Monthly Archives: Julai 2008

Soalan Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2008

Soalan yang biasa ditanya, “Cikgu, cikgu rasa apa tajuk yang keluar tahun ini ya.” Seperti biasa sifu akan jawab, “Soalan dokumen sumber sudah pasti keluar, soalan 2 mungkin perkongsian lagi, soalan 3 hingga 6, nanti cikgu buat analisis.” Tapi tahun ini sifu terpaksa tambah, “Tapi ginilah, tahun 2008 ni ada perubahan sikit, so nanti sifu akan fikirkan dan buat cadangan soalan target SPM 2008.” Pelajar selalunya akan sengih, sama ada sengih nervous, atau sengih confident. Biasalah tu.

So, kali ini sifu nak buka gelanggang. Apa kata, anda semua cadangkan apakan topik yang keluar tahun ini.

Tapi sebelum itu, baca dulu maklumat ini yang sifu petik dari satu komen dalam blog Cg narzuki,

Maklumat daripada Cg Ghazali menyatakan bahawa “Perubahan 2008 bagi Kertas 2 SOALAN 2 dan 3 dari tajuk-tajuk `Anchor Item’ LCCI dan ACCA ( PP, Perkongsian, Rekod Tak Lengkap, Ak Kelab, Ak Kawalan) Soalan 1, 4, 5 dan 6 dari tajuk-tajuk lain.”.

Ini bermakna 2 SOALAN yang akan digunakan untuk penilaian gred LCCI-ACCA ialah SOALAN 2 dan SOALAN 3. Di mana tajuk-tajuk (Anchor Item) yang akan dikemukakan untuk tujuan tersebut adalah terdiri daripada topik-topik berikut :

1. Penyata Kewangan
2. Perkongsian
3. Rekod Tak Lengkap
4. Akaun Kelab dan Persatuan
5. Akaun Kawalan

SOALAN 1 : Dokumen sumber
SOALAN 4, 5, dan 6 : Topik-topik lain.

Terima kasih Cg Ghazali.

Setelah membaca pelbagai maklumat tentang perubahan fokus SPM 2008, maka sifu ingin menyarankan pelajar fokus kepada kemahiran berikut:-

Cadangan Soalan Kertas 2
1. Kitaran Perakaunan – dokumen sumber, BCP ke lejar dan ID;

2. Laporan kewangan – Penyata pendapatan perkongsian (lagi…);

3. Rekod tak lengkap – kaedah analisis

4. Akaun Kelab dan persatuan

5. Syarikat Berhad

6. Penyata penyesuaian bank.

Okay, itu adalah cadangan sifu. Seperti kata Cg narzuki, soalan anchor ialah soalan 2 dan soalan 3, maknanya jika pelajar nak 1A supaya dapat sijil kedua, Sijil Profesional tu, kemahiran S2 dan S3 mesti difokuskan dengan teliti termasuk menjawab dengan gerak kerja yang betul.

Apa-apapun, tolong diri anda (pelajar) sendiri, iaitu turut bersedia dengan kemahiran topik yang tidak sifu sebut di atas.

Tambahan – 29 Ogos 2008:
Anda berminat dengan analisis 4 tahun? Sila muatturun sekarang. Maaf ya, sifu dah sediakan sebelum Ogos lagi, tapi lupa nak muatnaik.

Cadangan Jawapan Modul Latihan Kendiri Intensif

Sifu nak memaklumkan yang sifu dah muatnaik set jawapan lengkap Modul Latihan Kendiri Intensif Set Blog/1/2008. Anda boleh muatturun jawapan tersebut di segmen berkaitan. Panduan penyediaan soalan juga disediakan untuk rujukan pihak guru (terutama guru baru) dan pelajar-pelajar.

Terima kasih kerana menggunakan set soalan ini.

Modul Latihan Kendiri Intensif

Sifu kini membuka segmen baru, Modul Latihan kendiri Intensif Prinsip Perakaunan SPM. Tujuannya untuk membolehkan pelajar mendapatkan beberapa modul latih tubi yang disediakan oleh sifu khas untuk anak-anak murid sifu di sekolah sifu bertugas. Ia satu penghormatan untuk berkongsi dengan anda.

Sila layari segmen ini dan muat turun sekarang.