Modul Latihan Kendiri Intensif

Segmen Modul Latihan Kendiri Intensif akan memfokuskan kepada bahan rangsangan yang direka khusus mengikut bab, topik atau kemahiran tertentu sahaja. Kebanyakan bahan dalam segmen ini sesuai digunakan untuk latihan kendiri pelajar di rumah, di dalam kelas bimbingan/tambahan atau kelas intensif. Sebagai permulaan, saya menawarkan modul simulasi kitaran perakaunan yang telah saya sediakan pada tahun 2005 lagi, percubaan pertama menghasilkan bahan sendiri. Kenapa? pada tahun itu, saya mendapat dorongan dari seorang pelajar yang seolah-olah inginkan cabaran tambahan. Untuk itu saya cipta soalan ini khas untuk dia dan selepas itu saya turut tawarkan kepada pelajar berpotensi yang lain. Pelajar pertama tadi mendapat gred 1A dalam SPM pada masa itu. Selepas itu saya menawarkannya kepada pelajar tahun 2006 dan pelajar bukan kelas saya. Tetapi ia lebih kepada bahan tambahan, tidak ada paksaan untuk menjawab soalan itu. Tetapi tahun 2007, sifu jadikan ia salah satu bahan rangsangan wajib kepada pelajar SPM 2007 dan kini tahun 2008, sifu dah jadikan ia sebagai tugasan (kerjarumah) wajib untuk kelas tingkatan empat. Seperti sebelumnya, sifu turut menyarankan rakan guru sepanitia tingkatan 5 tahun ini untuk kegunaan mereka untuk kelas SPM 2008. Tetapi sudah tentu strategi bergantung kepada guru masing-masing.

Okay, ini dia bahannya,

Set Blog/1/2008

| Fail soalan sahaja (format PDF) | Fail soalan dan templat kertas jawapan (format ZIP) | Set Cadangan Skema Jawapan Lengkap (muatnaik 22/07/2008) | Panduan/Maklumat untuk Guru Baru (dan mungkin juga pelajar) |

TAMBAHAN:
– Bahan untuk pelajar Tingkatan Enam – <
Set Jawapan khas untuk Tingkatan Enam (AMARAN : pelajar SPM JANGAN Muatturun/ DOWNLOAD fail ini) >

Harapan sifu ia akan meningkatkan konfiden pelajar bukan sahaja dalam SPM ini, tetapi juga jika bekerja (terus atau sementara) di sektor swasta. Setahu sifulah, kebanyakan anak murid yang bekerja sementara selepas tamat SPM akan diberi jawatan seperti cashier, pembantu kerani, dan lain-lain.

MAKLUMAN:
SIFU DIBERITAHU ADA KEMUNGKINAN PERUBAHAN KERTAS 2 MELIBATKAN SOALAN DOKUMEN SUMBER. MUNGKIN SOALAN KITARAN AKAUN TIDAK LAGI DISOAL DALAM SPM 2009 DAN SETERUSNYA. TETAPI BAHAN INI TETAP BERGUNA UNTUK MENGUKUHKAN KEMAHIRAN MENYEDIAKAN AKAUN (KEMAHIRAN SIMPAN KIRA) DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR.

38 responses

  1. Sifu… saya rasa usaha sifu ini sangat membantu. Semoga Allah membalas jasa baik Sifu kerana banyak memberi kemudahan kepada ramai guru-guru akaun di Malaysia. Terutama sekali guru akaun yg baru seperti saya. Terima kasih banyak2

  2. Ainnmy,
    Terima kasih kembali di atas sokongan anda.

  3. Jika anda seorang guru atau pelajar yang mempunyai laptop jenis tablet, sifu ada poskan tutorial menyediakan template kertas lejar, jurnal dan buku tunai untuk perisian Windows Journal. Sila baca pos tutorial sifu di http://mytx2032au.wordpress.com/2008/08/17/membina-templat-kertas-lejar-untuk-windows-journal/ . Semoga perkongsian ilmu ini sama-sama mempertingkatkan kreativiti dan kemahiran pengajaran kita semua.

  4. Zatie:nape saya langsung tak boleh score dalam akaun..ssah sgat la..cam ner nak jwb trial nnti???tensionnya

  5. Zatie,
    Mungkin awak kena belajar lebih lagi. Sifu cadangkan Zatie fokus dahulu kpd soalan yang bernilai markah terbesar.
    Soalan 1 dijangka masih ditanya dlm SPM 2008, maka kmgkinan masih mempunyai markah 27-29 markah. Walaupun Zatie lemah, zatie usaha lagi dan lagi dlm Soalan 1. Itu yang sifu dah cadang, bimbing dan latih anak-anak murid sifu yang lemah, akhirnya SPM 2007 lepas, semuanya lulus (kecuali 1 org yang tak dapat dibantu kerana ia dah tak endahkan SPM(?)), dan ada jg yg berjaya yakin dan belajar lain sehingga mencapai gred Kredit, 6C. Tu dah peningkatan lebih tu, betul tak?

    Bila Zatie dah dapat perbaiki pencapaian dlm kemahiran khas utk S1 tadi, barulah Zatie fokuskan kpd soalan pelarasan atau mgkn fokus kpd beberapa kemahiran yang popular dlm T5. Utk lulus Zatie, penguasaan tidak semestinya semua. Itu utk orang yang sudah bersedia dan mahir sejak T4. Jika zatie tergolong dlm kump pelajar yang sentiasa lemah dlm kemahiran asas T4, maka zatie fokuskan dahulu kpd pembetulan/penambah baikan utk kemahiran T4, baru kemudian ke T5.

    Jika anda pelajar berdekatan dgn kawasan Putatan, K.K. atau lebih-lebih lagi di Papar, bolehlah maklumkan kpd sifu di sini.

  6. saya cikgu sekolah KL nak modul prinsip perakaunan boleh tak ?

  7. nak modul prinsip perakaunan form 4 and form 5?[sori salah taip]

  8. Cikgu Akaun,
    Setakat ini, hanya kemahiran simpan kira yang ada saya cipta sepertimana yang dinyatakan di atas. Insyaallah jika ada bahan lain tulisan saya sendiri, saya akan muatnaik dari semasa ke semasa.

  9. cikgu..teda pun dokumen sumber..

  10. askum cikgu…saya dah beli dah buku untuk latihan….bley cikgu tulunkk check tem skul nanti…1 lagi macam mana nak download latihan dalam blog cikgu 2…hehe…say confius bah…

  11. salam… ckgu tlg sy plezzz!!!!
    sy btl2 lemah dlm sbjk nie.. thn nie dah nak spm dah..

  12. mksd sy subjek p.akaun form 4…
    sy minat sbjk nie… tp cara ckgu sy ajar kat sklh tak seswai dgn jiwa sy… sy dah try utk suka dgn cara ckgu tu ajar tp sy tetap tak boleh!! untuk form 5 nie sy tak tahu lagi coz minggu nie baru start sekolah…

  13. cikgu………..tlg la sy…sy lemh dlm sbjk ni..bagaimna cara untk sy skor sbjk ni……???

  14. Fara,
    Lemah dalam bahagian apa? Utk berjaya memperoleh gred kredit, pastikan anda mampu menyelesaikan soalan 1 dengan markah maksimum. Ia adalah soalan simpankira yang sebenarnya AMAT MUDAH. Walaupun ia digembar-gemburkan sebagai susah, sebenarnya IA LANGSUNG TAK SUSAH. Ia adalah soalan teknikal.

    Juga awak mesti mampu menjawab 20 daripada 40 soalan objek sekurang-kurangnya utk dapat markah gred kredit. Selebihnya awak tanya kemudian selepas AWAK BERUSAHA memandaikan diri kemahiran S1.

  15. salam… sifu2b… tahniah atas semua usaha ni… saya banyak rujuk dari sini… tqvm…. betul kata sifu fokus pada soalan yg byk markah… soalan 1… kuasai konsep dan format yg saya tekankan lagi satu utk pelajar2 saya…

    putrajaya akan adakan satu mesyuarat penataran bersama LPM minggu hadapan… dan selepas itu saya akan kongsikan kepada semua guru2 di malaysia…

  16. Cgu Sila,
    Terima kasih. Saya menunggu hasil mesyuarat nanti.

  17. sifu,
    saya nak contoh buat lejer boleh tak? tq

  18. Shima,
    Awak sepatutnya boleh rujuk mana-mana skema jawapan yang sifu sediakan di dalam blog ini. Surf baik-baik, ada jawapan cadangan tak rasmi MRSM yang ditulis sifu sendiri (memandangkan MRSM TAK PERNAH keluarkan skema rasmi di internet), dan juga skema SPM 2007 dan tak lama lagi SPM 2008.

  19. Assamulaikum wbt! Sya mmg mnat PA tp sya xpndai bg msa tlg sya?

  20. salam..sifu bleh x tolong saya dalam pa cuz saya still lemah lagi la..mid year exam saya dapat d je..saya lemah dalam mmbuat dokumen perniagaan dan pnyata pendapatan..bleh x bgtau tips atau formula yang mudah untuk saya ingat dan faham..saya harap sifu dapat bantu saya sbb saya sgt minat pa dan nak scre a..

  21. Nadiah,
    Apakah bentuk bantuan yang dikehendaki? Jika nak soalan, ada pelbaga set soalan boleh dimuatturun dari blog cikgusila.blogspot.com. Jika nak selain dari itu, silalah maklumkan kepada sifu. Jika dapat ditolong secara online, akan sifu pertimbangkan.

  22. tolong sya ckgu……..sy lemah sngat dlam prinsip akaun ni…sy risau sngt trial dh dkt….

  23. E-One92,
    sifu memang dah tolong melalui artikel “RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM”, yang mungkin awak dah baca (eh, dah baca dengan telitikah?)

  24. Sifu, saye baru sahaja ambil bidang perakaunan (SEBELOM INI BIDANG SAINS TULEN).. Pakej saya tertukar kerana saye berpindah ke sekolah lain.. jadi, saya perlu belajar dari Bab 1 (TINGKATAN 4) hingga ke imbangan duga.. jadi saya tak paham (APE ITU PERAKAUNAN)..

    saya harap sifu dapat bantu saya secara ONLINE…

    newborn2193@yahoo.com (jika sifu ader YM/windows live messenger)

  25. Shah,
    Soal-jawab spesifik tentang sesuatu kemahiran (topikal) boleh diajukan di Segmen Interaksi Guru-Pelajar Akaun dan klik mana-mana bahagian yang berkaitan dan tinggalkan persoalan di sana.

    Maaf sifu tak suka YM dan Live Messenger jadi sifu tak pakai langsung. Adalah sebabnya tu; tak salah jika sifu lebih berhati-hati dari serangan virus dan script bahaya termasuklah worm.

  26. assalamualaikum..
    ada tak laman blog untuk ekonomi juga…boleh share maklumat

  27. Ckgu Mat,
    Kalau ekonomi STPM kertas 1, blog kelolaan saya sendiri iaitu http://mikroekonomistpm.wordpress.com/

  28. salam.bley x sdiakn ruangn soalan ramalan spm 2009?

  29. Mar,
    Terima kasih di atas idea itu. ia suatu idea yang amat baik. Akan saya fikirkan dan jika ada sesuai, akan diusahakan.

    terima kasih sekali lagi.

  30. aziq_maniac93

    cikgu cmne ye sye nk improve kn subjek ney…..cozz mid year ari sye ampir2 gagal…

  31. Aziq,
    tak ada pilihan melainkan lebihkan latih tubi bagi kedua-dua kertas.

    kertas 1 – jawab soalan berulang-ulang. Sebaik-baiknya 6-8 set berbeza yang telah disahkan jawapannya betul/benar oleh guru. maklumlah ada juga buku yang dipasaran yang tersalah cetak jawapan. Latihan sebegini diharapkan akan membantu pelajar faham, ingat dan mengetahui logik sesuatu jawapan terutamanya bahagian kiraan pendek/ringkas.

    kertas 2 – Latih tubi kertas 2 hendaklah dibuat beberapa fasa.
    Fasa 1 – latih tubi S1 hingga cekap dan mampu capai markah penuh 28/28.
    Fasa 2 – selesai fasa 1 baru mula latih tubi fasa 2, khas untuk latihan laporan kewangan – milikan tunggal, perkongsian, akaun kelab dan persatuan dan rekod tak lengkap.
    Jika boleh, dapatkan soalan dengan jawapan yang telah disahkan guru anda. tak kisahlah jika ia buku yang dibeli dipasaran. Minta guru semak skema jawapan dibelakang buku latihan itu.
    Fasa 3 – soalan-soalan tambahan utnuk bab lain.

  32. salam sifu..leh tak, sy nk tau psl perakaunan pkongsian iaitu psl gaji, faedah atas modal, faedah atas pinjaman/pendahuluan dari pekongsi.
    trmasuk dengan Penyata Perasingan

  33. sifu, tuk perkongsian jgk ni..sy nk mntk sgt ngan sifu berkaitan ngan perakaunan tuk perkongsian iaitu ‘muhibbah rakan kongsi’..’mewujudkan muhibah dalam buku’ dan juga ‘menghapuskan muhibah dalam buku’..tolong ye sifu..perlu sgt2 ni…

  34. sifu leh x sy nk tau pasal math..sy lemah la math..=(

  35. Miss Sha,
    rasanya soalan ini telah dijawab Cg narzuki di blog beliau. jadi tak perlulah saya jawab di sini.

    Mohammad Fahmi,
    Maaf sifu tak dapat nak beri komen atau bantuan tentang subjek math. Blog sifu ini dikhaskan untuk subjek Prinsip Perakaunan. Apa-apapun, semoga anda berusaha keras lagi mengatasi masalah tersebut kerana subjek math amat penting, teramat penting.

  36. apa selalunya yang dtnya utk jwatan pembantu akauntan

Tinggalkan komen