Category Archives: Kertas 3

Tempoh penyediaan Kertas 3 dah selesai

Alhamdulillah, tempoh tiga bulan untuk menyiapkan kertas projek Prinsip Perakaunan, Kertas 3, secara rasminya telah tamat.

Kita bermula pada 1 Mac 2019 dan berakhir 31 Mei 2019.

Bergantunglah kini kepada guru untuk menambah masa atau tidak kepada calon SPM 2019 masing-masing.

Saya memilih hanya menambah 2 minggu berakhir minggu ini, untuk penyerahan akhir jawapan murid. Tak perlu lagi dilanjutkan masa penyemakan dan pembetulan bersama murid. Cukup2lah. Dengan bilangan murid yang ramai, memang agak sukar untuk melayan kesemua permintaan. Cuti sekolah, cuti hujung minggu dan masa senggang yang sempat, pun kita dah gunakan untuk K3. Apa-apa pun, insyaAllah, tetap akan ada hikmah disebaliknya.

Rasionalnya, saya ingin murid memfokus kepada percubaan SPM pula yang dijadualkan dalam bulan September. Tambahan lagi, kekangan masa untuk menghabiskan silibus sebelum percubaan.

Selamat maju jaya.

Prinsip Perakaunan KSSM Kertas 3 bagi SPM 2019

Salam.

Alhamdulillah, soalan k3 bagi kertas peperiksaan SPM 3756/3 telah dikeluarkan pada minggu lalu.

Tahun ini, soalan berfokuskan kepada perniagaan perkongsian yang memulakan perniagaan perkhidmatan dobi. Sangat bagus.

2019_3756_3_PRINSIP AKAUN_PP_V2 – Panduan

2019_3756_3_PRINSIP AKAUN_QP_V2 – Soalan

 

Pemantauan Kertas 3 oleh Ketua Pentaksir Negeri memberi Manfaat kepada Calon SPM 2018

Alhamdulillah, pada 20hb. April 2018, Jumaat, lepas, KPtN Sabah, En. Sharif Abu Bakar, telah melawat sekolah kami. Kehadiran KPtN adalah sebahagian dari rangka kerja beliau selaku mendapatkan pengesahan status atau progres penyiapan kertas 3 oleh calon-calon SPM bagi subjek Prinsip Perakaunan.

Sepertimana ramai sudah sedia maklum, kerja kursus kali ini berfokuskan kepada Perniagaan yang mengeluarkan 3 jenis kasut. Kertas projek ini hanya disiapkan sekali dalam tingkatan 5 dan diberi tempoh panjang selama 3 bulan, mulai 1hb. Mac dan berakhir 31hb. Mei 2018. Lawatan ini jatuh pada minggu ke-6 dari tempoh diberikan dan sudah pastinya KPtN mengharapkan murid-murid telah menyiapkan kertas 3 masing-masing sehingga ke elemen pelarasan, termasuk catatan ke lejar. Ini sesuai dengan Carta Gantt yang telah disediakan.

KPtN telah berjumpa dengan PK1, Ketua Pentaksir Kawasan (Daerah Penampang) dan guru mengajar serta murid-murid PPA. KPtN turut memberi kata-kata semangat kepada murid-murid disamping memberikan beberapa tip kecemerlangan subjek Prinsip Perakaunan.

Sekali lagi, Alhamdulillah, kerana anak-anak didik saya, semuanya telah menyiapkan jawapan kertas 3 seperti diarahkan dan masih bersemangat untuk meraih markah K3 yang maksimum.

 

Link Pantas dan pelbagai Berkaitan Menyedia Jawapan Kertas 3 SPM 2017

LAPORAN KEWANGAN ORGANISASI PERKHIDMATAN PERUBATAN

  1. Contoh Laporan Kewangan Klinik Perubatan (sumber Bahasa Indonesia) – Lompat ke blog Darmansyah

 

AUTO REPAIR SHOP / BENGKEL PEMBAIKAN KENDERAAN

  1. Sampel Pelan Perniagaan (sumber Bahasa Inggeris) – (termasuk di dalamnya format Penyata Pendapatan yang berkaitan)
  2. Sampel Pelan Perniagaan #2 (sumber Bahasa Inggeris)

 

BAGAIMANA MENYEDIAKAN LAPORAN KEWANGAN BAGI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN

  1. Panduan mudah Langkah demi Langkah – B.Inggeris

 

Muatturun Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2017

Sila muatturun dari link dibawah ini

Kerja Kursus SPM 2017
Kod 3756/3
Mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 3
Muat Turun  PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK

KERJA KURSUS

Sumber : LPM

Muatturun Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2016 untuk Tingkatan Lima

Download Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan untuk calon SPM 2016 dari LPM (Tingkatan Lima)

3756/3 : Prinsip Perakaunan 3 SPM 2016

Kerja Kursus SPM 2016
Kod 3756/3
Mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 3
April – Mei 2016
Muat Turun

(Link LPM) 

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK

KERJA KURSUS

Link alternatif dari blog ini :

2016 Prinsip Perakaunan 3756_3 T.5 QP CRC

2016 Prinsip Perakaunan 3756-3 T.5 PP CRC

 

Muatturun Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2016

Download Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan untuk calon SPM 2016 dari LPM

3756/3 : Prinsip Perakaunan 3 SPM 2016

Kerja Kursus SPM 2016
Kod 3756/3
Mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 3
Ogos – September 2015
Muat Turun

(Link LPM) 

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK
KERJA KURSUS

Link alternatif dari blog ini :

2016_3756_3 _T.4_PP_CRC_PrinsipPerakaunan_SPM2016
2016_3756_3_T.4_QP_CRC_PrinsipPerakaunan_SPM2016

eBuku Panduan Menyiapkan Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan untuk tingkatan 5 telahpun keluar. Sifu telahpun memuatturun dan membaca soalan tersebut dan memahami kehendak soalan.

Saya bercadang untuk meneruskan penghasilan penulisan ebook untuk perkara ini, seperti juga ebook panduan kertas 3 terdahulu.

Bezanya saya akan memasukkan sekali jawapan kertas 3 tahun tahun terdahulu terdahulu yang saya telah sediakan.

Harga ebook akan dinyatakan kemudian, begitu juga dengan kaedah pembayaran.

InsyaAllah.

Di bawah ini adalah link untuk download soalan rasmi dari laman sesawang LPM:

3756/3 : Prinsip Perakaunan 3 SPM 2015

Kerja Kursus SPM 2015
Kod 3756/3
Mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 3
April – Mei 2015
Muat Turun  PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEKSOALAN KERJA KURSUS

 

MAKLUMAN TERKINI :

Saya memutuskan untuk membatalkan rancangan menjual ebook panduan menjawab kertas 3 ini atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan. Harap maaf. 20/05/2015

Ebook Panduan Menyiapkan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan

BUKU PANDUAN KERTAS 3 PRINSIP PERAKAUNAN 2014 (Versi Digital Sahaja)!!! NEW

Klik atas gambar untuk melihat sampel Isi kandungan ebook Cg Rithuwan

Klik atas gambar untuk melihat sampel Isi kandungan ebook Cg Rithuwan

Sampel buku juga boleh dibaca di server SCRIBD atau DOCSTOC (hanya 82 muka surat – pelbagai petikan muka surat)

Ebook sebenar mengandungi 264 mukasurat, termasuk kulit buku depan dan belakang. (Apa itu ebook/ebuku?)

Sesiapa yang berminat untuk membeli ebuku yang disediakan, bolehlah menghantar mesej ke emel saya maklumat berikut :

  1. nama penuh,
  2. nama sekolah, status : guru atau pelajar,
  3. no. telefon dan
  4. emel yang sebenar digunakan (di Gmail.com) :

Hantarkan ke emel : bukurithuwannasir@gmail.com.


Buku Panduan Menyiapkan Kertas 3 Pinsip Perakaunan (edisi ebook 2014) bolehlah dibeli sekarang melalui kaedah pembayaran berikut:

ebook cg rithuwan-kaedah bayaran ebook

Kaedah bayaran membeli ebook Panduan Menyiapkan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan, dengan soalan klon dan jawapan lengkap

Hak cipta dan penerbitan Rithuwan Nasir.


Pertanyaan lanjut, sila emel saya, bukurithuwannasir@gmail.com.

Harga terkini ialah RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh sahaja).

image

Gambar menunjukkan lembaran jawapan soalan kertas 3. Sebahagian daripada buku panduan menyiapkan projek kertas 3 prinsip perakaunan 2014.

Untuk melihat senarai isi kandungan ebook tulisan saya yang lengkap, sila klik di sini.

Pakej Ebuku termasuklah Ebook, templat menyediakan dokumen perniagaan dan juga menyediakan jurnal dan lejar menggunakan perisian EXCEL.

RITHUWAN BIN NASIR
bukurithuwannasir@gmail.com

17hb. Ogos, 2014

Buku Panduan dan Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Projek Prinsip Perakaunan Kertas 3 Tingkatan 4

BUKU PANDUAN KERTAS 3!!! HOT

Cadangan rekaletak cover buku panduan kertas 3 prinsip akaun tulisan asli Cikgu rithuwan nasir

Cadangan kulit depan Buku panduan Edisi Kedua 2014 telah siap dan bersedia untuk penyerahan secara atas talian . Harga pakej Ebuku Cg Rithuwan ialah RM30.00 termasuk aplikasi berasaskan MSExcel.

wpid-2014-08-10-13.27.08.jpg.jpeg

Buku Panduan Tugasan Projek Prinsip Perakaunan 3756/3 Edisi Pertama (Terhad).

Sesiapa yang berminat untuk menempah ebuku yang disediakan, bolehlah meninggalkan mesej ke emel saya untuk mendapatkan kaedah pembayaran dan penghantaran.

Sila hantar melalui emel maklumat berikut :

  1. nama penuh,
  2. nama sekolah, status : guru atau pelajar,
  3. no. telefon dan
  4. emel yang sebenar digunakan :

Hantarkan ke emel : bukurithuwannasir@gmail.com.

Edisi pertama telah disiapkan 2 tahun lepas, tetapi tidak diedarkan secara meluas. Ia adalah untuk mengoptimumkan masa murid mencari saya. Dengan contoh klon jawapan yang disediakan, pelajar mendapat idea bagaimana projek itu sepatutnya disediakan.

Tahun lepas pula, sebanyak dua naskah telah saya cetak sendiri dan diserahkan ke Pusat Sumber sekolah sebagai bahan rujukan terhad, ‘red spot’, untuk rujukan pelajar Prinsip Perakaunan tingkatan 4 di dalam PSS sahaja. (gambar di atas adalah edisi bercetak tersebut).

Maka tahun ini, 2014, saya berpendapat, sudah sampai masanya ia boleh diterbitkan dan ditawarkan kepada semua murid Prinsip Perakaunan yang sedang menyiapkan kertas 3. Buku yang ditawarkan sudah pastinya yang dikemas kini dan disesuaikan dengan keperluan tahun ini.

Edisi Kedua bolehlah ditempah sekarang melalui emel saya, bukurithuwannasir@gmail.com. Harga terkini ialah RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja). (harga RM20.00 sebelum ini hanya harga penempahan awal (early-bird price) ).

image

Sesiapa yang membeli akan mendapat download dan tip menggunakan templat menyediakan dokumen perniagaan dan juga menyediakan jurnal dan lejar menggunakan perisian EXCEL.

Semoga ia membantu pelajar menyiapkan kertas 3 dalam masa yang ditetapkan.

RITHUWAN BIN NASIR
bukurithuwannasir@gmail.com