Soalan Rakan Sifu

Mengandungi soalan-soalan percubaan spm terkini dan tahun-tahun lepas dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Diharapkan rakan guru sudi menyumbang soalan anda untuk manfaat komuniti guru secara amnya, dan pelajar-pelajar seluruh Malaysia khasnya.

Soalan Percubaan:

SMK Baru Miri, Sarawak

SMK Putatan, Penampang, Sabah (September 2007)

144 responses

  1. Anda juga boleh memuatturun soalan revisi hasil usaha komuniti TimesGuides.com. Kunjungilah lamanweb mereka untuk soalan revisi mata pelajaran lain.
    Soalan | Jawapan

  2. Dapatkan juga soalan percubaan dari negeri lain melalui forum rakan guru berpengalaman sini.

  3. Salam, Sifu. Saya antara guru yang mengambil manfaat dari laman web sifu untuk mengajar. Mohon halalkan dan maaf kerana jarang berinteraktif kerana faktor masa. Saya mengambil peluang ini untuk menawarkan perkhidmatan mengajar ‘CRASH COURSE’ Prinsip Perakaunan SPM untuk pelajar-pelajar sekitar Petaling Jaya, Puchong, Subang, Putra Heights. Niat saya untuk membantu pelajar yang sangat lemah untuk last minute revision. Hanya pelajar Muslim yang komited dan ingin berjaya sahaja. Jangan risau tentang bayaran. Semoga ilmu saya yang hanya setitis ini dapat membantu anda. Dan terima kasih sifu atas segala bantuan belakang tabir selama ini. Hanya Allah membalasnya.

    Cikgu Rosmawar
    019-3834241
    Subang Jaya

  4. spm candidated 2007...ezza

    sifu…

    kalo saya buat lthan semua soalan peperiksaan spm yang sifu bagi…. camne ek saya nak check jawapan…???

  5. semuanya ada skema disediakan. Tetapi yg dari Rakan Miri, belum dapat disediakan maaf.

  6. sifu,ambilan mau tulis dalam penyata pendapatan? atau dlm kunci kira2 ja?

  7. Chin, ambilan hanya tercatat dalam Kunci Kira-kira.

  8. Evening sifu,Yang SPM paper 2 soalan 2 sifu rasa tahun ni keluar penyata pendapatan atau penyata pendapatan perkongsian?? lembaran kerja selalunya keluar dlm soalan yg ke berapa? Soalan 2 kah?Pembetulan kesilapan berkemungkinan keluar kah? Thanks…

  9. Chin, tak tau apa nak keluar. Spt kata rakan guru sifu, kita hanya akan tau pada 29hb November nanti. Lembaran kerja, Penyata Pendapatan milikan tunggal dan Penyata Pendapatan perkongsian selalunya ditanya sebagai Soalan No.2. Pembetulan kesilapan, kalau mengikut analisis cikgu tak ditanya dlm kertas 2, sebaliknya adalah kemahiran yang ditanya secara tidak langsung dalam mana-mana soalan S2 hingga S6. Tak percaya? Cuba cari soalan yang akhiranya berbunyi “…tidak dicatat dalam mana-mana buku.” Itu contoh kesilapan ketinggalan.

    Chin, good luck for your SPM.

  10. sifu, ini soalan saya..Maklumat yg diberi:
    Penghutang RM 5400
    Hutang ragu RM 290

    Maklumat tmbhan:
    peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskn kpd 5% atas penghutang.

    jadi dlm penyata pendptan nak tulis berapa?Thanks..

  11. sifu, dlm penyata pengasingan untung rugi, tu gaji mau tulis gaji setahun ataupun cuma tulis gaji yg telah dibayar?

  12. CHin,
    langkah pertama hitung Peruntukan hutang ragu (PHR) gunakan kiraan spt ini:
    RM5400 x 5% = RM270.

    langkah dua, bandingkan PHR baru (langkah 1 diatas) dgn PHR yang diberi dlm Imbangan DUga.
    ->> Jika PHR lama > PHR baru, maka Chin mesti kurangkan PHR lama dgn nilai beza PHRlama dgn PHRbaru. Chin faham? Dlm kes ini, RM290 – RM270 = RM20.

    langkah 3, catatan bergu, Debit PHR lama tadi, dan Kreditkan akaun Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu spt berikut:

    Dt. Peruntukan Hutang Ragu RM20
    Kt. Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu RM20
    (Merupakan pengurangan PHR)

    Langkah 4, catat dalam Penyata Pendapatan:
    Chin akan catat Pengurangan Peruntukah Hutang Ragu dalam bahagian HASIL.

    Okay? BOlehkan..

    Penyata Pengasingan Untung Rugi, gaji pekongsi MESTI dilaporkan gaji setahun.
    Contoh Gaji pekongsi Raju RM6000 setahun, telah dibayar RM2000 secara tunai.

    Maka dlm Penyata Pengasingan Untung Rugi mesti dilaporkan RM6000.

    Dlm Akaun Semasa Raju, Chin hanya akan catat di sblh Kt. RM4000 iaitu amaun yg belum dibayar.

    Tu aje, senangkan.

  13. oh…saya faham dah…Thanks sifu..

  14. SIFU MCM MANA NK JWB SPM SEJARAH NI

  15. sori suzana, blog ini eksklusif untuk prinsip perakaunan sahaja. tak dapat nak bantu suzana.

  16. Sifu..macamana nak explain dekat student the exact meaning of lejar & jurnal…

  17. AgRizal, r u teacher at school or tuisyen tutor?

    Anyway, ada pelbagai cara utk menerangkannya, cara bercerita rekaan, kisah sebenar atau simulasi urusniaga.

    AgRizal nak tanya tentang bagaimana catatan bergu atau apa itu lejar dan jurnal atau apa?

  18. Saya seorang Tutor Akaun in a tuition centre (tapi saya baru lagi dalam bidang ni)
    Dulu waktu di univ saya mmg minat accounting, then I was the best student in accounting subject..tapi bila dah menceburkan diri dalam bidang pengajaran ni ada masalah sikit, bab nak explain student ni laaa…I think u know my problem..so ada tips tak nak jadi pengajar yg baik..?

    ..memang saya nak buat simulasi urusniaga..namun memandangkan masa tusyen yg terhad (1jam) each session then next week kena prepare tajuk lain pulak..
    maybe sifu ada cara macamana nak solve this kind of problem..

    Actually soalan saya previously ialah, “apa itu jurnal & lejar?”

  19. AgRizal, dlm buku teks sudah ada diterangkan apa itu jurnal dan lejar. Setakat pengalaman menjadi guru sepenuh masa, penggunaan buku teks sudah mencukupi. Apa itu jurnal? Sptmana dlm buku teks ia adalah buku catatan pertama. Apa itu Lejar? Ia adalah buku akaun yang terdiri dari pelbagai jenis akaun.

    AgRizal dinasihatkan banyak menggunakan buku teks, berbanding buku rujukan lain. Dgn itu tak perlu mengajar lebih dari dikehendaki.

  20. Ok Thanks…anyway saya akan guna buku teks sebagai rujukan

  21. Hi Sifu…nice blog…I hv question…adakah sama jwpn bg kunci kira2 btuk penyata & another 1…oh I forget bentuk apa,tp masa study dahulu mcm ada 2 jnis btuk.I’m working now & confuse about this..company dahulu guna btuk penyata & compny bru I kerja ni guna btuk mcm manual lejar dt & kt…bila I guna cara I kira dhulu dgn formula company I skrg its different answer.If u dont mind can u help me do this balance sheet…the figure I attach above:
    fixed assets Rm15780
    Current assets : PhtgRm1100 Cash Rm35180 Stok RM9000=Rm45280
    current liabilities : Pemiutang Rm2500, Loan Rm49166
    Capital : Rm10000
    Retained Earnings (loss) Rm606
    JIKA BLH TUNJUKKAN KEDUA2 CARA KIRAAN..TQ SO MUCH..

  22. PENGIRAAN BENTUK PENYATA YANG I BUAT..IT’s THAT RIGHT?
    Fixed Assets 15780
    Currents Assets 45280
    —–
    61060
    —–
    Financed By
    Capital 10000
    Loss 606
    —-
    9394
    Current Liabilities
    Creditor 2500
    Loan 49166
    —–
    61060
    —–

  23. salam.. saya salah sorg pelajar tahun 3 sarjana muda pendidikan perakaunan. saya nak minta tolong si foo mcm mana nak dapat kajian kes tentang tajuk perakaunan tingkatan 4 rekod tak lengkap. tolong la saya.. saya tak tahu mcm mana nak dapatkan lagi kajian kes berkenaan.. tolong reply. thanx

  24. Mohd Hafis, tahniah kerana baka menjadi guru. Kajian kes? Kalau dalam buku teks setiap bab diberikan satu soalan mirip kajian kes. Rekod tak lengkap adalah salah satu bab dalam tingkatan lima. Sila baca buku teks tingkatan lima.

  25. bagaimana pengiraan mata demerit untok masok U?harap sifu reply…tq

  26. Amy, simple, here is you suggested BS. http://www.mediafire.com/?0snom5ggmhy for you to download.

  27. Dyanadileme, cuba rujuk sekolah awak. Rujuk PK1 atau guru setiausaha peperiksaan SPM atau kaunselor. Ada brosur atau pamplet yang telah diedarkan oleh pihak MOHE. Baru petang tadi sifu berborak dgn anak didik (prinsip perakaunan) lepasan spm. Mereka ada tunjukkan pamplet tentang kiraan merit, kurikulum 90% dan kokurikulum 10%.

  28. tq sifu…..

  29. student keliru

    assalamualaikum sifu..saya harap kalau boleh sifu x dedahkan letter saya ni,boleh x sifu?

    pada spm 2007 yg lalu, saya telah mdapat..

    BM A2
    IT A1
    SEJ A2
    MAT A1
    PNDIDIKAN QURAN SUNNAH B3
    B.ARAB TINGGI B3
    ADD MATH B3
    EST B3
    BI B4
    BIO B4
    PHY B4
    KIM B4

    untuk pengetahuan sifu,saya amat meminati bidang it.. dan saya bharap dapat melanjutkan pelajaran ke jepun dalam bidang itu suatu hari nanti, tapi masih adakah peluang saya sebab saya hanya mendapat 4A?dan saya pernah terfikir jugak mungkin saya boleh apply course itu sebagai course tambahan di u nanti ataupun mungkin selepas u nanti.apa pendapat sifu?

    tapi memandangkan ramai yang kata course berkenaan it ni susah nak dapat peluang kerja, saya sedikit tergugat sebab saya memang minat bidang ini.lagi satu, boleh sifu beri saya tips bagaimana saya nak apply course2 ntuk ke jepun kerana saya tk berapa paham cara2 nak apply course di sana.saya ada cuba survey mana2 uni di sana ttp x brp paham sebab qualification yg pihak sana mintak bukan macam di malaysia sebab di malaysia kite ada spm tapi di sana saya tak tau ape yg mereka perlukan kerana lebih kpd pointer sy rase.jd bolehke pelajar lepasan spm ntuk apply u di sana?boleh mintak tolong sifu?

    selain tu, saya agak meminati bidang optometry dan dentist.tapi memandangkan result saye yg x berapa cemerlang, saya khuatir masih adakah peluang saya untuk ke bidang itu?insyaAllah jika saya masih ada peluang di matrik, saya akan belajar dengan lebih tekun ntuk mendapat keputusan yg plg cemerlang tp masih boleh ke dgn result saye tu?saye ade apply upu, matrik, dan ade beberapa lagi saye x brape yakin ntuk diterima dgan result saya even ke matrik pon.kawan saye ade cakap kakak die yg bekerja sebagai optometrist sekarang ni cakap kalau dapat matrik baik pegi matrik sebab result spm tu gunenya nanti masa nak cari kerje.kalu dapt metrik baik pegi sebab lepas metrik ni kalu result bagus boleh mintak yg lebih baik even ke oversea.betulke camtu sifu?wpun result spm saye hanye 4A, saye boleh memohon ke oversea atau course opto dan dentist slps metrik nanti kalau result saye di metrik cemerlang?

    dan saye pernah terfikir ntuk further study in technology di jepun selepas saye habes blajar course opto @ dentist sebab saye minat kedua-duanya tp memandangkan peluang pekerjaan dlm bidang medic lebih cerah, jadi saya bcadang nak blajar dalam bidang medic dulu.betul x pilihan saye tu sifu?w/pon saya tau mungkin ambik mase yg lame..tp skarang ni kan bidang technology meliputi hampir 100 000 pekerjaan dan saye kene rebut peluang tu.

    maaf sifu sebab masalah saye ni panjang sket penerangannye tp saye betul2 harap penerangan yg lengkap dari sifu…thanks…terima kasih..arigatou..gracias..

  30. student keliru,
    kalau berdasarkan keputusan awak tu, tahniah, ia tetap dianggap prestasi yang cemerlang, dari kaca mata guru-guru. Malahan, permohonan kemasukan ke matrikulasi PST tidak akan menghadapi masalah, tetapi memanglah ia bergantung kepada persaingan yang sedang wujud untuk mendapat tempat di kolej-kolej matrikulasi. Apa-apapun peluang tetap ada.

    Apabila awak berjaya masuk ke matrikulasi dalam jurusan sains, usahakan supaya mendapat CGPA/PNGK yang tertinggi yang mungkin dan prestasi kursus/subjek yang diambil juga A (4.00). Ia akan membuka peluang baru kepada diri awak sama ada menceburi bidang ICT atau berkaitan (multimeda, etc), optometry atau dentist di IPTA. Wala bagaimanapun, awak mestilah akur bahawa kelulusan lepasan matrikulasi KPM hanya terpakai untuk IPTA dalam negara sahaja, ia belum dapat penerimaan dari IPT luar negara lagi. Jelas?! Jika anda tetap bertekad nak pergi ke Jepun tetapi dengan tajaan kerajaan, maka keputusan awak didapati tidak mampu menyaingi pelajar-pelajar yang semuanya 1A. Biasiswa JPA tahun 2008 hanya akan ditawarkan kepada 2000 orang pelajar sahaja. Tetapi jika ingin melanjutkan pelajaran menggunakan pembiayaan sendiri, sebenarnya tidak ada halangan. Awak bulehlah berusaha mendapatkan maklumat khusus dari lamanweb seperti ini, http://www.studyinjapan.org.my/04_study/04_study1_guide.html#intro2. Nampaknya awak mesti menghadiri kursus persediaan ke Jepun juga.

    Peluang memasuki bidang perubatan juga cerah apabila awak berjaya masuk ke matrikulasi atau melalui STPM. Jika permohonan matrikulasi anda gagal, buatlah rayuan, tidak mustahil akan mendapat tempat, sama ada PST atau PDT. Untungnya ke matrikulasi ialah awak dan pelajar-pelajar lain, sama ada terbaik, cemerlang atau kurang cemerlang, sebenarnya kembali ke nilai sifar. Masing-masing boleh merancang kejayaan seterusnya dan setakat sifu maklum ialah pelajar yang mendapat gred tertinggi dalam mana-mana paper sains seperti chemistry dan biologi mendapat peluang cerah ditawarkan masuk ke ijazah kedoktoran.

    Bagi tujuan perbincangan, sifu merujuk kepada syarat-syarat ijazah doktor perubatan dan doktor pergigian (dentist) di USM.

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: Biology, Physics, Chemistry or Mathematics
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam
    mata pelajaran berikut: Bahasa Inggeris
    atau
    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam MUET.

    So, begitulah peluang anda, berdoa spy anda ditawarkan ke matrikulasi.

    Bagaimana pula jika gagal mendapat tawaran dan rayuan tidak diterima? Nasihat sifu masuklah ke tingkatan enam aliran sains tulen. Jangan pedulikan kata-kata orang yang STPM sukar. Memanglah sukar tetapi dengan penguasaan dan kaedah pembelajaran yang betul, awak juga boleh mendapatkan kecemeralangan dalam subjek sains tulen yang diperlukan untuk menjadi doktor perubatan, chemistry, biology atau physics. Tak hendak seribu dalih, hendak seribu daya.

    Ya, sepertimana pautan mengenai JEPUN di atas tadi, lepas U di malaysia, awak masih lagi boleh belajar di Jepun, malah di negara lain juga, terserah kepada anda laluan yang ingin ditempuh. Anda pasti mampu mencapai apa yang anda inginkan kerana anda juga telah menunjukkan kualiti pelajar yang cemerlang, dari segi pengusahaan ilmu, motivasi kendiri, usaha gigih dan juga keberanian untuk berubah.

    Namun begitu, sifu juga, seperti guru-guru lain, lebih suka jika pelajar bersedia dari segi mental dan fizikal untuk beralih arah atau jurusan lain, sebagai bidang alternatif. Kenyataannya bidang yang awak inginkan adalah juga bidang popular di kalangan pelajar cemerlang. Oleh itu pastikan juga awak turut memohon program diploma sains komputer atau diploma multimedia (dan yang berkaitan) dengan minat awak. Peluang kerja sukar ditentukan sekarang ini kerana bakal majikan masa kini mempunyai banyak pilihan dari kalangan graduan baru dan lama. Yang menjadi penentu peluang kerja itu, selain sijil dan keputusan diploma atau ijazah seseorang, sikap, motivasi, personaliti, keupayaan sedia ada, kemahiran tambahan yang boleh ditonjolkan, kebolehan berkomunikasi secara cekap dan relevan serba beberapa faktor lain juga menjadi kayu ukur memilih bakal pekerja. Tidak semestinya pelajar kelas pertama akan dipilih jika ia gagal menonjolkan personaliti dikehendaki, dan tak semestinya pelajar kelas kedua tidak dipilih hanya kerana kelayakan akademik seperti itu. Jika ia ada personaliti, kreativiti yang terbukti, bermotivasi tinggi, meyakinkan calon kedua itu berpeluang lebih tinggi dipilih majikan mengisi kekosongan di dalam organisasi mereka.

    Alamak, panjangnya respons sifu. Okaylah, kesimpulannya awak berpeluang masuk ke mana-mana program di IPTA atau matrikulasi, pastikan anda memilih dengan bijak dan bersedialah untuk lebih fleksibel, kerana realitinya semua orang berjaya walau apapun bidang yang diceburi hanya dengan sedikit perubahan persepsi dan kecekalan untuk mencipta kejayaan baru dari peluang baru yang timbul.

  31. student keliru

    terima kasih atas pendapat sifu yg saya fikir amat berguna untuk masa depan saya.saya dah pun melayari website spt yg dicadangkan oleh sifu tapi apa yg saya perhatikan entrance requirements yg tertulis terdiri drp STPM,Matrikulasi,Diploma dan lain2.Macam yg sifu terangkan sebelum ni, kelulusan matrikulasi hanya boleh diguna pakai untuk IPTA dalam negara saja,jadi boleh sifu terangkan sikit?

    untuk pengetahuan sifu, saya ada mengisi borang upu baru2 ini dan saya x menaruh harapan yg tinggi sangat sebab saya tau masih ada yg lebih layak dari saya,yg lebih banyak A.dan sekarang ni saya hanya menaruh harapan untuk ke matrikulasi tapi dalam borang upu baru2 ni, dalam senarai u yg saya mintak,saya langsung x pilih untuk course it atau multimedia atau yg berkaitan dengannya sebab kakak kawan saya ada cakap baik jangan pilih it sebab sekarang ni banyak yg mintak course tu n kalau kluar nanti susah nak dapat kerja.betul ke camtu?dan untuk pengetahuan sifu, kakak saya juga graduan lepasan it di UKM dan konvo pd tahun lepas dan sekarang ni die sedang bekerja sebagai Software Engineer di sebuah syarikat swasta di Cyberjaya.Saya akui memang kagum dengan pencapaian die sekarang ni sebab dia pon same macam saya jugak dapat 4A je dalam SPM tapi result die mase matrik dengan u dulu memang gempak.Saya nak jugak jadi macam dia tapi saya takut banyak risikonye sebab sekarang ni ramai yg ambik course ni dan ramai jugak yang masih menganggur dan mungkin rezeki kakak saya amat baik sebab dah pon mdapat kerja yg memang sesuai dengan minat dia sebab saya x nampak die stress sangat macam job2 yang lain.

    macam tulah sifu,tapi yg paling memeningkan kepala saya sekarang ni sebab saya x mintak langsung course it kat upu.apa pendapat sifu?patutke saya tukar balik pilihan saya tu atau tunggu je metrik nanti?

  32. Student Keliru,
    Tak rugi nak mencuba. Realitinya kerjaya tidak hanya dengan bekerja dengan orang lain (bergaji). Kerjaya juga termasuk bekerja sendiri atau menubuhkan syarikat sendiri.

    Sama juga dengan kemasukan U, tak salah nak memilih bidang IT atau multimedia, dan tak rugi kalau dapatpun. Mengetahui peluang kerjay dengan orang lain kurang, maka semasa di U, pastikan IT dipelajari itu benar-benar akan mampu membentuk kemahiran sendiri spy mampu menjana pendapatan sendiri. Ada sesetengah pelajar memasuki bidang sains komputer, IT atau multimedia tetapi hanya tau ‘main komputer’ bukannya bekerja menggunakan komputer. Dah beljr IT, pastikan sekurang-kurangnya belajar bahasa komputer, belajar programming walaupun tak diajar di U, juga belajar scripting utk aplikasi Maya, 3D Max dsbnya walapun tidak semua dapat diajar. Pendek kata, peningkatan pengetahuan dan kemahiran adalah tanggungjawab pelajar IT sendiri. Lihatlah siapa yang berada di industri IT sekarang. Sifu yakin mereka yang berjaya itu adalah golongan yang mempunyai ‘nilai tambah’ terhadap diploma atau ijazah mereka. Mrk yang gagal adalah golongan yang hanya tahu sedikit atau setakat yang diajar di IPT. Jelas tak ayat sifu ini?

    Jika itu minat awak, mohonlah. Lagipun sebagai pelajar bijak (atau bertambah bijak) awak mesti tahu bahawa kerjaya awak hanya akan bermula 4-5 tahun akan datang, maka ada banyak masa untuk memperbaiki, menambahbaik, meningkatkan, atau mengalami yang baru.

    Good luck. Go for your goals.

  33. hi cfu,,
    im frustrated gurl….my result sgt teruk n i dont knw wat career is suits wif my rslt..this my rslt bmA1,biB3,mathA2,sejC5,paiA2,bioC6,phyD7,cheD7,admathE8,estB3,ictB3…
    hel me cfu…

  34. Kaa,
    Maybe the best possible is for you to go to Form6. Later on, you will plan to excel on you STPM 2009. That would be an excellent opportunity. Other than that, apply for politeknik or go to IPTS. Of course most college will accept you since your excel in BI and EST, which indicates the proficient of BI. ICT and MATH will help you go for ICT courses in colleges.

    Good luck.

  35. Izzah Insyirah

    salam sifu…saya baru sahaja membuka web ini..saya sangat tertarik dengan web ini…saya merupakan pelajar jurusan kimia di utp…saya mempunyai sedikit masalah yang memerlukan nasihat dan bimbingan sifu..

  36. Izzah Insyirah,
    sifu beri respons di sini.

  37. salam sifu…saya baru shja buka laman web ini dan begitu tertarik dengannya…saya baru sahaja mengetahui keputusan upu semalam dan nyata ianya tidak berpihak pada saya..ia amat menyedihkan saya kerana saya begitu berharap dapat terpilih utk ke U…mgkin result saya sedikit teruk..bm(2A)bi(4B)p.islam(2A)sej(4B)math(7D
    sn(1A)p.seni visual(5C)perdgangan(3B)dan tasawwur islam(1A)…
    memandangkan result sains saya lebih elok dari subjek lain,sy memilih utk memohon lebih kepada kursus berkaitan sains..sangka sy mgkin itu dapat memberi sy peluang yg agak cerah dlm proses permohonan ke ipta..namun sy gagal akhirnya…sekarang sy buntu..tak tahu nak buat apa..tapi sy sudah mngemukakan borang rayuan…apakah nasihat sifu utk sy….

  38. Azra ingin pandangan profesional SIFU

    SAlam sifu.!!
    Saya adalah seorang peajar aliran sains seblum ini. Namun sekarang saya akan melanjutkan pengajian ke matrikulasi UIA fakulti ekonomi(yang saya rasa tiada kene mengena dengan sains pun). setlah matriks, saya bercadang untuk terus kepada perakaunan.

    Masalah saya sekarang ialah, kenapa saya masih merasakan saya sepatutnya mendapat fakulti yang lebih baik drpd fakulti ekonomi? Ramai juga kenalan saya berasa hairan atas perubahan haluan studies saya. namun, bukan saya yang membuat keputusan kemasukan ke fakulti ekonomi, upu lah yg berperanan.

    Saya lebih awal sudah sedari yang saya tidak ada minat yang mendalam dalam bidang perakaunan, mahu pun perubatan. kira saya boleh ape-ape saje.

    TOLONG lah saya sifu, berikan saya dorongan dan tips mengapa perakaunan adalah subjek yang bagus, bermanfaat, supaya dapat menukarkan perasaan saya yang mcam takde pape kepada subjek ini kepada satu perkara yang saya begitu passionate about? HOW TO DEVELOP INTEREST in accountancy???

    sekarang ni saya rase dah tak bersemangat je sebab nanti kena transfer ke kampus nilai, which is a rented building, not a real campus like the one in gombak.
    Camne lah saye nak feel study kat sana….

  39. Farah,
    Satu langkah bijak untuk merayu dan rayuan, jika boleh, termasuklah memohon bidang lain yang lebih sesuai. Farah tidak memiliki kekuatan SPM yang seimbang. Sains kuat tetapi mat lemah. Selalunya Mat adalah subjek yang dilihat atau dipetingkan selepas BM dan BI. Lebih baik Farah turut memohon bidang-bidang aliran sastera. Jika semua gagal, farah masih ada peluang ke form6. Kalau tak pun, pohonlah politeknik bagi pengambilan semester disember. Tawaran akan mula dibuka mungkin dalam pertengahan bulan 9 atau 10.

    Azra,
    Tak rugipun ambil bidang selain sains. Apa yang penting ialah adakah awak mempunyai kebijaksanaan dan halatuju diri yang sebenarnya. Adakah jika belajar dalam bidang berkaitan ekonomi atau perniagaan akan menggagalkan kehidupan awak seterusnya. Jika tidak then ingatlah awak bukanlah seorang sahaja yang beralih angin dari aliran sains. Kalau awak tak sengaja, terpaksa katakan, sebenarnya ada juga sejumlah besar pelajar aliran sains yang juga cemerlang sengajar beralih ke bidang lain. Sifu ada mengenali seorang pelajar aliran sains yang cemerlang tetapi memohon bidang perakaunan. Alasannya mudah, minat dalam bidang perakaunan. Ibu bapa tidak menghalang? Tidak katanya. So peluang yang sama akan anda tempuhi Azra. Peluang mencipta minat dan kerjaya dalam bidang lain, tetapi kualiti pendidikan yang awak pernah perolehi semasa dalam aliran sains (kemahiran mengitlak, mengumpul data dan membuat keputusan, peka kepada maklumat, dsb) akan amat menyumbang kepada kejayaan dan kecerdikan awak dalam bidang baru nanti. Sifu boleh cadangkan awak mencuba mempelajari subjek ekonomi dengan hati terbuka dan berfikiran positif. Pasti ada banyak perkara yang anda akan dapat pelajari dan sedari. Begitu juga dengan perakaunan. Tak mustahil selepas ini dengan perolahan ijzah dalam bidang berkenaan, anda mungkin berpeluang menceburi kerjaya seperti pengurus perakaunan, pegawai akaun dan sebagainya. Cuma lagi awak akan bersaing dengan ramai orang yang juga akan menonjolkan kemampuan dan kredibiliti masing-masing. Tapi mana-mana kerjaya pun sama, ada persaingan dan kekurangan jawatan kosong. In the end, it’s up to you to enhance your knowledge, excel in your diploma or degrees and have an excellence jobs.

  40. Hi sifu!

    Saya telah mendapat keputusan seperti berikut untuk SPM saya

    BM A1
    MAT A1
    EST A1
    BIO A2
    FIZIK A2
    BI A2
    PI A2
    SEJ B4
    KIMIA C5
    ADD MATH C6

    Saya spt juga pelajar keliru ingin berhasrat untuk melanjutkan pelajaran saya ke jepun…
    Pada 12 mei ini saya akan mendaftar masuk ke matrikulasi.
    Saya ingin merancang untuk menyambung ijazah saya di jepun dalam bidang kejuruteraan mekatronik setelah tamat pengajian matrik saya.
    Saya ingin meminta panduan dari sifu dalam merancang untuk melanjutkan pelajaran ke jepun kerana saya tidak tahu lansung bagaimana hendak merancang untuk melanjutkan pelajaran ke jepun. Perlukah saya melakukan apa apa ketika di matrik? Bagaimana saya dapat melanjutkan pelajaran ke sana? Adakah saya perlu memohon atau saya hanya perlu menunggu tawaran sahaja? Adakah saya perlu memohon biasiswa untuk ke sana bermula dari sekarang? Saya harap sifu dapat menolong saya dalam merancang pelajaran saya ke jepun.

  41. Aiman,
    Awak salah tempatlah letak soalan ni. Tapi sifu jawab sikit.
    Lepasan matrikulasi TAK AKAN dapat ke luar negara secara langsung. Tetapi pelajar lepasan matriks bleh merancang ke luar negara dengan mengikuti program ijazah di IPTA dahulu, selepas tamat pengajian kejuruteraan 3 tahun, barulah beliau sesuai memohon pengajian ke Jepun di peringkat master.
    Sebenarnya lepasan SPM boleh ke Jepun jika awak memohon program ijazah luar negara (PILN) tajaan JPA. Tapi dari keputusan awak, sifu sedar Aiman tak akan dapat melepasi syarat kelayakan JPA tersebut. Kelemahan ketara ialah penguasaan AddMath. Tajaan JPA memerlukan semua subjek SPM memperoleh gred A, malah 9A minimum.
    Ada mencuba laluan IPTS? Sifu tak ada maklumat khusus program IPTS ke Jepun, tapi anda boleh mencarinya denganmenghubungi mana-mana IPTS yang anda minati bertanyakan peluang itu.
    Maaf ya, tak dapat sifu bantu banyak dalam kes ini.

  42. Sifu,dalam page sifu,sifu ada menerangkan perbezaan anta program diploma dan program matrikulasi. Walaubagaimanapin,saya telah ditawarkan 2 program yang hampir serupa iaitu program matrikulasi pahang dan asasi sains uitm. Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk memilih program yang mana. Boleh tak sifu bagi saya sedikit nasihat dalam hal ni, tentang program yang saya harus pilih?

  43. Kebingungan,
    Awak ni salah tempat komenlah. Tetapi sifu akan jawab juga. Jika program asasi itu adalah sains hayat, peluang awak ke perubatan mungkin menjadi mudah. Tetap jika program asasi itu adalah sains fizikal atau sains lain ataupun bidang lain, sifu percaya peluang ke bidang kedoktoran akan tipis. Jika itulah halnya, maka laluan melalui matrikulasi jurusan sains (sains hayat) adalah lebih baik untuk anda merancang ke bidang kedoktoran.

  44. Assalammualaikum,saya lisa,saya memohon jasa baik anda dapatkan soalan percubaan spm negeri kedah untuk saya,boleh tak?please…

  45. Sifu,lisa sebenarnya nak soalan percubaan spm perakaunan tahun 2004,negeri kedah.

  46. Hai sifu! Saya pelajar lepasan matrikulasi dan saya nak tanya satu soalan. Bilakah agaknya keputusan kemasukan permohonan ke univrsiti akan dikeluarkan bagi pelajar lepasan matrikulasi da setaraf? Maaf sekiranya saya terkeluar dari skop perbincangan sifu.

  47. Lisa,
    Sifu tak ada simpan. Sesiapa yang memilikinya bolehlah berkongsi soalan tersebut di blog ini. Terima kasih.

    Akmal,
    Tak silap sifu bulan Jun.

  48. Firdaus Mohd Radzi

    Assalammualaikum sifu…
    sy merupakan salah seorang pelajar matrikulasi..
    sy ingin tahu dimana saya boleh dapat nota-nota perakaunan dan sebagainya??..
    mungkin sifu boleh tolong sy mencari laman web tersebut untuk memudahkan sy cemerlang disini..
    doakan kejayaan sy ek sifu..
    salam..

  49. Sifu belum terjumpa lamanweb bahasa melayu yang ada tawarkan nota kuliah. Lamanweb BI yang berbayar dan yang percuma ada beberapa. google je perkataan ini “accounting lecture note”. Tapi jangan terlalu berharap, kerana yang percuma pun sikit je.
    Bukankah di matrikulasi ada buku modul dan buku rujukan matrikulasi?

  50. saya pelajar lepasan matrikulasi yang sgt mnyesal skrang ni..sye mngikuti jurusan sains hayat di matrik da dalam program PDT..tp pointer sye untuk thn akhir sgt teruk..dalam 2.28 je..cmne sye nak apply mana2 nati??
    saya minat kedoktoran..tp..pointer sye mmg xlayak lngsung dpt mne2 even private..saye da lost hope da skarang..sye begitu meminati bidang perubatan..tolong la saye..

  51. Bella,
    Apakah peluang awak? Jika sanggup mengulangi level pra-U, mungkin Bella terpaksa memilih mengambil STPM tahun ini atau tahun hadapan sebagai calon persendirian. Atau awak boleh memohon terus ke Jabatan Pelajaran, mohon ditempatkan ke sekolah kerajaan ke 6 rendah sekarang ini. Selalunya tidak ada masalah. Ia pernah berlaku di mana pelajar lepasan SPM 2-3 tahun sebelumnya, dibenarkan belajar di dlm T6 bersama-sama pelajar lepasan SPM tahun kemasukan (F6 2008, pelajar SPM 2007).

  52. hi sifu.
    sifu sekarang nie sy sdg membuat folio kerjaya sbg bahan untuk mock interview yg khusus diadakan bagi calon spm di maktab sy. sifu, apakah aliran yg perlu sy lalui untuk menjadi seorang doktor yang bekerjaya dalam bidang psikologi bermula selepas spm. sudah banyak web yg sy search tp banyak yg sy x fahami. harap sifu dapat menolong sy.

  53. Rieyhan,
    sifu bukanlah individu terbaik menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun, sifu akan kongsi setakat pengetahuan yg ada.
    Okay nak jadi doktor perubatan, pelajar semestinya belajar dlm aliran sains tulen, dgn mengambil subjek biologi dan kimia. Selepas tamat SPM, anda boleh memohon masuk ke matrikulasi aliran sains atau program asasi sains. Program diploma mengkhusus kpd kedoktoran belum ada. Selepas matrikulasi, pelajar cemerlang boleh memohon ke ijazah perubatan di mana-mana IPTA yg menawaraknannya. Satu lagi laluan khas ialah Program Ijazah Luar Negara (PILN) di mana pelajar-pelajar cemerlang yg memohon belajar dlm bidang perubatan akan dihantar belajar di IPT di UK, Ireland, India, Indonesia dsb dgn pembiayaan penuh kerajaan. Selepas tamat pengajian perubatan, doktor tsbt boleh belajar semula diperingkat pakar dlm bidang psikologi dsbnya. Selalunya doktor sebegini akan dipanggil doktor pakar. Tetapi jika anda maksudkan sekadar kaunseling, maka individu pelajar tidak semestinya perlu menjadi doktor perubatan utk menjadi psikologist. Ada sesetengah IPT menawarkan bidang kaunseling secara langsung.
    Begitulah secara ringkasnya laluan belajar dari SPM ke IPTA.

  54. hi sifu..
    terima kasih diatas bantuan sifu tempoh hari.

    sifu sekarang ini sy x memahami mengenai pinjaman pengajian. Bilakah saya perlu membuat pinjaman pengajian? Adakah sebelum masuk matrikulasi atau IPTA?? jenis pinjaman apahkh sy perlu buat dan bagaimana??

    Harap sifu dapat membantu:)

  55. hi sifu..

    sy merupakan pljr lepasan spm.Saya sangat berminat dalam bidang perakaunan dan beberapa hari yang lepas saya telah mendapat tawaran ke KPTM (Kolej Poly tech Mara) dibawah kerjasama UITM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang diploma perakaunan. Namun begitu, parents sy lebih menggalakkan sy untuk menyambung pengajian ke tingkatan 6. sy confuse dan tidak tahu mana yang terbaik untuk saya???

    sy harap sifu dapat membantu…:)

  56. Rieyhan,
    Masa di matriks, tak mohon pun tak apa sebab awak semua akan dapat elaun/dermasiswa dari KPM. Jika belajar di peringkat diploma atau lebih tinggi, barulah awak sesuai memohon biasiswa atau pinjaman dari pihak tertentu spt PTPTN, MARA dsbnya.

    Sunshine,
    Kalau sifu, lebih baik awak belajar di KPTM kerana sesuai dgn minat awak. Tetapi sifu tak bolehlah pengaruhi ibu bapa awak kerana mereka yg bakal menaja/membayar yuran pengajian, dan yuran termurah adalah form6, hanya yuran sekolah. Jika belajar di KPTM yuran yg tersenarai ialah RM3K ke atas, ya tak. Apa-apapun, terserah kepada anda sekeluarga mana yg lebih bermanfaat kpda anda DAN keluarga. dalam keadaan ekonomi sekarang, minyak bakal naik ( mgkn RM5 dalam RM2.70 ke atas seliter berbanding Rm1.90 seliter sekarang), sifu sendiri resah dgn perbelanjaan keluarga, apatah lagi ibu bapa yg punya anak yg nak belajar ke IPT dan anak lain masih bersekolah.
    Jika anda pasti daapt pinjaman MARA, mungkin sesuailah anda belajar di KPTM. Utk itu hubungi MARA dan semak permohonan pinjaman anda, jika ada memohon. Jika tidak PTPTN, tetapi dlm proses mendapatkan kelulusan pinjaman, selalunya ibu bapa yg akan membantu anak-anak menyelesaikan keperluan kewangan utk buku-buku, sara hidup harian, yuran pendahuluan, dan lain-lain lagi.
    Moga anda berjaya.

  57. sifu..terime kasih kerana mnjwab soalan sye..kalau sye masuk foundation d private college bgaimana?ibu bapa sye melarang sye mngulangi pra-U..sbb dianggap mbazir masa dan tenaga sye..mereka cdangkan agar sye ambil optometrist di private college…tp sye x tahu mngenai kerjaya ini..hmm..hrap sifu boleh tlong sye..sye pkir2 nak ambil business je..

  58. Bella,
    Selalunya sifu akan nasihatkan anak-anak supaya ikut kata ibu bapa, kerana sifu percaya redha ibu bapa penting utk mendapat redha Allah juga. Dalam kes Bella, sifu jg cadangkan perkara yg sama, tetapi sifu nakkan Bella pasti IPTS mana yg sedang tawarkan optometrist ini , diploma atau ijazah atau apa, dan bgmn dgn pembiayaannya. Selepas itu, adakah IPTS itu mendapat pengiktirafan MQA? Jika kesemuanya OKAY, tidak bermasalah, maka lebih baiklah Bella belajar sptmana kehendak ibu bapa bella. Bella tak akan tahu jika kejayaan anda bermula dari situ. Tetapi Bella kenalah juga adil dengan menukar sikap, pendirian diri dan mengubah persepsi dir supaya meminati optometrist. Bella akan spt pelajar lain, semuanya serba baru. Kerjaya? Sifu tak tahulah apa akan jadi di masa hadapan, tambahan lagi krisis ekonomi sekarang, tapi sifu harap anda berjaya dlm masa 4-6 tahun akan datang.

  59. hi sifu..
    sekarang sy tgh confuse tntg bidang yg akn sy ceburi suatu hari nanti. Tapi sy sgt berminat dalam bidang perubatan iaitu pediatrik (jantung kanak-kanak). Bagaimanakah aliran yg perlu sy lalui selepas spm untuk mencapai cita² sy ini. Sudah banyak laman web yg sy search mengenai bidang ini tetapi banyak yg sy x fahami. Harap sifu dapat menerangkan serba sedikit tentang bidang ini..

    harap sifu dapat membantu 🙂

  60. Nuriedayah,
    Sifu ni guru perakaunan, bukannya guru biologi, so kalau sifu tersalah maafkan saja okay. Setakat yg sifu tahu ialah, seseorang yg berminat menceburi bidang pediatrik tu mestilah doktor perubatan dan selepas tamat ijazah perubatan boleh memohon sambung belajar sebagai doktor pakar kanak-kanak. Utk menjadi doktor pula awak mesti berada dlm kelas sains tulen, selepas SPM mohon masuk ke matriks, atau program asasi sains dan selepas tamat dgn cemerlang masuk ke ijazah atau sarjana muda perubatan di mana-mana IPTA di Malaysia. Bagi pelajar yg nak belajar perubatan di luar negara, awak mesti cemerlang, semua subjek sekurang-kurangnya 9A, utk layak memohon ke program khas dipanggil Program Ijazah Luar Negara (PILN) yg dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Moga ini dapat menjelaskan kekeliruan anda.

  61. Salam..sifu,lisa nak soalan spm perakauanan tahun 2004-2007,ada x?

  62. Lisa,
    dapatkan buku koleksi soalan SPM Prinsip Perakaunan di pasaran, itu lebih baik.

  63. Salam…saya nak tanya, kalau saya tak pernah mengambil subjek perakaunan semasa sek.menengah,adakah patut/boleh saya mengambil jurusan diploma perakaunan dimana-mana IPT.

  64. Miza,
    Jika anda meminati bidang, tidak ada halangan untuk anda mencubanya. Setiap individu boleh belajar sesuatu ilmu baru dengan boleh menguasainya, selagi individu tersebut berkesanggupan, berani, rajin dan bersungguh-sungguh ingin menguasai ilmu baru tadi. So sudah tentulah anda salah seorang yang mampu berbuat demikian. Miza amat dialu-alukan.

  65. salam sifu
    saya ada sorg rakan baik.result spm(2006) dia tak lah berapa baik..hanya mendapat 2A.tapi credit bagi subjek2 sains.modern maths dia dapat A.tapi,bila dia dapat masuk ke matrikulasi,dia tak perform dgn baik…result baru2 ni dia hanya dapat cgpa below 2.0..1.9 something jugak lah..
    so kat sini sy nk tanya…ade orang cakap,kalau kita sendiri pergi merayu pada dekan uitm,bagi course2 yang kurg femes,ade chance untuk masuk.
    masalah nye sekarang ni,syarat nak masuk u mesti lulus kan??which means the pinter shud b 2.0 n above kan??
    so for this prob,sy nk mintak dia masuk ikm or giatmara..
    ape cadangan sifu ye??
    thanx a lot anyway for replying my previous post

    salam

  66. o ye..
    lupe pulak…minta maaf ye kerana menghantar soalan tak berkaitan…hee.yang bhgn matrikulasi dan asasi tu dah ramai sgt org…
    huu

  67. assalamualaikum sifu,
    sy nk tnye pndpt sifu…spm tmph hr sy mndpt rslt yg agk bgs ttp sy tlh mndpt kos perakaunan di uitm.adkh berbaloi sy mlnjtkn pljrn d uitm walaupn rslt sy bgs?mlh,sy x prnh blaja akaun.alhamdulillah matapelajrn mate dn addmate sy mndpt a1 krn sy amt mnt bdg mengira.mtpljrn sns sy pn ok.ttp sy tkt akaun ssh utk dipelajari.
    hrp sifu dpt mmbantu sy.

  68. Zack,
    Rayuan sesiapapun boleh buat, tetapi betullah kata awak, pointer below 2.0 tentunya sukar utk peroleh jawapan yang memuaskan. Saya lebih suka jika beliau mencuba STPM, belajar semula di t6 rendah, jika beliau masih berminat nak ke ijzah. Beliau bolehlah belajar sendiri dan duduki STPM 2009 atau merayu ke Jabetan pelajar utk diserap masuk ke t6 rendah di sklh berdekatan. Atau ke IPTS dan belajar diploma. lepas tu bolehlah gunakan diploma tadi mencuba masuk ke ijazah di IPTA atau IPTS berkaitan. Cuba sahaja, dan dapatkan kaunseling dari kaunselor sekolah. Selain dari itu, peluang ke politeknik ambilan januari 2009 bakal dibuka dalam bulan Oktober, apa salahnya dia mencuba.

    Nbr00,
    jawapannya : BERBALOI.
    Pelajar yg bijak akan dapat atasi apa jua subjek atau ilmu baru. Yg penting, gunakan kekuatan awak sejujurnya, belajar, berusaha, ulangkaji, fokus dsb. Anda pasti berjaya.

  69. hai sifu…

    saya ni tgh confius..sy x de pendedahan sgt pasal kejaya ni..sy nak jd pensyarah dlam bidang matematik..so, sy nak tau
    1)kelayakan yang sy perlu dapat dlam spm dan seterusnya.
    2)universiti yang menawarkan untuk bidang ini
    3)jurusan apa yang saya perlu ambil ketika di universiti?
    n saya nak tau jgk,kalau sy amik jurusan dalm matematik,adakah kerja saya hanya menjurus ke arah cikgu dan pensyarah sahaja??ada x peluang bekerja di syarikat2 atau di tempat yang lain memandangkan saya juga mengambil subjek akaun sbgai subjek ke 10 dan sememangnya saya amat meminat dalam subjek yang melibatkan pengiraan..

    sudah banyak laman web yang saya search tp banyak yang sy confius…

    harap sifu dapat membantu…

  70. Fatincute,
    Malangnya soalan awak diluar pengetahuan sifu juga. Setahu sifu, pengajian matematik sememangnya ada di IPTA tertentu, selalunya bacelor matematik. Soal pekerjaan, sifu tak tahu apakah peluang pelajar sebegini, insurans atau risk valuation barangkali. Awak mesti kuat dalam penguasaan matematik dlm SPM mahupun STPM.

  71. selamat malam sifu..

    Saya mndapat tawaran ijazah sains fizik (pendidikan)Tetapi saya tak berminat sangat dalam bidang ini..Ibu bapa saya mendesak krn peluang kerja yg crah dlm bdg ini.Sifu,bla sya truskan pgajian dlm bidang ini, adakah sy berpeluang mndapat pekerjaan lain slain guru? saya berminat untk menjadi saintis atau penyarah yg menjadi penyelidik dalam bdg fzk atau pertanian..Slpas sy mendapat ijazah,layak ke sy ambik master dlm bdang tersebut krn ijazah sy dalam bdg perguruan..

  72. Dila,
    Setahu saya tidak kerana separuh dari bilangan kursus(subjek) di ambil berkaitan dengan teori dan praktis pendidikan. Mengharapkan diri Dila menjadi researcher atau pensyarah FIZIK (tulen), maka ijazah ini bukanlah untuk Dila. Tetapi jika Dila mengharapkan selepas ijazah menjadi pensyarah di fakulti/sekolah/pusat ilmu pendidikan untuk keguruan, then peluang itu tetap ada. Dengan kata lain, jika dah ada ijazah pendidikan maka disitulah awak akan kekal. Kecualilah awak ambil ijazah semula (ijazah kedua) dalam sains fizik itu, maka peluang kedua awak akan terbuka. Cuma lagi awak terpaksalah belajar lebih lama di peringkat ijazah pertama sebelum layak ke bidang master dalam penyelidikan sains fizik itu.
    Sori ayah dan ibu dila, jika membaca komen ini, jika menjadi penyebab dila tak nak sambung belajar pula. Kepada Dila, ingatlah dalam aspek tertentu, mengikut nasihat ibu bapa akan lebih berkat dan selamat. Kerja guru tak glamer tetapi tidak juga hina. Apa-apapun semoga dila berjaya.

  73. Slm sifu… Sy nak tnya buku rujukan yang sesuai bg m/pljran ekonomi yang terbahagi dlm kateogari mikro dan makroekonomi..

  74. Salam sifu..

    Terima kasih atas nasihat sifu..Hmm.. nampaknya saya tiada pilihan lain selain menjadi seorang guru..
    Tapi tk mengapalah krana saya menjadi guru dalam bidang yg sy minati iaitu fizik.. Boleh tak sifu beritahu saya keistimewaan,keseronokan dan cabaran menjadi seorang guru supaya saya dapat belajar dgan ikhlas da lebih bersemangat di u nanti..lg satu sifu, biasisawa apa yg boleh dipohon utk kursus perguruan saya ini? biasiswa kpm dah terlepas, jpa plak tk bleh mintk sbb kursus pendidikan..

  75. slm sjahtera sifu.sblm 2 sory klu slh post k..sy dpt tau blog ni drpd kwn..hrp sifu dpt tlg sy.sy br hbs bljr d ikm kk dalam bidang seni bina dan akan menjalani practical 1july ni..lps ni rasanya mau smbung study, tp adaka kursus ini ditawarkn di sabah?ada jg try cri tp mmg kebykan di semenanjung..rasanya perlu kos yg tinggi..2la hrp blh dpt yg dlm sabah jg..slain 2, pada pandangan sifu..wajar ka saya mlanjutkn pelajaran dlm bidang ni, maksud sy peluang kerjaya saya pada masa hadapan..agak risau klu pada masa hadapan keperluan individu mahir dlm bidang 2 kurang diperlukn..hrp sifu dpt mbantu..

  76. Irah,
    Pelbagai penerbitan ada dipasaran. sifu selalu gunakan buku terbitan FAJAR OXFORD, Longman Pearson, dan Arah Pendidikan. Kalau nakkan penerangan yang panjang lebar, pilih Longman Pearson. Jika nak saiz buku yang bersaiz sederhana, buku terbitan Fajar oxford.

    Dila,
    Awak belajar di mana? IPTA atau bagaimana? Setahu sifu semua pelajar yang mengambil bidang pendidikan akan ditawarkan biasiswa oleh pihak KPM. Tetapi pendidikan di IPTS tak ada tawaran itu?!

    Dell,
    Apa maksud Dell dgn kursus ditawarkan di Sabah? Utk latihan praktikal atau utk sambung belajar?

  77. slmt pg sifu.sy maksudkn utk smbung bljr lps hbs praktikal sijil seni bina d ikmn sifu..
    terima kasih.

  78. slmt pg sifu.sy maksudkn utk smbung bljr lps hbs praktikal sijil seni bina d ikm sifu..
    terima kasih.

  79. Dell,
    Awak akan keluar kelak sebagai pemegang sijil seni bina atau diploma seni bina? Jika diploma, awak boleh sambung belajar (jika diiktiraf, sila tanya kaunselor atau pensyarah awak) ke peringkat ijazah di UiTM. Selain itu, kalau tak silap sifu UKM juga ada bidang senibina. Tetapi jika hanya memegang sijil kemahiran, sifu menyarankan agar dell cuba sambung belajar di kolej MARA juga yg mengiktiraf sijil itu, dan ikuti program peringkat diploma. Terpaksalah awak buat demikian kerana sijil kemahiran selalunya tidak dapat menggantikan sijil SPM. Barulah lepas tu awak ke ijazah menggunakan diploma tadi.

  80. terima kasih sifu atas info 2.rasa kecewa sbnrnya..sy cuma memegang sijil seni bina, dan nmpknya sy kena lalui perjlnan yg pjg utk smpai ke ijazah..adakah kolej yg sifu maksudkn di atas adalah kolej polytech?klu tak silap swasta kn??nmpknya perlukan kos yg tinggi dan rasanya cuma ada semenanjung..sy takut akan membebankn parents sy dgn kos 2..sedihnya.

  81. minta maaf sifu..
    sy tgk sifu da bg respon utk soalan2 lain,tp tdk utk soalan sy..
    hrp sifu turut sudi utk bantu sy..
    terima kasih sifu….

  82. hai sifu..
    boleh sy tanye satu persoalan?
    jika ingin menjadi pensyarah?ape flow peringkat pelajaran yang perlu saya hadapi??

  83. Dell,
    Sifu kurang arif tentang IKM ini. harap maaf ya. Adakah IKM tu ada tawarkan diploma? Kalau ada teruskan saja ke sana. Bermula perlahan-lahan masih lebih baik dari terus-menerus menjadi penganggur.

    nasuha,
    Laluan pensyarah
    Mesti pegang ijazah dalam bidang dikehendaki/diminati. Kalau dapat masuk ke IPT sebagai pengajar awak masih digelar pengajar. Belajar dan tamatkan peringkat Master, awak layak dipanggil pensyarah. Belajar lagi ambil PhD untuk kepakaran dalam bidang yang dikehendaki, awak layak menggunakan gelaran doktor kehormat, contohnya Dr. Nasuha, PhD. Sambil-sambil tu, jika ada banyak sumbangan atau kajian berkaitan, mungkin berpotensi dicalonkan menjadi profesor madya atau profesor.

  84. narwastu_nuha

    salam sifu…
    skang sy dan kawan2 tgh anjurkan satu kuiz perakaunan utk bdk2 SPM…masalahnya kami banyak dapat komen dr guru2 yg mengatakan tajuk yang termasuk dalam soalan kuiz blum di pelajari lg oleh student mereka…so..kalau bleh sy nk mintak silibus subjek prinsip akaun dr sifu coz kami di universiti memang x tahu sampai mana silibus di ajar oleh guru2 sek…

    klau bleh sy nk silibus tu as soon as possible coz skang tgh di adakan saringan utk peringkat daerah..jd kami xnk pisang berbuah dua kali bla kami anjurkan utk peringkat negeri pulak pd bln 8 nanti…skang ni kami tgh mengumpul soalan2 dr pelbagai sumber…t’masuklah soalan dr blog sifu…minta halal ye…;D

    sifu bleh hantar silibus tu ke email sy…

    sekian ….

  85. Narwastu,
    Awak boleh dapatkan ringkasan sukatan pelajaran di lamanweb sifu yang lain di URI ini,
    http://www.sabah.edu.my/csm07003/. Nasihat sifu, tanya semua guru pengiring atau pelajar yang terlibat setakat mana pembelajaran dlm Tingkatan Lima. Dalam keadaan bulan-bulan sebegini, sekolah-sekolah biasa (bukan sekolah elit atau asrama penuh), mungkin dah tamat mengajar bab 7. Tapi ada juga sekolah yang dah tamat sukatan dan ada juga yang masih dalam bab 5.

  86. sifu…….mungkin soalan ini x bkaitan dgn subjek sifu……..but this question is based on my curiuosity……….

    sifu ckp sbelum ni klu nak pgi ke jepun nak ada kursus persediaan dlu…..

    leh trgkan apa 2 kursus persediaan?? dan apa ada lam kursus 2????

    thanx!!!!

  87. sifu…….

    apa perbezaan diantara program matrix 1 tahun dan 2 tahun????

  88. Lxlc,
    Gini, kalau tak silap sifu, program lepasan spm ke luar negara, PILN tajaan JPA/MARA tu, kalau ia adalah program ke negara-negara bukan English sebagai bahasa utama, maka pelajar-pelajar diberikan kursus persediaan, sama ada tempoh 6 bulan hinggalah 1 tahun. Dalam kes Jepun, pelajar yang akana mengikuti program kejuruteraan di universiti di Jepun akan melalui fasa persediaan. Dalam kes ini, program persediaan itu dijalankan di kampus UiTM, Harap saudara/i dah jelas sekarang. Tetapi keterangan lanjut, hendaklah diperoleh dari MOHE atau UiTM sendiri dan turut bertanya sama ada ia masih dibuat di dalam Malaysia atau telah dilakukan di Jepun sendiri.

    Matrikulasi PST dan PDT tu hanyalah dari segi jumlah semester. PST hanya 2 semester, tetapi subjek dipelajar sama banyak (jam kredit) dengan pelajar PDT yang habiskan pembelajaran 4 semester. Pelajar PST diandaikan bijak membahagikan masa dan cemerlang dalam akademik. PDT tu utk pelajar yang layak tetapi tak cukup syarat utk ikuti PST, maka PDT adalah peluang kedua mereka. Selalunya pelajar second intake adalah pelajar PDT. Tetapi jika ada pelajar PST yang kandas, maka mereka akan diarahkan ikuit program PDT untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian dan mendapat kelayakan ke ijazah di IPTA. Sekian.

  89. tq……..

  90. salam..saya merupakan student after spm..saya dah berjaya dalam interview mara yang lepas dan saya dah ditawarkan untuk progran perubatan di indonesia dan kena masuk ke fondation selama setahun..walobagaimanapun,,saya memang nak sangat masuk perubatan di timur tengah..saya pun dah pegi ke pejabat mara untuk mohon penukaran ke timur tengah..so sekarang saya kena bagi surat rayuan ke mara..jadi saya nak minta tolong dari sifu agar memberi saya tips untuk saya tulis kenapa saya hendak ke timur tengah???sebenarnya apa kelebihan menuntut bidang perubatan di timur tengah ??saya sangat memerlukan bantuan dari sifu..saya amat berterima kasih pada sifu atas pertolongan sifu ni..saya dahulukan dengan jutaan thanx

  91. Nurin,
    Alamak, minta maaflah kerana sifu tak dapat tolong banyak dalam hal surat menyurat ni. Tetapi sifu cadangkan Nurin masukkan sekali harapan dan kecenderungan Nurin di dalam surat itu. contohnya, Nurin nak sangat ke Timur tengah sebab Nurin sememangnya mahir berkomunikasi dalam Bhs Arab dan peluang ke sana akan membolehkan Nurin mendapat kedua-duanya, menjadi doktor yg mahir dalam BI dan BArab. Contoh sahaja. Selain dari itu, sifu tak ada idea. Apa-apapun sifu doakan anda berjaya.

  92. salam..thanx ye sifu..tolong doakan saya berjaya ye dalam urusan rayuan ini..esok saya akan uruskan hal ini..sebenarnya saya tak de pun kepakaran dalam bahasa arab..

  93. hai.
    sifu saya nak tahu..mana lebih bagus ambik diploma ke ambik matrik untuk perakaunan nie…ada senior cakapbaik ambik diploma…ada lak cakap baik matriks…so saya nak tanye sifu…pada pendapat sifu mane lebih baik…

  94. Sarah,
    Baik? Kedua-dua baik, tetapi tertakluk kepada hala tuju awak sendiri. Sifu sarankan agar anda terus ke ijazah, so laluan terpantas ialah matrikulasi.

  95. sifu,
    blh tak sifu bagitau beza pakar bedah jantung biasa ngan pakar bedah jantung kanak-kanak(pediatrik)?arap sifu bleh jawab ……..trima ksih

  96. Nurie,
    Alamak! Sifu tak taulah. Baik Nurie tanyakan kpd orang yang lebih arif, contohnya doktor di hospital atau klinik ketika Nurie ke sana mendapatkan rawatan. Nurie taukan, sifu ni guru aje, guru akaun pula tu. Sori ye.

  97. sifu… saye student matriks program 1 tahun sessi 2008/2009. sy mempunyai masalah dalam pelajaran disini. sy tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pemvelajaran disini. sy selalu mendapat markah yang agak teruk berbanding student2 lain… pada pendapat sifu, ape yang patut sy lakukan sekarang? adakah saya patut teruskan belajar disini?

  98. Yaya,
    jangan mengalah. Awak dah dapat tempat yang ramai orang ingin pergi tapi gagal kerana persaingan yang sengit. Awak berjaya ke tempat matriks kerana awak melepasi persaingan itu. Yaya sepatutnya bersedia mengharungi pembelajaran yang berbeza dengan pantas. Sifu lebih suka jika yaya cepat-cepat atur strategi belajar, jika perlu dapatkan bimbingan langsung dari kaunselor. Fokus kepada teknik belajar yang betul, jika perlu beli buku teknik belajar yang betul. buku-buku lain juga mungkin boleh membantu. Contohnya buku Motivasi Alihan Pelajar atau mana-mana buku yang sesuai untuk dibaca. Jangan hanya menyesali keadaan, sedangkan anda berada ditempat yang terbaik. Serasikan diri dengan persekitaran, bukannya berusaha mengubah persekitaran supaya sesuai dengan diri kita. ia adalah usaha yang sia-sia. Semoga berjaya.

  99. hi,sifu.. saya orang baru kat sini,saya nak mintak sifu tolong antar soalan klon spm 2008 untuk saya. saya lemah sikit dalam subjek akaun nie mungkin dengan bantuan sifu saya boleh berjaya dalam subjek akaun. saya harap sifu antar soalan dekat email saya ye… TQ

  100. Syira,
    Awak dah pernah download soalan dari segmen Pre-Exam series, Modul Intensif dan lain-lain? Di situ sifu ada sediakan soalan dengan pemarkahan ‘mirip SPM’ itupun pada pandangan sifu boleh membantu.

  101. a’kum,sya nk tnya skit.adakah student asasi sains uitm brpeluang smbung ijazah dlm kedoktoran?apakah target cgpa yg dprlukan?

  102. Mr. Risau,
    Setahu sifu peluang ada. CGPA? Fikirkan nombor ini, 3.8. pada pandangan mungkin zon selamat kerana bidang kedoktoran ada ramai pemohon. Susah? Sememangnya, tetapi penting dalam persaingan.

  103. slm sejahtera sifu….saya ada satu persoala.saya merupakan pelajar program asasi kejuruteraan sivil di universiti tenaga nasional semester pertama tahun pertama…..persoala saya….sekiranya saya telah tamat program asasi ini,bolehkah saya melanjutkan program ijazah saya di ipt lain selain daripada uniten?
    sekian

  104. Michol Lin,
    Setahu sifu pelajar program asasi dari Uniten juga layak memohon masuk ke IPTA, sama seperti program asasi lain.

  105. terima kasih atas jawapan sifu.
    sekarang barulah saya boleh menghela nafas lega..

  106. sifu, kat ne nak care soalan spot ujian kecenderungan ke mrsm? katenye soalan tu susah sbb tu saye nk tanye kat ne ye atau sifu tau……………please…

  107. Michel,
    Maaf ya, sifu pun tak tahu tentang hal itu.

  108. sifu, saya ingin tahu bagaimana ingin menjadi seorang pakar kimia? apakah kriteria yg perlu ada dan bidang apakah yg perlu sy ambil di uni utk further study? harap sifu dpt memberi sedikit pendedahan… terima kasih.. =)

  109. Farah,
    Sifu bukan orangnya yang paling sesuai menjawab bidang kimia memandangkan latar belakang sifu yang berbeza. Walau bagaimanapun, sedikit pandangan di sini. Pertama, mestilah bermula dengan SPM. Selalunya pakar kimia mestilah pemegang ijazah dalam bidang berkenaan, dan meneruskan pengajian dalam bidang Master dan akhirnya PhD sebagai pakar dalam sesuatu bidang pengkhususan. Oleh itu, untuk menggapai cita-cita anda, pastikan anda menguasai kimia, biologi, english, matematik, matematik tambahan, dan sudah tentu subjek lain. Jika Farah bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara supaya mendapat pendedahan kemajuan teknologi berasas kimia di luar negara, maka mungkin Farah boleh memikir dan merancang bagaimana farah boleh layak ditaja oleh JPA/MARA melalui biasiswa berprestij mereka. Tahun 2008, hanya 2000 biasiswa penuh ditawarkan untuk PILN (Program Ijazah Luar Negara) bagi lepasan SPM2007. Tahun ini tak tahu, tetapi yang pastinya, awak mesti bersaing mendapatkan peluang itu. Oleh itu syarat 9A sudah pasti menjadi sasaran Farah. Lebih baik lagi 91A atau lebih dari itu (ini bukan paksaan tetapi mencari advantage berbanding calon biasiswa lain, sesuatu mestilah kelihatan unik). Kemudian kebolehan komunikasi dalam BI dan BM, serta pengetahuan mendalam dalam hal ehwal negara dan antarabangsa. Tapi jangan risau, hal ketiga itu Farah boleh utamakan selepas sahaja SPM selesai.
    Selain dari itu, sifu nasihatkan untuk merujuk kaunselor sekolah dan berhubung terus mana-mana IPTA yang berdekatan.

  110. thanx sifu! mudah2an tercapailah cita2 sy.. doakanlah kami anak2 melayu agr berjaya dlm spm dan dpt berbakti kpd agama, bangsa & negara.. hanye kejayaan yg mampu sy hadiahkan utk parents tercinta.. =)

  111. Farah,
    Tepat sekali kata-kata Farah. Semoga berjaya.

  112. salam,bleh bagitau dimana saya boleh dapat koleksi soalan spm kimia dan biologi,please?

  113. Siti Safina,
    (dan pembaca lain yang berniat mencari soalan SUBJEK SELAIN prinsip perakaunan),

    Maaflah, Sifu tak dapat mengetahui koleksi soalan subjek lain kecuali yang dikumpul oleh joshuatly.com. Anda dinasihatkan melawati laman Joshua(betul ke?) dan besar kemungkinan awak akan menjumpai soalan yang dikehendaki.
    Semoga berjaya.

  114. salam sifu boleh tunjukkan tak cara sukatan pelajaran perakaunan bagi tajuk pembetulan kesilapan untuk penyata untung bersih

  115. helo sifu..
    sy nk tnye ckit..sy nie mmnti rncgan csi..n sy nak mncbri bidg pekerjaan y mcm 2..so,kos pe y ptt sy amk

  116. assalammualaikum sifu..
    sy plajar lepasan spm..sy minat sangt akaun.saya harap sifu turut doakan akaun saya a1 ok?amin..
    sy nampk bdng akaun ni terlampau ramai ceburi n sy lht..rmi jgk yang graduate jursn ni at d end tanm anggur..
    keje lain..
    so fiyda tk nak jd akauntan la..fiyda tengk sush sngt dapt job..
    fiyda nak amik kos islmic banking or keje bank..but then kkk sdare pun sush dpt job..de yang jd pegawai bank tp smpai suami tak terurus..
    so fiyda pk kn future..fiyda rase..skop’kewangan’ ni besar kan..akauntan,banking,so,fiyda nak keje as financial controller..penasihat kewangn..
    my question is..ape lngkah petame yang perlu fiyda amik?
    peringkat diploma..ape patut kos fiyda amik?
    ijazah?
    and fiyda de impian nak further study oversea for being financial controller..
    but ape step petame fiyda..
    adekah fiyda perlu amik kos banking?akaun?di uni kelak?
    adekah financial controller ni bagus?
    fiyda minat kewangan..dats y,fiyda mnt akaun..so,selain financial controller…akauntan..banking…ape lagi skop ‘kewangn’ye sifu..fiyda tengk rmai sngt tnm anggur..tu yang perlukn nsht pkr ni,hehe

  117. SALAM…
    SAYA ADALAH PELAJAR YG MENGAMBIL ALIRAN AKUN DALAM TINGKATAN 6 ATAS..
    SAYA AMAT MEMERLUKAN NOTA DAN LATIHAN UNTUK STPM..
    KEKURANGAN NOTA DAN LATIHAN MENYEBBKAN SAYA TIDAK TERDEDAH TTG CARA NK MENJAWAB LATIHAN AKAUN..
    LAGI PUN DI PASARAN,,BUKUI RUJUKAN AMAT SUKAR DICARI..
    SAYA AMAT MENGHARGAI ..
    SEKIRANYA SIFU MEMBERIKAN SAYA SEDIKIT TIPS TTG NOTA,,LATIHAN DAN BUKU RUJUKAN….
    KLU FOTOSTAT NOTA DARI SIFU PUN JADILAH..
    ASALKAN SAYA ADA GUIDANCE,,,

  118. em…saya sebenarnya nak tanya sesuatu..saya berada dalam kelas akaun sejak tingkatan empat lagi,sujek tambahan yang saya ambil adalah EA dan AKAUN.tahun ini saya akan menghadapi SPM..tapi saya tak paham pa pun pasal subjek akaun tu..sekarang ni saya nak drop paper ni..ada apa2 kesan tak kalau saya drop paper ni???? kalau saya nak mintak melanjutkan pelajaran kat mana-mana,adakah ia akan memberi masalah kepada saya???

  119. saya tak pandai sangat akaun,jadi kalau drop paper ni, ada tak kesan-kesan buruk?? dan kalau saya ambik paper akaun dan gagal,apa pulak kesannya??

  120. sifu,
    sy nk jd pensyarah so ap jurusan yg sy perlu amk nnti????????????

  121. Macam2 tulisan dan soalan di sini…
    Semuanya menjurus apa kerjaya di masa hadapan?..

    Untuk semua yang membaca,
    Tidak kisahlah subjek apa yang anda ambil, kesemuanya mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya mencapai cita2 anda.. sebagai contoh, cikgu sendiri pada tingkatan 4 dahulu adalah di dalam aliran sains tulin. Akibat kurang berjaya dalam bidang biologi maka pihak sekolah telah menukarkan cikgu ke kelas sains sosial..
    Dalam masa setahun di tingkatan 5, cikgu terpaksa belajar kembali P.akaun, E Asas bersama rakan sekelas dan terpaksa belajar sendiri Perdagangan..Dan akhirnya lulus kesemuanya…Apa yang penting di sini, keazaman dan minat untuk berjaya di masa hadapan..cikgu trpaksa korbankan masa tgk TV dgn membuat latihan bab tingkatan 4…
    ingat untuk subjek P. akaun, soalan sumber adalah dari tingkatan 4.. malah semua subjek pun..

    Sekarang ALhamdullillah, setelah berjaya memasuki Matrikulasi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di UPM dalam ijazah Perakaunan, dapatlah cikgu mejawat kerjaya sebagai akauntan di salah sebuah sykt koporat yang terkemuka di negara kita..Atas minat dan pelbagai faktor lain, maka cikgu memohon untuk memasuki KPLI dan seterusnya menjadi seorang guru sekarang..

    so, anda pula bagaimana corak hidup anda?…ingat2 la…

  122. sbnrnya sy x rsau sngt lau x lulus p.a ni,bab ckgu slalu ckp..lau x leh agkat subjek ni fokus pd sbjek lain,sbb kat skolah ni just sbjek elektf,jd ada bnyk lg sbjk elektf yg lain yg sya fokus,g pn sy mmg x mnt n sy trpksa ambk bab ktorg x de plihan lain..jd p.a ni je stu subjek yg sy x brapa nk fokus..so sy trima je apa2 result dia mac ni…for stdnt yg ambk subjk ni,sy advice jgn trlalu memksa diri lau x trangkat..biar ja..tp jangn 100% blur,msti ada yg thula..tp kna ingt!lau p.a lmah u all msti kuat kat anothr subjk.k..smoga berjaya spm 2009 ni..n sy pn smga brjaya spm 2008!!!!

  123. Amani,
    Kira rugilah masa awak selama tempoh 2 tahun tu. Sia-sia sebenarnya. Sifu sebagai guru, sudah tidak lagi mengamalkan nasihat sebegitu kepada murid-murid kerana tanpa disedari mengajar bangsa sendiri bagaimana nak mengalah dengan bergaya.

    Bagi sifu, saya harus membimbing murid dalam dua hal, akademik dan matlamat hidup. Sekolah boleh dijadikan dasar simulasi kehidupan. Pelajar terpaksa memilih mana yang terbaik atau mana-mana yang kurang baik. tetapi dalam akademik semua subjek adalah terbaik untuk murid itu, tidak ada cacat celanya. Hanya lagi kenapa murid harus belajar di sekolah untuk mengambil mata pelajaran tetapi bersedia untuk gagal. Adakah kami guru sudah tersalah ajar kepada murid bahawa dalam hidup ini, kejayaan dalam kerjaya depan mata tapi tak apalah berundurlah kerana anda memang bangsa yang gagal.

    Seharusnya kami guru harus mengajar murid membentuk potensi diri, walaupun mungkin kami dulu tidak dibimbing seperti sepatutnya dulu. Zaman kami adalah zaman kami, zaman anda adalah zaman anda. Guru seharusnya mengajar pelajar supaya jangan kalah pada takdir sendiri, kerana Allah benarkan takdri berubah, dari bodoh ke pandai, dari miskin ke kaya, dari kaya menjadi papa, dari bijak menjadi bodoh, dari sihat menjadi sakit, dari sempurna menjadi cacat, Ugly becoming beautiful, pasir menjadi kaca, dan banyak lagi. Perkara yang tak boleh diubah hanya kematian.

    So, saya berharap Amani jangan jadikan pengalaman anda disekolah baru-baru ini sebagai pegangan hidup. Jangan selalu mengalah kerana ia susah, atau kerana awak tak minat. Kalau tak minat, kenapa perlu buang masa. Lebih menakutkan jika ada pelajar seperti Amani yang membiarkan PA gagal atau keputusan terendah tetapi prestasi subjek elektif lain hebat, tetapi dalam aspek penilaian kemasukan ke IPTA/ITPS ia adala subjek bukan utama. Semua ilmu adalah intan tetapi intan mana yang dikehendaki oleh IPTA/IPTS? Sudah pasti ada syaratnya.

    Sebagai guru saya tidak setuju dengan kaedah anda, tetapi sebagai individu yang pernah melalui kehidupan sebagai pelajar sekolah di zaman 80-an, saya pernah mengenali rakan-rakan seperti anda. Saya hanya boleh simpati. Tapi harap-harap keputusan SPM awak gempak, cukup atau terlebih cukup untuk menggembirakan anda sekeluarga.

    Maaf jika tulisan sifu agak kasar, tetapi sifu turut tujukan kepada rakan-rakan dewasa sifu.

  124. hello sifu..

    saya ingin bertanya kepada sifu mengenai perbezaan antara asasi perubatan dengan asasi sains?
    adakah kalau pilih asasi perubatan bleh terus sambung dalam course medical kalau excellent??

  125. Rihan, sifu kurang arif tentang asasi perubatan dengan asasi sains, tetapi berdasarkan perkataan itu, sifu berpandangan asasi perubatan sudah mengkhusus kepada bidang perubatan manakala asasi sains belum ada pengkhususan. Pelajar-pelajar asasi sains masih boleh menentukan kemudian hala tuju masing-masing, sama ada nak terus ke bidang perubatan, kejuruteraan, atau sebagainya.

    Apa-apapun sila rujuk lamanweb universiti berkenaan. Maklumat tepat sudah pasti dari mereka.

  126. salam sifu2b, sifu ada nota tak bgi soalan sya yg sya post diweb cg?

  127. salam sifu….
    sy merupkn pelajr lpsn spm dan skung nie sy mengalami mslh untk mengisi borg upu…
    sy keliru samaade mahu memilih asasi ataupun diploma…pada pndgn sifu,yg mana satukah lebih baik antara asasi dan diploma ni?

  128. Nur,
    sudi-sudikanlah membaca dua tulisan ORIGINAL sifu tahun lepas (2008), tapi sifu percaya masih relevan untuk tahun 2009 ini.

    https://sifu2b.wordpress.com/2008/03/13/bagaimana-melanjutkan-pelajaran-selepas-spm/
    https://sifu2b.wordpress.com/2008/05/01/matrikulasi-atau-program-asasi-atau-diploma/

    PS : Ada orang dah ciplak tulisan sifu ini dan langsung tak mention sumber asal. Kepada yang berkenaan, amalkanlah etika ber-weblog dengan sukarela.

  129. Faizah, soalan mana tu? Tak perasan pula. Tolong nyatakan soalan apa itu.

  130. salam sifu, knapa firma menggunakan kadar overhed pratentu bagi memperuntukkan overhed kepada sesuatu kerja atau produk..

  131. kedua. adakah kaedah pengekosan pesanan kerja sesuai diaplikasi dalam sesebuah perniagaan

  132. salam sifu….
    sy dh bc post sifu mengenai progrm asasi dn diplo….melalui pmbcaan itu,sy rasa sy akn memilih asasi brbnding diplo….ap komn sifu?

  133. sifu, knapa kaedah pengekosan marginal tidak sesuai digunakan oleh pengilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan tujuan percukaian. Cg ada jurnal atau artikel yang berkaitan tak?

  134. Nur,
    Jika Nur dah yakin dengan keputusan itu, maka sifu pun setuju. Tidak ada alasan utk mengatakan tak boleh. Jika keputusan SPM nanti amat cemerlang, maka jangan berpatah balik lagi, usaha dan tawakal. Dengan cara itu, tak mustahil Nur akan dapat membina satu jati diri dan cipta kesungguhan untuk berjaya dalam bidang asasi pula.

  135. Saya rasa soalan Faizahi telah dijawab oleh Cg narzuki di blognya?
    Jadi tak perlulah saya menjawab di sini pula.

  136. sifu ada jurnal atau artikel yang berkaitan tak knapa kaedah pengekosan marginal tidak sesuai digunakan oleh pengilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan tujuan percukaian

  137. saya seorang student form 5..sy dlm pure sciene..apakah subjek yang perlu sy lulus utk menjadi seorng doktor psikologi?emel sy rieszyclaire@yahoo.com sy perlu jawapan secepat mungkin..terima kasih

  138. Rieszy,
    Dah pastilah mata pelajaran biologi dan kimia hendaklah secemerlang yang boleh.
    Sori ya, tak akan balas ke emel anda.

  139. sifu,

    hari niee sy bleh result spm 2008..
    amat meyedihkan kerana subjek sains sy merosot iatu mendapat gred c.

    ini result spm sy..
    BI A1
    PAI A1
    MM A1
    BM A2
    PA A2
    SJ B3
    MT B4
    PHY C5
    CHE C6
    BIO C6

    sifu, adakah dengan result sebegini sy masih layak unutk ke matrix??

  140. salam sifu..
    sy bru dpt result spm ari nie..
    mslahnya skrgsya xpasti untk ambk jurusan pe lpas ni..
    gru2 d skolah mnasihati sy untk memohon apa2 bdg yg dtwarkan d uitm
    kerana result sy bleh dktakn tdk memuaskn..sya pljar sains tp sy lgsg tdk mmnati bdg sains..mgkn ini adalah slh satu sbb mgapa sy mndpt semua subjek sains hanya 7D shaja.
    tp sya memnati TESL dan bdsrkn kelayakn sya boleh memohon.ini krn bi sy dpt B3 dan EST plak sy dptB4..tp mslahnya dlm borg upu kta bolh nytakn 8 plhn..apa lg yg sy ptt plh..?bdsarkn kptusn sy?bm,m3,pend islam-A1,bi-B3,EST-B4,sej-B3,add math-C5,bio,phy,chem-D7?bolh ke kalu dlm plhn 2 sya boh undg2 jgk??

    hrap sifu mmbntu..thanks

  141. hai sifu. sy ingin b’tanyakan pendapat sifu, apakah peluang untuk menyambung study bg student yang hanya m’dapat 1A dalam SPM ni? bolehkah student itu memohon untuk mana2 pusat pengajian?

  142. Miss Sad,
    jangan sedih. Nak masuk matriks masih boleh pohon aliran perakaunan. Kalau masih nak juga aliran sains, barulah awak perlu bersedih, sebab kelayakan awak utk subjek sains tulen adalah kelayakan minimum. Potensi lebih cerah, tapi sifu tak jaminlah, ke aliran perakaunan.

    Ingin tahu,
    Pada pandangan peribadi sifu, awak berpotensi memasuki bidang perundangan, sama ada melalui program asasi perundangan, atau mohon terus ke diploma undang-undang. Bidang lain, awak fikir dan belek-belek iklan di Bharian ke, NST ke, The star ke, apakah potensi tawaran pekerjaan yang paling banyak ditawarkan buat masa kini bagi graduan diploma dan ijazah. Kira buat researchlah tu, supaya dapat sedikit bayangan kerjaya masa hadapan.

    Ameera,
    Maksud awak 1 subjek dapat 1A aje? Subjek lain 9F ke? kalau kes macam tu, itu dah namanya kegawatan kecemerlangan, kurang potensi belajar kecuali awak patching SPM semula atau ikuti program keusahawanan atau teknikal di IKBN, Giatmara dan sebagainya.
    Kalau campur-campur, cuba sesuaikan dengan kelayakan kemasukan diploma di IPTA/IPTS/Politeknik, atau persijilan di politeknik/IKBN/GiatMARA/dsb, atau mohon terus ke IPTS kerana kelayakna kemasukan ke IPTS agak longgar utk program-program tertentu. Contoh sesuai ialah PTPL, yang turut menjayakan hasrat pelajar menjadi graduan IPTS yang cemerlang dan berkualiti juga.