Category Archives: akaun

Youtube Channel Subjek Prinsip Perakaunan Terbaharu

Salam semua.

Hanya sekadar nak maklumkan yang saya dah mula semula menghasilkan bahan video dalam saluran digital Youtube.

Jika anda mencari-cari video prinsip perakaunan oleh sifu2b, silalah layari channel ini.

Cikgu Rithuwan ‘Sifu2b’ Prinsip Akaun

Channel ini adalah saluran baharu yang diwujudkan dalam tahun 2020 ini, lebih tepat lagi dalam bulan Julai 2020, setelah sekolah dibenar buka semula.

Banyak perkara yang dialami sepanjang PKP yang baru lalu, dan perlu direnungi oleh semua orang termasuklah saya.

Pendek cerita, saya pun gagahkan diri, turut serta memulakan inisiatif bersama-sama beribu orang guru yang baru mula (ada yang mula semula) menghasilkan bahan PDP digital di bawah platform Youtube, mengikut keupayaan masing-masing. Saya dan beribu orang guru telah mengikut inisiatif e-didik dan Akademi Youtuber Guru Malaysia bersama-sama belajar dan meningkatkan ilmu tentang

Jemputlah ke channel baru saya dan sudikanlah subscribe dan like mana-mana video yang saya sudah muatnaik. InsyaAllah, idea2 lain sedang diperhalusi untuk dijadikan bahan video.

Misalnya, video ini (sila klik), menyentuh secara ringkas dan cepat tentang perbezaan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar.

Atau video simulasi perniagaan ini, yang mengajak murid bermain permainan android untuk memahamkan murid proses catatan perniagaan. Tetapi video ini disiarkan semasa arahan PDPJJ (PKP-Jun 2020) di akaun youtube lama saya, tapi masih boleh diakses.

Sekian dulu kita jumpa lagi, insyaAllah.

Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2011

Seperti mana semua guru Prinsip Perakaunan SPM dah sedia maklum, pelajar-pelajar T4 2010 yang mengikuti kelas Prinsip Perakaunan diwajibkan untuk menduduki 3 kertas peperiksaan SPM 2011.

Kertas 3 adalah format pentaksiran terbaru yang diperkenalkan oleh LPM, selaras dengan objektif KPM untuk memperluaskan penilaian dan pentaksiran akademik murid berasaskan sekolah.

Semua pelajar PAK akan mula menjalankan tugasan 1 (T4) mulai 1 Ogos 2010 dan akan disiapkan dalam tempoh 8 minggu persekolahan. Dengan kata lain, ia tidak termasuk cuti gantian bersempena Hari Raya dan cuti pertengahan semester 2.

Berikut adalah petikan Link dari Laman sesawang Rasmi KPM:

3756/3 : Prinsip Perakaunan E-mail
Kerja Kursus dan Projek SPM
Kod 3756/3
Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan
Format Pentaksiran Muat Turun Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011
Panduan Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010)
Tugasan Muat Turun Tugasan Projek
Perisian Muat Turun Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3
Last Updated ( Friday, 30 July 2010 )

Penerangan lanjut, sila hubungi guru-guru PAK yang berdekatan dengan anda.

Anda boleh juga membaca post terbaru saya mengenai kertas 3 dan klik di atas menu KERTAS 3 untuk maklumat lain.

TAMBAHAN : Item Contoh Kertas 3 boleh diperoleh dari blog Cg Narzuki di sini.

16/03/2011 – Saya sedang berusaha menulis sebuah buku lengkap termasuk penggunaan perisian komputer untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Baca mengenainya dipautan ini.

Prinsip Perakaunan

Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat pada asasnya memberi peluang kepada pelajar mempelajari simpan kira. Bersesuaian dengan keperluan industri, pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan empat diandaikan mampu menyediakan akaun-akaun di dalam buku catatan pertama, diposkan ke lejar, membuat beberapa pelarasan rutin tahunan, dan menyediakan laporan kewangan. Jika para pelajar menghayati proses pembelajaran dalam tingkatan empat, tidak mustahil pelajar ini mampu menjadi kerani akaun yang cekap.

Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima pula tertumpu kepada beberapa kemahiran asas berkaitan dengan perakaunan kewangan. Sebagai contoh belanjawan tunai didedahkan dalam tahun ini. Selain dari itu, pelajar juga didedahkan penyediaan akaun perniagaan perkongsian. Ini membolehkan pelajar, jika bekerja kelak, dapat memahami tugas mereka sebagai kerani atau pembantu pegawai akaun dengan lebih baik lagi dalam perniagaan perkongsian seperti firma guaman, firma perniagaan lain, dan sebagainya. Walaupun pendedahan tentang kemahiran itu tidaklah diberikan sepenuhnya berbanding jika pelajar mengambil LCCI secara langsung, tetapi sifu percaya ianya memadai bagi pekerja baru itu membiasakan diri dengan kerjaya berkaitan perakaunan.

Oleh itu, sifu ingin mengajak pelajar-pelajar yang sedang berada di sekolah dan mengambil subjek ini sebagai mata pelajaran elektif pilihan mereka, belajarlah prinsip perakaunan dengan jiwa terbuka, seronok, peka, rajin melakukan latih tubi dan semua nilai-nilai positif pelajar. Prinsip perakaunan bukan hanya sebagai satu mata pelajaran, tetapi ia juga satu kemahiran langsung yang diajar di sekolah secara percuma.

Pembelajaran yang seronok boleh dicipta sendiri oleh pelajar, atau bersama-sama dengan rakan dan guru anda sendiri. Sesiapa yang melawati blog prinsip perakaunan ini sudah tentu mempunyai keazaman yang setanding dengan wawasan diri kalian. Ia seumpama projek elearning atau epembelajaran (e-pembelajaran).

Kepada bakal calon SPM 2008, ketahuilah penguasaan kemahiran dalam tingkatan empat sangat relevan dan anda masih perlu menguasainya. Selamat maju jaya.