Monthly Archives: Mac 2008

Bagaimana melanjutkan pelajaran selepas SPM

Nah, bagaimana keputusan SPM anda keseluruhannya? Baguslah. Ini bermakna anda pelajar bijak dan sudah diiktiraf melalui keputusan yang baru lalu. Jadi sekarang apakah perancangan anda? Kepada sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi maka sifu bolehlah cadangkan laluan ini:

Permohonan masuk ke peringkat ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dan MARA – tarikh tutup 18 Mac 2008. Tapi hanya calon yang cemerlang 1A atau 2A semua subjek.

Permohonan masuk ke peringkat diploma atau asasi undang-undang di IPTA

Permohonan masuk ke peringkat diploma di politeknik (nota:mesti menggunakan pelayar Internet Explorer 6 ke atas, tapi kenapa ya sedangkan IE kurang selamat berbanding Firefox, fikir-fikir-fikir)

Permohonan masuk ke matrikulasi KPM

Permohonan masuk ke program Asasi Sains Universiti Malaya (termasuk program persediaan khas kemasukan Universiti Jepun) – permohonan melalui MOHE tidak seperti dulu melalui bahagian matrikulasi KPM

Permohonan masuk automatik bagi yang layak ke tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah (ke peringkat STPM) – semakan akan dibuka kemudian di pautan ini.
Rujukan maklumat syarat masuk T6 spt dalam web JPJohor (diterimapakai seluruh negara).

Permohonan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) , dikenali juga dengan singkatan PISMP Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang berjaya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah perguruan di IPTA ditetapkan. Keutamaan pelajar cemerlang yang berminat. (edit 140308-0745, terima kasih En. Bilik Sebelah di atas peringatan itu)

Tambahan (21/3/08) : Permohonan mengikuti Program Pra-Diploma UiTM (2 jenis: pra-diploma sains dan pra-diploma perdagangan) – tarikh tutup 25 Mac 2008. Baca juga syarat minimum. Tetapi terbuka hanya kepada calon bumiputera. Bagi pra-perdagangan, keutamaan ialah calon dari Sabah dan Sarawak sahaja. [Terima kasih Dyanadileme, sifu langsung terlupa pasal peluang ini]

Jika berkesanggupan dari segi kewangan dan persetujuan keluarga, pelajar juga boleh memohon masuk ke kolej dan universiti swasta (IPTS) yang banyak di Malaysia. Antaranya ialah Multimedia College atau Multimedia University (MMU) milik Telekom Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Inti College, dan sebagainya.

Ketika memohon melalui lamanweb MOHE, anda juga mestilah membaca semua fail PDF yang disediakan oleh universiti masing-masing sebelum membuat keputusan apakah penawaran program baik dan sesuai dengan anda. Anda juga mesti menyedari bahawan permohonan itu mempunyai kategori A, B, C dan D. Pastikan anda mengetahui anda dalam kategori apa. Masalah kewangan? Sifu galakkan anda semua memohon biasiswa JPA bagi pemohon IPT dalam negara. Baca dengan teliti semua syarat dan keperluan permohonan. Jangan sekali-kali malu memohon. Usaha dahulu, fikirkan kemudian sama ada diterima atau tidak. Ada rezeki adalah biasiswa itu. Tapi yang pastinya , hanya calon terbaik akan ditawarkan biasiswa oleh JPA. Selain dari itu, pelajar juga masih boleh memohon pinjaman PTPTN selagi memenuhi syarat ditetapkan. Sifu ada terjumpa lamanweb tentang biasiswa di Malaysia, http://www.malaysia-scholarship.com/ . Anda digalakkan melawat lamanweb tersebut tetapi sifu tidak dapat bertanggungjawab jika maklumat diberikan di dalam lamanweb itu bertentangan dengan maklumat rasmi. Gunakan maklumat di malaysia-scholarship.com dengan hemat dan kebijaksanaan pelajar sendiri. Use at your own discretion.

Diharap pos ini akan dapat membantu anda.

Prestasi Prinsip Perakaunan SPM 2007 anak didik

Sifu tertanya-tanya keputusan SPM anak-anak didik. Bagaimana dengan prestasi mereka dalam semua subjek, khususnya Prinsip Perakaunan. Di sekolah sifu bertugas menyusun kerusi meja untuk memudahkan proses agihan slip keputusan pelajar-pelajar. Selepas itu sifu bebas bergaul dan berbual dengan pelajar.

Dari laporan analisis SPM yang sempat disalin ketika dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran 1, inilah prestasi anak didik sifu (2 kelas). Pendek kata, memberangsangkan!

Bilangan calon Prinsip Perakaunan SPM ialah 53 orang.

1A – 12 org, 2A – 5 org
3B – 4 org, 4B – 10 org
5C -6 org, 6C – 6 org
7D – 5 org, 8E – 4 org
9F – 1 org sahaja

Sungguh malang, hanya 1 orang yang gagal. Adakah sifu sudah gagal sebagai guru? Sifu sendiri kurang pasti, tetapi perasaan kesal tetap ada kerana adanya pelajar yang gagal subjek prinsip perakaunan ini. Sifu sayangkan kesemua 53 orang pelajar dan dalam sanubari sifu tidak sepatutnya ada yang tertinggal jauh di belakang.

Moto sifu ialah “NO ONE LEFT BEHIND” yang bermakna tiada sesiapa akan dibiarkan tertinggal, kecundang ataupun gagal. Kami, pelajar-pelajar dan sifu sendiri, telah sama-sama berganding bahu berusaha mencemerlangkan kumpulan pelajar tahun 2006/07 dan hasilnya adalah seperti yang anda boleh lihat di atas. Dua tahun sifu bersama mereka sebagai guru, mentor, jurulatih, motivator, strategis, perancang, dan sebagai bapa mereka.

Daripada 53 orang calon, 43 orang mencapai tahap kepujian dan ke atas. To be honest, they deserved it. They worked hard, follow all my adviced and my teaching, which is a blessing. Sifu sungguh bertuah mendapat kumpulan pelajar yang bermotivasi untuk mencemerlangkan diri masing-masing. Kegembiraan jelas terpapar di wajah mereka. Ada yang menangis kegembiraan kerana bukan sahaja mendapat 1A dalam subjek PAK, tetapi juga subjek lain. Sifu sendiri terharu dengan ucapan terima kasih mereka kepada sifu. Siapalah sifu ini, tanpa kesungguhan dan ketekunan mereka sebagai pelajar, mungkin sifu sendiri akan kehilangan motivasi mengajar. Hati sifu juga tersentuh apabila ada juga pelajar yang lebih kerap lulus dalam peperiksaan di sekolah, dengan usahanya yang gigih, telah mendapat tahap kepujian 6C, ada yang 5C dan ada yang lebih baik dari itu.

Sudah tentu semua ini adalah atas izin Allah swt jua yang membuka hati dan melapangkan dada anak-anak bimbingan sifu dan memudahkan sifu memahamkan mereka.

Kepada yang berjaya terimalah ucapan tahniah dari sifu, kepada yang kecundang atau gagal, maafkan sifu kerana telah gagal mengangkat prestasi dan membangkitkan motivasi anda. Tetapi sedarlah kegagalan kali ini tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kerap kali pengajaran sebegini lebih baik kepada individu yang berani mengakui kelemahan sendiri dan bangkit membuat perubahan diri.

JANGAN LUPA KEMAS KINI permohonan online anda, matrikulasi atau diploma. I love you all.

Sifu juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. Secara tak langsung kehadiran dan komen-komen anda membangkitkan motivasi sifu sebagai guru yang kemudiannya diterjemahkan di dalam kelas. Sifu sangat berharap motivasi diri ini akan berterusan, yang tentunya dengan bantuan dan sokongan anda semua, baik guru mahupun pelajar-pelajar sekolah lain. Kehadiran kita di dunia maya pastinya dengan matlamat yang sama iaitu memberi ruang dan peluang anak-anak murid kita berjaya dalam bidang perakaunan yang kita minati ini.

Sekian, terima kasih.

Keputusan STPM pada 11 Mac 2008

AMARAN : INI ADALAH ARTIKEL TAHUN LEPAS, TAHUN 2008. TAK CAYA? BACA TAJUK ARTIKEL INI DENGAN TELITI SERTA KANDUNGANNYA.

Keputusan STPM akan diumumkan awal sehari berbanding keputusan SPM. Kebiasaannya STPM hanya akan menyusul beberapa hari selepas SPM diumumkan, maka pengumuman kelmarin suatu yang mengejutkan. Petang khamis semalam, sifu baru sahaja selesai menghadiri taklimat persediaan penyerahan keputusan SPM yang akan dilangsungkan pada hari rabu minggu hadapan. Agenda kami tidak langsung menyebut STPM, mungkin kerana tiada pengumuman susulan, maka kami mengandaikan ia hanya akan diumumkan pada minggu berikutnya. Tetapi tak apa, sebagai kakitangan yang berpengalaman, perkara sebegini suatu perkara mudah kepada guru-guru. Apa yang perlu sifu buat ialah turut hadir pada tarikh 11 Mac itu, dan jika diperlukan akan menyumbang tenaga membuat persiapan.

Pelajar-pelajar bolehlah mengetahui keputusan mereka melalui perkhidmatan SMS yang disediakan.

Semak melalui SMS : taip STPM><No. K/P dan hantar ke 39003
On-Line : www.mpm.edu.my [semakan langsung online di sini]
mulai jam 12:00 tengah hari, 11 Mac 2008

Selamat berjaya kepada anak-anak murid kami.

Keputusan SPM dan STAM pada 12 Mac 2008

AMARAN : INI ADALAH ARTIKEL TULISAN TAHUN 2008!!! TAK CAYA? BACA TAJUK

Berita terkini, keputusan SPM dan STAM akan diumumkan pada 12 Mac 2008, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Oleh itu semua pelajar SPM dan STAM bersedialah dan bergembiralah dengan keputusan yang bakal diketahui. Sifu sendiri bagaimana? Sudah tentu mengharapkan kejayaan anak didik dalam subjek Prinsip Perakaunan. Mudah-mudahan usaha 2 tahun mereka dapat diraih dengan jayanya. Amiin.

Petikan berita seperti berikut:

KUALA LUMPUR 3 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007 akan diumumkan pada 12 Mac ini bermula pukul 10 pagi.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom memberitahu, calon persendirian boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui pos yang akan dihantar oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing.

Katanya, seramai 439,255 pelajar menduduki SPM di 3,913 buah pusat peperiksaan pada 12 November hingga 6 Disember tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 386,265 atau 87.9 peratus adalah pelajar sekolah kementerian pelajaran dan 14,672 atau 3.4 peratus adalah pelajar sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu…

Berita penuh di Utusan Online di sini.