR SY KUNG FU NAMA PON SIFU MESTI LA PANDAI KUNG FU X KN PANDAI MAIN CONGKAK KOT HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA

Tinggalkan komen