Tag Archives: buku teks

Siri Modul Praktis Intensif (IMPRESIF) Cikgu Rithuwan

wpid-wp-1415067384279.jpg

Gambar menunjukkan salah satu Modul IMPRESIF Cikgu Rithuwan. Cover asal tu atas cadangan pelajar saya.

Berikut adalah contoh modul mengikut bab yang telah saya bangunkan dalam tempoh 2 tahun ini. Modul topikal unik ini, Siri IMPRESIF, merangkumi semua 15 bab. Saya berniat untuk menerbitkan modul ini untuk kegunaan guru dan pelajar Prinsip Perakaunan SPM. Sebarang pertanyaan bolehlah ditulis di ruangan komen.

Mengajar Silibus baru Prinsip Perakaunan SPM Best

Buku teks baharu subjek Prinsip Perakaunan hanya tiba dalam bulan Disember 2010 (setakat yang saya dimaklumkan) dan tak sempat diedarkan terlebih awal kepada pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan tahun lalu (tingkatan empat). Sebagai guru, saya tercari-cari buku tersebut di kedai-kedai buku tetapi hampa. Cadangan nak membaca terlebih dahulu buku tersebut sewaktu cuti sekolah terkubur.

Akhirnya pada minggu pertama, lebih tepat lagi hari rabu, 5 Januari 2011, dengan campur tangan ketua panitia prinsip perakaunan, maka dapatlah buku teks baharu tersebut dipinjamkan kepada pelajar tingkatan 5 yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM 2011 ini. Buku lama dikembalikan dan digantikan dengan buku baharu tersebut.

Setakat ke hari ini, saya telah mengajar selesai mengajar bab 8, yang melibatkan kemahiran penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dan Belanjawan Tunai berserta Varian. Dalam bab ini, topik pengiraan varian adalah yang pengisian terbaru. Tetapi ia masih mudah kerana ia hanya melibatkan pengiraan perbezaan antara angka belanjawan dengan angka sebenar yang sedia diberikan. Selepas itu penetapan sama ada ia adalah positif/memuaskan ataupun negatif/tidak memuaskan. Pentafsiran atau penerangan lanjutan tidak diperlukan. Menarik!

Bab 9 di mana akan dimulai minggu hadapan melibatkan bab baru keseluruhannya iaitu Perakaunan untuk Penggajian. Ini merupakan bab yang menyeronokkan. Guru mestilah membaca dahulu keseluruhan bab ini. Saya sendiri menggalakkan rakan-rakan guru supaya mencuba menjawab soalan-soalan tersebut terlebih dahulu agar tidak kalut di dalam kelas nanti.

Apa yang bestnya mengajar silibus baru Prinsip Perakaunan ni? Kepada saya apa-apa yang berkaitan perakaunan memang best. Apatah lagi dengan peningkatan taraf dan pengemaskinian silibus dan buku teks baharu yang memperbetulkan semua kekilafan lama. Contohnya, Peruntukan susut nilai adalah kekhilafan yang terpakai bertahun-tahun lamanya sedangkan jelas dalam penggunaan sebenar perakaunan, istilah yang diguna pakai ialah SUSUT NILAI TERKUMPUL. Mulai tahun 2011, istilah inilah yang akan dipakai. Barulah best! Barulah boleh mengguna pakai ilmu yang diperolehi di universiti dahulu, tanpa keraguan.

Sebab itulah saya katakan silibus baru kali ini BEST!!!

Tetapi nak kongsi ‘RALAT’ di sini. Soalan Kajian Kes Bab 8 ada kesilapan cetakan yang amat ketara. Perhatikan soalan tersebut. Bulan yang disoal tidak sama dengan maklumat (jadual) yang diberikan. Begitu juga perkataan ‘Jumlah Tunai’, pada pandangan saya, sepatutnya diganti dengan perkataan ‘JUALAN TUNAI’, sesuai dengan pengisian topik belanjawan tunai dan varian yang direka untuk tahap SPM.

Sekadar berkongsi kegembiraan. Memang Best!

Buku Teks Prinsip Perakaunan SPM

Sepertimana anda semua dah ketahui, buku teks Prinsip Perakaunan ada dua versi. Sila rujuk imej di bawah dan penerangan yang diberikan.

BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN SATU (warna kebiruan)
Penerbit : Edusystem Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Loh Lan
Negeri : Perlis, Kedah, Selangor, N.Sembilan, Pahang, P.Pinang, W.Persekutuan K.Lumpur & Labuan, Sabah, Sarawak
URL imej : https://sifu2b.wordpress.com/wp-content/uploads/2008/08/btpak11.png

BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN DUA (warna kemerahan?)
Penerbit : Allwrite Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Ismail Ab. Wahab, Faridah Ahmad dan Azmi Abd Hamid
Negeri : P.Pinang, Perak, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan
URL imej : https://sifu2b.wordpress.com/wp-content/uploads/2008/08/btpak2.png

Buku teks tingkatan lima juga mempunyai warna latar yang sama. maka buku teks edisi sabah, sarawak dan negeri lain berwarna kebiruan juga, manakala buku teks kelantan, terengganu dan lain-lain adalah kemerah-merahan.

Tujuan sifu paparkan tentang buku teks ini ialah:

a)   Sifu sendiri perlu tahu negeri mana yang gunakan buku teks yang serupa dengan Sabah. Sifu dah tahu dah. Kami di Sabah gunakan buku teks prinsip perakaunan SATU.

b)  memudahkan perbincangan kita semua (guru dan pelajar). Anda boleh utarakan kekeliruan atau ketidakfahaman tentang topik atau soalan dalam buku teks (Versi Satu-Sabah) berserta dengan nombor mukasurat yang berkenaan. Insyaallah sifu boleh beri respons yang lebih baik. TETAPI BUKAN BERI JAWAPAN. Itu tugas pelajar menjawab tugasan atau kerja rumah yang diberi.