I like it

Fun 1 – Fun VozMe

52 responses

  1. SALAM. lama tak lama saya tak lawat blog ni dah tukar warna dah… selamat tahun baru cina kepada mereka yang berbangsa Tionghua.. tq sifu…

  2. assalamualaikum,
    tahniah sifu atas usaha yang tidak mengenal jemu dalam usaha meningkatkan prestasi subjek ini.

    Saya telah menemui web ini bulan lepas. Kebetulan pula saya telah diarah mengajar semula subjek ini setelah tidak berpeluang untuk mengajarnya selama 6 tahun. Memang tertinggal banyak perkembangan tentang subjek ini. Web sifu sangat membantu saya. Saya juga telah mewar-warkan web ini kepada pelajar-pelajar untuk rujukan mereka.

    saya juga ingin memohon bantuan sifu untuk menghubungkan saya dengan cikgu Hamidon….dia kawan lama semasa saya mengajar di sarawak dulu. Dah enam tahun terputus hubungan……..

    Terima kasih.

  3. sya nk tnye sesuatu dkt sifu?!

  4. Terima kasih kpd sifu kerana masih mengekalkan laman ini.Klu bleh sifu sdskan post untuk pelajar matx.apa-apa pun tq

  5. baguz la sifu…really like it

  6. sifu…
    saya ni student form 5…taun ni nak amik spm…takot la…saya
    student sains perakaunan which is fizik,kimia,add maths n prinsip akaun..
    saya de problem la dlm subjek add maths..akaun pn same…
    pe pendapat sifu??adakah saya masih layak untuk memasuki mana2 ipt?pliz help me!

  7. sifuuu…tolong jawab pe yg saya tanya td

  8. Iera, kalau berminat nak masuk IPT then usahapun kenalah setaraf dengan keperluan dan kejayaan orang terdahulu yang berjaya masuk ke IPT. Jika anda maksudkan IPTA maka pastikan anda mengetahui syarat minimum PERMOHONAN dan prestasi sebenar KENALAN YANG BERJAYA masuk ke IPTA. Anda pasti akan mendapati bahawa kebanyakan yang memasuki ITPA dalam bidang yang kritikal adalah pelajar yang mencapati keputusan SPM yang MELEBIHI syarat minimum. Perlu diingatkan juga dalam IPTA, ada juga banyak bidang aliran sastera yang mudah dimasuki, jadi janganlah anda terpengaruh jika ada pelajar yang sederhana dalam SPM tetapi masuk ke ITPA juga. Masuk IPTA adalah perkara lain. Yang terpenting ialah apakah bidang yang ingin anda masuki dan adakah ia bidang terpopular atau kritikal atau bagaimana. Semakin popular bidang itu, semakin banyak permintaan kemasukan ke bidang itu, maka semakin tinggi persaingan, maka sudah pastilah semakin tinggi juga pencapaian SPM/STPM yang diperlukan untuk pelajar itu berjaya mendapat tempat dalam mana-mana IPTA.

    Setelah mengetahui perkara di atas, suka sifu nasihatkan Iera supaya berusaha bangkit dari hanya mengenang nasib. Bangkit, atasi kelemahan awak, fokus kepada subjek MTT itu dan juga Akaun, jika anda ingin ke bidang perakaunan. Atau fokus kpd MTT dan subjek sains lain jika anda ingin masuk ke bidang sains.

    Setiap orang ada peluang, maka Iera juga berpeluang. Kini Iera juga berpeluang membaiki diri sendiri. Usahakan okay.

  9. boleh tak saya mintak nasihat tentang hala tuju selepas spm dengan keputusan yang saya dapat baru2 nie??????
    SIFU D SANA?????????

  10. Nurin, awak soal salah tempat lah.

  11. so….nak soal kat mane?????coz tak de pun tempat “tinggalkan jawapan” cam ni kat laen2….plez help me!!!!!!!!

  12. bila nak buka tempat tinggalkan jawapan kat laen????

  13. Assalamualaikum sifu…
    tahniah atas web yg cukup bermanfaat ini. saya guru yang baru memulakan kerjaya. jadi, terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. saya harap dapat menimba pengalaman dan berkongsi ilmu dengan sifu. harap sifu tak jemu memberi tunjuk ajar melalui web ini.

  14. Lost_butterfly

    Aslm sifu..
    1stly, sy nk ucap tahniah kt sifu sbb web ni bagus sgt2 n byk bg info..
    Sbnrnya, sy ada soalan utk sifu tp sy xjumpe kt mne sy leh tinggalkan soalan..so, sy hrap sifu leh jwab ptnyaan sy wpun slh tmpt =)..sy spm tahun 2008,.ni result sy..
    BM-A1
    BI-A2
    SEJ-A1
    MM-A1
    AG-A1
    FIZ-B3
    BIO-C5
    MT-C6
    KIM-D7

    Sy agak kcewa sbb kimia xkredit..n mungkin sbb tu jgak sy xdpt matrik..utk mkluman sifu, sy cme bminat cos sma ada engneering or architecture je..n sy tlh dpt twaran diploma bangunan di uitm..mslahnye skrg sy xtahu cos tu cam ane..ada sorang kawan sy yg dah dpt twaran ke matrik, dia tnye sy sma ada sy btul2 nk g ke uitm tu..dia ckp, sy blaja lama2 pastu nnt xdapat keje..sy mulenye semangat tp ble dia ckp mcm tu sy jd risau..sifu tahu x dploma bgunan ni cam ne..tmasuk dlm architecture jgk ke.? peluang pkerjaan kurang ke utk cos ni.? Lg stu, kalau blajar d uitm, ada pluang x utk mlanjut plajaran lbih tggi ke luar ngara kalau kputusan cmerlang..? sy sbnarnye mnyesal ngan result spm sy, so sy dah tekad utk study sungguh2 pas ni..tlong bg tips n advice..time kasih..

  15. Lost_butterfly

    Aslm sifu..
    1stly, sy nk ucap tahniah kt sifu sbb web ni bagus sgt2 n byk bg info..
    Sbnrnya, sy ada soalan utk sifu tp sy xjumpe kt mne sy leh tinggalkan soalan..so, sy hrap sifu leh jwab ptnyaan sy wpun slh tmpt =)..sy spm tahun 2008,.ni result sy..

    BM-A1
    BI-A2
    SEJ-A1
    MM-A1
    AG-A1
    FIZ-B3
    BIO-C5
    MT-C6
    KIM-D7

    Sy agak kcewa sbb kimia xkredit..n mungkin sbb tu jgak sy xdpt matrik..utk mkluman sifu, sy cme bminat cos sma ada engneering or architecture je..n sy tlh dpt twaran diploma bangunan di uitm..mslahnye skrg sy xtahu cos tu cam ane..ada sorang kawan sy yg dah dpt twaran ke matrik, dia tnye sy sma ada sy btul2 nk g ke uitm tu..dia ckp, sy blaja lama2 pastu nnt xdapat keje..sy mulenye semangat tp ble dia ckp mcm tu sy jd risau..sifu tahu x dploma bgunan ni cam ne..tmasuk dlm architecture jgk ke.? peluang pkerjaan kurang ke utk cos ni.? Lg stu, kalau blajar d uitm, ada pluang x utk mlanjut plajaran lbih tggi ke luar ngara kalau kputusan cmerlang..? sy sbnarnye mnyesal ngan result spm sy, so sy dah tekad utk study sungguh2 pas ni..tlong bg tips n advice..time kasih..

  16. Laman yang bagus. Teruskan usaha. Kalau ada pelajar T6, boleh lawat http://cikgulizapp.blogspot.com

  17. Lost_butterfly,
    Awak tanya kawan awak balik. Dia pernah ke belajar di UiTM? Di mana dia dapat maklumat tu? Sahihkah atau diapun dengar cakap orang lain. Katalah benar, tanya kawan awak tu, adakah yang cakap susah nak cari kerja tu dinyatakan sendiri oleh graduan engineering UiTM yang cemerlang (akademik dan nilai diri), atau kata-kata dari graduan yang lulus cukup syarat je?
    Awak dah ada peluang yang tu aje akibat dari kegagalan awak sendiri menjaga kualiti keputusan SPM awak. Samalah nanti. Lepas tamat pengajian universiti, kalau awak buat kesilapan yang sama, prestasi akademik yang cukup-cukup, atau walaupun hebat tapi subjek kritikal pula lulus ala kadar, maka jangan hairan dalam cari kerja awak bukanlah pilihan bakal majikan, sama seperti awak bukanlah pilihan Matrikulasi sekarang ini.
    Sifu cakap dengan tone di atas bukan dengan niat menghina. Sebaliknya menyedarkan kepada LB betapa awak baru sahaja mendapat ilmu pengetahuan berasas pengalaman yang bernilai. Awak kini dah mempelajari kesan prestasi SPM awak kepada peluang lanjut pelajaran. pastikan, jika awak menerima peluang ke UiTM, awak serius membentuk kualiti diri awak untuk persediaan ke ijazah nanti ataupun jika berniat bekerja terus selepas diploma.
    Jika awak belajar dari kesilapan, percayalah, awak lebih baik dari orang lain yang masih lalai walaupun pernah melakukan kesilapan kepada diri sendiri.
    Nasihat sifu, teruskan ke UiTM. Jika CGPA masa diploma awak hebat, tak mustahil awak boleh tukar bidang di peringkat ijazah yang awak minati, kejuruteraan awam ataupun bidang arkitek. Makin cemerlang awak, makin cerah peluang memilih bidang.

  18. Lost_butterfly

    Trime kasih sifu..lepas ni sy akan study hard utk make sure cita2 sy tcapai n xde sape pandang rendah pada sy dah..time kasih..

  19. salam sifu.
    saya baru menjumpai laman ini dan saya kira sangat bermanfaat kepada pelajar dan guru. saya masih belum sempat explore semua lagi pun. saya nak minta izin sifu, boleh tak kalau saya gunakan bahan di sini untuk p&p saya. wassalam.

  20. Assalamu’alaikum Sifu..
    Izinkan saya bertanya..
    Saya sangat keliru… setelah menyelidik bahan-bahan yang terdapat di internet, saya menjadi semakin keliru..
    Saya sangat berharap kalau sifu boleh membantu saya..
    Saya perlukan sifu untuk jelaskan kepada saya, apakah perbezaan bagi Diploma, Foundation pre degree, pre diploma dan apa itu maksud program asasi??
    Bantu saya sifu….
    Terima kasih..
    Bantuan dari sifu amatlah diperlukan..

  21. Astati,
    Sepatutnya awak baca tulisan sifu terdahulu. https://sifu2b.wordpress.com/2008/05/01/matrikulasi-atau-program-asasi-atau-diploma/ adalah link yang sifu maksudkan.

    Mungkin tulisan sifu ini, https://sifu2b.wordpress.com/2008/03/13/bagaimana-melanjutkan-pelajaran-selepas-spm/ juga boleh memberi gambaran tentang perkara yang sama.

    Mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mengetahui apa dan hala tuju setiap laluan tersebut. Selebihnya, awak hendaklah merujuk secara terus kepada kaunselor sekolah.

  22. Sifu,saya lepasan ijazah senibina 4thn lalu dan baru 6 bulan bekerja dalam bidang 3d grafik.Saya adalah pelajar lepasan matrikulasi ambilan januari(1tahun).Saya seorang pelajar cemerlang di sekolah namun disebabkan pernah mengalami masalah peribadi,saya hanya memperoleh 5A dalam SPM 1999.Saya hanya peroleh C5 dalam subjek sains walaupun semasa di tingkatan 4 saya peroleh A untuk subjek Fizik,kimia,bio. Saya mahu lanjutkan pelajaran lebih tinggi,tetapi tidak pasti masih ada kah peluang untuk saya memandangkan cgpa saya hanyalah 2.5 dalam ijazah.Saya sebenarnya berminat dengan subjek animasi dan grafik semenjak lepasan SPM lagi tetapi ibubapa tidak benarkan kerana bagi mereka tiada jaminan masa depan.Jadi, saya sebenarnya terpaksa belajar selama 4tahun atas bidang yang tidak diminati langsung sejak awal lagi.Tekanan perasan yang dialami menyebabkan keputusan saya merosot dari tahun1 hingga tahun4.Tetapi saya sentiasa peroleh A untuk subjek grafik.Saya terfikir untuk mengambil peperiksaan spm untuk subjek seni dan matematik tambahan supaya saya dapat tambah nilai dalam sijil SPM saya dan seterusnya memohon untuk biasiswa kerana saya yakin akan berjaya dalam SPM berdasarkan kemampuan saya sebelum ini, jika diberi peluang kedua.Saya pernah terfikir untuk mengambil ijazah grafik/multimedia supaya saya dapat peluang kedua menebus kegagalan dan memperoleh biasiswa untuk menyambung pengajian dalam master di luar negara.saya tidak mampu belajar di ipts tetapi sentiasa ingin berjaya dan tebus kekecewaan masa lalu.persoalannya, berbaloikah usaha saya ini dan adakah saya berada di landasan yang betul?

  23. Rainbow,
    Awak dah ada ijazah, maka walau apa awak buat dengan SPM, saya tak fikir ia akan menambah nilai sedia ada.
    Tetapi awak boleh cuba memohon masuk ke IPTS dan mengambil program ijazah (kedua) atau mencuba mengikut program pasca-ijazah (jika ada). MMU dan Lim Kok Wing University-college adalah antara tumpuan pelajar yang berminat multimedia dan animasi.
    Soal dapat biasiswa kerajaan adalah sesuatu di luar tugas saya, tetapi saya sarankan awak janganlah mengharap sangat. Kerajaan tak juga tawarkan biasiswa untuk pengajian peringkat master dalam semua bidang, kecuali awak pensyarah universiti tempatan, akan diberi biasiswa melalui IPTA tersebut, atau awak mengikuti/memohon pakej belajar khas, salah satu strategi rangsangan ekonomi, yang diumumkan oleh PM kita awal bulan Mei lepas.

    Apa-apapun, semoga berjaya, dan jika perlu PTPTPN kan ada.

  24. salam,
    saya intan dan saya sebenarnya mahu bertanyakan soalan,memandangkan saya dalam dilema sekarang.
    em,baiklah…saya memperkenalkan diri sebagai pelajar matrikulasi,dan ambil jurusan sains fizikal.

    untuk pengetahuan sifu,semalam(25 hb).matrikulasi dah keluarkan resultnya.saya ini hanya pelajar sederhana jadi saya cuma dapat 2.67 je..

    jadi saya harap sifu dapat membantu saya,dengan beri pendapat sama ada saya perlu meneruskan matrikulasi atau saya ke diploma.

    ohh yea,saya ada buat permohonan dan dapat diploma ke uitm dan dalam jurusan ukur banggunan(fakulti senibina)

    saya harap sifu dapat memberi pendapat sifu.
    saya sangat buntu sekarang.sedih sebab pointer tak seberapa.haih:(
    tapi kalau pergi ke diploma,jurusan itu menjamin ke masa depan saya?

  25. Intan,
    pertama sekali, sifu mohon maaf kerana tak dapat nak beri respon sebaiknya. Sejak 25/11 lagi sifu tak dapat online. Ada masalah kabel kata pihak TMNET. Baru hari ni dapat masuk ke internet.

    Anyway, pertanyaan awak itu sebenarnya amat sesuai ditanya kepada ibu bapa, kaunselor di kampus/kolej dan/atau kaunselor sekolah yang awak kenali.
    Pointer tu memanglah sederhana tetapi jika awak nak lanjutkan ke bidang ijazah yang kurang di beri perhatian pelajar cemerlang/kurang popular, awak masih boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah.

    Awak pun baru lalui 1 semester, mungkin juga sem2 boleh diusahakan supaya mencapai CGPS 3.8 ke atas supaya CGPA meningkat. MUngkin tak banyak tapi bolehlah.

    Adakah dengan berhenti dari matriks dan melangkah ke belakang, dengan mengambil diploma akan menyelesaikan masalah awak? Adakah dengan berundurnya awak itu akan mencipta kecemerlangan baru atau awak akan kekal seperti sedia ada? Itu perlu awak jawab dahulu. Sifu risau, jika awak ke diploma pun, awak masih seperti sekarang dengan CGPA 2.67 itu, yang mana, sama sahaja, tak boleh membantu 3-4 tahun akan datang. Jika awak yakin boleh ‘reboot dan restart’ peluang awak, sifu suka untuk menyokong keputusan awak.

    Apa-apapun, muhasabah diri sekarang, lihat kekuatan dan kelemahan sendiri, juga cari maklumat dan jangkakan apakah peluang atau manfaat yang boleh anda dapat dari keputusan anda. Adakah akan wujud tekanan atau kesukaran baru atau sebagainya (sebenarnya ia adalah SWOT analysis). Jika pasti positif lebih banyak, maka pergilah ke diploma tersebut. Jika tidak, maka teruskan di matrikulasi dan bersedialah bertukar ‘cita-cita’ dan sesuaikan dengan diri awak.

    Semoga berjaya, dan sentiasalah berfikir ke hadapan.

  26. terima kasih.sifu.

    intan akan cuba senaraikan manfaat dan kesukaran yang mungkin di hadapi,menggunakan teknik swot.
    nanti bila intan dah fikirkan keputusan intan.intan akan cuba beritahu sifu.

  27. Sifu, tengok tak soalan P.Perakaunan SPM 2009 k1? Apa komen sifu tentang soalan 13 dan 19?

  28. Zulhilmi bin Nadzeri

    Salam, Saya baru terjumpa laman web ini. Disini saya nak bertanya saya telah mendapat A1 untuk akaun SPM 2008 dan mendapat surat ACCA Certified Accounting (CAT) Exemption Recognition for SPM ‘Principles of Accounting’. Buat masa sekarang saya sedang menuntut di UITM Arau dibidang Sistem Maklumat Perakaunan.

    Saya ingin bertanya ACCA exemption paper itu sebenarnya bilakah boleh digunakan? Saya meminat untuk menjadi qualified accountant satu hari nanti. Harap beri nasihat. Terima kasih.

    Zulhilmi

  29. Zulhilmi,
    Surat pengecualian itu hanyalah untuk tahap 1 ACCA. Jika awak nak mengambil peperiksaan ACCA sedangkan awak dah pun memperoleh diploma perakaunan, adakah ia masih perlu? Apa-apapun, dapatkan maklumat dan nasihat rasmi dari ACCA Malaysia. tulis surat (emel) jika perlu.

  30. Nisa,
    Akan diteliti kemudian.

  31. cikgu ada pape nota pp sila masukkan kedalam email sy ibrahimlokman29@yahoo.com terima kasih atas bantuan cikgu

  32. sifu sya lmh la dlm akaun enth npe….sy ngh rsau ni rsult exm ari2 x kuar agi tkt ggl la

  33. klau ad tip bg la yerk..

  34. salam.saya berminat dalam web berkaitan ilmiah ini.saya nk tanye,saya minat dalam bidang pendidikan.dan menuntut di form 6.saya yakin mampu menduduki stpm next year.tetapi sy keliru.patutkah saya ambik diploma tetapi bukan dalam bidang yang diminati atau terus form 6 namun tidak diketahui lagi arah tujunya.terima kasih atas kerjasana membantu diri ini.

  35. mira :
    salam.saya berminat dalam web berkaitan ilmiah ini.saya nk tanye,saya minat dalam bidang pendidikan.dan menuntut di form 6.saya yakin mampu menduduki stpm next year.tetapi sy keliru.patutkah saya ambik diploma tetapi bukan dalam bidang yang diminati atau terus form 6 namun tidak diketahui lagi arah tujunya.terima kasih atas kerjasama membantu diri ini.

  36. salam,
    sifu saya dapat 3p dalam stpm..subjek p.am,perniagaan,sejarah saya dapat gred b manakala subjek ekonomi saya dapat gred D.Layak x saya dapat uitm untuk sesi disember bagi kos teknologi pejabat dan muet saya adalah band2.saya risau sangat2..apa yang saya tahu pelajar-pelajar stpm yang lepas yang mendapat 3p berjaya ke uitm sesi disember..betul ke?Tlong jawab kerisauan saya ini..

  37. sifu , saya pelajar form 4 tahun nie . saya dpt masuk klas pure science tp saya pindah klas akaun . saya suke blaja akaun tapi ayah saya slalu ckp bidang akaun takde masa depan , tak da jaminan dpt pkrjaan .. camana ni ?? btul ke apa yg ayah saya ckp ?? tolong beri penjelasan…..

  38. diploma bangunan okay x ??? huhu sye aliran sastera x de fizik or chemistry … mcm ne ae ???

  39. siti maimunah

    hyep sifu..nk tanye ckit leh x…matriks ngn uitm mane yg okew ek..utk matriks sye dpt kos perakaunn tp uitm lak kos sistem mklumat perakaunn….mane yg better ek..bole tlg sye wat kptsn x sifu…

  40. Saya nak bertanya….kalau saya dapat Uitm course diploma engineer kan….boleh x saya tukar Universiti lepas diploma untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah di UTM??? Saya nak sgt belajar kat UTM tp tulah rezeki dpt kt Uitm….agak2 bole tukar U x?

  41. shafiyyah96 :
    sifu , saya pelajar form 4 tahun nie . saya dpt masuk klas pure science tp saya pindah klas akaun . saya suke blaja akaun tapi ayah saya slalu ckp bidang akaun takde masa depan , tak da jaminan dpt pkrjaan .. camana ni ?? btul ke apa yg ayah saya ckp ?? tolong beri penjelasan…..

    Awak bidang sastera ke?? Bidang sastera yg pling luas pekerjaan dia….saya dengarkan bg budak aliran sastera nk masuk U lebih longgar/mudah sikit syarat dia berbnding bdk pure science….

  42. assalamualaikum
    saya confused apakah prbezaan antara diploma pngrsn sstm mklmt perakaunan dan diploma perakaunan.

  43. athirah :
    assalamualaikum
    saya confused apakah prbezaan antara diploma pngrsn sstm mklmt perakaunan dan diploma perakaunan.

    Cari lah kat google….huhuhu

  44. assalamualaikum,saya dapat pointer 2.51.agak2 boleh x saya dapat ipta dengan cos yg saya sains komputer multimedia

  45. Salam saya ada anak blaja di matriks melaka jurusan sains fizik (1 tahun). Dia bercadang lps matriks nak ambik mechanical eng (aircraft eng).Saya berbendapat engineering sekrg terdapat lambakan graduan dlm bidang ni. Jadi untuk mgatasi persaingan ini slps matrik saya nak mhtr anak saya ke oversea. Jadi apa yang perlu dibuat dan bagaimana caranya? Adakah hanya cara melalui govertment saja atau persendirian? Tolong saya sifu….

  46. Saya mahasiswa yang tengah menuntut di UUM dalam kursus Perakaunan(sistem Maklumat).Sehingga kini minat saya masih dalam bidang pendidikan ( Perakaunan).
    Akan tetapi, tawaran yang saya terima adalah Bidang perakaunan~

    CIta2 saya ingin menjadi seorang guru yang mengajar perakaunan di tingkat 4 ,5 dan 6.

    Soalan saya adalah adakah saya masih berpeluang menjawat jawatan sebagai guru di sekolah?Apakah langkah nya? Di mana tempat yang saya harus mendapat maklumat yang lebih rasmi dan tepat?

    Adakah impian saya masih berpeluang untuk dicapai?….Nicholas_0110@hotmail.com sila jwap ke e-mail saya jika boleh…. Harap dibalas ^_^”

  47. ckgu..mcm mna mw download itu kertas tiga pnya contoh..sdh sya download tpi tdk dpt bka tu fail…hehehe
    From:your student christ

  48. Itu fail pdf. Mesti ada PDF reader. Google dan doenload

  49. Sepatutnya tinggal kan mesej di post yg betul. Ini bukan post berkenaan kertas 3.

  50. sifu..saya konfius..sy berminat nak jadi arkitek..tapi banyak pilihan course yang mengelirukan..adakah diploma bangunan sama dengan architecture?lepas sifu reply,bleh x sifu antar respond kat email kedua sy tteddy823@gmail.com ..sbb sy jarang bukak internet,takot x sedar sifu reply..tq.. 🙂

  51. Salam, sya mewakili penerbit buku d Shah Alam amat berminat untuk menawarkan diri bekerjasama untuk menerbitkan buku bersama kami untuk pasaran yang lebih meluas. Walau apa2 pun Sifu boleh menghubungi saya dgm wssap 0172233511 ata email zakaria1806@gmail.com/ tq

Tinggalkan komen