Monthly Archives: Mei 2014

Penetapan Kiraan Meritokrasi penentu peluang belajar di IPTA dan Politeknik

Saya tak tulis artikel di bawah ini. Saya petik sebab isinya amat sesuai untuk menerangkan isu ini. Baik, sila baca salinan artikel di bawah. Pautan sebenar di sini.

=—————————————-

Kenapa ada pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik tetapi gagal mendapat tempat di IPTA

Ada beberapa kes yang telah dirujuk kepada saya tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, saya telah membuat analisa terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

Keputusan SPM yang diperolehi 2 calon (contoh kes sebenar)

meritokrasi_01
Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
– Digunakan sebagai benchmark
– Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain

Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan

Pengiraan merit

 Sebagai Perbandingan dan Panduan

meritokrasi_02

  • Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
  • Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
  • Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah

  • Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
  • Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat

Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM

Andaian Salah oleh pelajar

Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut

  • Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
  • Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
  • Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA

Rumusan dan panduan

  1. Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
    1. Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
    2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain 
  2. Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
  3. Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.

 

BORANG KIRAAN MANUAL MERITOKRASI BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM PELAJAR: MUATTURUN SINI.

KETERANGAN LANJUT PENGIRAAN MERITOKRASI YANG MENJADI SYARAT MENCARI ‘BEST OF THE BEST’ : Baca di sini (akan buka paparan baru)

 

Advertisements

Bahan Kerja Kursus Projek Kertas 3 April 2014 Prinsip Perakaunan SPM #2

PERKARA : ANALISIS NISBAH

Sifu mencadangkan anda ringkaskan dahulu maklumat dari Kunci Kira-kira yang diberi serta maklumat baki di 3(a) (muka surat 3) untuk bulan Mac 2014.

Maklumat untuk bulan April 2014 pula boleh diperoleh setelah anda menyiapkan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Berikut adalah contoh jadual ringkasan data untuk analisis nisbah:

 

PERKARA MAC APRIL
ASET BUKAN SEMASA
ASET SEMASA
JUMLAH ASET
LIABILITI BUKAN SEMASA
LIABILITI SEMASA
JUMLAH LIABILITI
JUALAN BERSIH
KOS JUALAN
UNTUNG KASAR JB- KJ
UNTUNG BERSIH
EKUITI PEMILIK
MODAL
AKAUN SEMASA
STOK AWAL ?? – tiada
STOK AKHIR
PENGHUTANG
PEMIUTANG
JUALAN KREDIT ? – tiada dari JJ
BELIAN KREDIT ? – tiada dari JB

Walau bagaimanapun, janganlah anda risau. LPM menetapkan pelajar hanya perlu menyediakan analisis nisbah satu sahaja bagi setiap jenis analisis. Ini bermakna pelajar hanya perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 gerak kerja analisis laporan kewangan. Tetapi lagi banyak lagi baik.

Berdasarkan pengiraan sifu, ianya memang mudah dan mampu disediakan oleh pelajar. Sila rujuk buku teks, topik 15.2 bermula di muka surat 526.

Sifu dapati semua pelajar akan memperoleh jawapan yang sama untuk bulan Mac.  Untuk memudahkan anda, sifu dapati nisbah yang tidak boleh dihitung bagi bulan Mac 2014 ialah :

1. Tempoh kutipan purata, dan

2. Tempoh pembayaran purata.

Kedua-duanya adalah kiraan untuk analisis kecekapan.

Keempat-empat Analisis Keberuntungan dan ketiga-tiga Kecairan boleh dilakukan oleh murid tanpa masalah. Ingat, rujuk buku teks untuk formula yang berkaitan, jika sudah terlupa.