T5-Bhg 6 – Syarikat Berhad

Sebarang soalan berkaitan Syarikat Berhad hendaklah ditaip di bahagian ini. Sifu akan lakukan apa yang termampu untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Tetapi sila baca dahulu soalan dan respons sifu sebelum menyoal, kerana kemungkinan besar soalan anda telah pun dijawab oleh sifu atau guru lain.

Advertisements

8 responses

  1. selamat pagi..sifu..saya mahu tanya..saya tak faham tentang saham keutamaan,saham ape lagi pun.saya tak tahu..boleh kah sifu beritahu saya maksud2 nyer.dan jalan pengiraan.cikgu saya mengajar saya tentang syarikat berhad macam dia mengajar budak2 pintar.hanya sekali sahaja memberitahu.sya dan kawan saya agak ketinggalan juga tentang bab ini.termasuk yang lain.cikgu saya berbangsa cine.so,agak sukar untuk memahami apa yang telah dia ajar..apakah maksud saham dalam syarikat tersebut.saya hanya tahu benda asas saham itu adalah satu pelaburan sahaja.tetapi saya tidak tahu tentang 1 sesaham 1 ringgit dalam bab syarikat berhad ini.bolehkah sifu menolong saya….tq

  2. Syam,
    Baguslah tu, ini bermakna awak juga bakal menjadi pelajar pintar. Sebenarnya, mungkin guru awak melihat bahawa topik itu bukanlah topik ‘killer’ atau topik penting yang disoal dalam kertas 2. Topik itu, jika keluarpun dalam kertas2 selalunya terhad kepada markah kecil, 8-10 markah, manakala jika disoal dalam kertas 1 (akan ada dikeluar tau), jumlah soalan dalam lingkungkan 1-4 soalan sahaja.

    Umumnya saham itu adalah juga modal atau pelaburan. Bezanya ialah jika peniaga milikan tunggal berniaga sendiri, maka ia hanya perlu sediakan MODAL sendiri, tidak berkongsi dengan orang lain. Manakala dalam konsep saham (share dalam BI), jika ada peniaga yang memulakan perniagaan dan tubuhkan syarikat berhad, mengikut undang-undang atau Akta Syarikat 1965, beliau mestilah menawarkan peluang memasukkan modal kepada individu lain, tak kisah dia kenal atau tak kenal. Dengan kata lain, mesti ditawarkan kepada orang awam. Oleh itu, peniaga itu tidak lagi memiliki sendiri syarikat berhad berkenaan, tetapi bersama-sama dengan orang lain. Melalui Akta Syarikat 1965, modal yang dilabur masuk oleh semua orang, termasuk individu yang memulakan perniagaan itu, digelar Saham/Syer atau dalam BI, SHARES. Oleh kerana ia berkongsi, maka agihan untung juga berbeza. Milikan tunggal memiliki SEMUA UNTUNG atau tanggung semua RUGI. Perniagaan Berhad pula, melalui peruntukan undang-undang, wajib menyimpan sebahagian keuntungan sebagai RIZAB syarikat (tak ada dalam silibus SPM), dan hanyalah lebihan untung selepas cukai boleh diagihkan kepada pelabur/pemegang-pemegang saham (Shareholders).

    Oleh itu, agihan ditetapkan dalam bentuk kiraan samaada peratusan atau pernyataan berapa sen sesaham. Contohnya dividen 5% dari nilai saham, atau ada juga pengisytiharan berbentuk 5 sen bagi setiap 1 saham.

    Dalam SPM, silibus dihadkan dan dipermudahkan. 99% soalan akan merujuk kepada nilai RM1 sesaham, baik saham biasa mahupun saham keutamaan.

    Saham keutamaan – saham yang mesti diutamakan oleh syarikat ketika agihan dividen dan dividen telah ditetapkan kadarnya. Tetapi pemegang saham keutamaan tidak boleh mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat berhad
    Saham biasa – saham yang dibayar dividen, SELEPAS sahaja saham keutamaan berjaya dibayar. Tetapi pemegang saham mempunyai HAK MENGUNDI dalam mesyuarat agung tahunan syarikat mengikut jumlah saham dipegang. Kadar dividen tidak ditetapkan awal-awal, sebaliknya bergantung kepada prestasi keseluruhan syarikat.

    harap penerangan sifu sedikit sebanyak memberi ruang kefahaman kepada anda.

  3. siti kurata ayunin

    apa yang dimaksudkan dengan memorandum persatuan dan artikel persatuan..

  4. SY NK TANYA CKET..APA TUJUAN SYER/SAHAM DIKELUARKAN

  5. Diharap sifu dapat menjawab soalan-soalan saya:

    SOALAN:

    1. Serena Graphics telah mengalihkan perniagaannya kepada Serena Sdn Bhd. Ali adalah pengarah syarikat Serena Graphics dan Serena S/B.

    Soalan: Ali mempunyai tunggakan hutang semasa menjalankan perniagaan Serena Graphics. Oleh itu, Pemiutang-pemiutang Serena Graphics mahu menyaman Ali dan Serena Sdn Bhd untuk hutang-hutang Serena Sdn Bhd atas dasar bayangan Ali. Dalam keadaan apakah (sekiranya ada), Serena Sdn Bhd boleh bertanggungjawab ke atas hutang-hutang Ali dan Serena Graphics?

    2. Soalan: Anggapkan Lima Berhad mempunyai modal berbayar yang lebih daripada keperluannya dan yang ia mempunyai beberapa pemegang-pemegang saham keutamaan. Lembaga mahu membayar dari semua pemegang-pemegang saham keutamaa sepenuhnya. Pemegang-pemegang saham keutamaan tidak gembira dengan cadangan tersebut. Adakah kelulusan mereka dikehendaki?

    Sekian dan terima kasih banyak.

  6. 1.

    Melissa :
    Diharap sifu dapat menjawab soalan-soalan saya:
    SOALAN:
    1. Serena Graphics telah mengalihkan perniagaannya kepada Serena Sdn Bhd. Ali adalah pengarah syarikat Serena Graphics dan Serena S/B.
    Soalan: Ali mempunyai tunggakan hutang semasa menjalankan perniagaan Serena Graphics. Oleh itu, Pemiutang-pemiutang Serena Graphics mahu menyaman Ali dan Serena Sdn Bhd untuk hutang-hutang Serena Sdn Bhd atas dasar bayangan Ali. Dalam keadaan apakah (sekiranya ada), Serena Sdn Bhd boleh bertanggungjawab ke atas hutang-hutang Ali dan Serena Graphics?
    2. Soalan: Anggapkan Lima Berhad mempunyai modal berbayar yang lebih daripada keperluannya dan yang ia mempunyai beberapa pemegang-pemegang saham keutamaan. Lembaga mahu membayar dari semua pemegang-pemegang saham keutamaa sepenuhnya. Pemegang-pemegang saham keutamaan tidak gembira dengan cadangan tersebut. Adakah kelulusan mereka dikehendaki?
    Sekian dan terima kasih banyak.

    1. Ali bertanggungjawab penuh terhadap hutang perniagaan tunggal, Serena Graphics. Jika SG S/B ditubuhkan dengan menyerap liabiliti dari perniagaan tunggal asal, maka SG S/b turut menanggung setakat had jumlah nilai saham Ali di dalam syarikat tersebut. Jika tidak, maka SG S/B tidak boleh bertanggungjawab terhadap hutang SG (milikan tunggal).

    2. Saham keutamaan tidak mempunyai hak mengundi, maka kelulusan tidak diperlukan dari mereka.

  7. MOHD SHAHRUL AMRIE BIN RUSLI

    Salam sejahtera sifu…
    Saya cuma nak tanya sifu apakah perbezaan antara syarikat Bhd. dengan syarikat Sdn. Bhd. secara menyeluruh?

  8. MOHD SHAHRUL AMRIE BIN RUSLI :
    Salam sejahtera sifu…
    Saya cuma nak tanya sifu apakah perbezaan antara syarikat Bhd. dengan syarikat Sdn. Bhd. secara menyeluruh?

    Perbezaan ada dinyatakan dalam buku teks. Sila baca dengan teliti. Di sini sifu cuma ‘highlight’ 2 perbezaan ketara.

    1. Pemegang saham Syarikat berhad mestilah ditawarkan kepada orang ramai juga, sebaliknya syarikat sendirian berhad boleh dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi 50 orang individu tanpa perlu menawarkan lebihan saham kepada orang ramai (public) secara terbuka.

    2. Jumlah saham dibenarkan yang diluluskan untuk syarikat berhad lebih besar berbanding syarikat sendirian berhad.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: