Ringkasan Analisis Agihan Soalan Percubaan SPM 2016 dan SPM Sebenar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, tanpa disedari, saya dah 10 tahun menulis di dalam blog ini, Sifu Anda Menulis. Itupun diperingkatkan oleh WordPress sendiri bahawa dah lama saya menapak di server mereka. Syukur.
Baik, musim percubaan SPM sudah berlalu dan saya percaya debaran menduduki SPM semakin meningkat di kalangan murid/calon SPM dan juga guru-guru.
Untuk membantu murid-murid menelaah pelajaran Prinsip Perakaunan yang akan diduduki November ini, maka saya sediakan analisis ringkas :
- Percubaan SPM subjek Prinsip Perakaunan tahun 2016 – Kertas 2 sahaja
- SPM Sebenar bagi tahun 2011 hingga 2015 – Kertas 1 dan Kertas 2.
Anda boleh memuatturun dari sini dalam bentuk fail PDF.KLIK SINI
eBuku Panduan Menyiapkan Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5
Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan untuk tingkatan 5 telahpun keluar. Sifu telahpun memuatturun dan membaca soalan tersebut dan memahami kehendak soalan.
Saya bercadang untuk meneruskan penghasilan penulisan ebook untuk perkara ini, seperti juga ebook panduan kertas 3 terdahulu.
Bezanya saya akan memasukkan sekali jawapan kertas 3 tahun tahun terdahulu terdahulu yang saya telah sediakan.
Harga ebook akan dinyatakan kemudian, begitu juga dengan kaedah pembayaran.
InsyaAllah.
Di bawah ini adalah link untuk download soalan rasmi dari laman sesawang LPM:
3756/3 : Prinsip Perakaunan 3 SPM 2015
Kerja Kursus SPM 2015 | |
Kod | 3756/3 |
Mata pelajaran | PRINSIP PERAKAUNAN |
Kertas | 3 |
April – Mei 2015 | |
Muat Turun | PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEKSOALAN KERJA KURSUS |
MAKLUMAN TERKINI :
Saya memutuskan untuk membatalkan rancangan menjual ebook panduan menjawab kertas 3 ini atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan. Harap maaf. 20/05/2015
Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2014 Muatturun
3756/3: Prinsip Perakaunan
Anda kini boleh memuatturun soalan projek Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 5 2014 dari link ini:
Soalan Projek 2 Kertas 3 PAK T5 2014 (April-Mei 2014)
Panduan Pelaksanaan Projek 2 Kertas 3 PAK T5 2014 (April-Mei 2014)
Download rasmi adalah dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia seperti di bawah:
Kerja Kursus SPM 2014 |
|
Kod | 3756/3 |
Mata pelajaran | Prinsip Perakaunan |
Kertas | 3 |
Masa | April – Mei 2014 |
Muat Turun | Kertas Soalan (QP) |
Panduan Pelaksanaan (PP) |
Memohon Sijil LCCI bagi calon SPM 2013
Sifu petik kenyataan di LCCIAsia sites. Calon SPM 2013 yang layak boleh mendapatkan Sijil LCCI di bawah program Pensijilan Berganda Prinsip Perakaunan SPM. Pihak berkenaan, LCCI Asia menetapkan dua kaedah iaitu kaedah manual dan kaedah atas talian. Berikut adalah salinan (copy-paste) laman sesawang berikut sebagai rujukan anda. Tetapi anda digalakkan untuk terus ke laman mereka untuk pembacaan lanjut. Diandaikan anda memahami maklumat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Lompat terus ke sini.
Salinan melalui Google Translate pula di sini. Klik untuk terjemah ke Bahasa Melayu. Penafian: Sifu tidak bertanggungjawab di atas kesilapan penterjemahan dilakukan melalui perkhidmatan Google Translate. Ianya adalah automatik, dan diluar kawalan penulis blog ini.
MALAYSIA SPM Principles of Accounting Double Certification |
||||||||||
|
Isi kandungan Tugasan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 2013
Isi kandungan wajib disediakan calon SPM 2014
1 Perakuan Calon
2 Penghargaan
3 Pengenalan perniagaan
4 Profil perniagaan
5 Perancangan urusniaga
6 Dokumen perniagaan
7 Buku Catatan Pertama
8 Lejar
9 Imbangan Duga
10 Penilaian Stok Akhir
11 Penyata Pendapatan
12 Kunci Kira-kira
13 Rumusan
SOALAN TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3 TINGKATAN 4 2013
3756/3 : TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3
Kerja Kursus SPM 2013 | |
Kod | 3756/3 |
Mata pelajaran | PRINSIP PERAKAUNAN |
Kertas | 3 |
Ogos – September 2013 | |
Muat Turun | PROJEK |
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK |
Sumber pautan : laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
——
Perkara utama perlu diberi perhatian:
1. Mula perniagaan – milikan tunggal
2. Satu bulan dalam tahun semasa – tahun 2013. Pilih mana-mana bulan
3. Hanya boleh setkan senario perniagaan mengikut ketetapan,
Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2011
Seperti mana semua guru Prinsip Perakaunan SPM dah sedia maklum, pelajar-pelajar T4 2010 yang mengikuti kelas Prinsip Perakaunan diwajibkan untuk menduduki 3 kertas peperiksaan SPM 2011.
Kertas 3 adalah format pentaksiran terbaru yang diperkenalkan oleh LPM, selaras dengan objektif KPM untuk memperluaskan penilaian dan pentaksiran akademik murid berasaskan sekolah.
Semua pelajar PAK akan mula menjalankan tugasan 1 (T4) mulai 1 Ogos 2010 dan akan disiapkan dalam tempoh 8 minggu persekolahan. Dengan kata lain, ia tidak termasuk cuti gantian bersempena Hari Raya dan cuti pertengahan semester 2.
Berikut adalah petikan Link dari Laman sesawang Rasmi KPM:
3756/3 : Prinsip Perakaunan | ![]() |
|
|||||||||||||||
Last Updated ( Friday, 30 July 2010 ) |
Penerangan lanjut, sila hubungi guru-guru PAK yang berdekatan dengan anda.
Anda boleh juga membaca post terbaru saya mengenai kertas 3 dan klik di atas menu KERTAS 3 untuk maklumat lain.
TAMBAHAN : Item Contoh Kertas 3 boleh diperoleh dari blog Cg Narzuki di sini.
16/03/2011 – Saya sedang berusaha menulis sebuah buku lengkap termasuk penggunaan perisian komputer untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Baca mengenainya dipautan ini.
Peluang Belajar Bidang Senggaraan Pesawat Lepas SPM
Ada seorang pelajar di kelas yang saya turut mengajar (aliran sains) amat berminat mengikuti mana-mana program berkaitan dengan senggaraan pesawat. Sebagai guru, walaupun saya hanyalah mengajar Prinsip perakaunan, tetap menerima hakikat kepelbagaian cita-cita pelajar dan turut menyokong mereka.
Sifu mengambil kesempatan pagi ini mencari beberapa maklumat mengenai program tersebut untuk pengetahuan sifu sendiri. Ya lah, dari sekadar memberi sokongan moral, sifu percaya dengan mengetahui lebih lanjut tentang peluang-peluang belajar yang ada akan lebih membantu dalam hal memberi nasihat (jika diminta) oleh pelajar berkenaan ataupun jika ditanya oleh ibu bapa pelajar berkenaan, ataupun mana-mana individu lain.
Maklumat adalah alat terpenting masa kini dalam membuat keputusan.
Okay, inilah beberapa link yang dapat sifu jumpa berkaitan dengan Diploma Penyenggaraan Pesawat atau dalam Inggeris Diploma in Aircraft Maintenance (DAM)
DIPLOMA di Politeknik
– syarat tawaran (sila baca syarat khas untuk program DAM ini.
– Diskusi di kalangan pelajar DAM dan yang berminat mengenainya. Pembacaan yang amat menarik, dan keunikan proses pemilihan calon yang layak mengikuti DAM.
DIPLOMA di NILAI UNIVERSITY COLLEGE
– Maklumat umum DAM – dikatakan program amat popular.
– Keratan akhbar BH – Feb 2009 – mengatakan DAM NUC amat popular
DIPLOMA di UniKL – MIAT
– senarai program – di bawah tu ada senarai DAM pelbagai cabang.
– Phamplet berkenaan program ditawarkan – download terus dan baca, sememangnya menarik.
– Diploma in Aircraft Maintenance Technology Manufacturing – phamplet khusus untuk program ini
– Diploma in Aircraft Maintenance Technology Composite – phamplet khusus untuk program ini
– Diploma in Aircraft Maintenance Technology Avionics – phamplet khusus untuk program ini
Diharap tiga senarai di atas cukup untuk memberi maklumat am berkenaan program tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkenaan. Untuk mencari IPT lain dari senarai di atas, sila gunakan google atau yahoo dan gunakan kata kunci carian seperti “Diploma aircraft maintenance malaysia education”.
Kepada pelajar di luar sana yang sedang berfikir-fikir nak mengikuti program apa selepas SPM, mungkin ini adalah antara program diploma yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda. Oh ya, bukan sahaja aliran sains semata-mata, pelajar aliran sastera akan dipertimbangkan dan jika keputusan matematik dan sains anda amat baik, tidak mustahil anda mampu mengikuti program ini: kuliah, peperiksaan, latihan praktikal, syarat-syarat perlesenan dan sebagainya.
Selamat maju jaya. Demi Malaysia.
Research ringkas oleh Rithuwan ‘Sifu2b’ Nasir
SOAL JAWAB TEKNIKAL ATAU KEMAHIRAN PERAKAUNAN
Kini sifu berjaya menyediakan ruangan atau muka surat khas untuk soal-jawab berkaitan bab-bab atau topik atau kemahiran tertentu. Oleh itu, mulai hari ini, semua pengunjung yang ingin mendapatkan respons sifu berkaitan masalah pembelajaran mana-mana topik hendaklah meninggalkan komen di MUKA SURAT SOAL JAWAB GURU-PELAJAR AKAUN yang telah diagih-agihkan mengikut topik atau kemahiran penting dalam peperiksaan SPM.
Butang SOAL JAWAB GURU-PELAJAR AKAUN boleh dijumpai di bahagian atas blog ini. perhatikan baik-baik MENU utama (atau Segmen Utama) di atas mahupun di sebelah kanan.
Semoga dengan cara ini, perbincangan kita akan menjadi lebih cekap (efisien) dan mudah dilayari oleh pengunjung baru mahupun pengunjung lama.
Tetapi sila baca peringatan awal ini. SIFU TAK AKAN LAYAN SOALAN YANG TIDAK DITAIP DENGAN LENGKAP. Sila gunakan bahasa Melayu yang betul (apa kata kita mansuhkan ‘SMS-style language’) dan hanya dengan itu barulah sifu akan layan pertanyaan anda. Jangan hairan jika soalan anda tak terjawab. Mungkin ia berkaitan dengan syarat ini.
JANGAN GUNA PERKATAAN PENDEK SMS-STYLE.
Apa-apapun, senyum selalu.
SELAMAT MAJU JAYA.
Sifu-to-be (sifu2b) Rithuwan Nasir
Makna Gred LCCI dalam Slip Keputusan SPM 2008
Sifu dapat mencari sedikit maklumat berkaitan dengan maksud gred LCCI yang tertera dalam Slip Keputusan SPM 2008.
Sumber sebenar : kenyataan Akhbar LCCI Asia bertarikh 12 Mei 2009 (salinan dalam format fail PDF).
Di sini, sifu ringkaskan dan terjemahkan untuk kemudahan pelajar
Kelayakan untuk SIjil LCCI dinyatakan sejelas-jelasnya melalui kod yang disediakan dalam lajur LCCI dalam slip keputusan SPM.
Kod
Gred
Anugerah boleh dituntut
1
Lulus dengan Cemerlang
Tahap 2 Simpan kira dan Akaun
2
Lulus dengan Kepujian
Tahap 2 Simpan kira dan Akaun
3
Lulus
Tahap 2 Simpan kira dan Akaun
4
Lulus dengan Cemerlang
Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)
5
Lulus dengan Kepujian
Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)
6
Lulus
Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)
Mana-mana pelajar yang ingin memohon mendapatkan sijil masing-masing hendaklah menyerahkan permohonan mereka melalui sekolah masing-masing dalam tempoh 1 bulan selepas keputusan SPM dikeluarkan. Selepas tempoh 1 bulan tersebut, iaitu mulai 12 April 2009 dan seterusnya, pelajar-pelajar masih boleh menyerahkan permohonan mereka secara terus ke pejabat LCCI International Qualifications Malaysia atau Pusat-pusat Latihan LCCI yang disahkan sepertimana tersenarai dalam edaran atau dalam laman sesawang LCCI (www.lcciasia.com)
Gitulah lebih kurang petikan kenyataan akhbar yang sifu terjemahkan.
Kelayakan kod 4, 5 dan 6 ada kena mengena dengan syarat kelulusan English 1119. Jika anda tak capai gred sepatutnya dalam BI, maka anda cuma layak Sijil tahap 2 dengan kenyataan tambahan dalam kurungan itu.
Melalui blog CIkgu Narzuki, http://perakaunan.wordpress.com, JPN Kelantan telah pun mengambil usaha mengumpulkan senarai nama pelajar yang inginkan sijil LCCI tersebut berserta yuran RM25 setiap seorang. Pelajar SPM negeri Kelantan bolehlah rujuk blog Cikgu Narzuki tentang hal tersebut.
Sifu belum maklum JPN lain-lain bagaimana arahannya. Apa-apapun sifu harap, semuanya berjalan lancar.