Monthly Archives: Oktober 2008

WISH ALL OF YOU A HAPPY DEEPAVALI 27 OCTOBER 2008

Happy Deevali

Happy Deewali to all of my friends of Indian ethnic.

Selamat Hari Deepavali 2008 kepada semua pengunjung blog ini yang menganut agama Hindu, terutamanya kepada rakan sekerja serta pelajar-pelajar yang kerap mengunjungi blog ini.

SKEMA JAWAPAN LENGKAP PERCUBAAN SPM MRSM 2008 DAH KELUAR!

Hanya jawapan untuk Prinsip Perakaunan SPM MRSM 2008. Subjek lain sifu tak sediakan. So, tak perlulah tanya, memang tak ada pun.

Ini dia jawapan cadangan (suggested answers) yang ditulis oleh sifu sendiri untuk semua pelajar SPM 2008. Usaha ini sebenarnya dah memasuki tahun ketiga. Dulu didorong oleh perasaan kecewa kerana susah nak dapat jawapan sebenar, maka sifu sediakan jawapan ini untuk anak-anak murid sifu dengan sistematik pada tahun 2006, untuk percubaan MRSM 2005 dan 2006. Itupun selepas mengetahui bahawa MRSM mengedarkan soalan mereka di internet. Syukur ada sumber langsung dari MARA!

Memandangkan MRSM sememangnya tidak menyebarkan secara rasmi jawapan dan skema markah peperiksaan mereke di internet, maka timbul minat sifu untuk berkongsi jawapan tersebut dengan guru-guru lain serta pelajar-pelajar sekolah lain. Walaupun perasaan malu dan segan menebal, tetapi sifu gagahkan juga mendedahkannya ke internet, dan disitulah bermulanya blog ini, Sifu Anda Menulis. Sedar tak sedar, rupa-rupanya blog ini dah memasuki tahun ketiga.

Cadangan Jawapan Percubaan SPM MRSM 2008 – Prinsip Perakaunan
Kertas 1 & Kertas 2 (lengkap), muat turun fail ini

Sekali lagi diingatkan kepada pelajar yang baru di sini. Jawapan ini jawapan TAK RASMI, dibuat sendiri oleh saya sendiri. Oleh itu, pengguna sekalian, ketahuilah ini bukan skema rasmi MRSM mahupun salinan terus darinya. Jika ada kesilapan, pembetulan akan dibuat seberapa segera yang boleh. Kerjasama anda amat dihargai. Walau apapun, sifu tetap menghargai usaha anda untuk berkongsi ilmu sesama pelajar.

JIKA BUKAN ANDA YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG, SIAPA LAGI!?

Info Penting : Masalah Melamin dalam Produk Makanan Malaysia

Sifu terdorong atas dasar tanggungjawab kepada semua pelajar yang bakal menduduki SPM. Maklumlah jika anda jatuh sakit, maka prestasi akademik anda umpama di hujung tanduk.

Sila baca petikan akhbar Utusan Malaysia Online ini yang bertajuk “Melamin : Larangan import agen penaik `Ammonium Bicarbonate’ dari China”.

Sifu turut menyalin-petik semula ke pos ini sebagai arkib,

PUTRAJAYA 16 Okt. — Kerajaan hari ini melarang serta-merta pengimportan agen penaik ’ammonium bicarbonate’ dari negara China berikutan bahan itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, bahan penaik itu yang diimport dari negara-negara lain pula diletakkan di bawah pemeriksaan rapi sebelum dibenar masuk ke pasaran tempatan.

Beliau berkata, tindakan larangan itu diambil apabila analisis yang dilakukan terhadap sampel produk dua kilang biskut tempatan, Khong Guan di Johor dan Khian Guan di Pulau Pinang mendapati 18 daripada 47 sampel biskut yang dianalisa melebihi tahap melamin yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm.

“Hasil analisis menunjukkan hanya agen penaik ’ammonium bicarbonate’ mengandungi paras melamin yang tinggi iaitu 33.4 ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi kilang biskut jenama Khian Guan, dan sumber ’ammonium bicarbonate’ bagi kedua-dua kilang biskut itu adalah dari negara China,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Serentak itu, Liow berkata kementerian telah mengarahkan 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff ditarik balik dari pasaran.

Enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama, dan kementerian akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu jika masih berada di pasaran, katanya.

“Kami juga meminta mereka (Khong Guan dan Khian Guan) untuk menarik balik produk mereka yang lain secara sukarela sehingga ia mendapat kebenaran dari kementerian, dan mereka memberi kerjasama yang baik,” katanya.

Liow berkata, kementerian sedang mengenal pasti pengimport, pengedar dan pembekal ’ammonium bicarbonate’ dari negara China, selain menjalankan pemeriksaan terhadap kilang biskut di seluruh negara dan jika terdapat ’ammonium bicarbonate’ dari negara China digunakan, ’ammonium bicarbonate’ dan biskut berkenaan akan disita dan sampel akan diambil bagi tujuan analisis. — Bernama

Apa yang merisaukan sifu ialah kita belum dimaklumkan kesan sebenar kepada kesihatan manusia kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kita dah mendengar berita buruk kesan melamin ke atas bayi! Oleh itu nasihat sifu adalah supaya berhati-hati. Maklumkan kepada ibu bapa anda tentang berita ini, dan bertindaklah sewajarnya. Perlu jelas di sini, Kementerian Kesihatan juga sedang memantau kilang-kilang pengeluaran produk makanan yang lain. Sementara itu, anda sendiri bantulah ibu menyiasat adakah produk ‘tepung penaik’ yang mengandungi ammonium bikarbonat ada di dalam rumah anda, dan jika ia dibuat dari China, fikirkanlah keputusan yang sewajarnya anda sekeluarga lakukan.

Sifu amat berharap info ini membantu kita semua. terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana pemantauan yang berterusan terhadap masalah pemakanan yang sedang kita hadapi.

SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 MRSM TELAH KELUAR

Sejak beberapa minggu sifu sentiasa menjenguk lamanweb MARA dengan harapan soalan percubaan MRSM bagi tahun 2008 akan dikeluarkan, tetapi selalunya kehampaan.Hinggalah percubaan sifu malam ini, lebih tepat lagi pukul 10:15pm, barulah sifu dapati mukasurat itu telah dikemaskini.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, baru hari ini soalan MRSM ditawarkan di lamanweb rasmi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA. Jika tahun-tahun terdahulu, pelajar dan guru boleh memuatturun soalan percubaan mrsm bagi tahun semasa sekitar minggu ketiga bulan September. Mungkin disebabkan bulan puasa dan sambutan Aidil Fitri, maka tahun ini ia lewat dari kebiasaan. Tapi sifu (dan pelajar dan guru lain tentunya) tetap berterima kasih kepada BPL(M) kerana sudi menawarkan soalan percubaan SPM 2008 MRSM kepada kita semua. Lebih baik lewat daripada tak ada langsung.

Berikut adalah link mukasurat bagi SPM 2008 di sini. Jika anda mencari soalan SPM MRSM tahun-tahun sebelumnya, anda juga boleh muat turun di lamanweb berkenaan melalui MENU dari pautan ini.

Link langsung untuk kertas Prinsip Perakaunan pula di sini: Kertas 1 , Kertas 2.

Sepertimana anda mungkin sudah maklum, berikut adalah kenyataan dari pihak BPL(M).

“BPL(M) tidak menyediakan jawapan bagi soalan-soalan yang dipamerkan. Sebarang pertanyaan memohon jawapan tidak akan dilayan.”

Untuk itu, sifu akan meneruskan usaha atau ‘tradisi’ blog ini dengan menawarkan set jawapan cadangan tak rasmi yang akan disediakan oleh sifu sendiri. Sememangnya ia usaha peribadi dan tertakluk kepada kekangan masa yang sedia ada. Tetapi sifu berazam untuk menyediakannya secepat mungkin untuk dikongsi dengan rakan guru dan pelajar T5 tahun ini.

Apa-apapun, sila muatturun soalan MRSM tersebut secepat mungkin dan jadikan ia dasar untuk ulang kaji anda sepertimana soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

TAMBAHAN (25 Oktober 2008):
Set Jawapan Tak Rasmi oleh Sifu2b boleh dimuatturun sekarang. Sila klik sini.

Soalan Percubaan SPM 2008 dari negeri dan sekolah lain klik di sini.