Monthly Archives: September 2006

Kertas Prinsip Perakaunan Percubaan SPM 2006 dah Keluar

Sekadar nak umumkan yang pihak MRSM dah release soalan percubaan spm mereka. Kalau nak download semua soalan termasuk kertas Prinsip Perakaunan, lawatilah di url ini, Percubaan SPM 2006. MRSM tidak menyediakan skema jawapannya. Kalau ada pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan yang berminat mendapatkan skema jawapan tak rasmi, saya boleh usahakannya. Tapi ianya bergantung kepada comment dan feed pelajar-pelajar. So kalau nak, kenalah masukkan komen atau permintaan, barulah saya akan melakukannya dan memuatnaik ke blog ini. SEKIAN.

Puasa Mula Ahad (24/09/2006)

Confirm, puasa mula Ahad. Meaning, esoklah.
Oh, kalau nak tau pasal pengkelasan aset, go to http://www.wiki.com dan cari perkataan seperti asset, noncurrent asset, current asset, fixed asset, etc.

Di ambang Bulan Ramadan

Petang ni kita akan tau, puasa ke tak sabtu ni. Kalau tak nampak anak bulan, kita mula puasa Ahadlah pulak.

Alhamdulillah, bulan ramadhan adalah bulan rahmat. So kepada rakan-rakan saya (kalau terbacalah) dan pelajar-pelajar jangan lupa berpuasa dengan ikhlas.

Sifu Anda Menulis

Hi, apa khabar? Anda sihat?

Okay, sifu anda (atau bakal sifu, sifu to be) akan menulis pelbagai isu yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar-pelajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

Ya, saya adalah guru sekolah menengah atau lebih tepat lagi memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Graduate Education Service Officer). Saya akan mengambil kesempatan yang ada untuk memupuk minat pelajar terhadap perakaunan yang sebenarnya tidak susah.

Jumpa lagi. Yeah, SAYA SUDAH MENANG!