T5-Bhg 8 – Rekod Tak Lengkap

Sebarang soalan berkaitan topk Rekod tak Lengkap hendaklah ditaip di bahagian ini. Sifu akan lakukan apa yang termampu untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Tetapi sila baca dahulu soalan dan respons sifu sebelum menyoal, kerana kemungkinan besar soalan anda telah pun dijawab oleh sifu atau guru lain.

19 responses

  1. Salam.Soalan adalah seperti berikut:
    Penghutang diberi baki awal dan baki akhir. Seterusnya maklumat tambahan diberi: hutang lapuk berlaku. Adakah baki akhir penghutang perlu ditolak dengan hutang lapuk??? Sekian, terima kasih.

  2. Deborah,
    Selalunya dalam pengujian bab RTL, maklumat bahagian penghutang adalah semata-mata untuk mencari NILAI JUALAN KREDIT.

    Dari segi pengiraan : Baki penghutang akhir + Hutang lapuk – baki penghutang awal = jualan kredit.

    Umumnya, AKAUN Penghutang sebelah DEBIT = Akaun Penghutang sebelah KREDIT
    maka,
    Baki awal + Jualan hutang = tunai + bank + diskaun diterima + pulangan jualan + hutang lapuk + baki akhir.

    Maka jika nak cari Jualan Kredit/Jualan hutang itu, melalui kaedah matematik bolehlah awak buat proses pindah kiri ke kanan dan sebaliknya.
    Jualan hutang = [Baki akhir + Hutang Lapuk + Pulangan Jualan + Diskaun diberi + Bank + Tunai] – Baki awal

    Diharap penerangan sifu lebih lanjut dalam memberikan Deborah idea di mana harus ditolak dan apa patut ditambah.

  3. Sifu,
    1 Jan 31 Dis
    Penghutang 5000 8250
    Maklumat tambahan: Hutang lapuk ialah RM250. Kemudian, soalan minta sediakan penyata mengira modal pada 31 Disember. Untuk penghutang akhir, nilainya ialah RM8250 atau RM8000???
    Terima kasih

  4. Deborah,
    Baki penghutang akhir ialah apa yang diberi pada 31 disember itu, RM8250. Ia perlu dicatat ke dalam Kunci Kira-kira sahaja

    Maklumat PENGHUTANG awal tahun dan akhir tahun diberi sebenarnya untuk mencari JUALAN KREDIT, yang mana akan ditambah dengan JUALAN TUNAI untuk mencari JUMLAH JUALAN. Jumlah Jualan pula perlu ditulis ke dalam Akaun Perdagangan.

    Sekadar mengukuhkan pengetahuan Deborah sifu nyatakan semula kaedah matematik asas ini.
    Jualan Kredit = Baki penghutang akhir + bank (jika ada) + hutang lapuk (jika ada) + diskaun diberi (jika ada) – baki penghutang awal.

    Dalam hal soalan di atas, Jualan kredit = RM8250 + RM250 – RM5000 = RM3500.

  5. Terima kasih Sifu

  6. Sifu,
    Mengikut skima jawapan buku Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM yang ada dijual dalam pasaran, soalan SPM tahun 2007, no.6, penghutang akhir ditolak dengan maklumat tambahan untuk hutang lapuk????

    Terima kasih

  7. Deborah,
    Akan sifu semak kemudian okay.

  8. Sifu, jangan lupa semak ya, terima kasih

  9. assalamualaikum.sifu.saya hendak bertanya pada sifu.jika soalan meminta kita untuk mencari ambilan tunai.bagaimana ya?tetapi ambilan bank memang pun sudah diberi.tq

  10. Syam,
    Jika begitulah soalannnya, maka cuba perhatikan jika maksud soalan itu JUMLAH AMBILAN tunai (yang mana termasuklah bank). Sifu perlukan set soalan lengkap yang berkaitan dengan soalan ini. Boleh beritahu sifu?

  11. cikgu akram melaka

    askum…
    pertanyaan ini dibuat adalah berkenaan dengan soalan percubaan prinsip perakaunan 2009 negeri melaka.
    didapati skema permakahan adalah berbeza dengan n.johor untuk soalan rekod tak lengkap.

  12. Cikgu Akram,
    Nanti saya semak okay.

  13. Cikgu Akram,
    saya dah baca dan semak soalan Melaka dan Johor, pada pendapat saya, agihan markah tersebut adalah hampir sama dan relevan. Cuma lagi gaya penetapan dan simbol digunakan berbeza-beza. Melaka gunakan 1+1OF manakala Johor pula 2/1OF. Kedua-duanya masih menyediakan markah untuk bahagian yang sepatutnya di beri markah sahaja.

    Untuk Johor, mungkin kita patut baca seperti ini:
    2/1of = 2 markah jika betul tetapi hanya layak 1 markah (1of) jika nilai salah tetapi ada jalan kerja yang betul dan tiada item asing.

    Ia juga adalah serupa dengan 1+1OF.

    Oh, ya, sekadar menambah, harap Cikgu dapat komen, adakah benar skema jawapan yang disediakan oleh Melaka utk S2(a) ada kesilapan atau jawapan alternatif di bahagian Akaun penghutang.

    Saya berpandangan, perlu ada juga Pulangan Jualan di catat di sebelah Kredit Akaun Penghutang tersebut sebelum Jualan kredit sebenar dapat ditentukan. tetapi amaun akhir penghutang hendaklah diselaraskan juga dari RM3955 kepada RM3955-RM210 = RM3745.

    Nilai Jualan kredit tetap sama, cuma lagi terfikir perlukah atau bolehkah jawapan alternatif diterima

    Harap cikgu dapat berkongsi pandangan tentang perkara ini.

  14. Deborah,
    Hampir terlupa tentang hal di atas. Nampaknya pelarasa perlu dibuat KE ATAS, baki akhir penghutang tersebut juga untuk ditulis dalam KKK.

  15. Hi Sifu,
    Kalau KKK pada tahun lepas mempunyai belanja terakru 650, belanja 520 manakala pada maklumat tambahan ada belanja terakaru 450 dan terdahulu 500. Akaun bank Kredit Belanja-belanja 5300.
    Macam mana nak kira jumlah belanjanya?

  16. Suthan,

    Ikuti Langkah Ini:
    0. Sediakan satu lakaran ‘T’ dan namakan ia Akaun BELANJA (nama sebenar belanja)
    1. Perhatikan di mana letaknya Belanja Terakru itu dlm KKK thn terdahulu, DT atau KT. Sepatutnya ia adalah Liabiliti, iaitu KT.
    2. Pindah Bel. Terakru (KKK thn lepas) itu ke Ak. Belanja tahun semasa. Maka ia akan dicatat di KT Akn. Belanja. (ikut je)
    3. Nilai Belanja yang telah dibayar (semak BT) memang akan tercatat di DT Ak tsbt. Tulis di DT Akaun Belanja (di langkah 0)
    4. Belanja Terakru tahun semasa mesti dicatat di DT Akn. Belanja (dan akan ke KT KKK kerana ia Liabiliti – rujuk Lgkh 1)
    5. Belanja Terdahulu? catat di KT Akn. Belanja (ia akan jd Aset Semasa di KKK)
    6. Hitung Dt dan Kt. Selalunya ia akan Imbang. Mana nilai tak imbang (lebih besar) maka akan diketahui sebagai maklumat Tak Lengkap dan dimasukkan dalam kiraan sebagai Pelengkap.

  17. actually,
    tajuk rtl ni selalu masuk ke dalam exam??

  18. Benar Amal. Ia antara tajuk popular dalam SPM

  19. sifu..apa tajuk kemungkinan boleh masuk dalam exam trial mara 20l0 dan spm 2010?

Tinggalkan komen