T5-Bhg 3 – Perakaunan untuk Tunai

Sebarang soalan berkaitan Perakaunan untuk Tunai hendaklah ditaip di bahagian ini. Sifu akan lakukan apa yang termampu untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Tetapi sila baca dahulu soalan dan respons sifu sebelum menyoal, kerana kemungkinan besar soalan anda telah pun dijawab oleh sifu atau guru lain.

15 responses

  1. salam cg..sy masih ndk brp jelas kt puny format mau sediakan Penyata Penyesuaian Bank ini..

    apakah satu format yang kita boleh guna..dan mudah untuk budak-budak kita paham..adaka?

  2. format menyedia PPB. soalan buku teks da try jawab tp ndk dpt..macam mana ini

  3. Bum2-bum2,

    Format penyata Penyesuaian Bank sebenarnya mudah dihafal.

    nasihat sifu ialah, ingati dahulu format yagn bermula dengan baki dari buku tunai (tanpa kemas kini). Juga download dan baca hasil tulisan sifu dari pos ini. https://sifu2b.wordpress.com/siri-bestari-perakaunan-spm/sbps-artikel1-penyata-penyesuaian-bank/

    UMUMNYA,

    BAKI DI DEBIT BUKU TUNAI

    + CEK-CEK BELUM DIKEMUKAKAN
    + APA-APA ITEM DARI PENYATA BANK DI SEBELAH WANG MASUK (KREDIT)

    – DEPOSIT BELUM DIKREDITKAN
    – APA-APA ITEM DARI PENYATA BANK DI SEBELAH WANG KELUAR (DEBIT)

    = BAKI DI KREDIT PENYATA BANK

    Untuk keterangan lanjut berserta contoh sebenar, baca artikel tersebut dan juga fahami ringkasan format bermula dari mukasurat 15 e-book tersebut.

  4. salam,bleh spa2 tlg sy utk mudahkn belajar tpik ini

  5. lailawati ibrahim

    salam,, bleh sapa2 tlg.. camner nak wat aliran tunai.. adush!!! da lama na x buat report nie..

  6. Lailawati,
    1. Hafal format kekotak yang ada dalam buku.
    2. Biasakan format mudah dahulu.
    3. Baki b/b, lepas tu penerimaan di atas, lepas tu pembayaran, lepas tu baki h/b

  7. camne nak wat penyata penyesuaian bank nie…sy confuse kalo soalan nak dalam pengasingan untung rugi..

  8. wanie :
    camne nak wat penyata penyesuaian bank nie…sy confuse kalo soalan nak dalam pengasingan untung rugi..

    Penyata Penyesuaian Bank hanya berkaitan dengan AKAUN BANK dan PENYATA BANK. Ia tak ada kaitan secara langsung dengan pengasingan untung rugi.

    Sila baca buku atau boleh juga awak fahami melalui tulisan e-buku saya. Awak boleh download dari menu PENULISAN e-BUKU di atas.

    Atau https://sifu2b.wordpress.com/penulisan-ilmiahku/siri-bestari-perakaunan-spm/sbps-artikel1-penyata-penyesuaian-bank/ untuk link langsung.

  9. salam cg,
    bagaimana nak jwb soalan PPB YG TDK DIBERI NOTA KSILAPAN MAHUPUN CEK TAK LAKU????

  10. Intan, selalunya dalam hal demikian, awak terpaksalah meneliti secara terus apa-apa maklumat diberi dalam buku tunai dan Penyata Bank.
    Kesilapan amaun TAK SEMESTINYA akan ditunjukkan dalam soalan. Mana-mana item dalam BT dan PB yg tak matching tetapi seperti berkaitan hendaklah diberi perhatian. Contohnya, item di sebelah DT. Buku Tunai ialah ‘Azizi RM760’ manakala item di sebelah lajur KT. (atau lajur wang masuk) Penyata Bank pula ada nilai spt berkaitan ‘___________ RM670’ atau ‘_____________ RM706’ maka ia boleh jadi menunjukkan adanya KESILAPAN di dalam Buku Tunai (Penyata Bank mesti dianggap betul)
    Pengecualian adalah soalan dalam bentuk senarai (favorite ala-LCCI) itu berupa soalan TANPA petikan buku tunai dan petikan Penyata Bank, maka maklumat kesilapan akan dinyatakan dalam soalan.

    Cek TAK LAKU? Jika tak dinyatakan juga, cuba teliti dalam Penyata Bank, ada tak mana-mana item yg punya nilai di sblh lajur KT yang sama dengan lajur DT sejurus atau selepas tarikh wang masuk tersebut. Selalunya akan ada petunjuk dalam Penyata Bank yang menunjukkan pembatalan, atau catatan pembalik oleh bank akibat cek tak laku.

    Semoga berjaya.

  11. salam.. cikgu,sy lemah dalam pnyata pnyesuain bank,bru2 ny exam midyear ade kluar soklan mngenai PPB ini,,tp sy msih tdak thu bgaimana untuk mnyelesaikn nye. .butir2 yg mna prlu dltak blah kdt,mhupun blah debit. .c0nfuse sgt..:-(

  12. AKma, mungkin untuk hal Akma awak perlu menghafal. Tetapi sifu amat galakkan Akma muatturun e-buku berkaitan PPB yang ditulis oleh saya di dalam blog ini. Baca dengan teliti dan Akma akan menjumpai teknik mengingat dan pemahaman logik yang pada sifu adalah lebih baik dari sekadar menghafal.
    Download di sini, https://sifu2b.wordpress.com/penulisan-ilmiahku/siri-bestari-perakaunan-spm/sbps-artikel1-penyata-penyesuaian-bank/

  13. salam.. cg..
    tlg sya.. saya x dapat jawab dlm buku teks F5 bab 1 belanjawan tunai m/s 309 number 9..
    ckgu.. pls.. tlg ye…

  14. gadis runsing

    cikgu sy selalu fail akaun…mcmna nk bg lulus

Tinggalkan komen