Pre-Exam Series of Q&A

Koleksi soalan dan jawapan dalam Siri Pra-Peperiksaan (Pre-Exam Series).

Modul 1 sini. (12 Mei 2007)

Modul 2 di sini. (dimuatnaik pada 24 Mei 2007)

Modul 3 Pre-Exam Series – MODUL 3 (Lembaran Kerja versi Hardcore) – (dimuatnaik pada 25 Mei 2007, semula pada 9 Ogos 2007) , Cadangan Jawapan Modul 3 (dimuatnaik pada 18 Jun 2007)

EDISI SOALAN RAMALAN 2007

Modul 4 Soalan Ramalan SPM set 1 (Q&A). (mulai dimuatnaik pada 18 Jun 2007)

Modul 5 Soalan Ramalan SPM set 2 (dimuatnaik pada 22 Julai 2007), Cadangan Jawapan (utama) Modul 5 Ramalan SPM set 2, atau Cadangan Jawapan Alternatif Soalan Ramalan Set 2 (dimuatnaik 18 Ogos 2007)

Modul 6 (Edisi Khas) : Soalan Laporan Kewangan ed.1 (edisi prebiu dimuatnaik pada 9 Oktober 2007). Edisi lengkap akan datang.

86 responses

  1. Adakah Modul 3 berguna kepada anda? Saya memerlukan komen anda.

  2. yes berguna.boleh bagi lagi

  3. Terima kasih ewan. Ewan ni pelajar atau pendidik?

  4. Thanks 4 da questions sifu..well, i’ll try my best to do it. Hmm.. bleh tak sifu buatkan satu module khas utk soalan ramalan SPM yang sifu rasa akan keluar this year.

  5. Sedang dalam fikiran sekarang Kelly

  6. Sangat-sangat berguna!!!!! Terima kasih.

  7. sifu, saya pljar akaun form 5… saya perlukan skema jwpn soalan ramalan 2007 boleh? terima kasih..

  8. Suraya, terlalu awal untuk saya edarkan skema. Suraya dah buat semua soalan ke? Jika dah, apa kata suraya bawa rakan dan guru suraya membincangkan soalan tersebut.

  9. Sgt berguna.. terima kasih.

  10. oh ya.. boleh ke, bila sifu keluarkan skema jawapan pada soalan ini, sertakan sekali teknik pemarkahan. Kita di Sabah ni jarang skali didedahkan dengan teknik pemarkahan PAK. 10 tahun saya mengajar, baru skali kami dipanggil untuk skema pemarkahan. tidak ada pemeriksa kertas PAK kat Sabah.. terima kasih sifu.

  11. Untuk makluman cadangan jawapan untuk Modul 4 akan dimuatnaik tidak lama lagi. Stay tune.

  12. Jawapan untuk Modul 4 – Soalan Ramalan Set 1/2007 telah dimuatnaik. Tahniah kepada sesiapa yang berjaya menjawab kesemua soalan dgn cemerlang.

  13. Tahniah kepada sifu2b di atas usaha murni menyediakan modul2 tersbut. Soalan dan skima pemarkahan yang disediakan bagus, cuma ada beberapa tempat di dalam skima yang perlu diperbetulkan (soalan 1) contohnya dalam akaun diskaun, butiran yang perlu digunakan ialah pelbagai penghutan @ pemiutang dan tarikhnya ialah pada akhir bulan, ini kerana jumlah akaun diskaun dalam buku tunai yang diposkan ke akaun diskaun (ianya menyamai konsep dalam jurnal khas).

  14. Thanks Cg Lama, saya akan perbetulkan secepat mungkin.

  15. Cg Lama, MOdul 4 telah diperbetulkan soalan dan skema jawapan sekali. Harap jika ada kesalahan lagi, maklumkan kepada saya lagi. Bagaimana dgn MOdul 5, ada kesalahan dalam mana-mana soalan?

  16. salam.
    modul 3 soalan lembaran hardcore version, maklumat tambahan untuk diskaun diterima daripada pemiutang tidak ada nilai(RM).

  17. salam.
    pelajar di perak akan menghadapi trial exam start 27/8/07. kami di perak buat soalan selaras satu negeri. di sabah macam mana pulak??

  18. Thanks Hanim perubahan telah dilakukan. Terima kasih kerana mencuba HC. Jika sudi, kongsilah soalan nanti dgn masyarakat luar perak pula. Jika tak ada cadangan jawapan, sifu sudi menyediakannya melalui blog ini, asalkan tahu soalan tersebut. Sifu tak pasti di sabah untuk tahun ini. Belum ada khabar berita.

  19. Assalamualaikum
    Saudara Rithuan, tahniah atas usaha anda menyediakan modul. Saya guru prinsip perakaunan di miri sedia untuk berkongsi soalan-soalan modul saya kepada anda. Bagitu juga kepada pengunjung yang berminat untuk mendapatkan latihan-latihan prinsip perakaunan. Hubungi saya don_2551@yahoo.com

  20. Terima kasih cikgu hamidon, tak lama lagi adalah emel dari saya.

  21. Cikgu Hamidon, saya dah emel guna emel yang tertera tetapi kena reject. Adakah emel cikgu masih aktif?

  22. sifu2b, tahniah atas usaha menyiap modul 5 & cadangan jawapan. Saya ada sedikit pandangan berhubung dengan cadangan jawapan yang diberikan.

    Soalan 1, dalam jurnal khas kita hanya perlu merekod tarikh, butir dan jumlah bersih sahaja (pengiraan diskaun tidak perlu ditunjukkan kerana telah jelas ditunjukkan dalam dokumen, cara tersebut sesuai bagi soalan sukatan lama dimana soalan 1 tidak diberikan dalam bentuk dokumen sebenar, sebaliknya diberi dalam bentuk ayat/penyataan).

    Penutupan akaun, cara yang ditunjukkan oleh sifu2b tidak salah. Tetapi tidak sesuai bagi soalan 1. Ini kerana soalan 1 memerlukan pelajar menyediakan sehingga Imbangan Duga sahaja. Konsep imbangan duga ialah senarai semua baki-baki akaun. Jadi setiap akaun perlu dinyatakan dengan jelas samada berbaki debit / kredit. Cara penutupan yang dinyatakan oleh sifu2b itu sesuai jika soalan berkehendakkan pelajar menyediakan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan KKK dalam bentuk “T” TANPA menyediakan Imbangan Duga. Iaitu mengikuti konsep catatan bergu.
    Itu sahaja pandangan daripada saya. Tahniah di atas usaha murni anda.

  23. Cg Lama, saya sengaja biarkan jawapan Jurnal khas sebegitu, supaya pelajar mengetahui ada cara lain menyediakan jurnal khas. Tapi nanti jika ada masa malam ini saya akan terbit semula dengan jawapan ikut sukatan baru dan jawapan sedia ada sebagai alternatif. Cg lama dah sedia maklum barang kali, saya recycle/recon set ramalan 2 dari ramalan 2004 pertama saya, ketika saya masih terbiasa mengajar mengikut sukatan lama.

    Berkenaan penutupan akaun, saya bersetuju dgn Cg Lama tentang ketidaksesuaian itu. Tetapi sekali lagi saya sengaja membiarkan jawapan sebegitu supaya pelajar-pelajar yang cemerlang (jenis yang teliti dan cekap) akan mengetahui kaedah sebenar. Ia juga sebagai peringatan tentang silibus sebenar subjek prinsip perakaunan. Kalau pelajar-pelajar perhatikan sukatan dan buku teks 2003 (edisi semakan), ada dinyatakan kaedah penutupan akaun yang betul dan sepatutnya di muka surat 133-135. Tambahan lagi itulah kaedah sebenar yang dipakai dalam bidang perakaunan. Ketika mengajar, saya tidak ingin pelajar saya hanya mengetahui simpan kira ala SPM semata-mata, sebaliknya mengetahui ilmu yang sebenarnya diajar di semua peringkat, dan mungkin di seluruh dunia. Tambahan : pelajar juga boleh merujuk ms 151-154 dalam buku teks, penyediaan Imbangan Duga, yang mengesahkan nasihat Cg Lama.

    Kenapa modul 4 saya sediakan cadangan jawapan yang minimum mengikut markah? Ini kerana modul 4 dibina khas untuk blog ini, maka saya cuba patuhi skema markah ala SPM. Modul 5 ini berbeza kerana ia adalah skema penuh untuk kelas saya tahun-tahun sebelumnya. Sebelum dimuatnaik, saya ada terfikir nak ringkaskannya seperti modul 4, tetapi setelah berfikir berulang-kali, saya biarkan aje, supaya pelajar-pelajar tahu cara penyelesaian yang lengkap. Walau bagaimanapun, markah dibuang supaya mengelakkan ‘kekeliruan’ kenapa baki-baki tidak diberi markah.

    Tapi yang inipun saya khuatir, kerana saya tidak tahu kaedah penilaian sebenar SPM. Ah, di sini mungkin Cg lama boleh tolong saya dan pembaca lainnya. Mengikut pengetahuan/ pengalaman Cg Lama, bagaimana jawapan pelajar disemak. Adakah baki h/b dan b/b, pindah ke Akaun Untung Rugi, pindah ke Akaun Perdagangan akan menjejaskan markah? Harap Cg Lama memberitahu.

    Apa-apapun, saya tetap beruntung kerana mendapat kerjasama dari Cg lama dengan menyemak cadangan jawapan saya itu. Ia merupakan satu penghargaan yang cukup bernilai kepada saya. Kalau Cg lama mempunyai bahan pengajaran yang boleh dikongsi, sifu sedia membantu membangunkan blog cg lama sendiri atau kalau Cg lama tak punya banyak masa, boleh juga diedar melalui blog ini.

    Akhir sekali, saya akan membina satu lagi set soalan penuh, mungkin ramalan 3 tak lama lagi. Boleh tak Cg lama bantu saya semak set soalan sebelum dimuatnaik disini? Kira macam PROOFREADER. Boleh?

  24. Sifu2b, dalam legar soalan 1, tiada markah diberikan bagi catatan penutupan (baki h/b & bagi b/b) kerana baki-baki tersebut akan diberikan markah dalam imbangan duga (elak pemberiakan markah 2 kali bagi benda yang sama). Dalam Imbangan Duga markah akan diberikan 1/2 markah setiap satu baki akaun. Pemberian markah tidak bergantung kepada nilainya semata-mata, walaupun nilainya tidak sama dengan skima tetapi markah juga akan diberikan sekiranya nilai tersebut diambil daripada baki b/b dan akaun tersebut (memenuhi konsep Imbangan duga sebagai senarai baki-baki akaun, markah diberi bagi kemahiran konsep tersebut). Jadi adalah penting bagi pelajar menunjukkan baki b/b (walaupun akaun nominal) dalam lejar bagi mendapatkan markah ANGKA SENDIRI dalam imbangan duga nanti.

    Berkaitan dengan semak set soalan tu ok tak jadi masalah.

  25. Okay Cg Lama. thx. Perkara di atas semestinya BERITA BAIK untuk pelajar-pelajar saya. Saya akan maklumkan kpd mrk buka sklh nanti (terutama yang tak de internet). Adakah emel cg lama berikan melalui mesej adalah yang sebenarnya? Saya akan hubungi Cg lama melalui emel itu nanti.

  26. Sifu2b, ini email baru. cglama@gmail.com

  27. Okay, lupa nak tanya, adakah wajib untuk pelajar mengimbangkan SEMUA AKAUN dalam lejar, walaupun ia hanya mengandungi 1 item. Ambil contoh cadangan jawapan Modul 4 saya, saya Akaun premis, akaun perabot dan lain-lain saya biarkan tanpa diimbang. Adakah ia menjejaskan markah pelajar. Dan saya sebagai penyedia soalan dan jawapan, manakah pendekatan terbaik menyajikan skema jawapan. Cara dalam Modul 4 (dengan markah) atau cara dalam Modul 5 (tanpa markah), atau ada cadangan. Saya teringin sangat nak bina skema jawapan yang 99% menepati kehendak pemeriksa kerana ia satu kepuasan.

  28. Sifu2b, bagi tujuan penyedian skima adalah lebih baik imbang dan tutup semua akaun w/pun hanya ada 1 item. Cuma bagi tujuan teknik menjawab soalan SPM, jika hanya ada 1 item tidak perlu diimbang untuk menjimatkan masa (tidak menjejaskan markah). Jika ada lebih dari 1 item mesti diimbangkan, bagi mendapat markah angka sendiri dalam imbangan duga.

    Dalam penyediaan skima adalah perlu menyatakan markah yang diperolehi setiap satu (baki h/b dan baki b/b – baki imbangan TIDAK diberi markah, kerana ianya hanya kemahiran asas).

  29. Ok. sifu akan bina skima ikut panduan Cg Lama.

  30. Sifu2b, tarikh dalam LEJAR sememangnya penting. Tetapi dalam skop pemarkahan SPM dalam LEJAR tarikh diabaikan (tiada tarikh, butir dan jumlah betul dikira betul) ini kerana kemahiran yang hendak diuji ialah calon memahami konsep catatan bergu dan post ke lejar. Dalam BCP tarikh WAJIB ada untuk mendapatkan markah, kerana kemahiran yang diuji ialah mencatat sesuatu urusniaga dengan betul.

    W/bagaimanapun saya galakkan pelajar menulis tarikh pada lejar, ini bertujuan memudahkan pelajar membuat semakan jika berlaku kesilapan. Dan dalam penyediaan skima saya cadangkan dimasukkan tarikh. Sifu2b, dalam pemberian sesuatu markah ianya bergantung kepada apakah kemahiran2 yang hendak diuji.

  31. Maaf sifu2b, saya busy sbb Miri tuan rumah tilawah warga pendidik pgkt kebangsaan, bagi cara nak hantar soalan. Email sy ada problem. Sy ada koleksi soalan yang boleh dikongsi

  32. cg lama,
    jadi saya akn tetap diberikan markah walaupun tidak menulis tarikh pada lejar?
    saya sering tidak menulis tarikh dlm lejar sewaktu peperiksaan dan guru saya tetap akan memberikan markah.

  33. Ash07,
    Seperti yang telah saya terangkan di atas, dalam lejar TARIKH diabaikan (tak tulispun tak apa) asalkan BUTIR dan JUMLAH betul. Tetapi saya cadangkan tulis tarikhnya supaya memudahkan kita membuat semakan atau mengesan sebarang kesilapan.

    Dalam buku catatan pertama (ja, jk, bt) TARIKH, BUTIR DAN JUMLAH mesti betul baru diberi markah.

  34. Sifu, email baru saya nakamura_2551 di yahoo dot com dot my

  35. Okay hamidon, awk juga boleh emel terus kpd saya jika sudi di blogsifu2b at yahoo dot com

  36. Saya dah hantar set soalan percubaan saya last year. Tapi tak ada skima jawapan. InsyaAllah saya akah hantar beberapa soalan modul mengikut topik. S

  37. Anda juga boleh memuatturun soalan revisi hasil usaha komuniti TimesGuides.com. Kunjungilah lamanweb mereka untuk soalan revisi mata pelajaran lain.
    Soalan | Jawapan

  38. mmg best website nie!!!
    thanx sifu!!!

    smua soalan n jwapan yg brguna..
    smoga rmai plajar bleh brjaya dri site nie!!!
    thanx!!!

  39. thanx sifu2b,, Saya akan menggunakan blog ini sebagai bahan latihan alternatif untuk mendapat prinsip perakaunan A1 pada SPM 2007 nanti,, Insya-Allah,,

  40. mudah-mudahan Teenchld akan mencapai kecemerlangan 1A itu. Amin

  41. saya kagum dengan usaha anda.terima kasih kerana membantu dari segi soalan. teringin nk join share soalan spm.tapi scanner tak dak lagi .insya Allah saya akan usaha.

  42. Terima kasih. Ya Cikgu, saya akan sentiasa menunggu perkongsian itu. Kalau soalan sekolah cikgu sendiri, adakah cikgu gunakan perisian? Jika ya, cikgu juga boleh menghantar terus dlm bentuk fail itu, dan saya akan uruskan pempakejan ke fail PDF.

  43. askum…cikgu sy tak mahir lg dgn dokumen..sy tak thu mcm mn nk wt..

  44. Hai Sifu…do you have email address? hope to hear from you soon. thanks.

  45. Yes HJ, its blogsifu2b at yahoo dot com. Sori for the emel address, hoping to prevent any e-mail harvester catch my email and spam me.

  46. hai sifu…memang best laman webste nie..tahniah sifu,ianya memang berkesan..dan saya harap kan sifu,sifu boleh bantu saya dalam prinsip perakaunan nie,kalau2 ada berita yang etrbaru san soalan yang penting hantarlah ka e-mail saya k…saya xde internet kt umah..terima kasih sifu..

  47. Syazana surf dari mana?

  48. mane soalan ramalan akaun?

  49. Izzah ramalan tak de dah. Tapi soalan-soalan percubaan yang ada itulah sebenarnya ramalan bagi tahun 2007.

  50. akaun yuran pnting untuk tahun ni kan?

  51. Anggap aje penting, dan studi. Ada banyak masa lagi…

  52. kalau slah ltak debit kredit dalam lembaran kerja,banyak ke mrkah hilang?

  53. Izzah, bergantung kpd soalan, tapi banyak juga tu. Kalau dah salah debit sedangkan item itu sepatutnya dikreditkan, maka item tu automatik salah.

  54. Tahniah kepada sifu pencipta halaman ini. saya baru sedar ada blog ini dan 2 malam sudah saya sibuk dan menghabiskan masa di sini. sangat bermanfaat rasanya. keep up the good job.

  55. Erissa, terima kasih kerana melawat blog ini. Sifu berusaha menambah baik, mana yang perlu.

  56. Simpanan tetap merupakan aset bukan semasa atau aset semasa ????

  57. Xxx,
    Kami pernah membincangkan perkara ini di tempat lain. Sila baca dan ikuti semua perbincangan berkaitan di sini

  58. blh tak tunjukan soalan ramalan spm 06 n 07 untuk pelajar yg ambil jurusan kejuruteraan???!!

  59. sifu nadya nk mtk soaln spm akaun dr 2000 – 2007..

  60. cikgu, saya sudah lihat contoh soalan penataran baru kerana guru saya ada beri satu soalan untuk kami buat latihan. salah satu contoh soalan adalah gabungan ak kawalan, penyata modal akhir dan penyata untung rugi. saya pernah tanya sebvelum ini tentang bagaimana ak kawalan boleh ditanya sebagai soalan no 2 k2. selepas membuat latihan tersebut, saya dapati ia tiada kaitan dalam usaha untuk mencari untung bersih. hanya untuk menambahkan soalan tersebut menjadi begitu panjang sehingga mendapat 25 mkh. akhirnya soalan tersebut lebih kepada rekod tak lengkap je. bagaimana pendapat cikgu? tq

  61. Shafiq,
    Soalan itu memang soalan untuk Rekod tak Lengkap. Salah satu kaedah mencari maklumat yang TAK LENGKAP itu ialah dengan menggunakan kemahiran menyediakan AKAUN KAWALAN. Sifu fikir ia akan menjadi soalan favorite utk tahun 2009 kerana ia menguji banyak perkara, sekaligus mudah menilai keupayaan sebenar calon SPM. Soalan khusus HANYA untuk Akaun kawalan sudah agak lama tidak disoal dalam SPM, tetapi jika ia keluar maka sebenarnya ia mudah. Sifu cadangkan Shafiq mahirkan diri dengan menjawab soalan daripada buku teks, baru kemudian mencari soalan SPM sebenar dari tahun-tahun terdahulu, mungkin tahun 2000 ke bawah. Jika tidak ada pun tidak mengapa kerana sifu dapati kebanyakan soalan latihan untuk bab akaun kawalan sememangnya mudah didapati dari dari buku-buku latih tubi yang terdapat di pasaran.

  62. sifu, saya takde masalah dengan soalan ak kawalan. ianya memang senang jika tahu masukkan item debit dan kredit. soalan rekod tak lengkap kadang-kadang mengelirukan. adakah maklumat seperti ambilan dan modal tambahan mesti dimasukkan dalam maklumat tambahan supaya membolehkan pelajar mencari untung atau rugi bersih menggunakan format bentuk penyata? saya jadi keliru bila berlaku ambilan wang tunai dan bank. bagaimanakah kita akan tahu mana akaun pada tarikh 31 dis akan melibatkan pelarasan dan mana yang tidak?( iaitu bila kita nak sediakan penyata modal akhir) guru saya beritahu jangan kacau akaun tunai atau bank jika ada ambilan wang. pelarasan tersebut hanya untuk beritahu jumlah ambilan sahaja supaya boleh dimasukkan dalam penyata mengira untung bersih. adakah maklumat tersebut betul? harap sifu dapat jelaskan. tq

  63. sifu, saya ingin bertanya tntng tajuk dokumen. ramai kawan yang pergi tusyen diajar oleh guru mereka suoaya menyediakan jurnal dahulu kemudian lejar. selepas menandakan jenis-jenis jurnal yang perlu dibuat, mereka akan pilih2 dulu dokumen yang berkaitan dengan satu2 jurnal. contohnya jika mereka sdg membuat jurnal jualan, mereka akan cari semua dokumen yang ada kaitan dgn jurnal tersebut. kemudian jika mereka membuat buku tunai, mereka akan cari semua dokumen yang ada kaitan dgn BT tersebut. adakah itu cara yang betul dan cepat? saya masih mencari cara yang cepat dan senang utk menjawab soalan dokumen. harap sifu dapat membantu kerana tak lama lagi saya akan mengambil trial exam. tq

  64. Mozzaid,
    Cara itu boleh diterima tetapi tidak semestinya terpantas. Sifu pula mengajar anak murid supaya lakukan semua aktiviti catatan ke jurnal itu mengikut urutan Dokumen terus. Sifu tak ajar mereka supaya buat dulu catatan JA,JJ,JB, BT dan sebagainya bagi setiap dokumen kerana sifu berasakan ia tidak praktikal, tidak menggambarkan kemahiran di dunia sebenar, dan boleh mengakibatkan pelajar menghafal sahaja. Sifu sendiri ada masalah menghadapi pelajar yang berguru dengan sifu di sekolah dan kemudian turut mengikuti kelas tuisyen yang diajar oleh individu lain. kerap kali anak murid sifu yang turut mengikuti tuisyen tersebut akan menjadi keliru kerana teknik dua guru yang berbeza. Sifu lebih mengutamakan pendekatan ‘IKUT URUTAN DOKUMEN’. Jika Dok1 ke BT, maka pelajar harus catat terus ke BT. kemudian teruskan ke dok2. Jika Dok2 masih BT, maka terus catat ke BT. teruskan ke Dok3. Jika dok3 itu ke JJ, maka pelajar harus sisihkan ke tepi BT, dan sediakan kertas JJ, dan catat urusniaga di JJ. Kemudian teruskan ke dok4. Katakan dok4 adalah urus niaga Nota Kredit (salinan), maka pelajar sisihkan JJ, dan buat pula JPJ. dan begitulah seterusnya. Sifu ajar itu secara konsisten sejak mereka T4 sehinggalah ke sesi ulangkaji pantas di T5. Selepas selesai semua BUKU CATATAN PERTAMA (BCP), barulah pelajar akan postkan semua catatan ke lejar. Sifu akan ajar pelajar ikut urutan ini:
    a. Mula Catatan Pembukaan dalam Jurnal Am – Ini akan menyebabkan pelajar mesti buat catatan modal atau baki b/b ke dalam Buku Tunai DAN beberapa akaun dalam Lejar Am, TERMASUKLAH AKAUN MODAL.
    b. Sisihkan JA buat sementara, dan mulakan dengan Buku Tunai di sebelah Debit – poskan ke lejar am dan lejar khas di sebelah kredit akaun-akaun berkenaan
    c. Buku Tunai di sebelah Kredit – poskan ke lejar am dan lejar khas di sebelah debit akaun-akaun berkenaan
    d. Sisihkan BT kerana dah selesai dan mulakan dengan Jurnal Khas
    e. Pos urus niaga dalam Jurnal Belian atau Jurnal Jualan – mana yang terletak di atas.
    Katalah pelajar itu mulakan dengan Jurnal Jualan – poskan nilai “AKAUN JUALAN” ke sebelah kredit Akaun Jualan dalam Lejar Am; kemudian semua item penghutang ke akaun masing-masing di sebelah debitnya.
    f. Selepas itu poskan urusniaga dari Jurnal Belian pula – pos nilai “AKAUN BELIAN” ke sebelah debit Akaun Belian dalam Lejar Am; kemudian semua item pemiutang ke akaun masing-masing di sebelah kreditnya.
    g. Teruskan dengan Jurnal Pulangan Jualan – poskan nilai “AKAUN PULANGAN JUALAN” ke sebelah debit Akaun Pulangan Jualan dalam lejar Am; kemudian semua item penghutang tadi ke akaun berkenaan di sebelah kreditnya.
    h. Teruskan dengan Jurnal Pulangan Belian – poskan nilai “AKAUN PULANGAN BELIAN” ke sebelah kredit Akaun Pulangan Belian dalam lejar Am; kemudian semua item pemiutang tadi ke akaun berkenaan di sebelah debitnya.
    i. AKhir sekali, kembali ke JURNAL AM untuk urus niaga lain selepas catatan pembukaan tadi. Selalunya dalam SPM akan ada 1 ctatan bergu JA, dan maksimum 2 catatan bergu JA. Arahan sifu mudah, jika Item itu debit, maka catatlah ke DEBIT akaun berkenaan, begitu pula sebaliknya.

    Begitulah lebih kurang ‘agenda SIFU’ dalam hal pengeposan ke lejar. Selebihnya sifu yakin anda dah tahu, penyediaan imbangan duga.

    Pelajar yang mahir akan dapat jawab dengan pantas dalam lingkungan 45 minit. Pelajar yang kurang pantas akan dapat selesaikan jawapan dalam tempoh 60-70 minit, ada betul semua dan ada juga yang dengan sedikit kesalahan. Walau bagaimanapun ia amat bergantung kepada prestasi pelajar itu sendiri dan kemahiran yang ia telah berjaya pupuk. Sifu melihat pendekatan ini lebih baik.

    Tetapi jika pelajar dah terbiasa dengan kaedah yang Mozzaid sebut tadi, sebenarnya tidak ada masalah juga. Cuma lagi sifu khuatir pelajar sebegini akan alami kekeliruan terutamanya jika guru yang mengajar menggunakan kaedah pengajaran HAFALAN. Sifu tak galakkan kaedah menghafal, kerana ia akan menyebabkan pelajar HANYA TAHU, DAN INGATAN SEMENTARA. Pengalaman sifu mendapati sebahagian pelajar sebegini akan lupa!

    Apa-apapun itu pandangan sifu, dari segi persediaan SPM teknk di sekolah tuisyen itu SEMEMANGNYA membantu pelajar lemah utk lulus exam, tapi tak semestinya menjadikan mereka mahir simpan kira sebenar yang dikehendaki dalam dunia perniagaan. Itu saja kekhuatiran sifu. Utk pengetahuan, sifu pernah mengajar teknik sedemikian tetapi sifu dah abaikan sejak 4 tahun lepas.

    BAGAIMANA MENCIPTA TEKNIK PANTAS?
    Sifu boleh cadangkan sebegini,
    1. Analisis Dokumen satu persatu, tapi bukan semuanya. Analisis dokumen 1 dahulu dan lengkapkan BCP terus.
    1a. Apakah jenis dokumen ini?
    1b. Dari siapa dan kepada siapa? Fokus kepada di mana nama syarikat anda. Jika NAMA SYARIKAT anda tertulis di atas sekali dokumen maknya dokumen itu DARI ANDA SENDIRI, sebaliknya dari pihak luar.
    1c. BCP mana nak gunakan? Tanya diri anda apa urus niaga ini, tunai, cek atau hutang, jika tunai atau cek sudah pasti ke Buku Tunai. Sebaliknya pasti ke ke BCP lain (JJ,JB,JPJ,JPB,JA) – mengingati fungsi Nota debit, nota kredit, makluman debit, makluman kredit, memo dan sebagainya amat penting.
    1d. Debit atau kredit
    1e. Berapa nilainya

    Soalan ini akan diulang bagi 12-16 dokumen dalam SPM. Semakin anda praktis, semakin cepat anda berfikir dan buat keputusan. Selebihnya hanyalah MATEMATIK, campur, tolak.

    Harap Mozzaid dapat memahami maksud sifu di atas walaupun dalam keadaan kekangan sebegini, iaitu sifu menulis dalam ruangan komen. Cuba dulu okay.

  65. t.kasih sifu. penerangan sifu sgt membntu. sya setuju 100% dgn cara sifu sebab ia sama dgn cara yang diajar oleh guru saya. saya akan banyakkan latihan guna teknik pantas tersebut. saya hrp kawan-kawan lain ikut cara sifu kerana ia bukan sahaja boleh membantu kita jwb soalan dokumen dgn sng tetapi juga ia akan berguna nanti apabila kita bekerja sebab kita sudah membiasakan diri membuat kerja akaun secara sistematik, teliti dan tepat. t. kasih sifu.

  66. Mozzaid,
    sama-sama. Gembira kerana dapat membantu anda.

  67. sifu, saya masih lagi belum menrima jawapan sifu tntg rekod tak lengkap yang saya hntr pd sept 7 lalu. harap sifu dapat memberikan penjelasan dgn segera kerana saya akan menghadapi kertas pak trial pada selasa depan. t.kasih

  68. Shafiq,
    soalan mana tu? Tak ada pun? Sifu tak perasan ada soalan ttg RTL. Oh yang sebelum Mozzaid.

    Ianya bergantung kepada bentuk soalan yang disediakan. Ambilan adalah item KKK yang akan ditulis di dalam Ekuiti Pemilik. So, kalau maklumat tambahan beri ambilan yang belum diambil kira sebelum ini, maka pelarasan mesti dibuat dahulu, sama seperti soalan dalam Penyata Pendapatan. Jika hanya dimaklumkan dalam Imbangan duga, maka pelarasan tak perlu dibuat, hanya laporkan dalam KKK. Ambilan tunai di tangan/tunai dlm bank jika diberi dalam maklumat tambahan pada akhir tempoh yang belum dilaporkan sebelum ini, maka pelarasan terhadap tunai atau bank, dan mesti dilaporkan dalam KKK dalam EP, manakala Akaun Tunai/Bank adalah baki yang baru selepas ambilan. Sekali lagi, jika ambilan tunai itu telah diambil kira, maka tak boleh lagi ada pelarasan.

  69. boleh tak saye nak dapatkan kertas trial spm 2008 pelajaran yg asas.

  70. Fatyn91,
    Maaf sifu tak ada soalan subjek teras.

  71. nak soalan2 ramalan spm mata pelajaran ekonomi,sejarah,sains

  72. nak minta nasihat tentang keputusan spm saya yang baru dapat nie boleh?????

  73. site ni untk kertas soalan acc je ke?
    saye science stream and xambil acc.
    so,xde soalan utk subjek science ke?
    ape pun,terime kasih bnyk2 =)

  74. salam.saya nak tahu jika saya adalah pelajar aliran sains yang akan mengambil spm 2009 adakah saya masih boleh memilih mengambil m/p akaun sebagai subjek tambahan, adakah penetapan cuma 10 m/p telah diputuskan sebenar-benarnya. saya dalam dilema samada nak drop atau tidak.

  75. maaf bukan spm 2009 tapi pada 2010, sekarang saya ditingkatan 4. hehe. tolong ya sifu explain tentang ketetapan 10 m/p adakah melibatkan saya atau bermula dengan pelajar form 4 pada tahun 2010.

  76. Suraya,
    ketetapan itu walaupun telah dimaklumkan dalam media massa, belum lagi dikuatkuasakan selagi arahan rasmi tidak dikeluarkan. Oleh itu semua sekolah sedang menunggu surat pekeliling dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Selagi tidak ada pekeliling, tidak akan ada guru yang berani berhenti mengajar. Oleh itu awak seharusnya masih terus belajar subjek tambahan tersebut. Kita semua tunggu dan lihat.

  77. Salam sifu…

    Saya calon STPM 2009..memang nak ikutkan saya ni memang tersesat sikit soalan coz nak mintak tolong sifu macam mana saya nak dapatkan kertas soalan Usuluddin STPM/ analisis soalan usuluddin STPM 2005-2008?
    Saya ni calon persendirian untuk subjek Usuluddin STPM dkt sek..bahan bacaan saya dah dptkan dekat kedai cuma teknik menjawab soalan blum didedahkan lagi.. saya dah cuba cari kat internet tapi tak dapat..

    Jadi sifu leh tak dptkan website/guru2/sekolah yg leh saya contact utk dapatkan info??

    Plz sifu…urgent sangat coz exam stpm pun nak dkt…
    TQQQ!!!

  78. Nadiah,
    Minta maaflah banyak-banyak. Di sekolah tempat sifu bertugas tidak ada subjek ini ditawarkan dan sifu juga belum ada rakan guru dari kalangan guru yang mengajar subjek ini. Sifu juga belum pernah jumpa web/blog untuk subjek ini. Tak dapat sifu nak tolong buat masa ini.

  79. ooo..xper sifu.TQ

  80. ok sifu..TQ 🙂

  81. nk belajar

  82. nk soalan ramalan spm

  83. Fyza,
    Gunakanlah soalan-soalan percubaan tahun ini sebagai soalan ramalan.

  84. Salam cgu sifu..Sy Mohd Sulaiman..sy ign mncari bhn2/nota2 SPM Prinsip Akaun..dmna ka sy perlu mcarinya??…skrg sy blajar d UiTM,n mgambil Sains Pengursan Seni Culinary yg mna menuntut sy utk blajar prinsip peraukanan..pd sy,sgt susa bljr akaun kerana sy tidak mempunyai basic akaun tym SPM dlu,sy mgambil subjek eko…

Tinggalkan komen